Wikipedia:Autobiografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wikipedia adalah satu laman untuk mempromosikan ilmu dan bukan laman untuk mempromosikan diri anda. Dengan itu, JANGAN mulakan entri yang bertemakan diri anda. Sekiranya anda ingin memperkenalkan diri anda, anda boleh menggunakan laman pengguna diri anda. Jika anda tidak mempunyai sebarang akaun lagi di Wikipedia ini sila daftar di sini.

Masalah autobiografi[sunting | sunting sumber]

Autobiografi merujuk kepada riwayat hidup yang ditulis sendiri. Di pasaran buku, kita biasanya tidak asing untuk berjumpa dengan buku-buku autobiografi yang ditulis sendiri oleh orang-orang ternama. Tetapi di Wikipedia, anda tidak digalakkan untuk mencipta laman autobiografi diri anda sebagai suatu rencana umum. Tindakan menulis autobiografi anda ini adalah dianggap tidak sopan, dan lebih penting lagi telah melanggar prinsip NPOV. Maka daripada itu anda dinasihati menunggu orang lain untuk menulis tentang diri anda, sekiranya cerita anda dapat memanfaatkan orang lain dan jika anda telah berjaya memberi suatu impak sumbangan yang pasti diingati dalam komuniti atau masyarakat anda.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]