Wi-Fi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Wi-Fi yang digunakan Wi-Fi Alliance

Wi-Fi (juga dikenali sebagai WiFi) merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar menerusi WLAN iaitu Wireless Local Area Network. Wi-Fi membenarkan alat elektronik untuk bertukar data atau bersambung ke internet dengan menggunakan gelombang radio 2.4 GHz UHF dan 5 GHz SHF. Nama Wi-Fi sering dianggap sebagai singkatan wireless fidelity, tetapi sebenarnya merupakan tanda dagangan dan digunakan dengan terma audiophile Hi-Fi. Wi-Fi Alliance mentakrifkan Wi-Fi sebagai mana-mana produk WLAN yang berdasarkan piawaian 802.11 Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.[1]

Produk yang berdaftar boleh menggunakan logo rasmi Wi-Fi yang juga bermakna produk tersebut boleh beroperasi dengan mana mana produk yang mempunyai logo yang sama. Logonya sendiri diciptakan oleh Interbrand Corporation dengan gaya yin yang. Interbrand memiliki hubungan kerja sama dengan Wi-Fi Alliance.

Kelebihan Wi-Fi ialah ia berasaskan piawaian IEEE 802.11, manakala jarak capaian juga jauh iaitu antara 75 hingga 125 meter.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal-usul teknologi 802.11 dapat dijejaki dalam keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (US Federal Communications Commission) pada 1985 yang membiarkan jalur ISM digunakan tanpa lesen. NCR Corporation bersama-sama AT&T Corporation—pada tahun 1991—mereka pelopor bagi 802.11 yang bertujuan untuk digunakan dalam sistem juruwang. Produk wayarles pertama bernama WaveLAN.

Vic Hayes digelar oleh sesetengah orang sebagi "bapa Wi-Fi" atas penglibatannya dalam merunding piawaian awal dalam IEEE semasa mempengerusikan kumpulan kerja terbabit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Hotspot
  • WLAN

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]