Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/November
Templat:NovemberCalendar2012Source
1 November: Hari Kebangsaan di Algeria (1954); Hari Kemerdekaan di Antigua dan Barbuda (1981); Hari Para Orang Kudus dalam Kristian Barat; Hari Vegan Sedunia.
- 1520 – Ferdinand Magellan mengetuai ekspedisi Eropah pertama melayari Selat Magellan.
- 1755 – Gempa bumi besar dan tsunami memusnahkan Lisbon, mengorbankan hampir 100,000 nyawa di Portugal dan Maghribi.
- 1800 – John Adams menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama mendiami Executive Mansion, kini dikenali sebagai Rumah Putih.
- 1954 – Front de Libération Nationale memulakan Perang Kemerdekaan Algeria menentang pemerintahan Perancis, dengan serangan gerila di pelbagai kawasan.
- 1963 – Balai Cerap Arecibo, dengan teleskop radio (gambar) terbesar di dunia, dibuka secara rasmi di Arecibo, Puerto Rico.
Hari-hari sebelum: 31 Oktober – 30 Oktober – 29 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
2 November: Hari Orang Mati di Mexico; Hari Para Mendiang dalam Kristian Barat.
- 1917 – Arthur Balfour mengeluarkan Perisytiharan Balfour, yang mengumumkan sokongan British untuk petempatan orang Yahudi di Palestin.
- 1936 – Stesen televisyen BBC Television Service melancarkan perkhidmatan televisyen definisi-tinggi awam tetap pertama di dunia.
- 1947 – Howard Hughes menerbangkan bot terbang terbesar pernah dibina, Spruce Goose (gambar) untuk penerbangan sulungnya di Long Beach, California, A.S.
- 1964 – Raja Arab Saudi Saud ibn ’Abd al ’Aziz disingkirkan melalui rampasan kuasa keluarga, dan digantikan oleh adik tirinya Raja Faisal.
- 2000 – Anak kapal pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Hari-hari sebelum: 1 November – 31 Oktober – 30 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
3 November: Hari Kemerdekaan di Panama (1903), Dominika (1978) dan Persekutuan Mikronesia (1986); Hari Kebudayaan di Jepun.
- 1838 – Akhbar terbitan lebar sehelai harian bahasa Inggeris dengan edaran terbanyak di dunia The Times of India diasaskan.
- 1848 – Perlembagaan baharu yang disediakan Johan Rudolph Thorbecke (gambar) diisytiharkan, membataskan kuasa raja Belanda dengan banyak.
- 1957 – Kapal angkasa lepas Sputnik 2 dilancarkan, membawa Laika, seekor anjing angkasa Rusia sebagai makhluk hidup pertama mengorbit Bumi.
- 1971 – Manual Pengaturcara UNIX diterbitkan buat pertama kali.
- 1982 – Kebakaran Terowong Salang di Parwan, Afghanistan mengorbankan kira-kira 2,000 orang, menjadikannya kemalangan jalan raya terteruk di dunia.
Hari-hari sebelum: 2 November – 1 November – 31 Oktober
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
4 November: Hari Bendera di Panama; Hari Perpaduan di Rusia.
- 1791 – Perang Indian Barat Laut: Gabungan Barat orang Indian menang besar ke atas Amerika Syarikat dalam Pertempuran Wabash.
- 1852 – Count Cavour (gambar) menjadi Perdana Menteri Kerajaan Piedmont-Sardinia, yang kemudian berkembang menjadi Kerajaan Itali.
- 1918 – Revolusi Jerman bermula apabila empat puluh ribu kelasi merampas pelabuhan Kiel.
- 1979 – Ratusan pelajar Iran yang menyokong Revolusi Iran menawan kedutaan Amerika Syarikat di Teheran, memulakan krisis tebusan 444 hari.
- 1995 – Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dibunuh oleh Yigal Amir di Tel Aviv.
