Wendy's

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wendy's International, Inc.
Dinamakan sempenaWendy Thomas Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahSubsidari penuh
IndustriRestaurants
DitubuhkanNovember 15, 1969 in Columbus, Ohio, USA
PengasasDave Thomas Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatDublin, Ohio, USA
Tokoh penting[[Dave Thomas (American businessman)|Dave Thomas]] (founder)
Melinda Lou Thomas, nicknamed "Wendy" (chain's namesake)
John T. Schuessler (Co-Founder)
KeluaranFast food:
hamburgers · chicken products · salads · french fries · milkshakes · soft serve ice cream
Hasil $2.469 billion USD (2006)
Pendapatan bersih $37.0 million USD (continuing operations) (2006)
PemilikWendy's Company Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan57,000 (2007)
Syarikat indukWendy's/Arby's Group
Tapak webwww.Wendys.com
Facebook: wendys Twitter: Wendys Instagram: wendys Youtube: UCxXHHbiGUO3RziA5kW0m1qw TikTok: wendys Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wendy's ialah sebuah rangkaian restoran makanan segera yang diasaskan oleh Dave Thomas di Dublin, Ohio pada tahun 1969, dan kini dimiliki oleh Wendy's International, Inc., sebuah perbadanan Amerika Syarikat. Rangkaian ini mempunyai lebih daripada 6,600 buah restoran di seluruh dunia.

Wendy's yang termasyhur untuk cili con carne-nya, juga dikenali untuk Frosty, iaitu sejenis desert tenusu, dan burger yang berbentuk empat segi, dengan daging lembu kisar yang bukannya daging sejuk beku tetapi daging segar, serta kesemua sandwicnya yang dimasak hanya selepas pesanan pelanggan. Berbeza dengan kebanyakan rangkaian makan segera yang lain, Wendy's tidak menghidangkan makanan sarapan pagi sejak permulaannya, kecuali di Puerto Rico. Wendy's mencuba menghidangkan makanan sarapan pagi pada pertengahan 1980-an, tetapi percubaan itu gagal dengan pantas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Wendy's diasaskan oleh Dave Thomas pada tahun 1969 dan dinamai sempena Melinda, anak perempuannya yang berumur lapan tahun sewaktu itu, dan yang mempunyai nama samaran "Wendy." Ibu pejabat korporat Wendy's terletak di Dublin, Ohio. Restoran Wendy's yang sulung dibuka di Columbus, Ohio pada 15 November 1969, dan rangkaian itu bertumbuh dengan begitu cepat sehingga mencapai melebihi 3,000 buah saluran keluar pada tahun 1985. Bagaimanapun, menjelang pertengahan 1980-an, sebilangan daripada restoran Wendy's tidak berjaya dan terpaksa ditutup. Pada tahun 1989, Dave Thomas kembali daripada persaraannya untuk membuat iklan Wendy's serta membantu membina semula rangkaian itu sehingga kematian beliau pada tahun 2002.

Selepas pengembangan antarabangsa pada dekad 1980-an, rangkaian Wendy's melaksanakan pengurangan tenaga kerja pada akhir dekad 1990-an. Pada 1999, Wendy's menarik diri dari London dan Hong Kong (cawangan Wendy's di Hong Kong terletak di Lockhart Road, Wan Chai).

Pada tahun 1995, kepopularan Tim Hortons, sebuah rangkaian kopi dan donat yang terbesar di Kanada, telah mempengaruhi pelabur-pelabur Amerika Syarikat; syarikat induk rangkaian Wendy's, iaitu Kumpulan TDL ("TDL" ialah parap untuk "Tim Donut Ltd.", nama korporat Wendy's yang asal), diperoleh oleh Wendy's International, Inc.. Oleh sebab itu, Ron Joyce, pekongsi Tim Horton serta pembeli francais Wendy's yang sulung, menjadi pemegang saham Wendy's yang terbesar.

