Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Mei
1 Mei: Hari Pekerja/Hari Buruh Antarabangsa; Beltane di Ireland dan Scotland.
- 1707 – Melalui Akta Penyatuan, Kerajaan England dan Scotland bersatu untuk membentuk Kerajaan Great Britain.
- 1753 – Carl Linnaeus menerbitkan Species Plantarum, yang, bersama dengan karya lebih awalnya Systema Naturae, dianggap sebagai permulaan tatanama botani moden.
- 1840 – Setem pos berperekat rasmi yang pertama, Penny Black (gambar) dikeluarkan di United Kingdom.
- 1893 – Eksposisi Columbia Sedunia, sebuah Pameran Sedunia yang meraikan ulang tahun ke-400 penemuan Dunia Baru oleh Christopher Columbus, dibuka di Chicago, Amerika Syarikat.
- 1960 – Negeri Bombay, India dipecahkan menjadi Gujarat dan Maharashtra mengikut sempadan bahasa.
Hari-hari sebelum: 30 April – 29 April – 28 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
2 Mei: Hari Guru di Iran; Hari Bendera di Poland.
- 1670 – Satu Piagam Diraja memberikan Syarikat Hudson's Bay monopoli perdagangan bulu di Rupert's Land.
- 1829 – Kapten Charles Fremantle daripada Tentera Laut Diraja British menubuhkan petempatan pertama British di pantai barat Australia, Koloni Sungai Swan.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Komander pertahanan Berlin Jeneral Helmuth Weidling menyerahkan bandar itu kepada Marsyal Soviet Georgy Zhukov, menamatkan Pertempuran Berlin.
- 1982 – Perang Falkland: HMS Conqueror menenggelamkan penjajap ARA Jeneral Belgrano (gambar), satu-satunya kapal yang pernah ditenggelamkan oleh kapal selam berkuasa nuklear.
- 2011 – Osama bin Laden dibunuh pasukan operasi khas A.S. di sebuah kediaman persendirian di Abbottabad, Pakistan.
Hari-hari sebelum: 1 Mei – 30 April – 29 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
3 Mei: Hari Perlembagaan di Poland dan Jepun; Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.
- 1808 – Perang Finland: Bandar berkubu Sweden Suomenlinna jatuh ke tangan Rusia.
- 1815 – Tentera Austria pimpinan Frederick Bianchi, Duke Casalanza menewaskan angkatan Raja Joachim Murat dari Naples dalam Pertempuran Tolentino (gambar).
- 1937 – Novel Berlalu Bersama Angin (Gone with the Wind) oleh Margaret Mitchell memenangi Hadiah Pulitzer.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Kapal samudera Jerman SS Cap Arcona, berisi ribuan banduan kem tumpuan yang ditinggalkan, diserang dan ditenggelamkan oleh RAF Typhoons di Laut Baltik.
- 1947 – Perlembagaan Jepun yang baharu berkuat kuasa, memberikan kuasa Maharaja Jepun kepada parlimen.
Hari-hari sebelum: 2 Mei – 1 Mei – 30 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
4 Mei: Peringatan untuk Yang Terkorban di Belanda; Hari Hijau di Jepun; Hari Pengembalian Kemerdekaan di Latvia (1990).
- 1471 – Perang Bunga Ros: Ahli York Edward IV menewaskan angkatan Lancaster dalam Pertempuran Tewkesbury (gambar).
- 1886 – Sebutir bom meletup berhampiran garisan polis, mengubah perhimpunan aman pekerja di Chicago menjadi Rusuhan Haymarket.
- 1953 – Ernest Hemingway menerima Hadiah Pulitzer untuk karyanya, Lelaki Tua dan Laut.
- 1979 – Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri United Kingdom wanita yang pertama.
- 2011 – Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas dan pemimpin Hamas Khaled Meshal memeterai perjanjian damai di Kaherah.
Hari-hari sebelum: 3 Mei – 2 Mei – 1 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 Mei: Cinco de Mayo; Hari Pembebasan di Belanda, Denmark dan Habsyah; Hari Kanak-Kanak di Jepun dan Korea Selatan.
- 1260 – Kublai Khan menuntut gelaran Khagan Empayar Mongol selepas kematian abangnya Möngke.
