Wikipedia:Calon gambar pilihan/2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Julai

Qin Shi Huang

Qin Shi Huang

Saya cadangkan gambar Qin Shi Huang, maharaja China pertama daripada rencana China sebagai gambar pilihan pertama kita! Yey! :P Alistair 阿力斯特伊儿 13:22, 18 Jun 2006 (UTC)

Ada masalah dalam kedudukan gambar. Ada sesiapa yang boleh betulkannya? Alistair 阿力斯特伊儿 13:24, 18 Jun 2006 (UTC)
  • Bantah. Tak cukup "patriotik". ...Aurora... 05:18, 19 Jun 2006 (UTC)

Kita harus mentakrifkan apa yang benar-benar dimaksudkan dengan perkataan "patriotik" demi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Adakah penggunaan semua gambar yang menonjolkan perkara-perkara di luar negara dianggap sebagai sesuatu perbuatan yang "tak cukup patriotik"? Atau ini cuma terhad kepada raja-raja saje (termasuk Ratu Elizabeth II) dan bukannya tokoh-tokoh lain... atau ia juga termasuk ahli sains? Adakah penggunaan gambar-gambar ini dalam portal Wikipedia bahasa Melayu pun boleh dianggap "tidak patriotik", dan bahan-bahan dalam Wikipedia ini harus dikhaskan hanya untuk bahan-bahan daripada bangsa Melayu? Adakah penggunaan perkataan "patriotik" itu cukup "patriotik" sedangkan bahasa Melayu mempunyai perkataan "setia negara".

Dalam era globalisasi, apakah maksud "patriotik" dalam konteks yang terkini? Harus ke kita menggunakan teknologi orang lain berbanding mencipta teknologi sendiri (seperti perisian sendiri berbanding menggunakan perisian Wikipedia barat) supaya dapat membanggakan negara dan bangsa? Sebenarnya, saya berasa penciptaan teknologi sendiri adalah benar-benar "patriotik" berbanding perkara-perkara remeh-temeh ataupun dalam istilah basahan "perkara-perkara kacang putih" seperti menggunakan teknologi orang lain untuk menonjolkan gambar yang ditangkap dengan teknologi orang lain.

Adakah mendengar muzik dan menonton filem luar negeri merupakan perbuatan "tak patriotik" sedangkan Malaysia ada filem sendiri? Adakah penggunaan kereta lain selain daripada kereta Proton Saga merupakan sesuatu yang "tidak patriotik"? (Sebenarnya, kereta Proton pun bukan benar-benar kereta tempatan.) Banyaknya soalan tentang persoalan "patriotik", dan jika kita tidak berhati-hati, kita cuma akan dijadikan "katak di bawah tempurung". — PM Poon 06:48, 19 Jun 2006 (UTC)

Nota: Bantahan saya cuma untuk gambar sulung pada 1 Julai. ...Aurora... 10:03, 19 Jun 2006 (UTC)

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad

Sebagai gambar sulung, apa kata pilih gambar yg lebih "patriotik"? Contohnya Bangunan Sultan Abdul Samad. ...Aurora... 05:18, 19 Jun 2006 (UTC)

He he, betul juga. Apalah saya ni, cakap tak serupa bikin pula :P Bagi apa yang diulas oleh PM Poon, memang benar, tetapi seperti banyak hal yang lain, kerserdehanaan menjadi kata kunci penyelesaiannya. Hasil era globalisasi setakat kini adalah kecenderungan semua untuk menjadi keterlaluan (extream) maka kita di sini harus bersikap serdehana (moderate). Kita tidak boleh terlalu xenophobic mahupun terlalu liberal sehinggakan identiti dan jiwa bangsa sendiri pun terkorban. Dalam hal ini pun saya menyokong (bukan 100% tetapi lebih kurang) pendekatan yang diambil bangsa Jepun, iaitu pegangan kuat kepada identiti diri tetapi masih mampu mempelajari sesuatu daripada semua bangsa lain (dan bukan sahaja bangsa Barat macam di negara kita). Mengenai gambar pilihan Aurora pula, macam terlalu kecil bagi saya, tetapi jika tiada lagi gambar lain yang sesuai, saya sokong. — Alistair 阿力斯特伊儿 07:19, 19 Jun 2006 (UTC)

