Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/13 Oktober
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- 54 – Claudius diracun oleh isterinya Agrippina yang Lebih Muda, menjadikan anaknya Nero sebagai Maharaja Rom seterusnya.
- 1307 – Beribu anggota Kesatria Templar ditahan serentak oleh ejen Raja Philippe IV dari Perancis dan diseksa untuk "mengaku" bidaah.
- 1773 – Charles Messier menemui Galaksi Whirlpool (gambar), suatu galaksi pilin reka bentuk besar saling bertindak yang terletak di buruj Canes Venatici.
- 1843 – B'nai B'rith, pertubuhan perkhidmatan tertua Yahudi yang masih beroperasi, ditubuhkan di Bandar Raya New York.
- 2010 – Kesemua 33 pelombong di Copiapó, Chile berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama 69 hari.
Hari-hari sebelum: 12 Oktober – 11 Oktober – 10 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lagi...