- 1862 – Askar-askar Mexico yang diketuai Ignacio Zaragoza menghentikan serangan Perancis dalam Pertempuran Puebla.
- 1904 – Cy Young (gambar) daripada Boston Red Sox membaling permainan sempurna yang pertama dalam era moden besbol profesional.
- 1949 – 10 negara Eropah menandatangani Perjanjian London, membentuk Majlis Eropah.
- 1992 – 202 tahun selepas Pindaan Ke-27 Perlembagaan A.S. dikemukakan, ia akhirnya diratifikasi oleh negeri Alabama yang memberikan undi ke-38 yang penting.
Hari-hari sebelum: 4 Mei – 3 Mei – 2 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 Mei: Hari St George di Bulgaria; Đurđevdan di Bosnia dan Herzegovina, Montenegro dan Serbia; Hari Yuri di Rusia.
- 1682 – Raja Louis XIV dari Perancis memindahkan pusat kerajaannya ke Château de Versailles.
- 1863 – Perang Saudara Amerika: Angkatan Tentera Virginia Utara pimpinan Robert E. Lee mencapai kemenangan muktamad untuk Gabungan dalam Pertempuran Chancellorsville.
- 1937 – Lebih 30 orang mati apabila zeppelin Jerman Hindenburg musnah terbakar (gambar) semasa mendarat di Lakehurst, New Jersey.
- 1954 – Di Oxford, Roger Bannister menjadi orang pertama berlari satu batu dalam masa empat minit.
- 1994 – Terowong Selat, sebatang terowong kereta api sepanjang 50.5 km di bawah Selat Inggeris di Selat Dover, dibuka secara rasmi.
Hari-hari sebelum: 5 Mei – 4 Mei – 3 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
7 Mei: Hari Radio di Rusia dan Bulgaria
- 1824 – Persembahan perdana Simfoni No. 9 dalam D minor, simfoni lengkap terakhir Ludwig van Beethoven, diadakan di Vienna.
- 1915 – Perang Dunia Pertama: Kapal selam Jerman Unterseeboot 20 mentorpedo dan menenggelamkan kapal samudera RMS Lusitania (gambar), menyebabkan 1,198 orang maut.
- 1960 – Perang Dingin: Pemimpin Soviet Nikita Khrushchev mengumumkan yang negaranya menahan Francis Gary Powers, juruterbang pesawat intip A.S. U-2 yang ditembak jatuh di ruang udara Kesatuan Soviet enam hari sebelumnya.
- 1992 – Bolak-Balik Angkasa Lepas terakhir NASA, Endeavour dilancarkan untuk misi pertamanya.
- 1999 – Presiden Guinea-Bissau João Bernardo Vieira digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera.
Hari-hari sebelum: 6 Mei – 5 Mei – 4 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
8 Mei: Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia; Hari Kemenangan di Eropah.
- 1429 – Pengepungan Orléans: Askar-askar Perancis pimpinan Jeanne d'Arc mematahkan pengepungan Inggeris dan mengubah nasib Perang Seratus Tahun.
- 1541 – Ekspedisi yang diketuai konkuistador Sepanyol Hernando de Soto tiba di Sungai Mississippi.
- 1794 – Pemerintahan Ganas: Ahli kimia dan ekonomi Perancis Antoine Lavoisier (gambar) dibicarakan, disabitkan bersalah dan digilotin pada hari yang sama.
- 1902 – Letusan Gunung Pelée memusnahkan bandar St. Pierre, Martinique, membunuh lebih 30,000 orang.
- 1945 – Kebanyakan angkatan tentera di bawah kuasa Jerman menamatkan operasi aktif pada 23:01 CET, menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua di Eropah.
Hari-hari sebelum: 7 Mei – 6 Mei – 5 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
9 Mei: Hari Eropah di Kesatuan Eropah; Hari Kemenangan di beberapa negara Eropah Timur; Hari Kemerdekaan di Romania.
- 328 – Athanasius menjadi Bapa Kaum Iskandariah, Mesir.
- 1671 – Kolonel Thomas Blood (gambar) ditangkap ketika cuba mencuri Perhiasan Kebesaran Diraja Inggeris dari Menara London.
