Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib3/2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Istilah 'bohong' dgn 'muslihat' .

Tentang istilah 'bohong' dgn 'muslihat':

Apakah perbezaannya?

Bohong bermaksud menipu (mereka-reka cerita yang tidak betul).

Muslihat juga bermaksud menipu (tipu muslihat = tipu helah) - bermaksud untuk memperdaya.

Jika begitu, ianya bermaksud lebih kurang saja.

Apa bezanya 'berbohong' dengan 'menipu dengan beralaskan muslihat'?

Dosa nya berbeza juga? Yang manakah lebih besar dosanya?

Ini adalah ensiklopedia, bukannya forum agama. Kalau nak tahu makna bohong dan muslihat, lihat [1] dan [2]. ...Aurora... 13:48, 1 Mac 2007 (UTC)[balas]

Pemilihan anugerah rencana paling baik di ms.wiki

Dengan ini, saya ingin mencadangkan bahawa anugerah rencana paling baik pernah dihasilkan untuk rencana yang pernah dicalonkan sebagai rencana pilihan yang akan disiarkan di laman utama sahaja dari pencalonan rencana bermula awal tahun 2006 hingga ke rencana Mac 2007. Setiap rencana akan dinilai dari sudut kriteria yang memenuhi citarasa pengguna yang mengundi sama ada penyelia hingga pengguna baru yang mencapai ketetapan yang ditetapkan. Di bawah ialah rencana yang bakal dijadikan pilihan namun harus ditapis sehingga ke-10 yang terbaik oleh birokrat. Namun di bawah ialah rencana yang bakal dicalonkan tetapi masih belum ditapis. Untuk rujukan lihat senarai di Wikipedia:Rencana pilihan. Harap cadangan ini dapat diterima ramai. Didie 13:28, 1 Mac 2007 (UTC)[balas]


Hello.... nampaknya tiada yang perasan dengan pencalonan ini dibuat. Tolonglah ambil perhatian yeee. Didie 08:53, 5 Mac 2007 (UTC)[balas]

Saya setuju akan cadangan memberi anugerang Rencana Terbaik. :) --Zack2007 10:48, 5 Mac 2007 (UTC)[balas]
Saya rasa agak terhad. Saya percaya banyak lagi rencana baik yang tidak dipaparkan di Laman Utama. ...Aurora... 12:29, 6 Mac 2007 (UTC)[balas]

Terjemahan "Wikilink"

Soalan ganjil, tetapi apakah terjemahan paling sesuai untuk perkataan "Wikilink" dalam Bahasa Melayu? x42bn6 Bual en 01:31, 3 Mac 2007 (UTC)[balas]

Rasanya Pautan Wiki. che 14:15, 4 Mac 2007 (UTC)[balas]

MSSM untuk squasy

adakah saya terlalu "tua" untuk menyertai MSSM untuk kategori squasy bagi kategori lelaki bawah 18. saya seorang pelajar form 6 tetapi saya tidak menjai 18 tahun sehingga september tibe.. adakah undang-undang tulis bahawa sekiranya saya menunggu keputusan SPM saya tidak berhak untuk menyertai? adakah undang-undang MSSM berkata demikian? e-mail saya (quahern@hotmail.com) ini adalah untuk tahun 2007!

Tanya MSSM. ...Aurora... 12:29, 6 Mac 2007 (UTC)[balas]

Minta tolong terjemahkan

"Autologous bone marrow transplant". Ini adalah salah satu treatment untuk lukemia dalan rencana José Carreras yang sedang saya buat. - Jay 03:00, 6 Mac 2007 (UTC)[balas]

saya agak.. transplan penukaran tulang sum-sum? Atau sum-sum tulang? Ada sesiapa dapat bagi "nama" yang baik sikit? - Jay 03:31, 6 Mac 2007 (UTC)[balas]
Pemindahan sum-sum tulang sendiri. ...Aurora... 12:29, 6 Mac 2007 (UTC)[balas]

Cadangan: "Pemindahan sumsum tulang autologus". "Autologus" ialah istilah perubatan. — 12:49, 6 Mac 2007 (UTC)

Definasi Klasik, Klasikal dan klasifikasi

Klasik diterjemah dari Classic

Klasikal diterjemah dari Classical

Klasifikasi diterjemah dari Classification

Ketiga-tiga perkataan memberi erti yang amat berlainan. “The difference is semantic, not grammatical for eg. Shakespeare’s plays are classic but Pavarotti’s music (arias) are classical”

Klasik diterjemah dari Classic merujuk kepada 1. mempunyai sifat-sifat yg lama atau yg tidak dipakai lagi; lw moden:Bahasa Melayu ~. 2. mempunyai nilai yg tinggi atau taraf (kedudukan) yg diakui:karya-karya yg ~. Kamus Pelajar 2 klasik 1. serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kpd muzik ~; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain: sajak-sajak yg demikianlah suatu ciptaan seni yg sempurna, berhak disebut sbg sesuatu yg ~; 3. (pakaian, reka bentuk, dsb) yg mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi ~; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal): satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut. – Di ambil dari kamus DBP