Tipu helah cili con carne[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mac 2005, Anna Ayala, seorang wanita Amerika Syarikat yang berumur kira-kira 40 tahun sewaktu itu, mengemukakan tuduhan tort terhadap Wendy's di mahkamah San Jose, California kerana menemui seketul jari manusia dalam cili con carne-nya. Dia ditangkap atas tuduhan larseni pada 21 April kerana selepas penyiasatan pihak polis, jari itu dikenal pasti sebagai jari suami Ayala yang patah disebabkan kemalangan perindustrian pada Disember 2004.[1] Ayala mengaku salah pada September 2005, dan dihukum sembilan tahun dalam penjara; suaminya juga mengaku salah sebagai rakan sejenayah, dan dihukum dua belas tahun pada 18 Januari, 2006. Tuduhan tipu helah itu mengakibatkan kerugian melebihi AS$2.5 juta untuk perbadanan Wendy's.

Initiatif penjualan[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Februari 2006, Wendy's International mengumumkan rancangan utamanya untuk mempertingkatkan jualannya di Amerika Syarikat. Rancangan itu merangkumi peningkatan kecekapan serta pengurangan kos melalui pelbagai langkah dalaman. Mungkinnya, perubahan terbesar yang dapat dilihat oleh pelanggannya ialah pengenalan sarapan pagi, bermula dengan restoran-restoran terpilih di Raleigh, Carolina Utara, diikuti oleh restoran yang lain pada tahun 2007. Tambahan pula, rangkaian itu merancangkan untuk memperkenalkan Frosty Vanila, serta satu barisan keluaran sandwic deli yang digelarkan Frescata, bersama-sama dengan banyak lagi tambahan menu yang lain.

Perkembangan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Selain daripada Amerika Syarikat, Wendy's juga membuka restoran-restoran di Malaysia, Aruba, Kanada, Kepulauan Cayman, El Salvador, Greece, Guatemala, Honduras, Hungary, Indonesia, Jamaika, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Panama, Filipina, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Venezuela.

Lokasi-lokasi Wendy's

Rangkaian hamburger Wendy's tidak lama berpanjangan di Australia. Sembilan buah restorannya di Victoria diambil alih oleh Hungry Jack's pada tahun 1986. Sila lihat: Kisah Hungry Jack's yang menerangkan, secara umum, pemerolehan Wendy's. Kini, restoran-restoran Australia yang mempunyai nama Wendy's ialah restoran sebuah francais ais krim yang langsung tiada kaitan dengan rangkaian hamburger Amerika Syarikat itu. Sila lihat: Wendy's (Australia).

Restoran-restoran Wendy's di Greece ditutup pada awal 2000-an, selepas lebih kurang lima tahun beroperasi, disebabkan oleh pesaingan yang amat hebat daripada restoran-restoran seperti Goody's dan McDonald's. Restoran-restoran Wendy's di United Kingdom dijual kepada McDonald's pada tahun 2007. Kesemua 18 buah restoran Wendy's di Argentina ditutup pada November 2000 disebabkan prestasi yang buruk, selepas dalam pasaran tempatan selama empat tahun.[2] [3].

Pengiklanan[sunting | sunting sumber]

Mulai daripada 9 Januari 1984, pelakon tua Clara Peller menjadi jurucakap di Amerika Utara untuk kempen pengiklanan Wendy's, "Di Manakah Daging Lembunya?", yang amat berjaya. Ayatnya itu yang paling masyhur telah menjadi sebahagian kebudayaan pop Amerika Syarikat. Walter Mondale menggunakan ayat itu dengan amat berkesan untuk menewaskan Gary Hart dalam pemilihan utama Parti Demokrat Amerika Syarikat yang juga dapat mempromosikan hamburger Wendy's. Peller yang berumur 84 tahun digugur daripada kempen itu pada tahun 1985 disebabkan oleh iklannya untuk sos spageti Prego yang menonjolkannya mengatakan bahawa "akhirnya saya dapat mencari" daging lembu.