- 1901 – Parlimen Australia yang pertama bersidang di dalam Bangunan Pameran Diraja di Melbourne.
- 1955 – Muppet paling terkenal Jim Henson Kermit the Frog muncul buat kali pertama, dalam rancangan TV Sam and Friends.
- 2004 – Presiden Republik Chechen pertama Akhmad Kadyrov terbunuh dalam satu letupan bom ketika perarakan kemenangan peringatan Perang Dunia Kedua di Grozny.
Hari-hari sebelum: 8 Mei – 7 Mei – 6 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
10 Mei: Hari Perlembagaan di Persekutuan Mikronesia; Hari Ibu di El Salvador, Guatemala dan Mexico; Lag Ba'omer (Yahudi, 2012).
- 1503 – Christopher Columbus dan anak-anak kapalnya menjadi orang Eropah pertama mengunjungi Kepulauan Cayman.
- 1768 – John Wilkes dipenjarakan kerana mengkritik Raja George III, mencetuskan rusuhan di London.
- 1857 – Pemberontakan Supai meletus di India kolonial, mengancam pemerintahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
- 1869 – Upacara pancang emas (gambar replika) diadakan di Promontory, Utah bersempena siapnya Landasan Rentas Benua Pertama di Amerika Utara.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Pemimpin Nazi Rudolf Hess terjun dengan menggunakan payung terjun di Scotland dalam misi mencari perdamaian dengan UK.
Hari-hari sebelum: 9 Mei – 8 Mei – 7 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1792 – Penjelajah Robert Gray menemui Sungai Columbia, sungai terbesar yang mengalir masuk ke Lautan Pasifik dari Amerika Utara.
- 1812 – Perdana Menteri British Spencer Perceval (gambar) dibunuh oleh John Bellingham di lobi Dewan Rakyat British.
- 1918 – Republik Bergunung Kaukasus Utara diasaskan, dengan Tapa Tchermoeff sebagai Perdana Menteri.
- 1946 – Parti politik terbesar di Malaysia kini, UMNO diasaskan, asalnya untuk membantah penubuhan Malayan Union.
- 1960 – Ejen Mossad menangkap Adolf Eichmann, pemimpin dan penjenayah perang pelarian Nazi yang menyembunyikan diri di Argentina.
Hari-hari sebelum: 10 Mei – 9 Mei – 8 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
12 Mei: Hari Jururawat Antarabangsa
- 1551 – Universiti tertua di benua Amerika, Universiti Kebangsaan San Marcos diasaskan di Lima, Peru.
- 1937 – Raja George VI dari United Kingdom dimahkotakan di Westminster Abbey, tarikh asal pertabalan abangnya Edward VIII.
- 1941 – Jurutera Jerman Konrad Zuse menunjukkan Z3, komputer automatik boleh atur cara pertama di dunia, di Berlin.
- 1958 – Amerika Syarikat dan Kanada menandatangani persetujuan rasmi penubuhan Ketumbukan Pertahanan Ruang Angkasa Amerika Utara (gambar pangkalan).
- 2008 – Satu gempa bumi sekuat 8.0 Ms melanda wilayah Sichuan, China, mengorbankan lebih 69,000 nyawa.
Hari-hari sebelum: 11 Mei – 10 Mei – 9 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
13 Mei: Hari Rotuma di Fiji
- 1848 – Lagu kebangsaan Finland Maamme dipersembahkan buat pertama kali.
- 1888 – Puteri Brazil Isabel si Penyelamat (gambar) meluluskan Lei Áurea, secara rasmi menamatkan perhambaan di Brazil.
- 1912 – Royal Flying Corps (kemudiannya Royal Air Force) diasaskan di United Kingdom.
- 1969 – Peristiwa 13 Mei: Rusuhan kaum orang Cina–Melayu di Kuala Lumpur, Malaysia menyebabkan sekurang-kurang 190 orang terkorban dan Parlimen digantung.
- 1981 – Mehmet Ali Ağca menembak dan menyebabkan Paus John Paul II cedera parah di Dataran Santo Peter, Kota Vatican.
