Wikipedia:FAQ Sekolah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman FAQ ini adalah berkenaan dengan soalan yang lazim ditanya oleh guru dan pentadbir sekolah tentang keterlibatan pelajaran dalam Wikipedia dan kegunaan Wikipedia di persekitaran pembelajaran.

Adakah Wikipedia tepat dan boleh dipercayai?[sunting sumber]

Ketepatan Wikipedia bergantung kpada ketepatan sumber luar yang kami gunakan. Rencana yang bagus seharusnya mempunyai sumber rujukan dan pautan luar. Sejauh mana anda mempercayai Wikipedia bergantung kepada sejauh mana anda mempercayai sumber-sumber ini. Ketepatan rencana yang tidak mempunyai sumber tidak dijamin.

Seperti mana-mana sumber, kandungan Wikipedia boleh berat sebelah atau ketinggalan zaman. Anda harus sentiasa mencari dari beberapa sumber untuk perkara-perkara penting. Wikipedia ini mungkin berat sebelah terhadap kawasan Asia Tenggara kerana majoriti penutur bahasa Melayu adalah dari kawasan ini. Perkara-perkara yang popular pula biasanya tepat dan terkini kerana lebih ramai orang melawatnya.

Apakah kaitan antara Wikipedia dengan pendidikan?[sunting sumber]

Wikipedia merupakan satu alat yang canggih untuk pendidikan. Di sini, pelajar dipeluang untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan belajar untuk mencari maklumat. Berbanding dengan ensiklopedia bercetak yang mahal, Wikipedia merupakan ensiklopedia yang boleh digunakan secara percuma dan amat sesuai untuk mereka yang tidak mampu memiliki sebuah ensiklopedia.

Apakah manfaat yang dapat diperolehi oleh pelajar daripada Wikipedia selain maklumat ensiklopedia?[sunting sumber]

Wikipedia pada hakikatnya bukanlah sebuah ensiklopedia semata-mata, ia sebenarnya sebuah "gotong royong membina ensklopedia internet". Daripada itu pelajar yang terlibat dalam Wikipedia akan membelajari aspek interaksi sosial dengan pengguna Wikipedia yang lain. Secara terperinci lagi, pelajar akan memperolehi faedah sampingan.

Adakah pelajar akan ketagih bermain dengan Wikipedia sehingga mengabaikan pelajaran?[sunting sumber]

Pada umumnya, remaja mudah ketagih akan sesuatu permainan yang menyeronokan mereka. Bagi sesetengah remaja, Wikipedia mungkin merupakan satu permainan untuk mereka dan mereka mungkin ketagih. Walaupun demikian, remaja ataupun budak sekolah tidak seharusnya dihalang secara fizikal untuk "bermain" Wikipedia selain dinasihatkan menggunakan masa secara seimbang.

Di mana saya boleh medapat lebih maklumat mengenai Wikipedia?[sunting sumber]

Lihat Wikipedia:Perihal untuk maklumat mengenai kami. Untuk maklumat mengenai Wikipedia, lawati portal masyarakat dan juga laman FAQ lain.


Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wikipedia
Halaman FAQ...

Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain

Lihat juga...

Halaman bantuan