Wikipedia:Kandungan tidak bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan pintas:

Apa yang dimaksudkan tentang Wikipedia:Kegunaan adil, Wikipedia:Kegunaan wajar dan Wikipedia:Kandungan tidak bebas adalah perkara yang serupa, silalah baca perihal yang disediakan dibawah untuk maklumat lanjut.

Rencana ini merupakan sebahagian
daripada siri hak cipta Wikipedia.

Di bawah hak cipta Amerika Syarikat, hampir kesemua karya yang diterbitkan selepas tahun 1922 mungkin mempunyai hak cipta (bagaimanapun, terdapatnya kekecualian — untuk maklumat lanjut, sila lihat: Hak cipta Amerika Syarikat). Secara amnya, penggunaan karya-karya yang mempunyai hak cipta tanpa kebenaran daripada pemilik hak cipta merupakan pelanggaran hak cipta, dan adalah salah di sisi undang-undang. Oleh sebab itu, di Wikipedia yang diasaskan di Amerika Syarikat, mereka cuma boleh menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai hak cipta ataupun yang mempunyai lesen yang cukup bebas.

Bagaimanapun, oleh sebab kebanyakan pengguna dan penyumbang Wikipedia Bahasa Melayu adalah bermastautin dan berwarganegara Malaysia, undang-undang berkenaan pelanggaran hak cipta di Malaysia juga digunakan di Wikipedia ini. Undang-undang utama yang melindungi hak cipta di Malaysia adalah Akta Hakcipta 1987. Di bawah Akta ini, perlindungan automatik diberikan kepada karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dengan syarat pemenuhan tiga syarat, iaitu usaha yang cukup untuk menjadikannya karya asli, karya tersebut tertulis atau direkod, dan penciptanya merupakan orang yang berkelayakan atau karyanya telah dibuat di Malaysia atau karyanya mula-mula diterbitkan di Malaysia.

Meskipun begini, satu pengecualian utama telah diiktiraf oleh sebuah fasal dalam Akta ini di bawah peruntukan Seksyen 9(4) dan Seksyen 13(2). Ia mengatakan bahawa terdapat hak terhad untuk kegunaan bahan-bahan hak cipta tanpa kebenaran pemilik — apa yang dikenali sebagai kegunaan wajar (ataupun "perlakuan adil" ("fair dealing") di negara-negara lain yang mana peraturan-peraturannya mungkin berbeza-beza). Halaman ini bertujuan untuk memberi garis panduan untuk mengendalikan bahan-bahan dalam Wikipedia Bahasa Melayu — ia memberikan panduan am mengenai apa yang mungkin dan apa yang tidak mungkin merupukan kegunaan adil, serta bagaimana anda dapat membantu penyunting-penyunting sewaktu mencuba memasukkan bahan-bahan di bawah kegunaan adil. Bagaimanapun, panduan ini tidak merupakan polisi rasmi. Anda, sebagai pemuat naik, adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa sumbangan anda adalah sah di sisi undang-undang.

Jika anda menggunakan sebahagian karya yang mempunyai hak cipta di bawah kegunaan wajar, anda harus mencatatkan pengakuan, bersama-sama dengan nama-nama dan tarikh-tarikhnya. Adalah matlamat kami untuk dapat menyebarkan semula dengan bebas seberapa bahan-bahan Wikipedia yang dapat. Oleh sebab itu, fail-fail imej dan bunyi asli yang diperlesenkan di bawah GFDL atau yang berada di domain awam adalah lebih disukai berbanding fail-fail media berhak cipta yang digunakan di bawah kegunaan adil. Sila lihat: Wikipedia:Contoh permohonan izin untuk borang permintaan kebenaran daripada pemilik hak cipta untuk menggunakan karya mereka di bawah syarat GFDL. Jangan sekali-kali menggunakan bahan-bahan yang melanggari hak cipta orang lain. Ini boleh menyebabkan kesalahan di sisi undang-undang dan menjejaskan projek ini secara hebat. Jika anda berasa ragu-ragu, tulislah rencana sendiri.

