Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/September
Templat:SeptemberCalendar2012Source
1 September: Permulaan tahun liturgi Gereja Ortodoks Timur; Hari Perlembagaan di Slovakia; Hari Kemerdekaan di Uzbekistan; Ganesh Chaturthi (Hinduisme, 2011).
- 1715 – "Raja Matahari" Louis XIV dari Perancis (gambar) meninggal dunia selepas memerintah selama 72 tahun, lebih lama daripada mana-mana raja Eropah lain.
- 1923 – Gempa bumi besar Kantō melanda Kawasan Kantō, memusnahkan Tokyo dan Yokohama dan mengorbankan kira-kira 100,000 orang.
- 1939 – Jerman Nazi menyerang Poland di Wieluń dan Westerplatte, memulakan Perang Dunia Kedua di Eropah.
- 1951 – Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (US) menandatangani pakatan pertahanan bersama ANZUS.
- 1982 – Pejuang PLO berundur dari Lubnan dalam krisis penyembelihan Sabra dan Shatila.
Hari-hari sebelum: 31 Ogos – 30 Ogos – 29 Ogos
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
2 September: Hari Kebangsaan Vietnam (1945); Krishna Janmashtami (Hinduisme, 2010).
- 31 SM – Tentera pimpinan Octavian mengalahkan angkatan Mark Antony dan Cleopatra di Pertempuran Actium (gambar).
- 1666 – Satu kebakaran besar melanda London dan memusnahkan lebih 13,000 bangunan termasuk Katedral St Paul.
- 1870 – Perang Perancis-Prusia: Napoleon III dari Perancis ditawan dalam Pertempuran Sedan.
- 1990 – Transnistria mengisytiharkan kemerdekaan sebelah pihak daripada RSS Moldavia Kesatuan Soviet, namun hanya baru diiktiraf Abkhazia dan Ossetia Selatan, yang juga belum diiktiraf sepenuhnya.
- 1945 – Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun ditandatangani di atas kapal USS Missouri di Teluk Tokyo, secara rasminya mengakhiri Perang Dunia Kedua.
Hari-hari sebelum: 1 September – 31 Ogos – 30 Ogos
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
3 September: Hari Kemerdekaan di Qatar (1971); Hari Angkatan Tentera di Taiwan; Hari Al-Quds Antarabangsa (Iran, 2010).
- 301 – San Marino, salah satu negara terkecil di dunia dan republik tertua yang masih wujud, diasaskan oleh Santo Marinus.
- 1260 – Angkatan Mamluk Mesir menewaskan tentera Mongol di Palestin dalam Perang Ain Jalut.
- 1783 – Great Britain dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Paris, secara rasminya menamatkan Perang Revolusi Amerika.
- 1901 – Bendera Australia (gambar), sebuah Panji Biru yang ditambahkan dengan Bintang Komanwel dan Salib Selatan, dikibarkan buat pertama kali di Melbourne.
- 1976 – Kapal angkasa lepas Viking 2 mendarat di Marikh dan mengambil gambar warna jarak dekat yang pertama permukaan planet tersebut.
Hari-hari sebelum: 2 September – 1 September – 31 Ogos
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 476 – Pemimpin Jermanik Odoacer menawan Ravenna dan menggulingkan Romulus Augustus, Maharaja Empayar Rom Barat terakhir.
- 1260 – Puak Ghibelline Siena menewaskan puak Guelph Florence dalam Pertempuran Montaperti.
- 1886 – Selepas lebih 25 tahun menentang Tentera Amerika Syarikat dan Mexico, Geronimo (gambar) dari Apache Chiricahua menyerah diri di Arizona.
- 1888 – Pencipta Amerika Syarikat George Eastman mendaftarkan tanda dagangan "Kodak" selepas mendapat paten untuk kamera filemnya.
- 1998 – Larry Page dan Sergey Brin mengasaskan syarikat Google di Menlo Park, California, A.S., untuk mempromosikan enjin gelintar web yang dibangunkan mereka.
Hari-hari sebelum: 3 September – 2 September – 1 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 September: Hari Guru di India; Hari Buruh di Amerika Syarikat dan Kanada (2011).
