Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/15 Ogos
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
15 Ogos: Hari Kemenangan ke atas Jepun; Hari Kemerdekaan di Korea (1945), India (1947) dan Congo (1960).
- 778 – Tentera Frank yang diketuai Roland tewas kepada Basque, seperti yang diceritakan semula dalam epik Perancis Lama La Chanson de Roland.
- 1534 – Ignatius dari Loyola dan enam lagi mengangkat sumpah yang memulakan Societas Iesu di Montmartre, Paris.
- 1914 – Terusan Panama (gambar) dibuka untuk laluan, mewujudkan jalan pintas dari Lautan Pasifik ke Lautan Atlantik.
- 1945 – Gyokuon-hōsō tersiar di Jepun, mengisytiharkan penyerahan tanpa syarat tentera Jepun, mengakhiri Perang Dunia Kedua.
- 1947 – Raj British dibahagikan kepada dua negara berdaulat: Kesatuan India dan Dominion Pakistan.
Hari-hari sebelum: 14 Ogos – 13 Ogos – 12 Ogos
Arkib – Melalui emel – Lagi...