West Lutong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

West Lutong adalah antara sebuah sebuah medan minyak yang tertua di Malaysia. Ia terletak kira-kira 12 kilometer di luar pantai Miri, Sarawak. West Lutong merupakan salah satu daripada sembilan buah medan petroleum yang membentuk kawasan petroleum Delta Baram yang dioperasikan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh PETRONAS. Medan ini telah ditemui pada tahun 1966. Pengeluaran petroleum daripada medan ini mula dikeluarkan sejak tahun 1968. Pada waktu kemuncak pengeluarannya pada tahun 1972, medan ini mengeluarkan petroleum pada kadar kira-kira 56,000 tong sehari. Kadar pengeluaran dari medan ini pada masa sekarang adalah sekitar 8,000 tong sehari.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.