Hari-hari sebelum: 12 Mei – 11 Mei – 10 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
14 Mei: Sanja Matsuri bermula di Tokyo; Hari perayaan Matthias (Gereja Katolik Rom).
- 1264 – Raja Henry III ditawan dalam Pertempuran Lewes, menyebabkan Simon de Montfort menjadi raja de facto England.
- 1796 – Edward Jenner memulakan pengujian cacar lembu sebagai vaksin untuk melindungi tubuh daripada cacar.
- 1804 – Ekspedisi Lewis dan Clark bertolak dari Kem Dubois dan memulakan perjalanan melalui darat pertama ke pantai Pasifik A.S.
- 1948 – Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion membaca perisytiharan penubuhan negara Israel di khalayak ramai di Tel Aviv.
- 1973 – Pangkalan angkasa lepas NASA Skylab (gambar) dilancarkan dari Cape Canaveral.
Hari-hari sebelum: 13 Mei – 12 Mei – 11 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 Mei: Hari Kemerdekaan di Paraguay; Hari Guru di Korea Selatan dan Mexico; Hari Nakba di Palestin.
- 1836 – Ahli astronomi Inggeris Francis Baily mencerap fenomena "manik Baily" (gambar contoh) ketika gerhana matahari.
- 1928 – Watak kartun Mickey dan Minnie Mouse muncul dalam filem buat pertama kali dalam Plane Crazy.
- 1934 – Perdana Menteri Kārlis Ulmanis membubarkan Saeima dan mengasaskan pemerintahan autoritarian di Latvia.
- 1957 – United Kingdom menguji bom hidrogen pertamanya dalam Operation Grapple di Pulau Malden.
- 1990 – Potret Dr. Gachet oleh Vincent van Gogh dilelong dengan harga AS$ 82.5 juta, menjadikannya lukisan termahal ketika itu.
Hari-hari sebelum: 14 Mei – 13 Mei – 12 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1204 – Perang Salib Keempat: Count Baldwin IX dari Flanders dimahkotakan sebagai Maharaja Latin pertama di Constantinople.
- 1527 – Keluarga Medici diusir buat kali kedua dari Florence dan sebuah republik diasaskan semula.
- 1866 – Rutbir (gambar) disediakan secara komersil buat pertama kali oleh Charles Elmer Hires.
- 1929 – Anugerah Akademi yang pertama disampaikan di Hotel Roosevelt, Los Angeles.
- 1966 – Mao Zedong melancarkan Revolusi Kebudayaan sebagai satu kempen untuk membebaskan China daripada unsur bourjuis liberalnya dan meneruskan perjuangan kelas revolusi.
Hari-hari sebelum: 15 Mei – 14 Mei – 13 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
17 Mei: Hari Perlembagaan di Norway (1814); Hari Kesusasteraan Galicia di Galicia, Sepanyol.
- 1792 – Bursa Saham New York diasaskan di Wall Street.
- 1865 – Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa diasaskan sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa di Paris.
- 1902 – Mekanisme Antikythera (gambar), mekanisme bergear tertua yang diketahui, ditemui dalam nahas kapal berdekatan pulau Antikythera, Greece.
- 1943 – Perang Dunia Kedua: Dam Busters Tentera Udara Diraja British berjaya menggunakan bom lantunan terhadap empangan Jerman.
- 1995 – Selepas 18 tahun sebagai Datuk Bandar Paris, Jacques Chirac dilantik sebagai Presiden Republik Perancis.
Hari-hari sebelum: 16 Mei – 15 Mei – 14 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 Mei: Hari Muzium Antarabangsa; Hari Bendera dan Universiti di Haiti.
- 1268 – Baibars dan angkatan Mamluknya menawan Antioch, ibu negara salibi untuk Kerajaan Antioch.
- 1896 – Mahkamah Agung A.S. membuat keputusan dalam kes "Plessy lwn. Ferguson", mendukung kesahan pengasingan kaum dalam pengangkutan awam.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Angkatan tentera Poland di bawah Leftenan Jeneral Władysław Anders menawan Monte Cassino, Itali.
- 1980 – Gunung St. Helens meletus (gambar), mengorbankan 57 orang di Washington dan menyebabkan kerosakan lebih sebilion dolar.
