Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/1 Mei
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
1 Mei: Hari Pekerja/Hari Buruh di pelbagai negara; Beltane di Ireland dan Scotland.
- 1707 - Kerajaan England dan Scotland bersatu untuk membentuk Kerajaan Great Britain.
- 1786 - Opera komedi Le nozze di Figaro yang digubah oleh Wolfgang Amadeus Mozart mengadakan tayangan perdana di Burgtheater, Vienna.
- 1840 - Setem pos berpelekat rasmi yang pertama, Penny Black (gambar), dikeluarkan di United Kingdom.
- 1893 - Eksposisi Columbia Sedunia, sebuah Pameran Sedunia yang meraikan hari ulang tahun ke-400 penemuan Dunia Baru oleh Christopher Columbus, dibuka di Chicago, Amerika Syarikat.
- 1960 - Negeri Bombay, India dipecahkan menjadi Gujarat dan Maharashtra mengikut sempadan bahasa.
Hari-hari sebelum: 30 April – 29 April – 28 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...