- 1793 – Revolusi Perancis: Convention Nationale mengundi untuk melaksanakan langkah menggerunkan, memulakan Zaman Kegerunan.
- 1836 – Sam Houston dilantik sebagai presiden pertama Republik Texas.
- 1905 – Perjanjian Portsmouth ditandatangani di Limbungan Tentera Portsmouth di New Hampshire, A.S., secara rasminya menamatkan Perang Jepun-Rusia.
- 1977 – NASA melancarkan kuar angkasa lepas Voyager 1 (gambar), kini objek buatan manusia terjauh dari Bumi.
- 2005 – Penerbangan 091 Mandala Airlines terhempas di Medan, Sumatera, Indonesia, mengorbankan lebih 140 orang.
Hari-hari sebelum: 4 September – 3 September – 2 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 September: Hari Kemerdekaan di Swaziland (1968); Hari Pertahanan di Pakistan; Hari Kesatuan di Bulgaria.
- 394 – Maharaja Rom Timur Theodosius I mengalahkan perampas Empayar Rom Barat Eugenius dalam Pertempuran Frigidus.
- 1522 – Kapal Victoria (gambar) kembali ke Sanlúcar de Barrameda, Sepanyol, menjadikannya kapal pertama mengelilingi dunia.
- 1955 – Penduduk etnik Greek di Istanbul diserang oleh gerombolan orang Turki semasa Pogrom Istanbul.
- 1991 – Kesatuan Soviet mengiktiraf kemerdekaan negara-negara Baltik.
- 2000 – Sidang Kemuncak Milenium, satu mesyuarat antara pemimpin dunia untuk membincangkan fungsi PBB pada peralihan abad ke-21, bermula di Bandar Raya New York.
Hari-hari sebelum: 5 September – 4 September – 3 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
7 September: Hari Kemerdekaan di Brazil (1822)
- 1191 – Perang Salib Ketiga: Richard I dari England mengalahkan Salahuddin al-Ayyubi dalam Pertempuran Arsuf.
- 1776 – Di Pelabuhan New York, Turtle menjadi kapal selam yang pertama digunakan dalam pertempuran.
- 1901 – Dengan Peking dikuasai tentera asing selepas Pemberontakan Boxer, China Qing dipaksa menandatangani Protokol Boxer, satu perjanjian tidak adil dengan Perikatan Lapan Negara.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: The Blitz (gambar) bermula apabila Jerman Nazi mula mengebom London.
- 1986 – Desmond Tutu menjadi orang berkulit hitam pertama yang mengetuai Gereja Anglikan di Afrika Selatan.
Hari-hari sebelum: 6 September – 5 September – 4 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
8 September: Hari Kemerdekaan di Republik Macedonia (1991); Hari Kemenangan di Malta; Hari Kebangsaan di Andorra; Hari Celik Huruf Antarabangsa.
- 1331 – Stefan Uroš IV Dušan daripada Rumah Nemanjić dilantik menjadi Raja Serbia.
- 1888 – Liga bola sepak profesional tertua di dunia The Football League bermula di England dengan 12 pasukan.
- 1900 – Taufan Galveston, salah satu taufan paling berbahaya di Atlantik, melanda Galveston, Texas, mengorbankan 6,000 orang.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Angkatan tentera Jerman memulakan Pengepungan Leningrad.
- 1978 – Revolusi Iran: 88 penunjuk perasaan di Teheran (gambar) terbunuh dalam peristiwa Jumaat Hitam.
Hari-hari sebelum: 7 September – 6 September – 5 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
9 September: Hari Republik di Korea Utara; Hari Kemerdekaan di Tajikistan; Perayaan Onam di Kerala (2011).
- 1493 – Angkatan Empayar Uthmaniyyah menewaskan tentera Kerajaan Croatia dalam Pertempuran Padang Krbava.
- 1513 – Perang Liga Cambrai: Raja James IV dari Scotland (gambar) terbunuh dalam Pertempuran Flodden di Northumberland sewaktu mengetuai serangan ke atas England.
- 1945 – Perang China-Jepun Kedua berakhir apabila Jepun menyerah kalah.
- 2001 – Pemimpin Perikatan Utara Afghan Ahmed Shah Massoud mati dibunuh di Afghanistan.