- 1991 – Pergerakan Kebangsaan Somali mengisytiharkan kemerdekaan Somaliland.
Hari-hari sebelum: 17 Mei – 16 Mei – 15 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
19 Mei: Hari Belia dan Sukan di Turki; Sanja Matsuri bermula di Tokyo (2012); Hari Angkatan Tentera di Amerika Syarikat (2012).
- 1649 – Parlimen Rump meluluskan akta untuk menubuhkan Komanwel England secara rasmi.
- 1780 – Gabungan asap, kabus dan litupan awan tebal menyebabkan gelap-gelita di sebahagian kawasan New England, A.S. dan Kanada pada waktu tengah hari.
- 1802 – Anugerah Légion d'honneur dimulakan oleh Konsul Pertama Republik Perancis Napoleon Bonaparte, sebagai anugerah untuk askar dan orang awam.
- 1961 – Venera 1 menjadi objek buatan manusia pertama terbang lalu planet lain selepas melintasi Zuhrah.
- 2010 – Setelah dua bulan bercanggah, tentera Thai menyerang (gambar) kem Baju Merah di Bangkok, memaksa mereka menyerah.
Hari-hari sebelum: 18 Mei – 17 Mei – 16 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
20 Mei: Hari Kebangsaan di Cameroon (1972); Hari Kemerdekaan di Timor Leste (2002); Hari Peringatan di Kemboja.
- 325 – Mesyuarat menyatupadukan mazhab Kristian pertama, Majlis Nicaea Pertama, dibuka secara rasmi di İznik, hari ini di Turki.
- 1570 – Ahli kartografi Abraham Ortelius mengeluarkan atlas moden yang pertama, Theatrum Orbis Terrarum (gambar).
- 1862 – Presiden A.S. Abraham Lincoln memeterai Akta Rumah Ladang (Homestead Act).
- 1927 – Melalui Perjanjian Jeddah, United Kingdom mengiktirafkan kedaulatan Raja Ibn Saud daripada Kerajaan Hijaz dan Nejd; yang kemudian digabungkan menjadi Arab Saudi.
- 2002 – Timor Leste mendapat kemerdekaan daripada Indonesia, menjadi negara berdaulat baharu pertama abad ke-21.
Hari-hari sebelum: 19 Mei – 18 Mei – 17 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
21 Mei: Hari Tentera Laut di Chile; Hari Victoria di Kanada (2012).
- 1881 – Palang Merah Amerika ditubuhkan oleh Clara Barton di Washington, D.C.
- 1894 – Terusan Kapal Manchester (gambar) dibuka secara rasmi, menghubungkan Greater Manchester, England dengan Laut Ireland.
- 1904 – Badan induk sukan bola sepak antarabangsa Fédération Internationale de Football Association diasaskan di Paris.
- 1927 – Di atas Spirit of St. Louis, Charles Lindbergh berjaya membuat penerbangan berseorangan menyeberangi Lautan Atlantik tanpa henti yang pertama.
- 1998 – Presiden Indonesia Suharto meletakkan jawatan selepas memerintah selama 32 tahun.
Hari-hari sebelum: 20 Mei – 19 Mei – 18 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
22 Mei: Hari Penyatuan di Yaman (1990); Hari Biodiversiti Antarabangsa.
- 1455 – Perang Bunga Ros bermula dengan kemenangan ahli York dalam Pertempuran Pertama St Albans ke atas kerabat Lancaster.
- 1807 – Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Aaron Burr didakwa oleh juri agung kerana khianat.
- 1915 – Lima kereta api terlibat dalam kemalangan berhampiran Gretna Green, Scotland, mengorbankan 227 orang.
- 1960 – Gempa Bumi Agung Chile yang berukuran 9.5 Mw memusnahkan Valdivia, Chile (gambar). Tsunami yang terhasil menjangkau ke Hawaii pada hari berikutnya.
- 1990 – Republik Arab Yaman dan Republik Demokratik Rakyat Yaman bergabung menjadi Republik Yaman.
Hari-hari sebelum: 21 Mei – 20 Mei – 19 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1430 – Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc ditangkap dalam Pengepungan Compiègne.
- 1533 – Perkahwinan antara Henry VIII dari England dan Catherine dari Aragon (gambar) dibatalkan.
