Wikipedia:Berani dalam mengemaskini laman
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Laman ini merupakan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Para penyunting telah menyetujui pendapat dan garis panduan yang dikemukakan dalam laman ini. Garis panduan ini wajar diikuti, tetapi tidak semestinya polisi Wikipedia. Anda berhak mengubah laman ini jika perlu, tetapi sila gunakan laman perbincangan bagi memastikan penyunting lain turut setuju jika terdapat perubahan menyeluruh. |
Wikipedia merupakan satu ensiklopedia yang sentiasa berada dalam proses penyempurnaan. Anda adalah digalakkan mengemaskini laman dengan tujuan membaiki kualiti ensiklopedia ini. Wiki akan berkembang lebih cepat bila ada ramai orang bekerjasama. Jadi, janganlah ambil hati jika ada orang menulis kembali rencana anda.
Jika seseorang menulis suatu rencana yang berkualiti rendah, rintisan, tak masuk akal, jangan khuatir bahawa suntingan yang anda lakukan akan menyakiti perasaan mereka. Betulkan, tambahkan fakta, dan jika masih nampak buruk, ganti dengan kata dan kalimat lain yang menurut anda jauh lebih baik. Itulah sifat dasar Wiki.
Antara kemaskini yang anda boleh lakukan termasuklah:
- Mengemaskini bahasa
Anda boleh memperbaiki gaya bahasa dalam suatu rencana sekiranya anda mendapati penggunaan bahasa rencana berkenaan tidak memuaskan. Tindakan anda sudah tentu dapat membantu Wikipedia menjadi lebih menarik. - Mengemaskini fakta
Apabila anda mendapati apa yang tertulis dalam salah satu entri Wikipedia tidak menepati fakta, maka anda dialu-alukan untuk mengemaskininya. Dengan ada pembaikan ini, maka semakin dekatlah Wikipedia dengan kebenaran. - Mengemaskini tampilan laman
Selain daripada mengemasikini tampilan fakta dan bahasa, anda juga boleh membaiki penampilan laman dengan meletakkan gambar, ataupun menyusun semula isi kandungan rencana supaya ia nampak lebih kemas dan cantik. Anda boleh mencari gambar yang sesuai untuk menghiasi rencana-rencana di Wikipedia di Wikimedia Commons yakni arkib media bebas.
Lihat juga [sunting]
|
||||||||||||||||||||||||||||||||