Hari-hari sebelum: 3 November – 2 November – 1 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 November: Malam Guy Fawkes di United Kingdom dan beberapa negara Komanwel (1605)
- 1688 – Putera William dari Orange yang bermazhab Protestan mendarat di Brixham, Devon, dalam perjalanan menggulingkan bapa mertuanya Raja James II yang Katolik.
- 1838 – Kejatuhan Republik Persekutuan Amerika Tengah bermula apabila Nicaragua keluar daripada kesatuan tersebut.
- 1872 – Pejuang hak mengundi Susan B. Anthony menjadi wanita pertama mengundi dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Dia kemudian didenda $100.
- 1917 – St. Tikhon dari Moscow dilantik sebagai Bapa Moscow dan Gereja Ortodoks Rusia.
- 2007 – Kapal angkasa lepas tanpa manusia Program Penjelajahan Qamari China, Chang'e 1 (gambaran artis), memasuki orbit qamari.
Hari-hari sebelum: 4 November – 3 November – 2 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 November: Hari Perlembagaan di Republik Dominika dan Tajikistan; Hari Gustavus Adolphus di Sweden; Hari Raya Aidiladha (Islam, 2011/1432H).
- 1860 – Abraham Lincoln (gambar) menjadi calon Republikan pertama memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
- 1935 – Edwin Howard Armstrong membentangkan kajiannya mengenai modulasi frekuensi (FM) untuk kegunaan radio kepada Institut Jurutera Radio.
- 1962 – Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 1761, yang mengecam polisi aparteid Afrika Selatan.
- 1975 – Penunjuk perasaan di Maghribi memulakan Perarakan Hijau ke Sahara Sepanyol, menyeru "pengembalian Sahara Maghribi."
- 1999 – Rakyat Australia mengundi untuk mengekalkan raja Australia sebagai ketua negara dalam pungutan suara republik Australia.
Hari-hari sebelum: 5 November – 4 November – 3 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
7 November: Hari Revolusi Oktober di Belarus
- 1665 – Akhbar bahasa Inggeris tertua yang masih wujud, London Gazette diterbitkan buat pertama kali.
- 1885 – Pembinaan landasan kereta api rentas benua melalui Kanada yang pertama, Kereta Api Pasifik Kanada disiapkan dengan Sir Donald Smith memaku pancang terakhir (gambar) di Craigellachie, British Columbia.
- 1917 – Vladimir Lenin mengetuai pemberontakan Bolshevik terhadap Kerajaan Sementara Alexander Kerensky, mencetuskan Revolusi Bolshevik, fasa kedua Revolusi Rusia.
- 1987 – Zainal Abidin bin Ali menggulingkan Habib Bourguiba untuk menjadi Presiden Tunisia.
- 1996 – NASA melancarkan Mars Global Surveyor dari Cape Canaveral, Florida.
Hari-hari sebelumnya: 6 November – 5 November – 4 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
8 November: Hari St. Demetrius di Republika Srpska
- 1519 – Konkuistador Sepanyol Hernán Cortés memasuki Tenochtitlan di mana tlatoani Aztek Moctezuma II menyambutnya dengan meriah seolah-olah datangnya dewa.
- 1793 – Di Paris, Muzium Louvre dibuka kepada orang ramai sebagai muzium ketika Revolusi Perancis.
- 1895 – Wilhelm Conrad Röntgen menemui sinar-X (gambar contoh).
- 1923 – Adolf Hitler, Erich Ludendorff dan anggota Kampfbund lain memulakan Beer Hall Putsch, percubaan yang gagal untuk menguasai Jerman.
- 2002 – Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan Resolusi 1441, memaksa Iraq untuk menyerah atau berhadapan dengan "akibat yang serius".
Hari-hari sebelumnya: 7 November – 6 November – 5 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
9 November: Hari Muhammad Iqbal di Pakistan; Hari Pencipta di Jerman, Austria dan Switzerland.
- 1799 – Rampasan kuasa 18 Brumaire yang diketuai Emmanuel-Joseph Sieyès dan Napoléon Bonaparte menggulingkan kerajaan Perancis.
- 1872 – Kebakaran Besar Boston bermula, memusnahkan lebih 750 buah bangunan di Boston, Massachusetts.