- 1568 – Perang Lapan Puluh Tahun tercetus apabila pemberontak Belanda yang diketuai Louis dari Nassau menyerang Friesland dalam Pertempuran Heiligerlee.
- 1844 – Sayyid `Alí-Muhammad Shírází mengisytiharkan dirinya sebagai "Báb", menandakan permulaan Bábisme, pelopor Kepercayaan Bahá'í.
- 2008 – Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Batuan Tengah kepada Malaysia dan Batu Puteh kepada Singapura, menyelesaikan pertelingkahan wilayah 29-tahun.
Hari-hari sebelum: 22 Mei – 21 Mei – 20 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
24 Mei: Hari Kemerdekaan di Eritrea (1993); Hari St. Cyril dan Methodius di Bulgaria dan Republik Macedonia.
- 1487 – Penyamar Lambert Simnel dimahkotakan di Katedral Christ Church, Dublin sebagai "Raja Edward VI".
- 1626 – Peter Minuit membeli Manhattan daripada penduduk asal Amerika Syarikat dengan barang dagangan berharga 60 guilder.
- 1822 – Perang Kemerdekaan Ecuador: Askar-askar pimpinan Antonio José de Sucre memperolehi kemerdekaan Quito daripada Sepanyol dalam Pertempuran Pichincha.
- 1883 – Jambatan Brooklyn di Bandar Raya New York dibuka sebagai jambatan gantung terpanjang di dunia.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Kapal tempur Jerman Bismarck menenggelamkan penjajap British HMS Hood (gambar) dalam Pertempuran Selat Denmark.
Hari-hari sebelum: 23 Mei – 22 Mei – 21 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 Mei: Hari Kebangsaan di Argentina (1810); Hari Kemerdekaan di Jordan (1946); Hari Pembebasan di Lubnan (2000) dan beberapa negara Afrika (1963).
- 1521 – Diet Worms mengisytiharkan Martin Luther sebagai penjahat dan penyeleweng kerana bidaahnya.
- 1810 – Kerajaan merdeka yang pertama di Argentina, Primera Junta, diasaskan di Buenos Aires (gambar), menamatkan Revolusi Mei.
- 1895 – Republik Formosa diasaskan di Taiwan, mengisytiharkan kemerdekaan daripada China Qing.
- 1961 – Presiden A.S. John F. Kennedy mengumumkan sokongannya terhadap program angkasa lepas Apollo.
- 1977 – Filem cereka sains Star Wars dikeluarkan, kemudian menjadi antara filem paling berjaya dalam sejarah.
Hari-hari sebelum: 24 Mei – 23 Mei – 22 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
26 Mei: Hari Kemerdekaan di Guyana (1966) dan Georgia (1918); Hari Ibu di Poland.
- 1805 – Napoleon Bonaparte dimahkotakan sebagai Raja Itali di Milan dengan Mahkota Besi Lombardy (gambar).
- 1896 – Indeks Perindustrian Dow Jones diterbitkan buat pertama kali oleh Charles Dow sebagai indeks pasaran saham.
- 1918 – Republik Demokratik Georgia diisytiharkan selepas pemecahan Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia.
- 1972 – Richard Nixon dan Leonid Brezhnev memeterai Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik di Moscow, mengakhiri perbincangan SALT I.
- 2010 – Grebe Alaotra, sejenis burung endemik di Madagaskar, diisytiharkan pupus 25 tahun selepas dilihat buat kali terakhir.
Hari-hari sebelum: 25 Mei – 24 Mei – 23 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
27 Mei: Hari Kanak-Kanak di Nigeria; Pentekosta (Kristian, 2012).
- 1860 – Penyatuan Itali: Giuseppe Garibaldi dan Camicie rosse melancarkan serangan terhadap Palermo, ibu kota Kerajaan Dua Sicily.
- 1919 – Bot terbang NC-4 (gambar) tiba di Lisbon, Portugal, menjadi pesawat kepak kaku pertama berjaya menamatkan penerbangan rentas Atlantik.
- 1923 – Perlumbaan kereta 24 Heures du Mans yang pertama diadakan di Le Mans, Sarthe, Perancis.