Selepas kematian Dave Thomas pada tahun 2002, Wendy's bekerja keras untuk mencari kempen pengiklanan yang baru oleh sebab hampir kesemua iklan Wendy's yang telah dikeluarkan dari 1989 sehingga 2002 menonjolkan Dave Thomas. Selepas sebuah siri iklan konvensional yang memerihalkan makanan yang dihidangkan, Wendy's pada tahun 2004 cuba menggunakan "Mr. Wendy", watak ciptaan yang mendakwa diri sebagai jurucakap untuk rangkaian makanan segera itu. Selepas tujuh bulan, Wendy's kembali ke kempen animasinya yang menumpukan perbezaan antara hamburger Wendy's yang berbentuk empat segi dengan hamburger pesaing-pesaingnya yang bulat.

Cabang pemasaran Wendy's melibatkan diri dalam penempatan produk dalam filem-filem dan televisyen, dan kekadang menonjolkannya dalam siri pertunjukan realiti televisyen ABC, "Pengubahelokan Keterlaluan: Edisi Rumah" ("Extreme Makeover: Home Edition") yang amat popular. Pertunjukan ini menonjolkan hamburger Wendy's dihidangkan kepada melebihi 100 orang pekerja pembinaan.

Cogan kata[sunting | sunting sumber]

  • 1970: "Mutu ialah Resepi Kami" ("Quality is Our Recipe")
  • 1978: "Hamburger-hamburger yang banyak air serta napkin yang amat banyak" ("Juicy hamburgers and lots of napkins")
  • 1980: "Wendy's Mempunyai Rasa" ("Wendy's Has the Taste")
  • 1981: "Tiada Alasan Untuk Pergi Ke Tempat Lain" ("Ain't No Reason to Go Anyplace Else")
  • 1982: "Kamu Ialah Jenis Orang Wendy's" ("You're Wendy's Kind of People")
  • 1983: "Ini ialah saat terbaik untuk makan... Wendy's" ("It's the best time for...Wendy's" (Filipina)
  • 1983: "Kau tak lapar ke... Kau tak lapar ke?" ("Aren't you hungry... Aren't you hungry?")
  • 1984: "Di Manakah Daging Lembunya?" ("Where's the beef?")
  • kk. 1990: "Burger-burger terbaik dan jauh lebih kaya" ("The best burgers and a whole lot more")
  • 1997-2000: Memang Lebih Enak (Indonesia)
  • 1997 - kini: "Makanan yang terlalu baik, walaupun lambat" ("Eat great, even late")
  • 2002: "Inilah kebahagian hamburger" ("It's hamburger bliss.")
  • 2004: "Sini lebih baik" ("It's better here")
  • kk. 2000 - kini: "Kami tidak memotong sudut-sudut" ("We don't cut corners") (New Zealand) — bermain dengan kata-kata "cut corners" dalam bahasa Inggeris: (1) Maksud harfiah: memotong sudut-sudut; (2) Maksud kiasan: mengambil jalan mudah.
  • kk. 2001 - kini: "El Sabor de lo Recien Hecho" (Honduras)
  • 2005 - kini: "Buat Apa Saja Yang Menyebabkan Rasa Sedap" ("Do what tastes right")
  • 2005 - kini: "Adalah Baik Untuk Menjadi Empat Segi" ("It's Good To Be Square") — bermain dengan kata-kata "Square" dalam bahasa Inggeris: 1) Maksud harfiah: empat segi; (2) Maksud kiasan: jujur.
  • 2006 - kini: "Jangan bertolak ansur. Memperibadikan" ("Don't Compromise. Personalize")

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikinews
Wikinews
Wikinews mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Peristiwa Jari Cili
Wikinews
Wikinews
Wikinews mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Wendy's

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]