Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/2 Disember
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
2 Disember: Hari Kebangsaan di Emiriah Arab Bersatu (1971) dan Laos (1975)
- 1805 – Perang Napoleon: Angkatan Perancis yang diketuai Napoleon I menewaskan tentera Rusia-Austria pimpinan Czar Alexander I.
- 1823 – Presiden A.S. James Monroe mengeluarkan Doktrin Monroe, yang menentang dasar penjajahan Eropah di Dunia Baru.
- 1942 – Projek Manhattan: Ahli-ahli sains yang diketuai Enrico Fermi memulakan tindak balas rantai nuklear boleh kekal sendiri yang pertama di dalam reaktor Chicago Pile-1.
- 1988 – Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri Pakistan, ketua kerajaan wanita pertama di sebuah negara majoriti Muslim.
- 1993 – STS-61: Bolak-balik angkasa lepas Endeavour dilancarkan dalam misi membaiki Teleskop Angkasa Hubble (gambar).
Hari-hari sebelum: 1 Disember – 30 November – 29 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...