- 1937 – Jambatan Golden Gate yang menghubungkan San Francisco ke Kaunti Marin, California dibuka sebagai jambatan gantung terpanjang di dunia.
- 2006 – Gempa bumi berukuran 6.3 Mw melanda Kota Yogyakarta di pulau Jawa, Indonesia, mengorbankan lebih 5,700 orang.
Hari-hari sebelum: 26 Mei – 25 Mei – 24 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
28 Mei: Hari Republik di Armenia dan Azerbaijan; Hari Peringatan di Amerika Syarikat (2012).
- 1588 – Perang England–Sepanyol: Armada Sepanyol (gambar) berlayar dari Lisbon ke Selat Inggeris.
- 1892 – Pencinta alam sekitar John Muir menubuhkan Kelab Sierra di San Francisco, A.S.
- 1918 – Republik Demokratik Azerbaijan diisytiharkan di Ganja selepas pemecahan Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia.
- 1961 – Akhbar British The Observer menerbitkan rencana The Forgotten Prisoners, memulakan kempen menulis surat yang berkembang menjadi pertubuhan Amnesty International.
- 1975 – 16 negara Afrika Barat menandatangani Perjanjian Lagos, mengasaskan ECOWAS yang menggalakkan persepaduan ekonomi.
Hari-hari sebelum: 27 Mei – 26 Mei – 25 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
29 Mei: Hari Demokrasi di Nigeria
- 1453 – Constantinople jatuh kepada angkatan tentera Uthmaniyyah pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih, mengakhiri Empayar Byzantine.
- 1660 – Pengembalian: Charles II menaiki takhta England pada Hari Oak Apple.
- 1914 – Kapal samudera RMS Empress of Ireland tenggelam di Sungai Saint Lawrence selepas berlanggar dengan SS Storstad, mengorbankan 1,012 orang.
- 1919 – Pencerapan yang dibuat Arthur Eddington sewaktu gerhana matahari mengesahkan sebahagian teori kerelatifan Albert Einstein.
- 1953 – Pendaki Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay menjadi orang pertama sampai ke kemuncak Gunung Everest (gambar).
Hari-hari sebelum: 28 Mei – 27 Mei – 26 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
30 Mei: Hari Ketibaan Orang India di Trinidad dan Tobago
- 1431 – Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc dibakar hidup-hidup di Rouen, Perancis.
- 1434 – Angkatan Taborite yang diketuai oleh Prokop Agung ditewaskan sepenuhnya dalam Pertempuran Lipany, menamatkan Peperangan Huss di Bohemia.
- 1536 – Henry VIII dari England berkahwin dengan Jane Seymour (gambar), dang perwara kepada kedua-dua permaisurinya yang pertama.
- 1911 – Perlumbaan kereta Indianapolis 500 pertama diadakan di Indianapolis Motor Speedway, Speedway, Indiana, A.S.
- 1989 – Dewi Demokrasi, sebuah patung 10-meter yang diperbuat daripada busa polistirena dan papier-mâché, dinaikkan oleh pembantah pelajar di Dataran Tiananmen, Beijing.
Hari-hari sebelum: 29 Mei – 28 Mei – 27 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
31 Mei: Hari Dunia Tanpa Tembakau; Pesta Lawatan (Kristian Barat).
- 1223 – Serangan Mongol: Angkatan Mongol menewaskan tentera gabungan Kiev, Galich dan Cuman di tebing Sungai Kalchik di Ukraine kini.
- 1889 – Empangan South Fork runtuh, menyebabkan banjir yang meragut nyawa lebih 2,200 orang di Johnstown, Pennsylvania, A.S.
- 1916 – Kaiserliche Marine Jerman dan Tentera Laut Diraja Britain bertembung dalam Pertempuran Jutland (gambar), pertempuran laut terbesar Perang Dunia Pertama.
- 1974 – Syria dan Israel memeterai persetujuan pengunduran untuk menamatkan Perang Yom Kippur.
- 2010 – Demi menguatkuasakan sekatan Gaza, Israel merampas sekumpulan kapal bantuan kemanusiaan, membunuh 9 orang di atas MV Mavi Marmara.
Hari-hari sebelum: 30 Mei – 29 Mei – 28 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah