Wikipedia:FAQ Pentadbiran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pentadbiran merujuk kepada fungsi pengurusan yang terdapat dalam sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan. Pentadbiran dalam Wikipedia adalah bertujuan supaya Wikipedia menjadi sebuah ensiklopedia yang boleh dipercayai. Laman ini menyeranaikan jawaban dan soalan lazim ditanya yang berkenaan pentadbiran dalam Wikipedia.

Adakah Wikipedia mempunyai peraturan?[sunting | sunting sumber]

Ya. Peraturan Wikipedia sebenarnya tertulis dalam polisi dan garis panduan. Semua pengguna dinasihati menuruti polisi dan garis panduan ini.

Siapakah yang menjadi pentadbir dalam Wikipedia?[sunting | sunting sumber]

Terdapat 3 jenis pentadbir dalam Wikipedia, yakni:

  • Pengguna aktif
    Berdasarkan prinsip "identiti seseorang itu didefinisikan oleh apa yang dia lakukan," semua pengguna Wikipedia yang turut membantu dalam pentadbiran Wikipedia itu dianggap sebgai sebahagian daripada pasukan pentadbiran Wikipedia. Wikipedia sebenarnya membuka luas pintunya kepada mereka yang sanggup menjalankan tugas pentadbiran di laman Wikipedia.
  • Penyelia (Sysop)
    Sysop merupakan singkatan daripada perkataan bahasa Inggeris System Operator. Penyelia merupakan pengguna yang boleh memadam laman.
  • Birokrat (Bureaucrat)
    Birokrat merupakan penyelia yang boleh melantik penyelia lain.

Apakah tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka yang mencabar peraturan Wikipedia?[sunting | sunting sumber]

  • Pemadaman laman
  • Penyekatan suntingan

Bagaimanakah polisi dan garis panduan dibentuk?[sunting | sunting sumber]

Polisi dan garis panduan yang berlaku di Wikipedia bahasa Melayu adalah berasal daripada sumber yang berikut:

  • Adaptasi polisi dan garis panduan daripada Wikipedia Bahasa Inggeris.
  • Persetujuan yang dicapai melalui perbincangan dan keputusan bersama dan timbang-tara antara para pengguna aktif di dalam Wikipedia Bahasa Melayu.


Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wikipedia
Halaman FAQ...

Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain

Lihat juga...

Halaman bantuan