- 1918 – Maharaja Jerman Wilhelm II turun takhta, Canselor Maximilian meletakkan jawatan, dan Philipp Scheidemann mengisytiharkan Republik Weimar.
- 1953 – Kemboja memperoleh kemerdekaan daripada Perancis dan menjadi sebuah negara raja berperlembagaan di bawah Raja Norodom Sihanouk.
- 1989 – Tembok Berlin (gambar) "dibuka", menandakan secara simbolik tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Pakatan Warsaw, serta pengakhiran komunisme Soviet.
Hari-hari sebelumnya: 8 November – 7 November – 6 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
10 November: Hari Pahlawan di Indonesia (1945)
- 1444 – Empayar Uthmaniyyah pimpinan Sultan Murad II menewaskan tentera Poland dan Hungary di bawah Władysław III dan John Hunyadi dalam Pertempuran Varna.
- 1775 – Kor Marin Amerika Syarikat diasaskan sebagai "Marin Kontinental" oleh Kongres Benua Kedua semasa Perang Revolusi Amerika.
- 1871 – Henry Morton Stanley (gambar) mengesan mubaligh dan pengembara yang hilang, David Livingstone di Ujiji berhampiran Tasik Tanganyika, di Tanzania kini.
- 1969 – Siri televisyen Sesame Street muncul buat julung kalinya, di rangkaian National Educational Television di Amerika Syarikat.
- 1975 – Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 3379, yang menyamakan Zionisme dengan rasisme.
Hari-hari sebelumnya: 9 November – 8 November – 7 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
11 November: Hari Kemerdekaan di Poland (1918) dan Angola (1975); Hari St. Martin dan Hari Perjanjian Gencatan Senjata di Eropah; Hari Pengingatan di Negara-Negara Komanwel; Hari Veteran di Amerika Syarikat.
- 1880 – Perompak bank dan penyamun Australia Ned Kelly digantung di Melbourne.
- 1930 – Albert Einstein dan Leó Szilárd mendapat paten bagi ciptaan mereka, peti sejuk Einstein (gambar).
- 1965 – Perdana Menteri Tanggungan Mahkota British Rhodesia Selatan Ian Smith mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak Rhodesia.
- 1978 – Maumoon Abdul Gayoom memulakan penggal pertamanya sebagai Presiden Maldives.
- 2004 – Pengerusi pertama Pertubuhan Pembebasan Palestin Yasser Arafat meninggal dunia, dan digantikan oleh Mahmoud Abbas.
Hari-hari sebelumnya: 10 November – 9 November – 8 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
12 November: Kelahiran Bahá'u'lláh, hari suci bagi Bahai
- 1893 – Persetujuan Garisan Durand ditandatangani, mewujudkan sempadan antarabangsa antara Afghanistan dan Pakistan kini.
- 1927 – Leon Trotsky dipecat daripada Parti Komunis, meninggalkan Joseph Stalin seorang menguasai Kesatuan Soviet.
- 1936 – Di California, Jambatan Teluk San Francisco – Oakland (gambar) dibuka untuk lalu lintas.
- 1970 – Bahagian Lebuhraya Oregon cuba untuk memusnahkan bangkai paus sperma yang terdampar dengan letupan, membawa kepada peristiwa letupan paus.
- 2001 – Perang Afghanistan: Tentera Taliban meninggalkan ibu negara Afghanistan Kabul, sebelum askar Perikatan Utara Afghan sampai.
Hari-hari sebelumnya: 11 November – 10 November – 9 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
13 November: Hari Perayaan John Chrysostom (Gereja Ortodoks Timur); Ahad Pengingatan di United Kingdom (2011).
- 1887 – Ahad Berdarah terjadi di Dataran Trafalgar, London.
- 1970 – Siklon Bhola melanda kawasan Delta Ganges di Pakistan Timur (kini Bangladesh), meragut kira-kira 500,000 nyawa.
- 1982 – Tugu Peringatan Bekas Perajurit Vietnam didedikasikan di Washington, D.C.
