Wikipedia:Definisi harus disertai dengan penjelasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Definisi ialah kenyatan ringkas dan padat yang menjelaskan maksud sesuatu konsep. Pada lazimnya, definisi diwujudkan dalam bentuk ayat penyata seperti dibawa:

Pemikiran magis ialah satu bentuk pemikiran yang sentiasa mengkaitkan peristiwa yang berlaku dengan kuasa ghaib.

Penulisan rencana wikipedia sebaik-baiknya dimulakan dengan pernyataan definisi. Ini adalah kerana sebagai sebuah ensiklopedia, wikipedia cenderung kepada gaya penulisan yang ekonomik, yakni ringkas dan padat. Tetapi, rencana wikipedia adalah tidak sempurna sekirannya definisi tidak disertai dengan penjelasan. Ini adalah kerana definisi yang diwujudkan untuk sesuatu konsep mungkin terlalu abstrak yang sukar difahami oleh pembaca. Dengan itu, demi pemahaman pembaca yang lebih baik, definisi sebaik-baiknya disertai dengan penjelasan.

Terdapat pelbagi cara untuk menjelaskan sesuatu konsep. Cara yang paling baik ialah menerusi pemberian contoh yang konkrit.Contohnya:

Pemikiran magis ialah satu bentuk pemikiran yang sentiasa mengkaitkan peristiwa yang berlaku dengan kuasa ghaib. Contohnya, seorang peniaga dikatakan berfikiran magis apabila beliau beryakinan bahawa kegagalan bisnesnya adalah disebabkan oleh perbuatan hantu.

Salah satu alasan bagi "definisi harus disertai dengan penjelasan" adalah supaya wikipedia berbeza dengan kamus. Kamus adalah karya yang memasukkan makna perkataan, dan tidak lebih daripada itu. Tetapi wikipedia merupakan ensiklopedia yang bisa memberikan maklumat yang lebih bersamping maksud sesutu konsep.