Perhatikan bahawa undang-undang hak cipta adalah berkenaan dengan penyataan kreatif untuk idea-idea, dan tidak kena mengena dengan idea-idea itu ataupun maklumat-maklumatnya. Oleh sebab itu, adalah sah jika anda membaca sebuah rencana ensiklopedia atau karya yang lain, menulisnya semula dalam perkataaan sendiri, dan menyerahkan rencana anda kepada Wikipedia. (Sila lihat: cetak rompak dan kegunaan wajar untuk perbincangan mengenai berapa banyaknya penulisan semula diperlukan dalam konteks am.)

Dasar[sunting | sunting sumber]

Yes check.svg Bahagian ini merupakan dasar rasmi Wikipedia. Ia dianggap piawai yang harus diikuti semua pengguna.

Disertakan daripada Wikipedia:Kriteria kandungan tidak bebas; laman tersebut merupakan sebahagian daripada dasar rasmi.

Untuk garis panduan penuh kegunaan kandungan tidak bebas (termasuk dasar ini dan kriterianya) lihat Wikipedia:Kandungan tidak bebas.
Seperti ketetapan dasar pelesenan Yayasan Wikimedia 23 Mac 2007 dokumen ini berfungsi sebagai Dasar Doktrin Pengecualian ("Exemption Doctrine Policy") untuk Wikipedia Bahasa Melayu.

Rasional[sunting | sunting sumber]

  • Menyokong misi Wikipedia menghasilkan kandungan bebas sentiasa untuk pengedaran, pengubahsuaian dan penggunaan tidak terhad oleh semua pengguna dalam semua media.
  • Mengurangkan risiko undang-undang dengan menghadkan jumlah kandungan tidak bebas, menggunakan takrifan kriteria yang lebih sempit daripada undang-undang kegunaan wajar A.S. atau Malaysia.
  • Memudahkan penggunaan bijak kandungan tidak bebas bagi menyokong pembangunan ensiklopedia berkualiti tinggi.

Dasar[sunting | sunting sumber]

Tidak ada kelayakan automatik untuk menggunakan kandungan tidak bebas dalam rencana atau tempat lain di Wikipedia. Rencana dan laman Wikipedia lain boleh, menurut garis panduan, menggunakan petikan teks kata demi kata pendek daripada media berhakcipta, mengakui dengan betul atau menyebut sumber atau penulis asalnya, dan menunjukkan dengan khusus bahawa ia adalah petikan langsung melalui tanda petikan, <blockquote>, atau kaedah serupa. Kandungan tidak bebas lain—termasuk semua imej, audio dan klip video berhakcipta, dan fail media lain yang tidak memiliki lesen kandungan bebas—boleh digunakan di Wikipedia Bahasa Melayu cuma di mana semua 10 kriteria berikut dipenuhi.

  1. Tiada karya setara bebas. Kandungan tidak bebas digunakan hanya apabila tiada karya setara bebas tersedia, atau boleh dihasilkan, yang menyampaikan tujuan ensiklopedia sama. Di mana mungkin, kandungan tidak bebas ditukar menjadi bahan bebas berbanding menggunakan pembelaan kegunaan wajar, atau digantikan dengan pilihan lebih bebas jika ada yang memiliki kualiti boleh diterima; "kualiti boleh diterima" bermaksud kualiti yang cukup untuk menyampaikan tujuan ensiklopedia. (Sebagai ujian segera, sebelum menambah kandungan tidak bebas yang memerlukan rasional, tanya diri anda terlebih dahulu: "Bolehkan kandungan tidak bebas ini digantikan dengan versi bebas sedia ada yang memiliki kesan sama?" dan "Bolehkan subjek ini disampaikan hanya dengan teks tanpa menggunakan sebarang kandungan tidak bebas?" Jika jawapan salah satu soalan ini ialah ya, penggunaan kandungan tidak bebas tersebut mungkin tidak memenuhi kriteria ini.)
  2. Menghormati peluang komersil. Kandungan tidak bebas tidak digunakan dalam cara yang mungkin mengganti peranan pasaran asli media berhakcipta asal.
    1. Penggunaan minimum. Berbilang kandungan tidak bebas tidak patut digunakan jika satu atau dua fail cukup untuk menyampaikan maklumat penting setara.
    2. Takat penggunaan minimum. Keseluruhan karya tidak digunakan jika hanya sebahagian sahaja sudah cukup. Peleraian/kesetiaan/kadar bit rendah digunakan berbanding yang tinggi (terutamanya apabila yang asli boleh digunakan untuk pelanggaran hak cipta sengaja). Peraturan ini juga terpakai ke atas salinan di ruang nama Fail:.
  3. Penerbitan lampau. Kandungan tidak bebas mesti telah diterbitkan atau dipamerkan kepada awam di luar Wikipedia terlebih dahulu.
  4. Kandungan. Kandungan tidak bebas memenuhi piawai kandungan Wikipedia umum dan ensiklopedik.
  5. Dasar khusus media. Bahan tersebut mengikuti dasar khusus media Wikipedia. Sebagai contoh, imej mesti memenuhi Wikipedia:Dasar penggunaan imej.
  6. Minimum satu rencana. Kandungan tidak bebas digunakan dalam sekurang-kurangnya satu rencana.
  7. Kepentingan mengikut konteks. Kandungan tidak bebas digunakan hanya jika kehadirannya akan menambah pemahaman pembaca terhadap suatu topik dengan nyata sekali, dan jika tidak dimasukkan akan menjejaskan pemahaman itu.
  8. Sekatan pada lokasi. Kandungan tidak bebas hanya dibenarkan pada rencana (bukan laman nyahkekaburan), dan cuma di ruang nama rencana, tertakluk pada pengecualian. (Untuk menghalang kategori imej daripada memaparkan imej kenit, tambah __NOGALLERY__ kepadanya; imej patut dipaut, bukan diletak sebaris, dalam laman perbincangan apabila ia menjadi topik perbincangan.)
  9. Laman keterangan imej. Laman keterangan imej atau media memiliki perkara-perkara berikut:
    1. Pengenalan sumber bahan, ditambah, jika dapat, dengan maklumat mengenai artis, penerbit dan pemegang hak cipta; ini untuk membantu menentukan nilai pasaran potensi bahan tersebut. Lihat: Wikipedia:Sumber petikan#Multimedia.
    2. Satu teg hak cipta yang menunjukkan peruntukan dasar Wikipedia yang mana didakwa membenarkan kegunaan. Untuk senarai teg hak cipta imej, lihat Wikipedia:Templat khas#Gambar.
    3. Nama setiap rencana (pautan ke setiap rencana juga digalakkan) di mana setiap kegunaan wajar didakwa, dan rasional kegunaan tidak bebas khusus berasingan untuk setiap kegunaan fail tersebut, seperti diterangkan di Wikipedia:Garis panduan rasional kegunaan wajar. Rasional diberikan dalam bahasa jelas dan biasa, dan berhubungan dengan setiap penggunaan.

Penguatkuasaan[sunting | sunting sumber]

  • Sebuah fail dengan rasional kegunaan tidak bebas sah untuk sebahagian (tetapi tidak semua) rencana di mana ia digunakan tidak akan dihapuskan. Sebaliknya, fail itu harus dibuang daripada rencana-rencana yang tidak mempunyai rasional kegunaan tidak bebas, atau rasional yang sesuai ditambah.
  • Sebuah fail yang kegunaan tidak bebas dituntut tetapi tidak digunakan dalam mana-mana rencana (kriteria 7) boleh dihapuskan selepas 30 hari pemberitahuan.
  • Sebuah fail yang digunakan dalam rencana dan dimuatnaik selepas 3 April 2011 yang tidak mematuhi dasar ini 7 hari selepas pemuatnaik diberitahu akan dihapuskan. Untuk mengelakkan penghapusan, pemuatnaik atau ahli Wikipedia lain perlu memberikan pembelaan kegunaan tidak bebas meyakinkan yang memuaskan kesemua 10 kriteria. Untuk fail yang digunakan dalam rencana dan dimuatnaik sebelum 3 April 2011, tempoh 7 hari ini diperpanjang menjadi 30 hari.
    • Perhatikan bahawa adalah menjadi tugas pengguna yang ingin memasukkan atau mengekalkan kandungan untuk memberikan rasional sah; mereka yang ingin mengeluarkan atau menghapuskan fail tersebut tidak diperlukan untuk menunjuk bahawa ia tidak boleh dicipta—lihat beban pembuktian.

Kriteria penghapusan kandungan tidak bebas ditentukan dalam Wikipedia:Kriteria penghapusan segera.

Kegunaan yang boleh diterima[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini menyenaraikan beberapa kategori penggunaan bahan-bahan berhak cipta tanpa lesen yang biasanya diterima sebagai digunakan secara wajar dalam Wikipedia Bahasa Melayu jika dilakukan secara jujur dan mematuhi Dasar dan Undang-undang di bawah. Bahan-bahan yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori di bawah tidak semestinya diterima sebagai kegunaan wajar, bergantung pada what the material is dan how it is used. Jika anda mahu pertolongan untuk menentukan kegunaan wajar sesuatu bahan, sila tanya di Wikipedia:Soalan hakcipta media atau Wikipedia:Kedai Kopi (dasar). Di sinilah sesiapa yang memahami undang-undang hak cipta pasti menjawab soalan anda.

Am[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, empat faktor harus dipertimbangkan:

  1. tujuan dan sifat penggunaan, termasuk sama ada bersifat komersil atau bertujuan pendidikan bukan untung;
  2. sifat karya yang berhak cipta itu;
  3. jumlah dan kecukupbesaran bahagian yang digunakan berkenaan dengan seluruh karya yang berhak cipta itu; dan
  4. kesan penggunaannya terhadap pasaran berpotensi atau nilai karya berhak cipta itu.
Akta Hakcipta 1987, Malaysia

Secara ringkas, ini menunjukkan bahawa:

  1. Kegunaannya mesti tidak cuba "menggantikan tujuan-tujuan" bahan asli, tetapi berbentuk pendidikan atau ulasan.
  2. Kurangnya penggunaan bahan asli berkenaan dengan seluruhnya, lebih kemungkinannya kegunaan itu wajar, namun kepentingan bahagian berkenaan juga dipertimbangkan (kerana memetika bahagian paling penting boleh cuba "menggantikan tujuan-tujuan" bahan asli).
  3. Kegunaannya mesti tidak mencabuli kebolehan pemilik hak cipta untuk mengeksploit karya asli, misalnya dengan bertindak sebagai pengganti pasaran langsung untuk bahan asli tanpa unsur kritikan mahupun parodi.

Teks[sunting | sunting sumber]

Sedutan yang ringkas dan ditentu puncanya (attributed) dari teks berhak cipta, dan digunakan untuk menerangkan hujah, menentukan konteks, atau menyatakan punca pandangan atau buah fikiran boleh digunakan di bawah kegunaan wajar. Teks mesti digunakan kata demi kata: apa-apa perubahan mesti jelas ditandai sebagai elipsis ([...]) atau sisipan ([sisipan]) atau perubahan penekanan (penekanan ditambah). Semua teks berhak cipta mesti dinyatakan puncanya.

Pada amnya, sedutan bahan berita berhak cipta yang berlebihan (seperti akhbar dan perkhidmatan wayar), skrip filem, atau mana-mana teks berhak cipta bukan kegunaan wajar dan dilarang oleh dasar Wikipedia.

Sedutan audio[sunting | sunting sumber]

Sedutan lagu yang singkat boleh digunakan untuk membuat pengenalpastianan gaya muzik, pemuzik atau karya muzik yang terkemuka asalkan disertakan dengan komentar kritis atau bersejarah apabila dinyatakan pemegang hak cipta sebagai puncanya.

Sedutan audio ucapan peristiwa bersejarah, seperti ucapan tokoh umum, boleh digunakan apabila diiringi oleh komentar kritis atau bersejarah dan apabila dinyatakan pengucapnya sebagai punca.

Sedutan audio pembacaan rencana Wikipedia yang menerapkan teks berhak cipta boleh menimbulkan masalah undang-undang (kerana hasil fail audio itu tidak boleh mendapat GFDL) dan haruslah dielakkan.

Imej[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kategori menyeluruh tentang imej berhak cipta yang umumnya diluluskan penggunaan dalam Wikipedia sebagai kegunaan wajar apabila dilakukan secara jujur. Ini termasuk:

  • Seni kulit. Seni kulit daripada pelbagai perkara, untuk pengenalpastian dan ulasan kritis (bukan pengenalpastian tanpa ulasan kritis).
  • Logo korporat dan pasukan. Untuk pengenalpastian. Lihat Wikipedia:Logo.
  • Setem dan mata wang. Untuk pengenalpastian.
  • Bahan promosi lain. Poster, program, papan tanda, iklan. Untuk ulasan kritis.
  • Tampilan (screen shot) filen dan televisyen. Untuk ulasan kritis dan perbincangan filem dan televisyen.
  • Tampilan perisian. Untuk ulasan kritis.
  • Lukisan dan karya seni tampak yang lain. Untuk ulasan kritis, termasuk imej-imej yang mengilustrasikan teknik atau aliran tertentu.
  • Foto publisiti. Untuk pengenalpastian dan ulasan kritis.

Pengetagan fail imej kegunaan wajar[sunting | sunting sumber]

Melabelkan imeh sebagai kegunaan wajar boleh dilakukan dengan tag hak cipta kegunaan wajar. Jika anda menemui fail yang kelihatan berkegunaan wajar, anda boleh membubuh tag yang berpadan dengan jensi bahan dalam laman penerangannya: Wikipedia:Tag hak cipta fail/Kegunaan wajar

Sila nyatakan juga sumber dari mana imej itu dihasilkan semula. Ingat: kegunaan wajar ini tiada "hukum am", setiap kegunaan wajar mesti dijelaskan dan rasional mesti ditetapkan untuk kegunaan itu (dalam erti kata lain, setiap halaman yang menggunakan imej itu akan mendapat rasional yang berbeza untuk menggunakan imej itu dalam halaman itu walaupun kegunaan wajar dituntut dalam laman imej).


Undang-undang[sunting | sunting sumber]

Akta Hakcipta 1987 Malaysia meletakkan syarat-syarat berikut berkenaan kegunaan adil:

Seksyen 9(4):

Pengeluaran semula susunan tipografi suatu edisi yang diterbitkan bagi maksud-maksud penyelidikan, pengajian sendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan peristiwa-peristiwa semasa tidak melanggar hakcipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini jika pengeluaran semula itu bersesuaian dengan urusan yang wajar: Dengan syarat bahawa jika pengeluaran semula itu diumumkan kepada awam is hendaklah disertai dengan satu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu dimasukkan secara sampingan dalam sesuatu siaran.

Seksyen 13(2):

Walau apa pun subseksyen (1), hak mengawal di bawah subseksyen itu tidak termasuk hak untuk mengawal

(a) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara urusan yang wajar bagi maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan peristiwaperistiwa semasa, tertakluk kepada syarat bahawa jika penggunaan itu adalah penggunaan awam, is hendaklah disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu yang berkaitan dengan perlakuan apa-apa perbuatan bagi maksud maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian dan pelaporan peristiwa-peristiwa semasa dengan cara sesuatu rakaman bunyi, filem atau siaran; (b) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara parodi, pastice, atau karikatur;

(c) kemasukan dalam sesuatu filem atau siaran apa-apa karya seni yang terletak di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

(d) pengeluaran semula dan pengedaran salinan apa-apa karya seni yang terletak dengan kekal di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

(e) kemasukan secara sampingan sesuatu karya dalam sesuatu karya seni, rakaman bunyi, filem atau siaran;

(f) kemasukan sesuatu karya dalam sesuatu siaran, pertunjukan, tayangan atau permainan kepada swam, koleksi karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem, jika kemasukan sedemikian dibuat secara ilustrasi bagi maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar: Dengan syarat bahawa sumbernya dan nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan itu disebut;

(ff) apa-apa penggunaan sesuatu karya bagi maksud sesuatu peperiksaan dengan cara menyediakan soalan-soalan, menyampaikan soalan-soalan kepada calon-calon atau menjawab soalan-soalan:

Dengan syarat bahawa suatu salinan reprografik sesuatu karya muzik tidaklah boleh dibuat bagi penggunaan seseorang calon peperiksaan dalam mempertunjukkan karya itu;

(g) rakaman yang dibuat di sekolah, universiti atau institusi pelajaran mengenai sesuatu karya yang dimasukkan dalam sesuatu siaran untuk digunakan bagi sekolah, universiti atau institusi pendidikan itu;

(gg) pembuatan sesuatu rakaman bunyi bagi sesuatu siaran, atau sesuatu karya sastera, drama atau muzik, rakaman bunyi atau sesuatu filem yang termasuk dalam siaran setakat mana is mengandungi bunyi jika rakaman bunyi sesuatu siaran itu adalah bagi kegunaan persendirian dan domestik oleh orang yang membuat rakaman bunyi itu;
(ggg) pembuatan sesuatu filem bagi sesuatu siaran, atau sesuatu karya sastera, Beni, drama atau muzik atau sesuatu filem yang termasuk dalam siaran setakat mana is mengandungi gambaran pandangan jika pembuatan sesuatu filem bagi siaran itu adalah bagi kegunaan persendirian dan domestik oleh orang yang membuat filem itu;
(gggg)pembuatan salinan daripada siaran televisyen yang mempunyai sari kata atau yang selainnya diubahsuaikan bagi orang yang pekak atau kurang pendengaran, atau yang cacat dari segi fizikal atau mental secara lain dan pengeluaran salinan itu kepada orang awam oleh badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah;

(h) pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam atau dalam sesuatu siaran akan apa-apa cabutan yang munasabah dari karya sastera yang sudah diterbitkan jika disertai dengan perakuan yang mencukupi; (i) apa-apa penggunaan sesuatu karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan, oleh Arkib Negara atau manamana Arkib Negeri, oleh Perpustakaan Negara atau mana-mana perpustakaan Negeri, atau oleh manamana perpustakaan awam dan institusi pendidikan, sains dan profesional sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui perintah, jika penggunaan sedemikian adalah untuk kepentingan awam dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan peruntukan mana-mana peraturan; dan

(i) tiada keuntungan didapati daripadanya; dan
(ii) tiada bayaran masuk dikenakan bagi pertunjukan, tayangan atau permainan, jika ada, kepada awam karya yang digunakan sedemikian;

Di Wikipedia, bahan yang dihakcipa boleh digunakan dibawah peruntukan kegunaan adil hanya apabila kami percaya dengan yakin bahawa penggunaannya akan dinilai sebagai wajar sekiranya kami dibawa ke mahkamah. Di mana mungkin, bahan "bebas" seharusnya digunakan berbanding kegunaan adil untuk mengelakkan kompromi terhadap tujuan mewujudkan ensiklopedia bebas dan pendedahan terhadap undang-undang yang keterlaluan.

Projek Wikimedia yang lain[sunting | sunting sumber]

Garis-garis panduan di atas berkenaan dengan edisi bahasa Melayu Wikipedia, di http://ms.wikipedia.org. Projek-projek Wikimedia yang lain, termasuk Wikipedia dalam bahasa lain, mungkin mengamalkan dasar berbeza berkenaan kegunaan wajar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]