- 2004 – Sebuah kereta meletup di luar bangunan Kedutaan Australia di Jakarta, Indonesia, mengorbankan sekurang-kurangnya 9 orang dan mencederakan 150 yang lain.
Hari-hari sebelum: 8 September – 7 September – 6 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
10 September: Hari Kebangsaan di Gibraltar (1967)
- 1547 – Tentera England menewaskan Scotland di Pertempuran Pinkie Cleugh berhampiran Musselburgh, Lothian, Scotland.
- 1813 – Perang 1812: Armada Amerika Syarikat menewaskan Tentera Laut Diraja Great Britain di Tasik Erie.
- 1897 – Tunjuk perasaan aman oleh pelombong berketurunan Poland dan Slovak di Kaunti Luzerne, Pennsylvania, A.S. ditembak dalam pembunuhan Lattimer.
- 1898 – Maharani Elisabeth dari Austria (gambar) mati ditikam di Geneva, Switzerland.
- 1990 – Paus John Paul II mentahbiskan gereja terbesar di Afrika, Gereja Our Lady of Peace of Yamoussoukro di Yamoussoukro, Côte d'Ivoire.
Hari-hari sebelum: 9 September – 8 September – 7 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
11 September: Hari Guru di sebahagian negara Amerika Latin; Hari Patriot dan Hari Datuk dan Nenek di Amerika Syarikat (2011).
- 1297 – Perang Kemerdekaan Scotland Pertama: Orang Scotland mengalahkan tentera Inggeris dalam Pertempuran Jambatan Stirling di Sungai Forth (gambar).
- 1961 – Pertubuhan pemuliharaan bebas terbesar di dunia, Tabung Hidupan Liar Sedunia diasaskan di Morges, Switzerland.
- 1973 – Jeneral Augusto Pinochet mengetuai satu rampasan kuasa di Chile yang menumbangkan kerajaan Presiden Salvador Allende.
- 1998 – Sukan Komanwel pertama di Asia, SUKOM '98 dirasmikan di Kuala Lumpur.
- 2001 – Tiga kapal terbang penumpang dirampas dan digunakan untuk merempuh World Trade Center di Bandar Raya New York dan Pentagon di Washington, D.C., manakala kapal terbang ke-4 terhempas di Pennsylvania.
Hari-hari sebelum: 10 September – 9 September – 8 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
12 September: Hari Kebangsaan di Tanjung Verde; Tahun Baru dalam kalendar Koptik dan Habsyah (2011); Perayaan Kuih Bulan (kalendar Cina, 2011).
- 1683 – Perang Turki Agung: Tentera Poland yang diketuai John III Sobieski bergabung dengan tentera Habsburg untuk menewaskan tentera Uthmaniyyah dalam Pertempuran Vienna.
- 1848 – Switzerland menjadi sebuah negara persekutuan dengan penerimaan perlembagaan baru.
- 1942 – Peristiwa Laconia: Sebuah U-bot menenggelamkan kapal RMS Laconia berhampiran pesisir pantai Afrika Barat dan cuba menyelamatkan penumpangnya, yang termasuk orang awam, askar Poland dan British serta tawanan perang Itali.
- 1977 – Aktivis anti-aparteid Afrika Selatan Steve Biko (gambar) terbunuh semasa dalam tahanan polis.
- 1992 – Pemimpin pertubuhan gerila Maois Peru Shining Path Abimael Guzmán ditangkap di Lima.
Hari-hari sebelum: 11 September – 10 September – 9 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
13 September: Hari Perayaan Santo John Chrysostom (Kristian Barat)
- 533 – Belisarius dan tenteranya menewaskan Gelimer dan orang Vandal dalam Pertempuran Ad Decimum berdekatan Carthage.
- 1814 – Kubu McHenry diserang dalam Pertempuran Baltimore, memberi inspirasi kepada Francis Scott Key untuk menulis The Star-Spangled Banner, kemudian menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
- 1956 – IBM mendedahkan 305 RAMAC, komputer komersil pertama yang menggunakan storan cakera magnet.
- 1987 – Bahan beradioaktif diambil dari sebuah hospital terbiar di Goiânia, Brazil, mencemarkan beratus-ratus orang.
