Wide-field Infrared Survey Explorer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
WISE
WISE artist concept (PIA17254, crop).jpg
Wide-field Infrared Survey Explorer
Maklumat am
NSSDC ID 2009-071A
Organisasi NASA/JPL
Kontraktor utama Ball Aerospace
Lockheed Martin
Space Dynamics Laboratory
SSG Precision Optronics
Tarikh pelancaran 14 Disember 2009 14:09:33 UTC
Dilancarkan dari SLC-2, Pangkalan Tentera Udara Vandenberg
Lompoc, California
Kenderaan pelancar Delta II 7320-10
Jisim 750 kg (1,650 lb)
Jenis orbit Kutub segerak matahari
Kecondongan: 97.5°
Tinggi orbit 525 km (326 mi)
Tempoh orbit 95 minit, 15 kali sehari
Lokasi Orbit rendah bumi
Rejim panjangombak 3.4, 4.6, 12, 22 μm jalur
Diameter 0.4 m
Laman web
wise.ssl.berkeley.edu

Wide-field Infrared Survey Explorer (WISE; Melayu: Penjelajah Tinjauan Inframerah Medan-luas) ialah sebuah teleskop angkasa lepas astronomi panjang gelombang-inframerah NASA yang aktif antara Disember 2009 dan Februari 2011. Ia telah menemui bintang Kerdil Y dan asteroid trojan Bumi pertama, selain ribuan asteroid baharu.[1]

Ia dilancarkan pada 14 Disember 2009,[2][3][4] dan diletakkan dalam keadaan penghibernatan pada 12 Februari 2011 apabila pemancarnya ditutup.[1] Ia menjalankan tinjauan astronomi seluruh-langit dengan imej dengan jalur julat panjang gelombang 3.4, 4.6, 12 dan 22 μm, lebih 10 bulan menggunakan teleskop inframerah berdiameter 40 cm (16 in) di orbit Bumi.[5] Pada Oktober 2010 bahan pendingin hidrogennya habis, namun suatu misi lanjutan empat bulan dipanggil NEOWISE dijalankan bagi mencari badan kecil Sistem Suria berhampiran orbit Bumi (e.g. komet dan asteroid berbahaya) menggunakan kemampuan yang tinggal.[6]

NASA mengumumkan pada 27 Julai 2011, bahawa asteroid trojan Bumi pertama telah ditemui menggunakan data yang dikumpul WISE.[7][8] Seterusnya pada 23 Ogos 2011 NASA mengumumkan penemuan jenis baharu bintang yang dipanggil kerdil Y.[9][10] Data seluruh-langit termasuklah imej proses, katalog sumber dan data mentah, dikeluarkan kepada awam pada 14 Mac 2012.[11][12][13][14]

Pada Ogos 2013, NASA mengumumkan yang ia akan mengaktifkan semula teleskop WISE bagi misi baharu tiga-tahun untuk mencari asteroid yang mungkin menghentam Bumi.[15]

Jadual kerdil perang[sunting | sunting sumber]

Bintang kerdil perang yang ditemui dalam jarak 20 tahun-cahaya termasuklah:

Objek ly Jenis
spektrum
Buruj Jarak
hamal
Keserongan
WISE 0254+0223 20 T8 Cetus 02j 54m 09.62s 02° 23′ 58.85″
WISE 0350-5658 12 Y1 Reticulum 03j 50m 00.32s −56° 58′ 30.2″
WISE 0359-5401 19 Y0 Reticulum 03j 59m 34.06s −54° 01′ 54.6″
WISE 0410+1502 14 Y0 Templat:Constel 04j 10m 22.79s 15° 02′ 47.47″
WISE 1049-5319 6.5 L8 Templat:Constel 10j 49m 15.57s −53° 19′ 06″
WISE 1405+5534 16 Y0 Ursa Major 14j 05m 18.27s 55° 34′ 21.22″
WISE 1506+7027 11 T6 Ursa Minor 15j 06m 49.89s 70° 27′ 36.23″
WISE 1541-2250 20 Y0.5 Templat:Constel 15j 41m 51.57s −22° 50′ 25.03″
WISE 1741+2553 19 T9 Templat:Constel 17j 41m 24.22s 25° 53′ 18.96″

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Wide-field Infrared Survey Explorer". Astro.ucla.edu. http://www.astro.ucla.edu/~wright/WISE/. Capaian 2013-08-24. 
  2. Justin Ray. "Mission Status Center: Delta/WISE", Spaceflight Now, 14 Disember 2008. Dicapai pada 26 Disember 2009. 
  3. Rebecca Whatmore; Brian Dunbar (14 Disember 2009). "WISE". NASA. http://www.nasa.gov/mission_pages/WISE/main/index.html. Capaian 26 Disember 2009. 
  4. Whitney Clavin (14 Disember 2009). "NASA's WISE Eye on the Universe Begins All-Sky Survey Mission". NASA Jet Propulsion Laboratory. http://www.nasa.gov/mission_pages/WISE/news/wise20091214.html. Capaian 26 Disember 2009. 
  5. "Wide-field Infrared Survey Explorer (WISE)". Astro.ucla.edu. http://www.astro.ucla.edu/~wright/WISE/. Capaian 2013-08-24. 
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan werner tidak disediakan
  7. "JPL – NASA's WISE Finds Earth's First Trojan Asteroid". Jpl.nasa.gov. 2011-07-27. http://www.jpl.nasa.gov/news/news.cfm?release=2011-230. Capaian 2013-08-24. 
  8. "Berkeley – NASA's WISE Finds Earth's First Trojan Asteroid". Wise.ssl.berkeley.edu. http://wise.ssl.berkeley.edu/science.html. Capaian 2013-08-24. 
  9. "WISE Public Web Site – UCLA". Astro.ucla.edu. http://www.astro.ucla.edu/~wright/WISE/. Capaian 2013-08-24. 
  10. Jon Morse. "Discovered: Stars as Cool as the Human Body". Dicapai pada 24 Ogos 2011. 
  11. "WISE All-Sky Data Release". Wise2.ipac.caltech.edu. http://wise2.ipac.caltech.edu/docs/release/allsky/. Capaian 2013-08-24. 
  12. "NASA Releases New WISE Mission Catalog of Entire Infrared Sky". Nasa.gov. http://www.nasa.gov/mission_pages/WISE/news/wise20120314.html. Capaian 2013-08-24. 
  13. Whitney Clavin (18 Julai 2011). "Can WISE Find the Hypothetical 'Tyche'?". NASA.gov. http://www.nasa.gov/mission_pages/WISE/news/wise20110218.html. Capaian 19 Julai 2011. 
  14. "The Wide-field Infrared Survey Explorer All-Sky Data Release". The Wide-field Infrared Survey Explorer at IPAC. http://wise2.ipac.caltech.edu/docs/release/allsky/. Capaian 17 Mac 2012. 
  15. Reuters. "NASA space telescope rebooted as asteroid hunter", CBC News, 22 Ogos 2013. Dicapai pada 27 Ogos 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]