Klasikal diterjemah dari Classical merujuk kepada “Term which, applied to music, has vague rather than specific meaning: music composition roughly between 1750 and 1830 (i.e. post-Baroque and pre-Romantic) which covers the development of the classical sym. and concert music of an orderly nature, with qualities of clarity and balance, and emphasising formal beauty rather than emotional expression (which is not to say that emotion is lacking). music generally regarded as having permanent rather than ephemeral value. ‘classical music’ is used as a generic term meaning the opposite of light or popular mus.” – Di ambil dari kamus Oxford dan juga diterima pakai oleh DBP

Muzik klasikal bukan muzik klasik. Contoh klasik adalah penggunaan alatan muzik lama seperti ghazal, sitar dll. dan juga boleh merujuk kepada bahan antik yang bermutu tinggi seperti barangan bersejarah termasuk juga motor Harley Davidson yang digelar motor klasik.

Jikalau klasik dan klasikal adalah sama, mengapa DBP menterjemahkan kedua-duanya sekali. Sila rujuk kepada kamus dewan bahasa atau kamus Oxford untuk mendapatkan jawapan. Dan untuk terminologi lengkap mengenai klasikal muzik, sila rujuk kepada laman khas untuk muzik era Barok dan Romantik dan ianya merujuk kepada opera. Pop Opera bukan muzik klasikal begitu juga jazz, rock dan sebagainya. Oleh sebab itu, lagu lama seperti lagu P. Ramlee, Frank Sinatra dan Elvis boleh dianggap lagu atau muzik klasik.

-Jay 06:22, 7 Mac 2007 (UTC)[balas]


Laman sawang

Terdapat beberapa rencana menterjemahkan website sebagai Laman Sawang (contohnya, rencana KLIA Transit). Apakah penggunaan itu betul? --Zack2007 23:56, 8 Mac 2007 (UTC)[balas]

Terjemahan yang betul ialah "laman web" atau "halaman web". Perkataan "laman" juga boleh digunakan. — Master2841 07:32, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]
Sebenarnya web memang bermaksud "sawang labah-labah" kalau kita buat terjemahan terus dari DBP, tapi itu bukan istilah terjemahan untuk teknologi maklumat. Saya setuju dengan Master2841 untuk menyeragamkan istilah laman web atau halaman web. - Jay 07:54, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]
Lihat perbincangan lalu di arkib. ...Aurora... 13:21, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]

Lebuhraya

Nampaknya saya keliru mengenai ejaan yang betul. Saya terpaksa memeriksa kamus, tetapi telah membuat pengalihan pada rencana lebuh raya. Sebarang kesilapan dikesalkan. Pembetulan lanjut akan dilakukan sebaik sahaja ejaan disahkan. Yosri 12:51, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]

Ejaan betul mengikut kamus ialah lebuh raya. Tapi nama rasmi ialah "Lebuhraya Utara-Selatan" dll. Saya cadangkan ikut nama rasmi untuk tajuk, tapi dalam rencana itu ikut ejaan baku jika bukan kata nama khas. ...Aurora... 13:21, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]

Minta pandangan penyelia/admin/AJK dan semua penulis Wikipedia Melayu

Saya nak minta pandangan semua dan jikalau perlu untuk kita bersemuka dan berbincang bersama pakar bahasa, itupun bagus juga. Saya perasan yang bahasa kita ada banyak .. nak kata masalah, saya tak nak cakap. Cuma, saya tahu dari dulu lagi yang kita ada masalah kekeliruan apabila sesetengah perkataan itu diterjemahkan.

Masalah pertama:- Satu perkataan bahasa Inggeris diterjemah lebih dari satu. Dari situ, kita hilang keseragaman terutama dalam internet apabila kita perlu link atau pautan untuk sesetengah perkataan. Banyak contoh-contohnya tapi satu yang saya nampak sekarang (sebab saya sedang buat) ialah terjemahan

English : Composer
Melayu: komposer / pengubah (kedua-dua ini adalah betul, tapi mana satu nak guna?)

Banyak rencana dalam wikipedia melayu gunakan “komposer” tetapi ada juga yang guna “Pengubah”. Saya rasa banyak lagi perkataan-perkataan yang berlainan dalam rencana-rencana kita yang sebenarnya memberi satu erti. Jadi saya nak tanya pendapat saudara-saudari, apa yang perlu kita buat? Biarkan atau seragamkan? Komposer/pengubah hanyalah satu contoh, saya ada nampak banyak lagi tapi sekarang ini saya tak ingat.

Masalah kedua:- Terlalu banyak kategori dan sesetengahnya mengelirukan hingga kita tak pasti itu untuk apa ataupun kategori yang berulang tetapi menggunakan istilah atau perkataan lain (ulang masalah pertama).

Masalah ketiga:- Saya nampak ada banyak rencana yang dibuat separuh jalan, samada terjemahannya hanya suku dari asal atau rencana yang dibuat hanya ada perenggan pertama yang cuma 2 baris sahaja.

Saya tak tahu nak cadangkan apa untuk masalah kedua dan ketiga. Tapi saya rasa, lebih baik jika admin atau AJK atau penyelia wikipedia melayu yang buat kategori untuk mengelakkan masalah ini? Dan mengenai rencana-renca yang dibuat separuh jalan tu, saya tak tahu nak cadangkan. Maaflah sebab banyak bertanya, saya cuma mahu yang terbaik untuk wikipedia melayu. -Jay 15:24, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]


Bukan ini sahaja masalah yang timbul tetapi banyak lagi masalah telah pun dibangkitkan sejak 3 tahun kebelakangan ini dan ada yang menjadi perbahasan panas malah pertengkaran antara pengguna sendiri. Masalah-masalah seperti ini sering berulang kali berlaku walaupun telah diselesaikan kerana sering berlaku peralihan generasi pengguna wikipedia. Kemunculan pengguna baru yang aktif dan pelupa membuatkan masalah ini sering sukar untuk diselesaikan tetapi tidak mustahil. Dahulu, pihak penyelia sendiri telah bekerjasama dalam banyak hal tetapi kebelakangan ini, perpecahan dan kesibukan antara penyelia adalah sangat jelas. Hal ini mendorong kepada penurunan piawaian wikipedia Melaui ini sendiri.

Masalah pertama yang anda usulkan iaitu keseragaman penggunaan istilah. Hal ini sering menjadi soal perdebatan. Memandangkan rujukan wikipedia melayu adalah Dewan Bahasa dan Pustaka, maka sepatutnya perkara ini tidak menjadi satu masalah besar kerana kita sudah mempunyai rujukan. Seperti:

composer n 1. one who composes music, penggubah; 2. (printing) pengatur huruf.

Hal tersebut jelas terpapar di laman DBP bahawa penggubah adalah ayat yang lebih tepat untuk digunakan. Sekiranya terdapat masalah lain, harap kita terus rujuk ke sana.

Masalah kedua ialah kewujudan banyak kategori yang sama tetapi penggunaan nama yang berbeza hingga menyebabkan sesetengah kategori hanya mempunyai 1 pautan sahaja. Ini disebabkan ramai pengguna membuat penterjemahan rencana yang sama kategori tetapi memberi makna yang lain. Tidak kurang juga pengguna yang sambil lewa ataupun pelupa. Hal ini patut menjadi ingatan bersama agar tidak menyusahkan pengguna yang lain. Lagipun, rujukan tentangnya juga terdapat di Wikipedia:Kategori.

Masalah ketiga ialah rencana separuh jalan iaitu dari segi terjemahan. Terus terang saya katakan bahawa rencana sebegitu adalah perosak ataupun sampah di sini kerana kebanyakan pengguna meletakkan rencana secara tampaan menyeluruh dari laman lain ataupun wikipedia inggeris tanpa menterjemahkannya dahulu. Rencana tersebut sepatutnya dipadam kerana berapa ramai sangat yang akan menghabiskan masa menterjemahkan rencana yang dilakukan oleh orang lain. Mungkin ada yang tak sedar akan kewujudannya pun. Malang juga sesetengah pengguna tidak gemar akan keputusan untuk memadam rencana kerana ia akan mengurangkan bilangan rencana. Jadi, amat diharapkan agar dapat mencari jalan yang lain untuk menaikkan taraf wikipedia kita daripada menjadi rosak.

Hal seperti ini patut dibangkitkan kerana ia secara serius telah menurunkan taraf wikipedia Melayu malah mencemarkannya. Lebih baik wikipedia indonesia yang mempunyai rencana yang banyak tetapi sedikit kerana mereka tidak meletakkan hampir 50% bahasa asing di dalam rencana mereka. Dengan ini perkara ini diusulkan semula secara rasmi dan penyelesaian lebih tegas adalah diperlukan. Jangan kita sibuk mencari rencana yang paling piawai ataupun berebut jawatan jika wikipedia ini masih penuh dengan pencemaran bahasa. Harap maklum kepada semua pengguna dan penyelia lain. Terima kasih kepada pengguna Jay yang membangkitkan usul yang menjadi api dalam sekam ini. Sekian. — Polar 15:55, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih Polar. Saya sendiri agak sedih dengan orang -orang di Dewan Bahasa. Cubalah awak telefon mereka, ada yang cakap "Ye, awak boleh guna "komposer" asalkan ianya dieja dengan 'k'" - sedangkan apabila saya periksa dalam laman DBP sendiri, "composer" = "pengubah" dan bukan "komposer". Kalau awak cari dalam internet pun, kebanyakan media kita dari TV ke surat khabar ke bulletin dll, banyak mengunakan "komposer" daripada "pengubah". Saya ketawa masa saya bercakap dengan orang DBP. Dan cuba tengok terjemahan dalam karyanet pulak, sesetengahnya tak sama dengan terjemahan DBP. Masa saya telefon mereka semalam, jawapan yang diberi sungguhlah memeningkan kepala. Mereka tanya nombor telefon dan nama penuh, suruh saya menulis surat rasmi (dah buat pun) dan mereka cakap "Kami akan cuba buat forum dengan pakar-pakar bahasa dan akan telefon anda untuk menjadi ahli exco pebincangan (ini mengenai "klasik" dan "klasikal" sebab menurut DBP, mereka tidak pernah cuba membuat terjemahan penuh bagi klasikal untuk muzik, percaya ke?). Tak apalah, jikalau DBP betul-betul boleh membuat forum bahasa, saya akan menjemput semua orang di sini.

Berbalik kepada komposer/pengubah, perlukan saya menukar semua rencana saya yang menggunakan "komposer" kepada "pengubah"? Saya tak ada masalah untuk menukarkannya, tapi kalau saya sahaja yang menukar rencana-rencana saya, bagaimana dengan yang lain-lain? - Jay 16:13, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]


Masalah bahasa memang takkan selesai. Lebih-lebih lagi bahasa Melayu kini sering menambah koleksi perkataan ke dalam perbendaharaan yang dipinjam dari bahasa lain. Tetapi bagi saya, selagi perkataan itu belum "hitam putih", ia adalah pilihan kedua. Berkenaan perkataan "komposer" di rencana anda, anda bolehlah ubah. Saya akan cuba sedaya upaya untuk ubah di rencana lain. Saya rasa mungkin dalam masa 5 - 10 tahun, perkataan "komposer" akan dicetak dalam kamus Dewan Bahasa pula. Tapi apa yang ada sekarang, kita gunakanlah.  :) — Polar 16:20, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]


Saya sudah tukar kesemua 5 rencana penggubah muzik yang saya tulis dari komposer - pengubah - penggubah (sebenarnya saya tak pernah guna perkataan penggubah). Mula-mula saya "alih" kepada "pengubah" tetapi setelah awak beritahu ejaan itu salah, saya terus buka rencana baru. Saya tidak "alih" kan sekali lagi sebab saya pun dah keliru. Di bawah adalah URL lama dan saya harap pihak penyelia atau admin tolong padamkan. Isi kandungannya telah pun saya kosongkan. Maaf atas segala kesulitan.

URL untuk dipadam


Semua sudah dipadam. — Master2841 17:41, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]
Terima kasih. Saya amat berharap agar para penyelia dapat membuat sesuatu kepada rencana yang "hidup segan mati tak mahu" dan juga kategori-kategori yang rasanya tidak perlu. - Jay 18:06, 9 Mac 2007 (UTC)[balas]

Minta perhatian penyelia - Rencana dalam wiki melayu tetapi dalam bahasa Inggeris?

Kepada penyelia, ketika mencari rencana-rencana berkaitan dengan opera (saya sedang menterjemah Opera ketika ini), saya terjumpa banyak rencana dalam wiki melayu yang ditulis dengan 100% bahasa Inggeris atau separuh bahasa Inggeris atau bahasa lain. Pautan ke rencana b.Inggeris boleh diterima kerana kita kekurangan rencana tapi perenggan dalam bahasa lain ialah masalah besar. Saya rasa pihak enyelia patut memadam bahagian bahasa Inggeris di dalam rencana berkenaan kerana ianya tidak patut jadi sedemikian sama sekali. Apabila saya buat terjemahan, saya masukkkan perenggan demi perenggan yang telah diterjemah dan untuk yang belum diterjemah, saya meninggalkan nota "Sedang dalam pembinaan" tanpa meletakkan perenggan bahasa Inggeris di situ. Saya rasa tidak wajar meninggalkan perenggan -perenggan bahasa asing dalam wiki melayu. Di bawah adalah rencana-rencan yang saya jumpa dan saya yakin ada banyak lagi.

Saya cadangkan agar penulis yang menterjemahkan, agar habiskan terjemahan anda. Orang kebiasaanya menterjemahkan topic-topik yang kita suka dan tak ada orang yang suka menghabiskan terjemahan orang lain terutama rencana-rencana yang kita kurang mahir.

Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan komen saya, tetapi saya lihat sesetengah terjemahan separuh jalan yang bercampur bahasa Inggeris itu telah dibiarkan berbulan-bulan lamanya. Saya faham bahawa penulis atau penterjemah wiki adalah sukarela, tetapi kalau kita hendak menjadi sukarelawan, buatlah sampai habis.

Ini cuma pendapat saya, tak guna kita ada ribuan rencana kalau separuh darinya ialah rencana 2 perenggan atau rencana campur bahasa. Saya tahu yang kebelakangan ini saya ada buat banyak komen, tetapi saya berniat agar wiki Melayu menjadi sumber rakyat Malaysia menimba ilmu. Terima kasih. - Jay 14:16, 12 Mac 2007 (UTC)[balas]

Tak perlu risau ada orang tersinggung. Seperti kata Polar, rencana2 sebegitu "adalah perosak ataupun sampah". Jika anda terjumpa lagi rencana2 tempelan sedemikian, tambahkan sahaja templat {{padamkerana|100% bahasa Inggeris}} pada rencana tersebut. ...Aurora... 14:46, 12 Mac 2007 (UTC)[balas]
Mungkin lebih baik ia disembunyikan dengan menggunakan perintah <!---- ----> . Ini kerana ia menganggu apabila cuba menyambung terjemahan kerana urutan bahasa terjejas kerana tempat asal yang dipadamkan tidak diketahui. Yosri 06:05, 13 Mac 2007 (UTC)[balas]
Ya, bagus juga idea sembunyikan teks bukan melayu. Saya tak tahu pula ada perintah <!---- ----> . Terima kasih, Yosri. - Jay 06:19, 13 Mac 2007 (UTC)[balas]
Yosri , bila saya taip "and" dan tekan butang cari, saya amat terkejut sebab terlalu banyak rencana-rencana yang dimulakan dengan perenggan bahasa melayu tetapi selebihnya dari 60 ~ 90% dalam bahasa inggeris. Saya tak nak sembunyikan tapi saya cuma tinggalkan nota Templat:Peratusan bahasa Inggeris - padam atau sorokkan bahagian bahasa Inggeris? . Terpulanglah kepada pihak penyelia untuk membuat pertimbangan. Saya tak faham kenapa terlalu banyak rencana sedemikian dalam wiki melayu. "And" adalah perkataan dasar dalam bahasa Inggeris, dan dari perkataan "and" kita boleh dengan senang jumpa rencana 100% atau separuh atau tiga suku bahasa ingeris. Asalnya saya nak cari lain, tapi lain pulak yang saya jumpa. Semua yang saya tinggalkan nota itu cuma dari mukasurat 1,2,3 selepas saya tekan butang "cari". Ada lebih dari 10 mukasurat untuk rencana-rencana sedemikian, kalau saya teruskan, saya percaya "log" untuk "perubahan terkini" akan jadi terlalu panjang. Yang selebihnya, terpulanglah kepada pihak penyelia. -Jay 18:16, 13 Mac 2007 (UTC)[balas]
Dahulu saya rajin memburu rencana sebegini, tetapi kini sibuk sedikit kerana membela burung. Mungkin ada penyumbang lain yang rajin membantu untuk menterjemah rencana sedemikian. Kalau tidak saya akan menterjemahnya selepas habis rencana burung menetas. Yosri 01:04, 14 Mac 2007 (UTC)[balas]

tolong sy!!

boleh kah beritahu saya apa risiko yang akan di hadapi oleh wanita yang menggugurkan kandungannya??

Saya tak pasti jika kita ada penulis-penulis yang juga pakar sakit puan disini. Nasihat saya, sila jumpa doktor pakar dan juga letakkan nama anda selepas menulis. - Jay 04:34, 13 Mac 2007 (UTC)[balas]

polisi MS:WP

Adakah polisi MS:WP terikat kepada polisi EN:WP? Sebab, saya beranggapan bahawa MS:WP seharusnya mempunyai polisi tersendiri yang berasaskan budaya Melayu itu sendiri. Lebih elok bahasa dengan budayanya.--Tearfate 19:59, 15 Mac 2007 (UTC)[balas]

Tidak. Polisi MS:WP tidak terikat dengan mana2 polisi lain, cuma kadang2 polisi MS:WP tidak menyeluruh, maka polisi EN:WP digunapakai. ...Aurora... 14:26, 16 Mac 2007 (UTC)[balas]

Khairul Hazim dengan pembetulannya

Saya telah menyunting Sejarah penyiaran televisyen di Singapura dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini. Ada yang tersunting sebahagian yang ada dalam Bahasa Inggeris dan yang tak faham saya guna http://www.citcat.com. Jika ada sebahagian yang ada dalam Bahasa Inggeris, saya akan sunting. Saya ada satu soalan, bagaimanakah Wikipedia dirancang sebelum ia dibuka?

Saya kurang faham soalan saudara, adakah anda maksudkan sejarah Wikipedia? ...Aurora... 13:29, 20 Mac 2007 (UTC)[balas]

Ya, saya. Sekali lagi kalau tak faham, bagaimanakah Wikipedia dirancang? Khairul Hazim Khairul hazim 11:11, 22 Mac 2007 (UTC)[balas]


Kemudahan yang diberikan oleh http://www.citcat.com memang amat baik. Umpamanya:

Chiang Kai-shek and Mao Zedong met in the wartime capital of Chongqing, to toast to the Chinese victory over Japan, but their shaky alliance was short-lived.

diterjemahkan sebagai:

Chiang Kai-shek dan Mao Zedong bertemu dalam modal masa perang Chongqing, memanggang untuk kemenangan orang China mengenai Jepun, kecuali mereka perikatan tidak kukuh adalah pendek.

Ini adalah jauh lebih baik berbanding dengan terjemahan saya sebagai:

Chiang Kai-shek dan Mao Zedong bertemu untuk membincangkan modal masa perang di Chongqing supaya dapat memanggang roti bakar yang dimenangi oleh orang Cina daripada Jepun, tetapi susu kocak mereka tidak dapat tahan lama, hehehe. — 11:20, 21 Mac 2007 (UTC)
Boleh juga cuba http://www.linguamatix.com/linguaweb/

Terjemahan oleh Linguaweb:

Chiang Kai shek dan Mao Zedong bertemu dalam modal masa perang Chongqing, memanggang untuk kemenangan orang China mengenai Jepun, kecuali mereka perikatan tidak kukuh adalah pendek.

Hmmmm.... kan tepat-tepat sama sahaja? 11:42, 21 Mac 2007 (UTC)

Portal untuk Teknologi dll.

Saya fikir Laman Bahasa Melayu kita ini perlukan portal untuk beberapa kategori Matematik, Sains dsb. Ini akan menarik lebih perhatian pada pembaca kita yang ingin menambahkan ilmu mereka, seperti yang dilihat di laman Wikipedia Inggeris. --Fantastic4boy

Tenaga

Dapatkah sesiapa membuat portal dalam Bahasa Melayu? Ini adalah portal "Tenaga" untuk Bahasa Inggeris - [3]. Penerangan seperti ini di portal bukan sahaja menarik perhatian orang ramai tetapi dapat memberikan orang ilmu dalam ungkapan pada beberapa isu di bawah kategori portal tertentu menurut saya. --Fantastic4boy

Insya-Allah saya akan bantu buat portal untuk anda. Aviator 23:03, 7 November 2006 (UTC)[balas]
Terima kasih, daun keladi. Gurau je, Aviator. :) Fantastic4boy

Kerja Terjemahan

Pada sesiapa yang ingin mencari kerja terjemahan di laman Ms Wikipedia ini, saya ada senarai rencana-rencana berikut untuk anda terjemahkannya dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu:

Selamat berjaya dan harap anda menikmati tugas ini. :)

Sudah berpuluh-puluh rencana yang tidak diterjemah masih terbiar di wiki tanpa terusik walau sikitpun, masih mahu menambah lagi? Silap-silap, wiki Melayu bakal menjadi wiki dwibahasa. — Polar 15:48, 17 November 2006 (UTC)[balas]

Tatarajah saya?

Maaf, tapi saya kurang bersetuju menterjemahkan My Preferences kepada tatarajah saya. Saya tak pernah gunakan tatarajah sebagai terjemahan preferences. Ia mungkin akan mengelirukan ramai pengguna. Apa kata guna perkataan yang lebih popular seperti Aturan saya? Zack2007 02:47, 24 November 2006 (UTC)[balas]

Templat untuk Pasukan bola sepak kebangsaan

Dapatkah salah satu anda membuat templat untuk "Pasukan bola sepak kebangsaan (National football team)?" Saya ingin memberikan maklumat yang lebih rinci tentang beberapa pasukan bola sepak di merata-rata dunia. Terima kasih. --Fantastic4boy 21:59, 2 Mac 2007 (UTC)[balas]

{{Infobox National football team|

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Turki

Sudah ada, lihat {{Pasukan bolasepak kebangsaan}}. Contoh rencana yang menggunakan templat ini: Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman. — Master2841 05:24, 3 Mac 2007 (UTC)[balas]

Templat untuk lesen gambar permainan

Hai Para pentadbir Ms Wikipedia. Saya sedang membuat penerangan untuk lesen gambar permainan Final Fantasy VII [4]. Bolehkah anda membuat templat untuk lesen tersebut? :

Berhakcipta

Imej ini merupakan kulit sebuah permainan komputer atau video, dan hak ciptanya kemungkinan besar adalah milik syarikat atau penerbit yang menghasilkannya. Adalah dipercayai bahawa penggunaan imej berleraian rendah

merupakan kegunaan adil di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat. Penggunaan lain imej ini mungkin merupakan pelanggaran hak cipta. Lihat Wikipedia:Kegunaan adil untuk maklumat lanjut.

Kepada pemuat naik: sila nyatakan dengan jelas sebab penggunaan dan sumber imej ini serta status hak ciptanya.

--Fantastic4boy 04:06, 20 Mac 2007 (UTC)[balas]

Sila gunakan {{Kulit permainan}} dan {{Tampilan-permainan}}. ...Aurora... 15:03, 20 Mac 2007 (UTC)[balas]

Bantuan: Perlembagaan Malaysia vs Perlembagaan Persekutuan

Adakah terdapat perbezaan diantara keduanya? oh yeah, saya rasa kita perlu arkibkan WP:Kedai Kopi kerana sudah terlalu panjang.--60.52.88.138 20:30, 24 Mac 2007 (UTC)[balas]

Penamaan Rasmi

Mengikut saranan Pengguna:Yamahaboy81, nama-nama rencana berikut perlu ditukar. Berikut adalah diskusi di Laman perbualan beliau. Saya ingin mendapatkan pandangan lebih ramai pihak. Sila beri komen/


Kalau anda mempunyai masa lapang, bolehkah anda menukar nama:

  • Kuala Lumpur Sentral kepada Stesen Sentral Kuala Lumpur (nama rasmi stesen) atau KL Sentral.
    • tidak setuju kerana Kuala Lumpur Sentral[5] (nama rasmi) adalah merujuk kepada kompleksnya yang termasuk KL CAT, Stesen Sentral Kuala Lumpur (LRT+komuter+antarabandar), kompleks membeli-belah , bangunan pejabat, dan apartment (ketiga-tiga masih tidak dibina lagi).
    • Kekal. ...Aurora...
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kepada Lapangan Terbang Antarabangsa KL (nama rasmi).
    • Baru saya menyedari akan keadaan ini. Saya setuju.
    • Tukar. ...Aurora...
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (nama rasmi).
    • Bila ya mereka tukarkan kepada Penang International Airport. sigh. Saya setuju pertukarannya
    • Tukar. ...Aurora...
    • Saya ini anak jati orang sana, Penang. Tak taulah pulak airport yang saya dok naik tu sudah ditukar namanya pule. Tak perasan kot. Tapi takpelah kalau dah ditukar nak buat macam mana. Tapi kami mewakili orang utara sudah mesra dengan panggilan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Maaflah ye kalau ada yang tak faham dengan loghat ni tapi loghat ini bukannya dibuat-buat tapi 'slangnya' bagi orang utara memang macam inilah disebut tapi mungkin bahasa saya tak 'pekat' sangat macam orang utara asli. Apapun mungkin sebutan loghatnya tidak disahkan dalam kamus DBP. hehehe.-Didie 09:17, 6 April 2007 (UTC)[balas]
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail

Nama rasmi lapangan terbang di Malaysia boleh dirujuk di laman sawang Malaysia Airports Holdings Berhad. I think we should get it right and standardize the name.

Trimas n salam.Yamahaboy81 10:25, 24 Mac 2007 (UTC)[balas]

Saya akan ajukan saranan anda di Kedai Kopi. Ini kerana hal ini menyentuh hal-hal yang mungkin kurang disenangi oleh sesetengah pihak. Terima kasih. --Zack2007 11:22, 24 Mac 2007 (UTC)[balas]

Ok then. Thanks. However that ms wiki article is confusing... "Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) atau Sentral Kuala Lumpur merupakan stesen kereta api utama di Kuala Lumpur yang dibuka pada 16 April 2001 untuk menggantikan Stesen Keretapi Kuala Lumpur" ... merupakan stesen kereta api utama??? lebih mudah difahami jika... Kuala Lumpur Sentral adalah projek pembangunan hartanah bersepadu yang merangkumi Stesen Sentral Kuala Lumpur blah blah blah n pot pet pot pet. Anyway, hotel, beberapa bangunan pejabat n kondominum (Suasana Sentral) already completed.

Jika anda baca About Us laman sawang Senai Airport... i'm quote "Sultan Ismail International Airport also known as Senai International Airport". No need to argue... it's their official name. Jadi apa kegunaan redirect n etc? It's not about popular or not. Star LRT/Putra LRT terma yang popular dikalangan umum. Jarang orang KL guna "saya pergi ke kerja dengan Aliran Kelana Jaya"... most of them akan cakap "naik putra or lrt". same goes to ERL.

Nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang digunapakai sejak lapangan terbang tersebut siap dinaik taraf bagi mengantikan nama Lapangan Terbang Bayan Lepas. Semua nama lapangan terbang antarabangsa di Malaysia menggunakan nama tempat/bandar kecuali Sultan Ismail, JB yang baru diberi gelaran antarabangsa.Yamahaboy81 11:57, 24 Mac 2007 (UTC)[balas]


Sila komen di bawah subheading rencana yang dipersoalkan itu. Terima kasih. --Zack2007 03:20, 25 Mac 2007 (UTC)[balas]

Hak Istimewa Orang Melayu/Bumiputra

Saya perlu bantuan, terutama kepada orang yang mempunyai sumber yang sahih, melihat kepada keadaan sekarang orang sedang giat menentang dan menukar fakta, kalau kita tak sertai dan menulis artikel ini mungkin fakta akan berubah.

Saya akan mengutarakan isi kandungan yang saya miliki, saya perlukan isi yang banyak oleh itu bantulah saya memperkayakan maklumat ini. Hasilnya akan diterjemah kedalam Bahasa Inggeris.

Saya hanya mempunyai satu buku lama, tentang pemerintahan Tanah Melayu/Malaya sebelum Malaysia.

Hak-hak Istimewa orang Melayu di Tanah Melayu

Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Taoi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

  1. Tanah untuk Orang Melayu
    • Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai(?bangsa lain?) yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.
  2. Jawaran dalam Kerajaan
    • Jawatan-jawatan kana dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
  3. Peruntukan biasiswa
    • Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntu Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
  4. Bantuan Ekonomi
    • Peraturan hendaklah dibuat untuk memboleh orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tolong Saya perlukan penambahan. Satu lagi persoalan, adakah hak-hak ini sama sehingga sekarang? adakah terdapat perbezaan antara Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Malaysia.

Rujukan

  • Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963), oleh Tan Sri Dato' Abdullah Bin Ayub, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1978, cetakan pertama 1961, Tiada ISBN.

towaru --60.52.52.165 15:25, 25 Mac 2007 (UTC)[balas]

Wikipedia bukanlah medan untuk perdebatan. Ia hanya melapurkan fakta berasaskan sumber lain yang telah disahihkan. Oleh itu sila bezakan antara pendapat dengan fakta menurut turutan rencana yang bersesuaian. Sila berikan rujukan sekiranya membuat dakwaan yang kurang diketahui ramai. Bagaimanapun telah terdapat beberapa pindaan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah parti Barisan Nasional, semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, antaranya akta pengambilan tanah (kerajaan berhak mengambil tanah sekiranya ditakrifkan sebagai kepentingan umum), pengurangan hak istimewa (kekebalan) raja-raja. Sila rujuk lapuran akhbar dan rekod arkib untuk rekod yang lengkap sekiranya berminat. Mungkin ada yang berminat menulis rencana tersebut. Yosri 10:02, 26 Mac 2007 (UTC)[balas]

terima kasih, mungkin saya akan cuba, tapi kalau apa-apa pun, kalau ada sesiapa yang berminat dan mempunyai sumber yang sahih boleh merujuk dan mengisi disini Hak-hak istimewa orang Melayu.

Minta tukar fakta Tok Guru Pulau Ubi, tokoh Ulama' nusantara

Salam..


Saya adalah cicit kepada Tok Guru Pulau Ubi, Tuan Guru Hj. Yusuf Abd. Rahman.Moyang saya tersenarai dalam bahagian tokoh islam - ulama' nusantara.

Saya dukacita apabila di pemulaan pengenalan kepada moyang saya ditulis "tokoh yang mengembangkan SYIAH ISLAM...". Amat besar sekali perbezaan ini kerana setakat yang diketahui daripada sejarah hidup juga keilmuannya, tidak pernah moyang saya menganut atau mengamal apa-apa ajaran SYIAH. Saya percaya perkataan asal yang berhak ditulis ialah SYIAR. Saya amat berharap pihak pengendali dapat membetulkan fakta ini dengan kadar seberapa segera.

Wallau a'lam.

Kami memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan. Di masa akan datang, anda boleh membantu dengan membaiki laman tersebut secara langsung. Yosri 04:35, 29 Mac 2007 (UTC)[balas]

Ada sesiapa yang tahu ke mana pergi logo kita. Ni hot ni.. Yosri 11:07, 29 Mac 2007 (UTC)[balas]

Saya berjaya muat naik gambar Perigi Hang Li Poh tetapi versi saiz kecil tidak dapat dipaparkan dalam rencana. Kalau mengikut perisian Wikimedia peribadi saya, perisian ImageMagick harus dilarikan semula. — PM Poon 17:28, 29 Mac 2007 (UTC)[balas]
Bukan ke Hang Li Po ke? (tanpa h)--Zack2007 04:36, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]

Yelah Yosri, logo di ms.wiki ini telah hilang. Logo ini hilang ke mana. Saya rasa patut kita check perisian MS.Wikipedia ini dan lihat ada pencerobohankah? Harap tindakan diambil segera. MUSTAHAK BETUL!!!!!-Didie 05:15, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]

Bukan saja logo, ada sesetengah image juga tak keluar. Saya periksa dalam WIKI english, image yang sama pun tak keluar. Pada mulanya, saya ingat saya seorang saja yang mengalami masalah dengan sesetengah image. - Jay 05:32, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]
Saya tak rasa ada pencerobohan, tetapi masaalah perisiannya. Ini kerana sesetengah gambar yang baru muat naikpun tak nampak. Yosri 06:43, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]

Kemungkinan masalah pada server wikimedia. — Master2841 07:36, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]


Hai Zack, sebenarnya saya juga berpendapat bahawa ejaan yang betul ialah Hang Li Po. Tetapi saya tidak berani menukarkan ejaan Perigi Hang Li Poh kerana sejauh yang saya tahu, dia tidak ada nama Inggeris, hehehe. Entah orang Melaka panggil dia apa.... Hang Ipoh atau apa.

Dari halaman rawak, saya mencapai rencana itu dan mendapati bahawa gambarnya terlalu kecil. Apabila saya menggandakan saiznya, saya mendapati bahawa gambar itu tidak dapat dipaparkan jika saiznya dikecilkan. — PM Poon 05:54, 30 Mac 2007 (UTC)[balas]