Wickiana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pembakaran tiga ahli sihir di Baden (1585).

Wickiana adalah karya Johann Jakob Wick dari Zürich (1522-1588), berupa koleksi terbitan lebar sehelai yang dihimpunkan dalam 24 jilid antara 1560 dan 1587. Ia adalah sumber penting bagi masa Reformasi Protestan di Switzerland.

Wick hidup di Zürich semasa pemerintahan Heinrich Bullinger, pengganti Huldrych Zwingli. Beliau belajar teologi di Tübingen, dan adalah paderi untuk Witikon, hospital bandar, dan Predigerkirche. Selepas itu, beliau menjawat kanun dan archdeacon kedua di Grossmünster.

Helaian-helaian Wick dikumpulkan di perpustakaan biara Grossmünster selepas kematiannya pada tahun 1588. Mereka kemudian dipindahkan ke Zentralbibliothek Zürich pada 1836. Koleksi asal dibahagikan antara divisyen manuskrip dan divisyen cetakan awal perpustakaan itu pada tahun 1925. Koleksi cetakan terdiri daripada sejumlah 429 cetakan yang berasal dari koleksi asli Grossmünster (PAS II 1 - 24) ditambah sepuluh item yang diperoleh kemudian (PAS II 25). Bahagian manuskrip mempunyai indeks perpustakaan Ms F 12–35. Koleksi ini sebahagiannya telah diterbitkan dengan bentuk faksimili di dalam edisi yang dilengkapi dengan komentar pada antara tahun 1997-2005.

Contoh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • M. Senn, Die Wickiana. Johann Jakob Wicks Nachrichtensammlung aus dem 16. Jahrhundert, Zürich 1975.
  • Franz Matthias Mauelshagen, Wunderkammer auf Papier. Die Wickiana zwischen Reformation und Volksglaube, Diss. Univ. Zürich, Zürich 2008.
  • Wolfgang Harms, Michael Schilling (eds.), Die Wickiana. Die Sammlung der Zentralbibliothek Zürich, Tübingen 1997–2005.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]