- 1993 – Selepas satu siri rundingan, pemimpin PLO Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin (gambar dengan Presiden A.S. Bill Clinton) secara rasmi menandatangani Perjanjian Damai Oslo.
Hari-hari sebelum: 12 September – 11 September – 10 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 786 – Harun al-Rasyid menjadi khalifah Abbasiyyah selepas kematian abangnya al-Hadi.
- 1752 – Dengan menerima kalendar Gregory, Empayar British melangkau sebelas hari (2 September diikuti oleh 14 September).
- 1812 – Serangan Perancis ke Rusia: Napoleon I dan Grande Arméenya menawan Moscow, tetapi mendapati bandar tersebut telah ditinggalkan dan dibakar.
- 1959 – Kapal angkasa lepas Soviet Luna 2 (gambar) terhempas dan menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke Bulan.
- 1960 – Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi dan Venezuela mengasaskan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum di Baghdad.
Hari-hari sebelum: 13 September – 12 September – 11 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 September: Hari Kemerdekaan di Costa Rica, Guatemala, Honduras, Nicaragua dan El Salvador (1821); Hari Pertempuran Britain di United Kingdom.
- 1831 – John Bull, lokomotif wap tertua yang masih beroperasi di dunia, berjalan buat kali pertama.
- 1835 – Di atas HMS Beagle, Charles Darwin sampai ke Kepulauan Galápagos, di mana dia mengembangkan lagi teori evolusinya.
- 1916 – "Senjata rahsia" Tentera Darat British semasa Perang Dunia Pertama, kereta kebal, pertama kali digunakan untuk bertempur dalam Pertempuran Somme.
- 1935 – Jerman Nazi menggubal Undang-Undang Nuremberg, yang merampas kewarganegaraan orang Yahudi Jerman, dan menggunakan bendera kebangsaan baru yang dihiasi dengan swastika (gambar).
- 1950 – Perang Korea: Tentera Amerika Syarikat dan Korea mendarat di Incheon, Korea.
Hari-hari sebelum: 14 September – 13 September – 12 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
16 September: Dieciséis de septiembre di Mexico (1810); Hari Malaysia di Malaysia (1963); Hari Kemerdekaan di Papua New Guinea (1975).
- 1400 – Owain Glyndŵr diisytiharkan sebagai Putera Wales dan menyeru pemberontakan terhadap pemerintahan Henry IV dari England.
- 1810 – Paderi Miguel Hidalgo y Costilla mengirimkan Grito de Dolores kepada para pengikutnya, memulakan Perang Kemerdekaan Mexico.
- 1941 – Shah Reza Pahlavi dari Iran dipaksa turun takhta dan digantikan oleh anaknya Mohammad Reza Pahlavi.
- 1963 – Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia (gambar bendera).
- 1982 – Militia Lubnan yang diketuai Elie Hobeika membunuh sesuka hati di khemah pelarian rakyat Palestin di Sabra dan Shatila.
Hari-hari sebelum: 15 September – 14 September – 13 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
17 September: Hari Perlembagaan di Amerika Syarikat; Oktoberfest bermula (2011).
- 1176 – Perang Byzantine–Seljuk: Turki Seljuk menghalang Byzantine daripada menawan pedalaman Anatolia dalam Pertempuran Myriokephalon.
- 1809 – Perjanjian Fredrikshamn menamatkan Perang Finland antara Rusia dan Sweden, dengan Finland mendapat autonomi Grand Duchy di bawah Czar Aleksandr I.
- 1916 – Perang Dunia Pertama: Juruterbang handalan Luftstreitkräfte Jerman "Red Baron" memenangi pertarungan udara pertamanya berhampiran Cambrai, Perancis.
- 1939 – Perang Dunia Kedua: Kesatuan Soviet menyertai serangan Jerman Nazi ke atas Poland.
- 1978 – Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin menandatangani Perjanjian Kem David selepas 12 hari berunding secara rahsia (gambar).
Hari-hari sebelum: 16 September – 15 September – 14 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 September: Hari Kebangsaan di Chile; Oktoberfest bermula (2010).
- 1809 – Teater kedua Royal Opera House di London dibuka selepas teater asal musnah terbakar pada tahun sebelumnya.