Alistair, anda mungkin hendak menterjemahkan rencana What is a featured picture? dalam Wikipedia bahasa Inggeris untuk mengelakkan sebarang kekeliruan tentang apa itu "gambar pilihan" dan untuk mengelakkan sudut pandangan tak berkecuali atau berat sebelah. — PM Poon 08:56, 19 Jun 2006 (UTC)

Ooophs, dah siap bikin! hehehe. PM Poon 08:58, 19 Jun 2006 (UTC)

Hai Alistair, saya berpendapat bahawa anda kena mentakrifkan apakah gambar yang cukup besar? Jika anda mengikut Wikipedia bahasa Inggeris sebanyak 1,000px, memang Imej:KualaLumpurAbdulSamadBldg.jpg yang mempunyai 1,389px dah cukup besar. Tadi saya silap mentafsir, dan salah menganggap bahawa apa yang dikehendaki ialah 1,000kpx... ehhh, besarnya! Oleh itu, saya cuba mencapai saiz itu tetapi memang susah. Biarkan Imej:KualaLumpurAbdulSamadBldg1.jpg saje, kerana saya telah mencipta sehingga 750kpx, tak boleh besar lagi, tetapi kini terlalu besar! hehehe. — PM Poon 09:38, 19 Jun 2006 (UTC)

Saya tak sedar kerana saya ingat saiz yang dipaut di laman ini adalah saiz sebenarnya. Selepas saya lihat di recana gambar itu sendiri, saya dapati ia cukup besar. Maaf.

(P/S:Kemudahan mengecilkan gambar amat sesuai diamalkan di sini untuk mengelakkan semak) :) Alistair 阿力斯特伊儿 09:52, 19 Jun 2006 (UTC)

Kalau nak lagi besar, mungkin boleh minta Pengguna:_earth. ...Aurora... 10:03, 19 Jun 2006 (UTC)

Ogos

Ladang teh

Fail:Ladangteh.jpg
Ladang teh Cameron Highlands

Gambar ladang teh Cameron Highlands dari rencana Malaysia. Alistair 阿力斯特伊儿 13:00, 3 Julai 2006 (UTC)


Gambarnya sungguh cantik dan menenangkan fikiran bagi sesiapa yang melihatnya. Saya sokong dengan pencalonan ini. - ...Didie!!!... 07:21, 16 Julai 2006 (UTC)

September

Dataran Helang

Fail:Eagle Square.jpg
Dataran Helang

Dataran Helang Langkawi. — Alistaire 15:58, 13 Ogos 2006 (UTC)

Oktober

Aurora Borealis

Aurora Borealis

Aurora Borealis di rencana cuaca. ...Aurora... 08:37, 16 Ogos 2006 (UTC)

Umm. Untuk bulan seterusnya boleh tak? — Alistaire 11:55, 23 Ogos 2006 (UTC)
Tak kisah, sekadar mencadangkan :) ...Aurora... 14:03, 24 Ogos 2006 (UTC)
Aurora Boralis seperti yang dipersetujui — Alistaire 07:04, 30 September 2006 (UTC)

Saya sokong gambar ini dicalonkan. - Didie 09:05, 30 September 2006 (UTC)

November

Gerhana matahari anulus

Gerhana matahari anulus

Gerhana matahari anulus di rencana gerhana dan gerhana matahari. ...Aurora... 13:30, 30 Oktober 2006 (UTC)

Gambar yang menarik, setuju. — Master2841 16:24, 30 Oktober 2006 (UTC)

Disember

Ikan kelisa

Ikan kelisa emas

Ikan kelisa emas. ...Aurora... 13:37, 23 November 2006 (UTC)

Setuju. Gambar yang agak menarik. - Didie 02:48, 2 Disember 2006 (UTC)