Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/14 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
14 April: Pohela Baishakh di Bengal; Hari Abjad N'Ko di Afrika Barat; Tahun Baharu Tamil.
- 1471 – Perang Bunga Ros: Kerabat York di bawah Edward IV menewaskan kerabat Lancaster berhampiran Barnet.
- 1865 – John Wilkes Booth (gambar) menembak Presiden A.S. Abraham Lincoln dengan sepucuk pistol Deringer di Teater Ford, Washington, D.C.
- 1931 – Selepas Raja Alfonso XIII meninggalkan Sepanyol, Republik Sepanyol Kedua diisytiharkan oleh sebuah kerajaan sementara pimpinan Niceto Alcalá-Zamora.
- 1970 – Sebuah tangki oksigen di atas kapal angkasa lepas NASA Apollo 13 meletup.
- 2010 – Lebih 2,600 orang terbunuh dalam gempa bumi 6.9 Mw di Yushu, Qinghai, China.
Hari-hari sebelum: 13 April – 12 April – 11 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...