- 1985 – Gunung berapi Nevado del Ruiz (gambar) meletus, menyebabkan limpahan lahar yang menenggelamkan Armero, Colombia, mengorbankan kira-kira 23,000 orang.
- 2000 – Joseph Estrada menjadi Presiden Filipina yang pertama didakwa selepas dituduh menerima rasuah sebanyak 400 juta peso.
Hari-hari sebelumnya: 12 November – 11 November – 10 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
14 November: Hari Diabetes Sedunia; Hari Kanak-Kanak di India; Hari Wanita Colombia di Colombia.
- 1889 – Pemberita New York World Nellie Bly bertolak untuk percubaannya mengembara Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Katedral Coventry (gambar) dan sebahagian besar pusat bandar Coventry, England musnah dalam pengeboman Luftwaffe.
- 1971 – Mariner 9 NASA sampai ke Marikh, menjadi kapal angkasa lepas pertama mengorbit planet lain.
- 1991 – Putera Kemboja Norodom Sihanouk kembali ke Phnom Penh selepas 13 tahun dalam buangan.
- 2003 – Ahli astronomi Michael E. Brown, Chad Trujillo dan David L. Rabinowitz menemui objek trans-Neptun 90377 Sedna.
Hari-hari sebelum: 13 November – 12 November – 11 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 November: Hari Republik di Brazil (1889); Shichigosan di Jepun.
- 1864 – Perang Saudara Amerika: William Tecumseh Sherman memulakan "Perarakan ke Laut" selepas membakar Atlanta, Georgia.
- 1920 – Perhimpunan agung pertama Liga Bangsa diadakan di Geneva, Switzerland.
- 1971 – Intel mengeluarkan 4004 (gambar), mikropemproses komersil pertama di dunia, berupaya melakukan kira-kira 60,000 arahan per saat.
- 1988 – Kapal angkasa lepas guna semula Soviet Buran dilancarkan untuk penerbangan sulung dan tunggalnya.
- 2007 – Taufan Sidr melanda Bangladesh, mengorbankan lebih kurang 5,000 orang dan memusnahkan hutan bakau terbesar di dunia, Sundarban.
Hari-hari sebelum: 14 November – 13 November – 12 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
16 November: Hari Toleransi Antarabangsa
- 1384 – Jadwiga dimahkotakan sebagai "Raja Poland", walaupun beliau merupakan seorang kanak-kanak perempuan.
- 1532 – Penaklukan Empayar Inca oleh Sepanyol: Inka Qhapaq Atahualpa ditangkap (gambar) oleh konkuistador Francisco Pizarro dalam Pertempuran Cajamarca.
- 1885 – Pemimpin pemberontak Métis Kanada dan "Bapa Manitoba" Louis Riel menjalani hukuman mati kerana derhaka besar.
- 1938 – Drug psikedelik LSD disintesis buat pertama kali oleh Albert Hofmann di Makmal Sandoz di Basel, Switzerland.
- 2002 – Kes pertama penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk direkodkan di Guangdong, China.
Hari-hari sebelum: 15 November – 14 November – 13 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
17 November: Hari Pelajar Antarabangsa
- 1558 – Elizabeth I menjadi Ratu England dan Ireland, menandakan permulaan era Elizabeth.
- 1869 – Terusan Suez (gambar) yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah dibuka kepada perkapalan.
- 1950 – Dalai Lama ke-14 Tenzin Gyatso ditabalkan sebagai ketua negara Tibet.
- 1969 – Perang Dingin: Perundingan SALT I antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat bermula di Helsinki.
- 1989 – Tunjuk perasaan pelajar di Prague dipatahkan polis, mencetuskan Revolusi Baldu di Czechoslovakia.
- 2005 – Il Canto degli Italiani secara rasmi menjadi lagu kebangsaan Itali, hampir 60 tahun selepas ia dipilih buat sementara.
Hari-hari sebelum: 16 November – 15 November – 14 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 November: Hari Kemerdekaan di Latvia (1918); Hari Kebangsaan di Oman (1940).
- 1307 – Ahli tembak legenda di Switzerland, William Tell dikatakan berjaya menembak sebiji epal di atas kepala anaknya menggunakan busur silang dengan satu percubaan.
- 1626 – Basilika St. Peter (gambar) di Kota Vatican ditahbiskan.
- 1905 – Putera Carl dari Denmark menjadi Haakon VII, Raja Norway pertama selepas penyatuan Sweden-Norway dibubarkan.
- 1963 – Telefon tekan punat pertama diperkenalkan, kepada pelanggan AT&T di A.S.
- 1991 – Perang Kemerdekaan Croatia: Angkatan Tentera Rakyat Yugoslav menawan bandar Vukovar, mengakhiri pengepungan 87-hari.
Hari-hari sebelum: 17 November – 16 November – 15 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
19 November: Hari Pembebasan di Mali; Hari Lelaki Antarabangsa.
- 1493 – Christopher Columbus menjadi orang Eropah pertama mendarat di Puerto Rico, sebuah pulau yang dinamakannya San Juan Bautista.
- 1863 – Perang Saudara Amerika: Presiden A.S. Abraham Lincoln menyampaikan Ucapan Gettysburg.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Penjajap ringan Australia HMAS Sydney (gambar) dan penjajap auksiliari Jerman HSK Kormoran memusnahkan sesama sendiri di persisiran Australia Barat.
- 1969 – Bermain untuk Santos FC, pemain bola sepak Brazil Pelé menjaringkan gol ke-1000nya.
- 1999 – Penerbangan ujian tanpa manusia pertama China bagi kapal angkasa lepas Shenzhou, Shenzhou 1 dilancarkan.
Hari-hari sebelum: 18 November – 17 November – 16 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
20 November: Hari Kesedaran Kulit Hitam di Brazil; Hari Revolusi di Mexico; Hari Guru di Vietnam.
- 284 – Diocletian menjadi Maharaja Rom, membawa kepada penamatan Krisis Abad Ketiga.
- 1910 – Revolusi Mexico: Francisco I. Madero menyebarluas Rancangan San Luis, memulakan pemberontakan menentang Presiden Porfirio Diaz.
- 1945 – Perbicaraan Nuremberg terhadap 24 anggota terkemuka Nazi yang terlibat dalam Holokus dan jenayah perang lain semasa Perang Dunia Kedua bermula.
- 1979 – Sekumpulan pemberontak bersenjata mengambil alih Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi.
- 1998 – Pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa bermula apabila modul Zarya (gambar) dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.
Hari-hari sebelum: 19 November – 18 November – 17 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
21 November: Hari Televisyen Sedunia; Hari Angkatan Tentera di Bangladesh.
- 1783 – Penerbangan manusia pertama yang berjaya (gambar) dibuat di Paris dengan belon udara panas oleh de Rozier dan d'Arlandes.
- 1894 – Perang China-Jepun Pertama: Angkatan tentera Jepun membunuh kira-kira 20,000 anggota tentera dan orang awam China di bandar pantai Lüshunkou.
- 1910 – Kelasi kapal perang Brazil Minas Geraes, São Paulo, Bahia dan Deodoro mendahagi di Rio de Janeiro.
- 1964 – Jambatan Verrazano-Narrows di Bandar Raya New York dibuka kepada trafik, menjadi jambatan gantung terpanjang di dunia ketika itu.
- 1977 – God Defend New Zealand menjadi lagu kebangsaan kedua New Zealand, setaraf dengan God Save the Queen.
Hari-hari sebelum: 20 November – 19 November – 18 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
22 November: Hari Kemerdekaan di Lubnan (1943)
- 1869 – Cutty Sark, salah satu kapal layar laju terakhir dibina, dilancarkan di Dumbarton, Scotland.
- 1963 – Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-36 di atas Air Force One (gambar), beberapa jam selepas pembunuhan John F. Kennedy.
- 1967 – Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB diterima sebulat suara selepas Perang Enam Hari antara Israel dan jirannya Mesir, Jordan dan Syria.
- 1986 – Mike Tyson menewaskan Trevor Berbick untuk memenangi kejohanan tinju heavyweight World Boxing Council, dan menjadi juara tinju termuda di dunia.
- 1988 – Pesawat pengebom senyap B-2 Tentera Udara Amerika Syarikat diperlihatkan kepada umum buat pertama kali.
Hari-hari sebelum: 21 November – 20 November – 19 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
23 November: Hari Kesyukuran Buruh di Jepun; Hari St George di Georgia.
- 1644 – John Milton menerbitkan Areopagitica, mengemukakan alasan untuk kebebasan bersuara dan menentang penapisan penerbitan semasa Perang Saudara Inggeris.
- 1955 – Kawalan Kepulauan Cocos di Lautan Hindi diberikan kepada Australia.
- 1971 – Republik Rakyat China mendapat kerusi tetap China di Majlis Keselamatan PBB.
- 1985 – Omar Rezaq dan dua lagi daripada kumpulan militan Abu Nidal merampas Penerbangan 648 EgyptAir di atas Laut Mediterranean.
- 2007 – Berhampiran Kepulauan Shetland Selatan, MS Explorer (gambar) menjadi kapal persiaran pertama karam di Lautan Antartik.
Hari-hari sebelum: 22 November – 21 November – 20 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
24 November: Hari Guru di Turki; Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (2011).
- 1190 – Conrad dari Montferrat menjadi Raja Jerusalem de jure uxoris selepas berkahwin dengan Ratu Isabella I.
- 1642 – Penjelajah Belanda Abel Tasman sampai ke Tasmania, menamakan pulau tersebut Anthoonij van Diemenslandt.
- 1859 – Buku Asal-Usul Spesies oleh ahli alamiah British Charles Darwin mula diterbitkan, dan habis terjual pada hari yang sama.
- 1963 – Jack Ruby menembak mati Lee Harvey Oswald, yang dikatakan membunuh Presiden John F. Kennedy, semasa sedang dipindahkan ke penjara.
- 1974 – Rangka 3.2 juta tahun hominid Australopithecus afarensis yang dinamakan "Lucy" (gambar) dijumpai di Lekukan Afar di Habsyah.
Hari-hari sebelum: 23 November – 22 November – 21 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 November: Hari Kebangsaan di Bosnia dan Herzegovina (1943); Hari Kemerdekaan di Suriname (1975).
- 1120 – Pewaris sah tunggal Raja Henry I dari England, William Adelin lemas dalam Kecelakaan White Ship, mengakibatkan kemelut pewarisan di England.
- 1795 – Raja Poland terakhir, Stanisław August Poniatowski (gambar) dipaksa turun takhta selepas Pemecahan Komanwel Poland–Lithuania.
- 1984 – Band Aid: 36 ahli muzik pop terkemuka Britain dan Ireland merakam lagu Do They Know It's Christmas? bagi memungut wang untuk bantuan kebuluran di Habsyah.
- 1992 – Ahli perundangan di Czechoslovakia mengundi memisahkannya kepada Republik Czech dan Slovakia bermula 1 Januari 1993.
- 2000 – Gempa bumi 7 Ms melanda Baku, Azerbaijan, membunuh 26 orang dan mencederakan 400 lagi.
Hari-hari sebelum: 24 November – 23 November – 22 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
26 November: Hari Perayaan Sylvester Gozzolini, John Berchmans dan Stylianos dari Paphlagonia (Kristian Katolik)
- 1778 – Ekspedisi pimpinan James Cook sampai ke Maui, pulau kedua terbesar di Kepulauan Hawaii.
- 1922 – Howard Carter dan Lord Carnarvon menjadi orang pertama memasuki makam Firaun Tutankhamun (gambar) dalam masa 3,000 tahun.
- 1950 – Perang Korea: Tentera China di Korea Utara melancarkan serangan balas besar terhadap tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
- 2003 – Pesawat Concorde menjalankan penerbangan terakhirnya, dari Heathrow ke Bristol di England.
- 2008 – Serangan terlaras oleh pengganas dari Pakistan bermula, membunuh lebih 173 orang dan mencederakan lebih 300 lagi di Mumbai, India.
Hari-hari sebelum: 25 November – 24 November – 23 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
27 November: Hari Pengingatan Holodomor di Ukraine
- 1095 – Di Majlis Clermont, Paus Urban II menyeru kepada Perang Salib Pertama.
- 1895 – Alfred Nobel (gambar) menandatangani wasiatnya, memperuntukkan sebahagian besar harta pusakanya untuk mewujudkan Hadiah Nobel.
- 1971 – Pengorbit Soviet Mars 2 menjadi objek buatan manusia pertama tiba di permukaan Marikh apabila ia rosak dan terhempas ke planet tersebut.
- 2001 – Teleskop Angkasa Hubble mengesan natrium di atmosfera planet luar suria HD 209458 b, atmosfera planet pertama di luar Sistem Suria yang berjaya diukur.
- 2005 – Pakar bedah Perancis Bernard Devauchelle melakukan pemindahan muka separa yang pertama pada manusia hidup.
Hari-hari sebelum: 26 November – 25 November – 24 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
28 November: Hari Kemerdekaan di Albania (1912) dan Mauritania (1960)
- 1660 – Di London, Robert Boyle, John Wilkins, Christopher Wren dan ahli sains terkemuka lain menubuhkan satu persatuan terpelajar yang kini dikenali sebagai Royal Society.
- 1785 – Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Hopewell pertama dengan Indian Cherokee.
- 1905 – Nasionalis Ireland Arthur Griffith membentangkan Dasar Sinn Féin, mengisytiharkan bahawa Akta Penyatuan Great Britain dan Ireland 1800 tidak sah.
- 1919 – Nancy Astor (gambar) terpilih sebagai Ahli Parlimen wanita pertama dalam Dewan Rakyat British.
- 1979 – Penerbangan 901 Air New Zealand terhempas ke Gunung Erebus Antartika, membunuh kesemua 257 orang di dalamnya.
Hari-hari sebelum: 27 November – 26 November – 25 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
29 November: Hari Pembebasan di Albania
- 1877 – Thomas Edison menunjukkan peti nyanyi ciptaannya, yang boleh merakam dan memainkan bunyi.
- 1890 – Diet Jepun (gambar), yang mencontohi Reichstag Jerman dan sistem Westminster British, mula bersidang apabila Perlembagaan Meiji mula berkuatkuasa.
- 1929 – Richard Evelyn Byrd dan tiga orang lagi menamatkan penerbangan pertama di atas Kutub Selatan.
- 1947 – Perhimpunan Agung PBB bersetuju dengan Pelan Pembahagian Palestin, yang cuba untuk menyelesaikan Konflik Arab-Israel di Mandat Palestin.
- 2007 – Sekumpulan askar pimpinan Senator Antonio Trillanes memberontak, namun berjaya dihentikan Angkatan Tentera Filipina.
Hari-hari sebelum: 28 November – 27 November – 26 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
30 November: Hari Kemerdekaan di Barbados (1966); Hari Santo Andrew di Scotland; Hari Bonifacio di Filipina.
- 1853 – Armada kapal tempur Rusia pimpinan Pavel Nakhimov memusnahkan armada frigat Turki Uthmaniyyah, mencetuskan Perang Krimea.
- 1872 – Perlawanan bola sepak antarabangsa pertama berlangsung di Glasgow antara Scotland dan England.
- 1936 – Crystal Palace (gambar) yang dibina untuk The Great Exhibition di London, England, musnah terbakar.
- 1939 – Perang Musim Sejuk terjadi apabila Tentera Merah Soviet menyerang Finland dan dengan cepat mara ke Garisan Mannerheim.
- 1962 – Diplomat Burma U Thant menjadi Setiausaha Agung PBB, selepas menjadi pemangku sejak September.
Hari-hari sebelum: 29 November – 28 November – 27 November
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah