Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib2/2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi.

Sama nama tapi lain tempat

Bagaimana nak atasi masalah nama yang sama, contohnya Batu Gajah (Perak) dengan Batu Gajah (Melaka)? Cheguman 12:43, 1 Februari 2008 (UTC)[balas]

Buat laman nyahkekaburan. Lihat contoh di Gong Kedak. ...Aurora... 13:15, 1 Februari 2008 (UTC)[balas]
Terima kasih. Saya dah buat untuk Sungai Rambai. Ok kot macam tu? cheguman 16:47, 1 Februari 2008 (UTC)[balas]

Ada beberapa soalan & persoalan

  • Siapakah yang memulakan wikipedia & wikipedia bahasa Melayu?
  • Di manakah fail-fail ini disimpan?

Bukan apa, saya cuma bimbang jika berlaku perkara yang tak diingini, kita akan kehilangan khazanah yang amat berharga yang berada dalam wikipedia ini. Mungkin kita perlukan tempat yang lebih selamat untuk 'backup' semua maklumat yang kita taip dan edit penat-penat ni.cheguman 16:22, 5 Februari 2008 (UTC)[balas]

  1. Wikipedia diasaskan oleh Jimbo Wales. MS pula, kalau tak silap, adalah hasil cadangan Imran Smith dari Open Source MIMOS.
  2. Semua data disimpan dalam pangkalan data MySQL dalam komputer pelayan Wikimedia. Dia orang memang lazim buat backup. Tambahan pula, Toolserver pun selalu menyalin data daripada pangkalan data Wikimedia. Kalau anda sendiri mahu memuat turun backup yang dibuat (dipanggil database dump), pergi ke http://download.wikimedia.org/backup-index.html. —Aviator, 22:40, 5 Februari 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih. cheguman 04:09, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Err... saya dah tersilap muat naik fail "logo_kpm". Boleh sape-sape tolong bagi 'clear'? Terima kasih. cheguman 16:26, 5 Februari 2008 (UTC)[balas]

Siap. Lain kali anda boleh gunakan {{padam}}.—Aviator, 22:45, 5 Februari 2008 (UTC)[balas]

Marilah kita bersama-sama menambah isi penting dalam artikel Taman Tamadun Islam yang baru dirasmikan. -- Tebu.an 03:42, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Terjemah artikel wiki Indonesia

Saya rasa untuk memperkayakan lagi wiki bahasa melayu ni ada baiknya kita contohi cara Pengguna:Syed Azaharul ; menyalin dari wiki Indonesia disamping menyesuaikan kembali kepada bahasa melayu DBP. Kainbiru 18:11, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tujuan saya menyalin wikipedia indonesia hanyalah untuk menambahkan maklumat wikipedia melayu supaya berkembang,bukanlah berniat untuk menciplak karya orang lain . Pengguna:Syed Azaharul 20:30, 20 Februari 2008 (UTC)[balas]

Langkah kanan. KIta telah dipanggil Malingsia oleh mereka, jadi tolong jangan buat maling lagi. — ~kurnia~ 18:09, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tu... langkah kiri namanya, bukan langkah kanan. cheguman 18:18, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Huh? Maaf salah. XD — ~kurnia~ 18:23, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya menyeru adik-adik di sekolah menengah, kolej dan universiti supaya mengambil bahan-bahan daripada buku teks dan nota kuliah untuk dimasukkan ke sini dengan olahan sendiri. Hal ini merupakan satu kaedah belajar yang amat baik. Kemudian, rakan-rakan lain bolehlah menambah sedikit sebanyak maklumat daripada sumber lain sehingga menjadi artikal lengkap dan berwibawa. Kepada pengguna yang telah bekerja, anda tentu mempunyai bidang sendiri berkaitan pekerjaan anda yang boleh dikongsi bersama. Bagi yang tidak bekerja dan bukan pelajar, mulakan dengan nama kampung anda sendiri dan kemudian nama kampung-kampung bersebelahan.

Kepada mak bapak budak sekolah serta guru-guru, galakkan anak-anak menggunakan wikipedia ms ini. Selamat berwiki. cheguman 18:40, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Setuju 100% dengan cheguman. Satu lagi, saya tak galakkan sangat usaha penterjemahan dari wiki bahasa lain kerana biasanya kualiti terjemahan dia orang ini teruk. Saya baca pun nak tergelak. No offense.Aviator, 18:27, 7 Februari 2008 (UTC)[balas]

Maaf, saya tidak mengetahui isu Indonesia-Malaysia agak panas.Dan tidak faham mengapa perkara ini dijadikan isu.Mungkin inilah dipanggail inferiority complex.Apa pun ia hanya cadangan Kainbiru 09:12, 7 Februari 2008 (UTC)[balas]

Panas? Kau orang selalu buat vandalisme di sini. Mana kami tak panas?—Aviator, 18:28, 7 Februari 2008 (UTC)[balas]
Isu Indonesia-Malaysia itu bukan perkara yang penting. Yang pentingnya jangan malas. Cuba buat rencana sendiri, rajin-rajin sikit baca rencana atau buku-buku lain. Baru ada identiti sendiri. Kalau sukar nak jumpa maklumat baru terjemahkan artikel dari Wikipedia lain. Buat research, baru rasa macam penyumbang Wikipedia sebenar. Tambahan lagi, apa gunanya wujud Wikipedia Bahasa Melayu kalau isinya sama dengan Wikipedia Bahasa Indonesia cuma sedikit kelainan dari segi struktur perkataannya. ~kurnia~ 18:42, 7 Februari 2008 (UTC)[balas]

Cadangan bagi memadamkan artikal Malingsia

Sekarang sedang berlangsung perbincangan tentang sebuah artikal kontraversi yang telah dicadangkan untuk dipadamkan. Sila lihat Wikipedia:Permohonan memadam laman/Malingsia untuk mengetahui lebih lanjut. cheguman 18:49, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Untuk mengelakkan salah guna atau undi tidak adil, orang Indonesia tidak patut dibenarkan mengundi. Jikalau mereka betul-betul mahu rencana itu kekal, mereka akan memanggil rakan-rakan mereka mengundi, adakah itu adil? Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati kerana kita akan kalah kepada orang yang menghina kita! Memanglah mereka mahu rencana itu kekal, mereka yang memulakan panggilan keji itu! Jadi adakah adil jika orang yang meghina dibenarkan mengundi? Memberi mereka kebenaran mengundi samalah seperti memberi mereka kebenaran untuk memanggil kita "PENCURI", paling dahsyat, mereka memanggil kita "Pencuri Sial" (MalingSial)! Dah ada 3 pengundi Indonesia di situ mengundi agar rencana panggilan Sial itu dikekalkan! Walaupun Wiki MS terbuka untuk semua, tetapi, perlu ingat, mereka mempunyai Wiki mereka sendiri, tidak seperti rakyat Brunei dan Singapura. - Jay 17:28, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tetapi bahasa mereka dan bahasa kita tak sama! Dan Wikipedia tidak boleh mengehad sesekumpulan orang. --אדםוןד ואודס 02:15, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Its oklah Edmund, saya tahu anda tak kisah dipanggil "pencuri sial", tetapi saya dan keluarga saya dan ramai lagi rakyat Malaysia kisah! - Jay 05:51, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Sungguhpun isu "Malingsia" melibatkan warga Indonesia atau "Madon". Tidak semestinya hak mengundi atau memberi pendapat mereka disekat/terhalang/terbantut dan sebagai pengguna, saya berharap tak perlulah marah sehingga maki-hamun. Itu bukannya membincangkan/berdebat mengenai isu "Malingsia". Akan tetapi, sudah mengenai kes ketenteraman sesama pengguna pulak. Perbincangan haruslah dikemukakan dengan fakta dan bukti yang boleh dijadikan sebagai sandaran rujukan perbincangan sesuatu isu. Satu lagi, matlamat Wikipedia bahasa Melayu ialah memperkembangkan wiki ke peringat antarabangsa. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia. Bahasa Melayu dialek Malaysia lebih sering digunakan dalam rencana kerana bahasa Melayu berpusat di Malaysia. Seperti Wikipedia bahasa Indonesia, bahasa Indonesia dialek Indonesia digunakan dalam Wikipedia bahasa Indonesia meskipun menetap di Belanda, Jerman, dan sebagainya dan tidak menggunakan bahasa Indonesia dialek Belanda atau Jerman kerana Indonesia merupakan pusat bahasa Indonesia. Jangan beranggapan Malaysia mempunyai satu kaum sahaja sebaliknya terdapat pelbagai kaum menetap di dalamnya. — Didie (bincang) 05:53, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Jay, bukan saya tak kisah, saya pun tak suka dipanggil begitu, malah saya pernah berasa marah ketika Mimihitam di idwiki sebut negara kita "Malingsia" ketika bercakap dgn saya di idwiki. Tapi apa yg penting ialah, sama ada istilah "Malingsia" ini notable. --אדםוןד ואודס 09:57, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Maaf kalau saya angkat bicara. Di wikipedia bahasa indonesia artikel malingsia dihapus karena tidak cukup notable untuk diangkat sebagai artikel tersendiri. Sebenarnya tidak ada banyak hubungan dengan kebanggan atau kebencian terhadap bangsa tertentu. Apalagi membawa-bawa nasionalisme dan konspirasi.
Untuk bukti notability, coba perhatikan lagi artikel malingsia itu. Screenshot diambil bukan dari media Indonesia (Kompas.com atau KCM.com), tapi dari community kompas. Judulnya saja citizenship journalism. Perhatikan baik-baik, isinya lebih ke opini pribadi seorang warga kota, bukan berita. Lalu kaos bertuliskan malingsia itu lebih ke barang jualan seorang pengguna forum kaskus. Lalu gambarnya diambil dan dimasukkan ke sini.
Coba saya tanya, apa itu pantas dijadikan ukuran notability? . Saya sudah coba beri komentar soal ini di halaman penghapusan artikel malingsia. Tapi tampaknya ada yang berusaha menyembunyikan, atau memang tidak tersimpan suntingannya. Padahal saya cuma menulis komentar, tidak ikut voting.
Soal hak voting, sepertinya tidak pernah ada peraturan Wikipedia Bahasa Malaysia itu milik Bangsa Malysia. Seiapapun yang bisa mengerti tulisan Bahasa Malaysia boleh saja punya status pengguna. Seperti juga Yosri punya hak voting di Wikipedia Bahasa Indonesia, bukan begitu? (maaf saya tidak bisa menulis dalam bahasa melayu, tapi banyak hal sepertinya harus diluruskan)Hariadhi 10:08, 19 Februari 2008 (UTC)[balas]
Oh, maaf. Ternyata dipindah ke sini [1]. Terima kasih. Hariadhi 10:28, 19 Februari 2008 (UTC)[balas]

Alat timbangtara/piawai selain dari kamus DBP

Tidak adakah kamus yang diguna pakai dan diiktiraf oleh negara-negara berikut Malaysia,Indonesia,Brunei dan Singapura dapat digunakan sebagai alat piawaian.Supaya tidaklah mswikipedia ini disandarkan hanya kepada pengguna bahasa Melayu Malaysia.Sekian.

Mungkin kamus MABBIM dapat digunapakai oleh negara-negara berkenaan. Sekadar membantu. — Didie (bincang) 09:42, 7 Februari 2008 (UTC)[balas]

Minta pendapat

Saya telah mengedit templat:Genrebox. Dalam menyunting, saya menghadapi masalah menterjemah perkataan "regional scenes". Saya tidak tahu macam mana mahu terjemahkannya. Saya menterjemahkannya menjadi "Kancah wilayah" yang mana kancah merujuk kepada scene. Saya sudah mencari di dalam kamus inggeris melayu dewan, istilah yang paling dekat dengan maksud scene dalam konteks ini adalah "dunia". Tapi saya rasa ia tidak sesuai. "Dunia wilayah" nampak janggal. Jadi saya pilih kancah (sila lihat dalam kamus dewan maksud kancah) untuk terjemahan scene. Apa pendapat saudara? ~kurnia~ 19:08, 7 Februari 2008 (UTC)[balas]

Jika anda ingin mengutarakan pendapat mengenai terjemahan "Regional scenes", sila klik laman ini → Wikipedia:Permohonan pendapat/Istilah "regional scenes". Harap maklum. — Didie (bincang) 03:56, 8 Februari 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana adakan laman tersebut. ~kurnia~ 04:48, 8 Februari 2008 (UTC)[balas]

Templat

Saya telah memulakan Templat:Infobox masjid‎ dan Templat:Infobox pesawat (terperinci)‎. Kedua-dua templat ini masih belum disemak semula termasuk kesalahan tatabahasa dan saya harap seseorang akan melakukannya. Mungkin juga kamu boleh menambah apa-apa yang berkaitan jika kamu merasakan templat tersebut tidak mencukupi dari segi isi kandungannya. -- Tebu.an 01:21, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tebu.an, ini cuma pendapat saya : bilangan tampungan boleh ditukar ke kapasiti. Kelly Ho 13:40, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]
Saya ada ubahsuai/tambah sedikit Templat:Infobox masjid. ...Aurora... 14:57, 26 Februari 2008 (UTC)[balas]

Celcom

Cuba lihat betul-betul ayat dalam tajuk Celcom#Perkhidmatan dan liputan. Realiti atau vandalisme. Perkataan "mendakwa" atau "mengakui" memang betul ke ataupun tidak? Cuba ko lihat dalam ayat terakhir sekali dalam tajuk ini, sah ini vandalisme.-- Tebu.an 05:03, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Artikal-artikal seharusnya terhindar daripada unsur mempengaruhi pembaca, melainkan dalam ruangan perbincangan dan kedai kopi. Saya cadangkan sesiapa yang menemui perkataan atau ayat yang kurang sesuai, perbetulkan saja dan tak perlu dipanjangkan. Satu cara lagi ialah hubungi pengguna yang melakukannya dan minta dia betulkan semula, kalau tau orangnya. cheguman 11:06, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]
Saya rasa perkataan 'mendakwa' boleh ditukar dan tidak boleh diklasifikasikan dalam vandalisme. Kelly Ho 13:37, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Muat naik poster filem

Kepada penyelia, tolong tambahkan {{Poster Filem}} di senarai lesen dalam laman muat naik. izzudin 07:04, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Beres.—Aviator, 18:51, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Ilustrasi Nabi Muhammad

Menurut saudara, dalam imej-imej dalam rencana Nabi Muhammad SAW di wikipedia British, apakah perlu dipadam? terdapat petisi untuk padamkan gambar tersebut.. pada perbincangan Muhammad:

I think it is absolutely absurd that there are Muslims on here who are offended. I have many Muslim friends and they all agree with me that those who are outraged are not real adults and must be under the age of 15. I, as a Christian, have been offended by many photos of Jesus playing basketball and other remarks about him. I understand they are on the internet and I just simply do not view them. So from a real adult to those who claim to be ones, just move on with your life and stay away from this page. Don't you have other things to worry about like taking care of your family and making a living like real adults do? Azwethinkweizm (talk) 03:16, 7 February 2008 (UTC)

Mimihitamid 10:32, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Wikipedia British???
Cakap kat dia, kita orang, tak seperti kau, mencintai Rasulullah lebih daripada ibu bapa kami sendiri. Kalau kau hina Nabi aku, samalah macam kau hina aku sendiri.—Aviator, 12:44, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]
Hai Mr Aviator, secara jujur, bukan sahaja mereka (orang bukan Islam) menghina Nabi S.A.W. sahaja, bahkan mereka juga (khususnya kebanyakan orang Kristian) berselamba mengejek Nabi mereka sendiri, Isa A.S. (Jesus Christ). Memang ini terbukti selepas saya dengar perkara ini melalui kakak saya, serta dalam carian Google. — Imran Al-Sahih 15:57, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Petisyen itu boleh ditandatangani di sini: [2]. Cerita mengenai ini mendapat liputan oleh NYTimes: [3]. Ikuti perkembangan mengenai petisyen ini di sini: [4]

Pada masa ini pentadbir WikipediaEn enggan membuang gambar-gambar tersebut dengan alasan "NPOV" dan "Wikipedia is not censored".—Aviator, 05:44, 12 Februari 2008 (UTC)[balas]

Wikipedia Bahasa Melayu

Mengapa tidak tukar kepada Wikipedia Malaysia? Bahasa kita dengan Indonesia nie lain jadi mengapa nak suruh orang Indonesia nie nak tulis artikel kat Wikipedia ini dan translatekan Wikipedia diorang kepada bahasa Melayu kita. Sebab saya pernah melihat ada antara artikel kita nie yang menggunakan bahasa pelik (mungkin Indonesia) dalam Wikipedia kita. Salah tatabahasa tu. Bahasa diorang ciplak dan cipan. --- Tebu.an 04:50, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Cadangan yang baik juga. Kita lihat apa kata pengguna lain? cheguman 10:02, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Masalahnya, Singapura juga guna bahasa kita. Mungkin kita tukar kpd "Wikipedia Bahasa Melayu Malaysia-Singapura"? Dan utk Brunei pula, rasanya Bahasa Melayu mereka sikit beza, saya sudah baca laman web DBP Brunei, seolah-olah rasa Bahasa Melayu mereka tak sama. --אדםוןד ואודס 10:05, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Kalau ikut tradisinya, Singapura kena buat wikipedia sendiri. Namun sesiapa sahaja boleh menulis di sini asalkan mematuhi etika dan peraturan. Jika kita gunakan nama 'Malaysia', ia lebih kekitaan dan orang luar terpaksa menghormati pendirian kita. cheguman 10:18, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya tak setuju dgn "Singapura kena buat wikipedia sendiri". Wikipedia sepatutnya mengalu-alukan sesiapa dari mana-mana negara, jadi nama kita tidak sepatutnya menyatakan mana-mana negara. Malangnya bahasa kita berbeza dengan Indonesia dan Brunei atas alasan sejarah dan politik. Tapi mujurlah Singapura mengikut piawai DBP Malaysia, dan dalam peperiksaan GCE O-Level Singapura, calon dibenarkan menggunakan kamus yg tertentu bagi mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Melayu, dan Bahasa Tamil, dan bagi Bahasa Melayu pula, hanya Kamus Dewan dibenarkan. --אדםוןד ואודס 10:24, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

lihat semula tulisan saya di atas, '...sesiapa sahaja boleh menulis di sini asalkan mematuhi etika dan peraturan'. Hal ini bermakna rakyat Singapura juga boleh menulis di sini tetapi wikipedia ini Malaysia yang punya, bukan Singapura punya. Samalah halnya dengan wikipedia Indonesia, maka Indonesia yang punya. Melainkan jika ada bukti yang menunjukkan wikipedia MS ini dibangunkan untuk Singapura. Saya mengalu-alukan pandangan lain. Mungkin pandangan saya ini silap. cheguman 10:46, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]
Kenapa nak tukar Wikipedia Malaysia? Kalau tukar Wikipedia Malaysia, saya nak semua bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia digunakan untuk buat rencana. Bahasa Melayu + Bahasa Mandarin + Hakka + Kantonis + Tamil + Iban + Jawa + Kadazandusun + Kenyah + Jakun + dll. Dan Wikipedia Indonesia, Wikipedia Vietnam, Wikipedia Thai, Wikipedia Jepun, dll. bukannya milik negara tersebut tapi milik penutur bahasa tersebut. Eh... silap, wikipedia milik pengasas wikipedia lah. Tapi pengasas kata Wikipedia milik semua... tak pula dia kata "Wikipedia Indonesia aku bagi kat orang Indon saja.. Wikipedia Jepun aku bagi kat orang Jepun je... yang len jgn masuk campor"... takde plak.. izzudin 13:21, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tak boleh. Wikipedia ialah projek multibahasa, bukan multikerajaan atau multinegara. WikipediaMS boleh disunting oleh sesiapa sahaja, asalkan boleh berbahasa Melayu dengan baik. Pengelola bahasa Melayu di peringkat negara ialah DBP, manakala di peringkat antarabangsa pula ialah MABBIM. Oleh itu, ikutilah garis panduan mereka.

Anda tidak boleh mengehadkan suntingan kepada rakyat Malaysia sahaja. Ini projek bebas, jadi tak perlu terikat kepada mana-mana badan pemerintahan. Siapa-siapa boleh menyumbang. Perlu diingat bahawa bahasa adalah jiwa bangsa, bukan jiwa politik/patriotisme.

Kenapa mahu tukar nama kepada Malaysia? Nama Malaysia pun asalnya daripada perkataan "Malay" aka "Melayu", sinonim sahaja, jadi tak ada guna pun.

Adapaun bahasa Indonesia, ia agak berlainan daripada bahasa Melayu, sebab itu dikira bahasa berasingan. Hal ini telah dipersetujui di peringkat antarabangsa lagi: masing-masing mendapat kod unik dalam piawaian ISO. Penubuhan Wikipedia dalam kedua-dua bahasa ini adalah mengikut piawaian, bukanlah untuk tujuan perkauman atau asabiyyah semata-mata.

Orang Indonesia boleh menyumbang di sini, kami alu-alukan, tapi kenalah guna bahasa Melayu yang standard. Jangan pula fikir, kalau aku fasih berbahasa Indonesia, maka aku juga boleh berbahasa Melayu! Kedua-dua bahasa ini lain! Kalau anda rasa tak mampu, sumbang sahaja di WikipediaId, kami akan berusaha untuk menterjemahkannya di sini.—Aviator, 13:51, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tapi MABBIM berhasrat menyatukan Bahasa Melayu DBP dan Bahasa Indonesia sebagai satu bahasa yg sama, rasanya. Tengoklah, bermaksud "Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia", jadi Indonesia turut terlibat juga, tapi sudah ada Wikipedia Bahasa Indonesia. Jadi belum tiba masanya bagi kita ikut piawai MABBIM. Malah bahasa di sini sebenarnya bahasa DBP M'sia, yg juga digunakan oleh S'pura. Jadi saya rasa lebih baik kita panggil "Wikipedia Bahasa Melayu DBP", dan rakyat Brunei boleh buka "Wikipedia Bahasa Melayu Brunei" yg guna Bahasa Melayu piawai Brunei (tetapi mengalu-alukan sesiapa yg tau Bahasa Melayu gaya mereka, of course). Lagipun, kalau memang nak menyatukan semua Bahasa Melayu menjadi satu bahasa yg sama, pun perlu mungkin 1 abad! --אדםוןד ואודס 15:30, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Jawapan kepada soalan saudara sangat mudah. Lihat di sebelah kiri. Tersusun setiap satu Wikipedia bahasa lain. Malaysia = bukan bahasa/dah menjadi Wikipedia Negara. Wikipedia Bahasa Melayu adalah serasi dengan tiap-tiap satu Wikipedia dalam bahasa yang lain. - pmc 16:13, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]
MABBIM, walaupun dianggotai oleh tiga negara, dipengerusikan oleh DBP Malaysia juga. MABBIM sebenarnya bukannya usaha penyatuan. Malah, mereka tetap menganggap bahawa kedua-dua bahasa ini berlainan dan berhasrat untuk mengembangkan kedua-dua bahasa ini sebagai bahasa ilmu. Bahasa mana boleh disatukan. Bahasa sentiasa berkembang dan bercambah. Hakikatnya, MABBIM terletak di bawah DBP juga. Saya sendiri memiliki salinan buku panduan keluaran DBP hasil kerjasama dengan MABBIM, semuanya merupakan panduan bahasa Melayu, dan tidak menggunakan bahasa Indonesia.
Tak perlulah panggil "Wikipedia Bahasa Melayu DBP" atau "Wikipedia Bahasa Melayu Malaysia". Piawaian DBP dijadikan panduan sahaja, supaya penulisan menjadi seragam. DBP menetapkan piawaian bukan untuk rakyat Malaysia sahaja, malah sesiapa sahaja yang mahu bertutur dalam bahasa Melayu, tak kira sempadan. Kenapa mahu buka banyak Wikipedia? Bahasa Inggeris mempunyai cabang British dan Amerika, tapi ada satu Wikipedia Bahasa Inggeris sahaja. Bahasa Arab mempunyai lagi banyak cabang, tapi saya tengok ada satu sahaja Wikipedia Bahasa Arab. Janganlah kerana perbezaan sempadan politik dijadikan isu. Sila ambil perhatian.—Aviator, 16:36, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Masalahnya, Bahasa Indonesia juga dikira sejenis Bahasa Melayu (mereka sendiri pun kata), dan Bahasa kita bercabang dgn Bahasa Indonesia cuma kira-kira 3 abad lalu, dan hingga kini masih mutually intelligible. Para ahli bahasa kira kedua-dua bahasa ini sbg bahasa yg sama, dan saya rasa adalah mungkin bagi kedua-dua bahasa ini disatukan. Tengok keadaan antara Bahasa Portugis dan Bahasa Galicia. Ada sekumpulan orang Galicia yg ingin menyatukan bahasa mereka dgn Bahasa Portugis. Btw, perbezaan antara Bahasa Inggeris British dan Amerika kecil saja, tapi antara kita dgn Indonesia lebih besar. --אדםוןד ואודס 16:56, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Pada era kemerdekaan dulu memang ada usaha penyelarasan bahasa (saya tak tahu sejauh mana penyelarasan itu) antara kedua-dua negara ini, tapi terbantut kerana konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia.
Bahasa Melayu sudah wujud sebelum penubuhan Malaysia dan Indonesia lagi. Bahasa Indonesia bolehlah dikira cabang bagi bahasa Melayu. Dulu, bahasa Melayu adalah lingua franca, tapi sekarang, kerana penduduk yang ramai, bahasa Indonesia lebih banyak dituturkan.—Aviator, 17:16, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya mat setuju dengan cadangan ini, karena bahasa Melayu Malaysia sudah berbeda dengan Melayu non Malaysia *saye masih bisa mengerti Melayu Indo cakap, tapi tak mengerti Melayu Malaysia cakap*  Mimihitam   Bicara  12:54, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

Bahasa Melayu Indonesia cakap tu bahasa Indonesia la.—Aviator, 12:58, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

Cadangan saya lebih berbeza. Saya berpendapat bahawa Wikipedia Bahasa Melayu wajar ditukar nama ke Wikipedia Bahasa Malaysia. Sebabnya, Bahasa Melayu telah bertukar ke Bahasa Malaysia baru-baru ini. Wikipedia adalah berasaskan bahasa dan bukan negara. Saya yg tinggal Singapura juga aktif dalam Wikipedia English dan Bahasa Melayu. Diharap keputusan yang wajar diambil untuk memperbaiki mutunya lagi. Kelly Ho 13:34, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Kelly, aren't you contradicting yourself? Kalau benar seperti apa yang awak katakan yang Wikipedia itu berasaskan bahasa dan bukan negara, maka tidak wajarlah Wikipedia Bahasa Melayu ditukar kepada Wikipedia Bahasa Malaysia! Istilah Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia dicipta atas sebab-sebab politik, bagi menyatu-padukan rakyat mereka yang berbilang bangsa. Tapi Wikipedia bukan negara! Ingat, pada pucuk pangkalnya, BM dan BI adalah Bahasa Melayu (namun Bahasa Indonesia kini boleh dianggap sebagai bahasa yang seiras dan bukan yang sama kerana perbezaan kota kasa dan sebagainya, oleh itu dicipta sebuah Wikipedia khas untuk bahasa mereka). Adakah adil untuk seseorang yang berbahasa Melayu dari Singapura dan Brunei merujuk kepada bahasa mereka sebagai Bahasa Malaysia? Dekoelie 11:51, 19 Februari 2008 (UTC)[balas]
Saya rasa anda belum lagi melawat laman goverment ataupun DBP tentang Bahasa Melayu di Malaysia ini(tak ingat). Bahasa Melayu masih dikekalkan penggunaanya. Dan surat pekeliling penggunaan Bahasa Melayu diubah ke Bahasa Malaysia belum sampai. Bulan Mac agaknya. PuteraLuqman Tunku Andre 14:13, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Bagi saya, Bahasa Malaysia bermaksud bahasa rasmi yang dituturkan oleh rakyat Malaysia. Hal ini bukan bermaksud bahasa yang hanya boleh digunakan oleh rakyat Malaysia. Wikipedia Bahasa Malaysia bermaksud sebuah wikipedia yang menggunakan bahasa Melayu@Malaysia. Manakala Wikipedia bahasa Indonesia pula merujuk pada sebuah wikipedia yang menggunakan bahasa Melayu@Indonesia. cheguman 09:55, 19 Februari 2008 (UTC)[balas]

Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia adalah lain. Bahasa Malaysia adalah Bahasa Melayu Zaaba. Bahasa Malaysia adalah bahasa Melayu moden dengan banyak perbendaharaan kata. Bahasa Melayu pula adalah bahasa Melayu lama. Pendapat saja (Kurniasan) 202.184.236.2 10:34, 19 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya masih berpendapat bahawa bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu yang ditutur di Malaysia dan bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu yang dituturkan di Indonesia. Rakyat Singapura , Brunei dan lain-lain boleh memilih untuk menggunakan mana-mana bahasa Melayu yang mereka berkenan. cheguman 06:18, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]

Pandangan yang sangat sempit. Lagi2 dari seorang pendidik. Dekoelie 01:19, 23 Februari 2008 (UTC)[balas]
Tujuan utama Wikipedia Bahasa Melayu tidak ditukar kepada Wikipedia Bahasa Malaysia ialah Wikipedia bukanlah kepunyaaan rakyat Malaysia walaupun kebanyakan suntinganya dilakukan oleh rakyat Malaysia. Walaupun isu ini pernah dibangkitkan dahulu, pihak komuniti masih bersetuju agar Wikipedia Bahasa Melayu kekal.
Sebab kedua ialah Wikipedia tidak boleh meluluskan penukaran kepada Wikipedia Bahasa Malaysia ialah Bahasa Malaysia tidak tersenarai dalam kod ligustik ISO Lihat laman berikut http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_ISO_639-1_codes
Metawiki menyatakan bahawa setiap projek persaudaraannya tidak kira dalam bahasa apa pun mesti tersenarai dalam senarai ISO.
Oleh itu, walaupun persetujuan dibuat oleh komuniti Wikipedia Bahasa Melayu, pihak Metawiki tidak mugkin akan meluluskan permohonan ini.
Justeru, isu ini tidak harus dibangkitkan lagi melainkan Bahasa Malaysia tersenarai dalam senarai ligustik ISO.
Harap maklum. Diagramma Della Verita 14:04, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]
Perlukah saya ulang banyak kali? Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia adalah sinonim sahaja. Kalau mahu membezakan zaman, Bahasa Melayu pada zaman dahulu kita panggil Bahasa Melayu Klasik, manakala Bahasa Melayu yang digunakan sekarang kita panggil Bahasa Melayu Moden. Bahasa Indonesia, walaupun asal-usulnya dari Bahasa Melayu, sudah dikira bahasa berasingan. Bahasa Melayu yang standard atau baku dibentuk di Malaysia, oleh itu tak salah kalau kita kata yang Wikipedia Bahasa Melayu perlu ditulis dalam Bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia. Sebab sudah standard, diterima umum. Bukan sebab mengikut negara. Jadi, tak payahlah nak sibuk pergi tukar nama Wikipedia. Bazir masa sahaja.
Sebagi buah fikiran, cuba tengok kod ISO Bahasa Melayu: ms. Agaknya dari mana kod ini diambil? Perkataan "Melayu" atau "Malaysia"?—Aviator, 22:30, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]
Gue rasa kerajaan dan rakyat Malaysia terlalu membazir masa atas debat Melayu/Malaysia ini. Asalkan bahasa itu difahami, tidak kisahlah apa namanya. Dan hakikatnya kerajaan Malaysia sentiasa tukar minda, kejap Melayu, kejap Malaysia, kemudian tukar balik Melayu. Daripada bazir masa atas benda yang remeh ini, baik buat sesuatu yang dapat menambah ilmu pengetahuan lu. Salam. Pancaragam 02:10, 23 Februari 2008 (UTC)[balas]

Marilah kita sama-sama menyunting artikel Masjid Kristal. -- Tebu.an 11:21, 13 Februari 2008 (UTC)[balas]

Malangnya, saya tidak dapat membantu kerana saya tidak mempunyai pengetahuan yg luas dlm bidng Islam.Kelly Ho 08:49, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]
Rencana masjid lebih kepada seni bina bukan pengetahuan Islam. izzudin 06:21, 24 Februari 2008 (UTC)[balas]

Pilihan raya

Saya merasa bimbang dengan pilihanraya ini, kerana saya pasti akan berlaku kempen di Wikipedia ini. Apa kata kita larang litupan semasa pilihanraya, hanya selepas pilihanraya litupan dibuat. Ini kerana kita bukanlah akhbar, atau berita tetapi merupakan sebuah ensiklopedia. Yosri 11:00, 14 Februari 2008 (UTC)[balas]

Mr Yosri, buat apa kita nak bimbang? Kalau kita baik, buat apa kita nak takut. Lagipun takut tu merupakan sifat orang Yahudi, janganlah kita bersikap sedemikian, ok? Dalam peribahasa Arab mengatakan:

If you conduct yourself properly, fear no one.

Imran Al-Sahih 11:21, 14 Februari 2008 (UTC)[balas]

P/S:Maaf ye jika saya mengatakan tentang sikap Yahudi, yang saya maksudkan sebenarnya ialah kebanyakan dari orang Yahudi, tu saja.

Saya rasa tiada masalah utk buat "laporan" tentang pilihanraya, Wikipedia Bahasa Inggeris nampaknya begini juga, asalkan kita jgn menulis mcm berita, iaitu gaya Wikinews. Dan Imran, tolong ingat selalu utk katakan "kebanyakan", pd mulanya. --אדםוןד ואודס 14:44, 14 Februari 2008 (UTC)[balas]

Asalkan rencana itu mempunyai gaya ensiklopedia, saya rasa tak mengapa. Tapi bila saya baca seolah-olah berat sebelah pula. Banyak lagi yang boleh dibaiki.—Aviator, 16:28, 14 Februari 2008 (UTC)[balas]

Bagi saya, selagi artikal tersebut tiada unsur 'cuba mempengaruhi', kita terima saja. Saya faham kerisauan Yosri dan ini satu cabaran pada kita untuk membuat pemantauan lebih giat. Saya jangkakan sempena pilihanraya kali ini akan banyak artikal berkenaan tokoh dan kawasan pilihanraya. Saya rasa ia sesuatu yang positif dan patut digalakkan. cheguman 04:54, 15 Februari 2008 (UTC)[balas]

Litupan tuh ape? izzudin 17:44, 15 Februari 2008 (UTC)[balas]

Bagi saya ia langsung tak akan mempengaruhi individu itu utk memilih calon pilihan mereka. Bukannya kita siar manifesto diorang pun. PuteraLuqman Tunku Andre 03:23, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

  • Pandangan saya ialah kita tidak wajar melarang liputan semasa Pilihan Raya. Saya sememangnya faham bahawa Pilihan Raya di Malaysia is hot. Dlm wikipedia,tidak dibenarkan sebarang bentuk kempen,iklan atau beberapa yg lain. Kalau ada pihak yg ingin melakukan sesuatu yg melanggar polisi, pihak penyelia wajar mengambil tindakan tegas Kelly Ho 13:26, 17 Februari 2008 (UTC).[balas]
liputan, bukan litupan cheguman 03:50, 18 Februari 2008 (UTC). Sila lihat bahagian pertama yang dibuat oleh Yosri Kelly Ho 08:44, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]
Ya, memang saya tegur Yosripun. Cuma saya letakkan di bawah nota anda supaya semua orang nampak. Harap-harap pembetulan saya tu betul sebab saya belum sempat semak kamus. cheguman 15:32, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]
Kesalahan ejaan yang biase lain; artikal... artikel atau rencana daa... hihi izzudin 13:12, 19 Februari 2008 (UTC)[balas]

Apa kata seseorang mulakan tajuk Pilihanraya ke 12. Nanti kita masukkan keterangan setiap parti utama yang bertanding. Wah, teruja pulak saya menunggunya... Putera Luqman mungkin boleh mulakan. Lagipun dia kan lom cukup umur untuk mengundi. Jadi, neutral sikit. cheguman 11:05, 20 Februari 2008 (UTC)[balas]

Kan dah ada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. ...Aurora... 14:30, 20 Februari 2008 (UTC)[balas]
sori, tak perasan. makasih...Saya dah tinjau tapi lom sempat bagi sumbangan.cheguman 07:13, 27 Februari 2008 (UTC)[balas]
Sehingga kini saya melihat ada beberapa artikel tentang pilihan raya tidak mempunyai kategori. Oleh itu, saya ingin menyuarakan isu yg kecil ini. Contoh:Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 - Negeri Perlis.

Kelly Ho 12:14, 20 Februari 2008 (UTC)[balas]

Drama

Saya ingin meminta kebenaran dimana saya bercadang untuk mengimport semua artikel drama Hong Kong dan Korea dari Inggeris ke Bahasa. Oleh itu saya berharap penyelia boleh memberi saya masa untuk menterjemah sepenuhnya. Kelly Ho 13:59, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Silalah, pastikan tiada bahasa Inggeris yg tertinggal dalam rencana. Dan kalau boleh, pastikan rencana2 tersebut tidak yatim. ...Aurora... 15:21, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]
Maksud yatim adalah mempunyai kategori di bawah atau bermaksud lain.Kelly Ho 08:45, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]
Lihat Khas:Laman_yatim. Kategori dan interwiki memang saya tidak sebut sebab saya rasa anda patut sedia maklum. ...Aurora... 15:42, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]
Letak saja teg {{Terjemah}} di rencana itu. izzudin 16:33, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]
Jangan main letak teg je, kalau tak terjemah atau terjemah sikit sangat, rencana itu boleh dihapuskan. ...Aurora... 13:34, 19 Februari 2008 (UTC)[balas]
Aurora, saya faham maksud kamu. Janganlah pandang rendah terhadap kemampuan 'Singapore girl'.Kelly Ho 07:09, 20 Februari 2008 (UTC)[balas]
Tak. ...Aurora... 14:30, 20 Februari 2008 (UTC)[balas]

Calvatia gigantea

Cuba saudara lihat en:Giant puffball. Apa nama cendawan ini dalam Bahasa Melayu? Saya sudah menulisnya sebagai Bebola gergasi. Betul tak? Atau mungkin saya sepatutnya menulis dalam istilah saintifik iaitu Calvatia gigantea sahaja? -- Tebu.an 10:33, 20 Februari 2008 (UTC)[balas]

Pendapat saya kalau tak tahu nama Melayu, pakai saja nama sainsnya. Dah lihat bahagian pautan luar kulat? Ada orang terjemahkan secara harfiah sebagai "bola puf raksasa", tapi saya tak syorkan tukar kalau tak yakin. ...Aurora... 14:34, 20 Februari 2008 (UTC)[balas]

Jika softball ialah sofbal kerana perkataan bahasa Inggerisnya merupakan perkataan tunggal, dan golf ball ialah bola golf kerana ia merupakan dua patah perkataan yang berasingan, maka Giant puffball patut diterjemahkan sebagai "Pufbal Raksasa" atau "Pufbal Gergasi". "Bola puf raksasa" pastinya salah kerana ia bukannya boleh ditendang atau disepak. Kalau nak pakai bentuk itu, kena gunakan Bebola puf raksasa, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:58, 20 Februari 2008 (UTC)[balas]

setuju dengan Syarikat Pemunggahan Rencana..hehehe..Che 04:47, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]
Tukar kepada Cedawan Bebola Gergasi atau Cendawan Pufbal Gergasi. Yang penting mesti ada perkataan Cendawan. Seperti Cendawan Tiram, Cendawan Butang dsbg. izzudin 06:19, 24 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya menyeru kepada para penyelia untuk mengambil tindakan sewajarnya setelah undian Wikipedia:Permohonan memadam laman/Malingsia tamat beberapa hari yang lalu. izzudin 11:07, 23 Februari 2008 (UTC)[balas]

Burj Al Arab vs Menara Arab

Dipetik dari laman perbincangan Diagramma Della Verita

Minta pandangan anda. Burj bermaksud menara didalam bahasa Arab. Kalau jami'ah(universiti dlm bahasa Arab) diubah menjadi universiti . Contoh Universiti Al-Azhar. Bagaimana pula dengan ini. PuteraLuqman Tunku Andre 14:24, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya tidak dapat membalas pesanan anda di laman perbincangan anda. Perkataan burj itu dikenali umum dan merujuk lebih kepada bangunan itu kalau dibandingkan dengan perkataan Menara. Diagramma Della Verita 14:33, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]

Kenapa ada masalahkah pada laman perbincangan saya?. Saya tak pasti, kejap nanti saya semak di Kamus Bahasa Arab. PuteraLuqman Tunku Andre 14:37, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]

laman pengguna anda asyik katakan saya tulis spam. Mugkin pekataan Menara Burj Al Arab lebih tepat. Diagramma Della Verita 14:41, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya dah dapat. burj,buruj dan abraj bermaksud menara. Saya bagi contoh. za likal burj al-arab murtafi'un. Bermaksud Menara al-Arab itu tinggi. Dan pendapat anda Menara Burj Al Arab saya kurang setuju kerana contoh yang saya beri iaitu Jami'ah Al-Azhar tidak ditulis Universiti Jami'ah Al-Azhar. selain itu ia mengulang ayat. Pasal spam tuh, sy dh buang. PuteraLuqman Tunku Andre 14:49, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]

Menyampuk sebentar. Tepat ke bila Menara KL ditulis sebagai Menara Kuala Lumpur Tower dalam Bahasa Inggeris? Nama rasminya KLTower ialah Menara Kuala Lumpur. Jadi dalam Bahasa Inggeris pun guna Menara Kuala Lumpur sebagai panggilan rasmi yang membawa makna Kuala Lumpur Tower. Lebih baik guna panggilan rasmi Burj Al Arab berbanding Menara Arab. Menara Burj Al Arab langsung tak sesuai. izzudin 14:54, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]

setuju dengan izzudin..Che 05:48, 25 Februari 2008 (UTC)[balas]
Biarlah di Burj Al Arab. Kita juga ada Burj Dubai. ...Aurora... 15:00, 26 Februari 2008 (UTC)[balas]

Rehat sementara

Buat masa ini saya terpaksa berehat disebabkan tugasan luaran. Ini bererti saya tidak dapat menyumbang buat sementara dalam masa terdekat. Teruskan menyumbang agar Wikipedia Bahasa Melayu terus berkembang sebagai laman ilmu yang terunggul. Yosri 01:28, 25 Februari 2008 (UTC)[balas]

Selamat berehat dan semoga cepat kembali. :) Polar 05:59, 25 Februari 2008 (UTC)
Yay! Eh.. maksud saya.. alaaa... :P izzudin 08:11, 25 Februari 2008 (UTC)[balas]
See you, tuan. --אדםוןד ואודס自分の投稿記録 09:18, 25 Februari 2008 (UTC)[balas]
Nak ke luar negara ke? Boleh kirim..? 60.54.15.2 07:08, 27 Februari 2008 (UTC)[balas]

Melayu

Rujuk kepada tajuk "Melayu". "Melayu Bodoh Melayu" ????????????????? Nampaknya ada yang mengedit halaman ini tanpa disedari pihak wikipedia. Sila perbetulkan secepat mungkin. (daripada - Anak Melayu)

Selesai... izzudin 11:45, 25 Februari 2008 (UTC)[balas]

Taksonomi

Orang yang buat penamaan sesuatu spesies dipanggil apa? Penaksonomi? -- Tebu.an 11:11, 29 Februari 2008 (UTC)[balas]