- 1895 – Daniel David Palmer (gambar) memberikan rawatan kiropraktik pertama kepada Harvey Lillard yang pekak.
- 1931 – Peristiwa Mukden: Satu bahagian Landasan Kereta Api Manchuria Selatan yang dibina Jepun dimusnahkan, kononnya oleh pengganas China, memberikan alasan kepada Jepun untuk menawan Manchuria.
- 1961 – Kapal terbang yang membawa Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld terhempas dalam keadaan misteri berhampiran Rhodesia Utara.
- 1998 – Pertubuhan bukan untung ICANN ditubuhkan bagi mengurus pemberian nama domain dan alamat IP Internet.
Hari-hari sebelum: 17 September – 16 September – 15 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
19 September: Hari Kemerdekaan di Santo Kitts dan Nevis; Hari Angkatan Tentera di Chile; Hari Penghormatan Orang Tua (Jepun, 2011).
- 1356 – Perang Seratus Tahun: Angkatan Inggeris yang diketuai Putera Hitam Edward memenangi Pertempuran Poitiers dan menawan Raja Perancis Jean II.
- 1692 – Giles Corey, yang enggan membuat rayuan, dihimpit sehingga mati semasa perbicaraan ahli sihir Salem.
- 1893 – New Zealand menjadi negara pertama memperkenalkan hak pengundian sejagat, selepas dilobi gerakan hak pengundian wanita (gambar) yang diketuai Kate Sheppard.
- 1982 – ":-)" dan ":-(" pertama kali dicadangkan oleh Scott Fahlman untuk digunakan sebagai emotikon.
- 1985 – Satu gempa bumi bermagnitud 8.1 memusnahkan Bandar Mexico, mengorbankan lebih 9,000 orang.
Hari-hari sebelum: 18 September – 17 September – 16 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
20 September: Hari Perayaan Orang Mati Demi Agama Korea (Gereja Katolik Rom); Prinsjesdag di Belanda (2011).
- 1187 – Salahuddin al-Ayyubi memulakan Pengepungan Baitulmuqaddis.
- 1378 – Perpecahan Paus: Tidak bersetuju dengan Paus Urban VI (gambar), sekumpulan kardinal melantik Clement VII sebagai paus lain.
- 1854 – Perang Krimea bermula dengan kemenangan Perancis-British ke atas Rusia dalam Pertempuran Alma, berhampiran Sungai Alma.
- 1906 – Kapal samudera RMS Mauretania, kapal terbesar dan terpantas di dunia ketika itu, dilancarkan di Newcastle, England.
- 1946 – Pesta Filem Cannes pertama bermula. Hadiah Palme d'Or, pada masa itu dipanggil Grand Prix du Festival, dikongsi bersama oleh 11 filem.
Hari-hari sebelum: 19 September – 18 September – 17 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
21 September: Hari Keamanan Antarabangsa; Hari Kemerdekaan di Malta (1964), Belize (1981) dan Armenia (1991).
- 454 – Maharaja Rom Valentinian III membunuh Aëtius di Ravenna.
- 1792 – Revolusi Perancis: Convention Nationale mengundi memansuhkan pemerintahan beraja, dan mengisytiharkan Republik Pertama.
- 1898 – Pembaharuan Seratus Hari di China tamat mendadak apabila Maharani Balu Cixi (gambar) memencilkan Maharaja Guangxu dan mengambil alih sebagai pemangku raja.
- 1937 – Buku J. R. R. Tolkien The Hobbit mula diterbitkan.
- 1942 – Model prototaip pengebom berat Boeing B-29 Superfortress, antara pesawat terbesar Perang Dunia II, terbang buat pertama kali.
Hari-hari sebelum: 20 September – 19 September – 18 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
22 September: Hari Kemerdekaan di Bulgaria (1908) dan Mali (1960); Hari Bebas Kereta di Eropah.
- 1776 – Kapten Nathan Hale, seorang perisik Angkatan Tentera Benua semasa Revolusi Amerika, digantung oleh tentera British.
- 1862 – Perhambaan di Amerika Syarikat: Presiden Abraham Lincoln (gambar) meluluskan Pengisytiharan Pembebasan, yang membebaskan semua hamba di Negeri-Negeri Gabungan Amerika bermula 1 Januari 1863.
- 1869 – Opera pertama dalam Der Ring des Nibelungen oleh penggubah Jerman Richard Wagner, Das Rheingold, dipersembahkan di Munich.
- 1965 – Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan ketetapan menyeru gencatan senjata tanpa syarat dalam Perang India-Pakistan.
- 1980 – Iraq melancarkan serangan ke atas Iran, memulakan Perang Iran-Iraq.
Hari-hari sebelum: 21 September – 20 September – 19 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
23 September: Hari Kebangsaan di Arab Saudi (1932); Ekuinoks September (09:04 UTC, 2011).
- 1459 – Tentera York pimpinan Richard Neville menewaskan tentera Lancaster dalam Pertempuran Blore Heath, pertempuran besar pertama Perang Bunga Ros.
- 1845 – Alexander Cartwright membentuk pasukan besbol teratur pertama, New York Knickerbockers.
- 1846 – Hasil ramalan matematik oleh Urbain Le Verrier, ahli astronomi Johann Gottfried Galle menjadi orang pertama mengenal pasti planet Neptun (gambar).
- 1868 – Ramón Emeterio Betances mengetuai Grito de Lares, suatu pemberontakan menentang penjajahan Sepanyol di Puerto Rico.
- 1932 – Hijaz dan Nejd disatukan dan dinamakan Kerajaan Arab Saudi, dengan Ibn Saud sebagai raja pertama dan Riyadh sebagai ibu negara.
Hari-hari sebelum: 22 September – 21 September – 20 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
24 September: Hari Kemerdekaan di Guinea-Bissau (1973); Hari Republik di Trinidad dan Tobago (1976); Hari Warisan di Afrika Selatan.
- 622 – Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut baginda menyempurnakan Hijrah mereka dari Makkah ke Madinah.
- 1664 – Perang Belanda-England: Belanda menyerahkan New Amsterdam kepada England, sebuah penempatan berkubu milik Belanda di New Netherland yang kemudiannya menjadi Bandar Raya New York.
- 1841 – Sultan Brunei berkenan untuk menyerahkan Sarawak kepada pengembara British James Brooke (gambar).
- 1903 – Alfred Deakin menjadi Perdana Menteri Australia kedua, menggantikan Edmund Barton yang menjadi hakim pengasas Mahkamah Tinggi Australia.
- 1948 – Mekanik Soichiro Honda mengasaskan Honda Motor Co., Ltd. dan mula mengilang motosikal.
Hari-hari sebelum: 23 September – 22 September – 21 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 September: Hari Perayaan Sergius dari Radonezh (Gereja Ortodoks Timur)
- 1066 – Harold Godwinson dari England menewaskan Harald III dari Norway dalam Pertempuran Stamford Bridge, menandakan berakhirnya serangan Viking ke England.
- 1396 – Perang Uthmaniyyah di Eropah: Tentera Uthmaniyah di bawah Bayezid I (gambar) menewaskan perikatan Kristian pimpinan Sigismund dari Hungary dalam Pertempuran Nicopolis.
- 1513 – Konkuistador Vasco Núñez de Balboa, dari atas puncak Darién, Panama kini, menjadi orang Eropah pertama melihat Lautan Pasifik, yang dinamakannya Mar del Sur.
- 1962 – Republik Demokratik Rakyat Algeria diisytiharkan secara rasmi.
- 1969 – Pertubuhan Kerjasama Islam ditubuhkan di Rabat, Maghribi selepas cubaan membakar Masjid Al-Aqsa.
Hari-hari sebelum: 24 September – 23 September – 22 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
26 September: Hari Bahasa Eropah
- 1580 – Kapal Golden Hind belayar masuk ke Plymouth, England, setelah Francis Drake menamatkan pelayarannya mengelilingi dunia.
- 1687 – Parthenon (gambar) di Athens musnah sebahagian ketika pertikaian bersenjata antara Republik Venice dan Empayar Uthmaniyah.
- 1907 – Newfoundland dan New Zealand menjadi kawasan penguasaan Empayar British.
- 1957 – West Side Story, satu muzikal yang ditulis Arthur Laurents, Leonard Bernstein dan Stephen Sondheim, dipentaskan buat pertama kali di Broadway.
- 1983 – Leftenan Kolonel Soviet Stanislav Petrov menghindarkan perang nuklear sedunia, mengenal pasti suatu "serangan A.S." sebagai isyarat palsu.
Hari-hari sebelum: 25 September – 24 September – 23 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
27 September: Meskel di Ethiopia dan Eritrea; Hari Pelancongan Sedunia.
- 1905 – Jurnal Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein "Adakah Inersia Jasad Bergantung Kepada Kandungan Tenaganya?" yang memperkenalkan persamaan E=mc².
- 1937 – Harimau Bali, sejenis subspesies harimau yang cuma ditemui di pulau Bali, Indonesia, diisytiharkan pupus.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Jerman Nazi, Itali Fasis dan Empayar Jepun menandatangani Pakatan Tiga Pihak di Berlin, mewujudkan Kuasa Paksi.
- 1983 – Richard Stallman mengumumkan projek GNU (gambar logo) untuk membangunkan sistem pengendalian ala UNIX bebas.
- 1988 – Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aung San Suu Kyi ditubuhkan di Burma.
Hari-hari sebelum: 26 September – 25 September – 24 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
28 September: Hari St. Wenceslas di Republik Czech; Hari Guru di Taiwan.
- 1066 – William si Penakluk dan armada 600 kapalnya mendarat di Pevensey, Sussex, memulakan penaklukan England oleh Norman.
- 1106 – Henry I dari England menang muktamad ke atas abangnya Duke Normandy Robert Curthose dalam Pertempuran Tinchebray.
- 1542 – Penjelajah Portugal Juan Rodríguez Cabrillo, orang Eropah pertama berjalan di pantai California, mendarat di tempat yang kini ialah bandar San Diego.
- 1994 – Feri MS Estonia (gambar) tenggelam di antara Tallinn, Estonia dan Stockholm, Sweden, mengorbankan 852 nyawa dalam salah satu kemalangan laut terburuk di Laut Baltik.
- 2000 – Intifada al-Aqsa bermula selepas lawatan Ariel Sharon ke Masjid Al-Aqsa.
Hari-hari sebelum: 27 September – 26 September – 25 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
29 September: Michaelmas; Hari pertama Rosh Hashanah (2011, 5772 AM).
- 61 SM – Di Rom, Pompey meraikan kemenangan ke atas lanun di timur Laut Mediterranean dan dalam peperangan melawan Raja Mithridates VI dari Pontus di Asia Kecil. Hari tersebut juga merupakan hari lahirnya yang ke-45.
- 1829 – Pasukan polis rasmi pertama di UK, Polis Metropolitan London, diasaskan oleh Robert Peel (gambar).
- 1938 – Di Munich, Jerman, Itali, United Kingdom dan Perancis mencapai satu penyelesaian, menetapkan bahawa Czechoslovakia harus menyerahkan Sudetenland kepada Jerman.
- 1941 – Holokus: Pembunuhan beramai-ramai Babi Yar bermula di Kiev, Ukraine.
- 1954 – 12 negara menandatangani satu konvensyen yang menubuhkan CERN, ketika ini makmal fizik zarah terbesar di dunia.
Hari-hari sebelum: 28 September – 27 September – 26 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
30 September: Hari Kemerdekaan di Botswana (1966)
- 1399 – Duke Lancaster Henry Bolingbroke menggulingkan Richard II untuk menjadi Henry IV dari England, menggabungkan Duchy Lancaster ke dalam England.
- 1939 – Perang Dunia Kedua: Jeneral Władysław Sikorski (gambar) menjadi Perdana Menteri kerajaan Poland dalam buangan.
- 1966 – Seretse Khama menjadi Presiden pertama Botswana apabila Negeri Naungan Bechuanaland mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom.
- 1980 – Spesifikasi pertama Ethernet diterbitkan oleh Xerox, Intel dan Digital Equipment Corporation.
- 1991 – Presiden Haiti Jean-Bertrand Aristide digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh Jeneral Raoul Cédras.
Hari-hari sebelum: 29 September – 28 September – 27 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah