Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib3/2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Rencana mengenai politik di Malaysia

Saya lihat banyak kelemahan yang terdapat pada rencana mengenai politik ataupun pilihan raya di Malaysia di Wikipedia Bahasa Melayu ini. Sistem penyelarasan setiap rencana politik berkenaan sepatutnya dilaksanakan. Antara kelemahan tersebut ialah:

  1. Banyak rencana yang bertindan dan patut digabungkan.
  2. Keneutralan isi kandungan setiap rencana diragui. Tiada sumber rujukan dan pautan luar. Isi kandungan yang memihak kepada satu pihak tertentu.
  3. Nama tajuk rencana juga mempunyai kesalahan.
  4. Kategori juga tak diletakkan dan tiada penyelarasan kategori.
  5. Tidak memenuhi garis panduan menyunting di Wikipedia.
  6. Keputusan pilihan raya sesuatu tempat harus diletakkan mengikut rencana pilihan raya bagi negeri masing-masing. Sebagai contoh; keputusan pilihan raya pada rencana Bintong patut dialihkan ke rencana Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 - Perlis. Ini kerana rencana Bintong menegaskan ciri-ciri yang terdapat di kawasan itu. Bukannya mengenai pilihan raya.

Kemungkinan ada kelemahan lain yang mungkin saya tak senaraikan di atas lagi. Saya harap semua penyelia Wikipedia bahasa Melayu serta pengguna berdaftar yang lain bekerjasama dalam menangani perkara ini. Jika dilakukan bersendirian, boleh berpusing kepala nih. Kerjasama sekalian sedikit sebanyak dapat meningkatkan kualiti rencana Wikipedia bahasa Melayu. Sekian. — Didie (bincang) 11:15, 1 Mac 2008 (UTC)

saya syorkan sesiapa yang berkesempatan, terus saja edit atau gabungkan mana-mana rencana yang dilihat bertindan, berat sebelah, mempunyai unsur pendapat peribadi dan sebagainya tanpa perlu memaklumkan kepada komuniti. Kepada penyelia, tak perlu bagi diorang bincang lama-lama sangat. Buka cadangan 1-2 hari, kemudian terus gabungkan.cheguman 06:58, 2 Mac 2008 (UTC)

Masalahnya terlalu banyak rencana sebegitu di ms.wiki. Apapun, jika dibantu bersama-sama. Perkara itu boleh diselesaikan juga, kan. — Didie (bincang) 07:04, 2 Mac 2008 (UTC)

Mengenai masalah tersebut, saya juga tidak puas hati dgn sesetengah ahli wikipedia seperti Malekhanif yg memberi tajuk yg tidak sesuai kepada artikel. Contohnya, Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 - Perak dan Gelombang Pembangkang Malaysia 2008. Saya lihat ada format yg boleh digunakan seperti artikel keputusan pilihan raya yang lepas. Selain itu, sila sediakan kategori yg boleh berhubung antara artikel lain. Kelly Ho 06:00, 11 Mac 2008 (UTC)

Saya pun pening nak buat macam mana kerana perspektif berlainan walaupun tajuknya kelihatam macam sama. Tentang penggunaan tajuk gelombang itu , nampaknya ia lebih sesuai dari tsunami politik pembangkang. Tajuk pilihan raya perlu dipecahkan supaya tidak terlalu panjang dan bertindah. Wkipedia Engish lebih tidak neutral walaupun mereka berkata ia neutral. Nutreal atau tidak sangat subjektif. Maklumat bertindak kerana sesuatu perkara perlu diberi latar belakang atau gambaran awal. Malekhanif 06:37, 11 Mac 2008 (UTC)

Saya mengesyorkan kesemua rencana seperti Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 - Perak dan yang berkaitan wajar dihapus kerana kesemua maklumat wakil rakyat/anggota Parlimen atau DUN akan dimasukkan ke rencana Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dewan Undangan Negeri ataupun Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Parlimen. Saya rasa keputusan pilihan raya mengenai jumlah undian, majoriti, dan sebagainya tidak perlu berada pada laman yang berensiklopedia ini. Sebaliknya, hanya memaparkan siapakah wakil rakyat yang menang sahaja. Wikipedia bukannya sebuah laman berita atau laman politik tetapi laman ilmiah. Saya harap setiap penyelia mahupun pengguna biasa mengkaji perkara ini sebaik mungkin. Cadangan ini saya kemukakan bagi menyelaraskan sistem rencana-rencana berkenaan. Sekian. — Didie (bincang) 08:22, 11 Mac 2008 (UTC)

Analisis statistik yang ilmiah hanya boleh diperolehi jika ada maklumat jumlah undian, majoriti, @ undi , kaum , jantina dan lain-lain. Jika tidak , wikipedia ini tidak akan menjadi rujukan profesional. Janganlah kita bergantung sangat kepada Wikipedia English.Malekhanif 14:26, 12 Mac 2008 (UTC)

Pembaca seringkali ingin mengetahui maklumat siapakah wakil rakyat/anggota DUN yang terkini bagi sesuatu kawasan. Itu saja. Jika ada segelintir pembaca yang mahu maklumat lebih mendalam mengenai sesuatu keputusan. Saya rasa baik letakkan saja pautan ke laman web yang terbabit pada ruangan "pautan luar" di rencana Parlimen_Malaysia_2008,_Anggota_Dewan_Rakyat, Keputusan_Pilihan_Raya_Umum_Malaysia_2008,_Dewan_Undangan_Negeri. Saya tahu demam pilihan raya di Malaysia masih tak berkesudahan lagi. Akan tetapi, berpada-padalah ye. hehehe — Didie (bincang) 02:41, 13 Mac 2008 (UTC)

Saya juga lihat terlalu banyak mereka yang menedit artikel politik bersifat berat sebelah. Saya harap sesiapa yang menulis mengenai artikel politik supaya bersifat neutral. Juga bagi artikel yang berbentuk agama terdapat mereka yang melepas perasaan. Terima kasih. Kamalzack 09:42, 26 Mac 2008 (UTC)

Attn bot owners: New interwiki sorting order

(Inggeris) Attention bot owners: If you're bot is blocked, please read this: We at mswiki have agreed to use the "revised sorting order" on interwiki links. See m:Interwiki sorting order for more info. We have submitted a patch for pywikipediabot, but has not been applied yet by the developers. As the bug is affecting interwiki.py, we intended to block all running bots until their owners apply a manual patch. Please talk to me if you have applied the patch or if you have any further suggestions. —Aviator, 11:30, 8 Mac 2008 (UTC)

(Bahasa Melayu) Sedikit penerangan: Semua bot interwiki yang dijalankan di sini dihentikan buat sementara waktu. Saya telah membaiki susunan pautan-pautan di semua laman yang ada, akan tetapi dirosakkan semula oleh bot-bot yang lain. Oleh itu, saya mengarahkan seupaya para pemilik bot membaiki bot masing-masing sebelum diberi kebenaran semula. —Aviator, 11:30, 8 Mac 2008 (UTC)

Komen: Saya tak rasa sekatan terhadap semua bot sesuatu yang elok. Tak pasal2 ada orang tak puas hati. Saya rasa hari tu anda terburu2 membetulkan susunan sebelum patch anda diterima. ...Aurora... 14:23, 10 Mac 2008 (UTC)

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008

Bisa saya pohon penguna-pengguna di sini "update" artikel-artikel ahli politik setelah berlakunya PRU pada tanggal 8 Maret 2008, terutamanya mereka yang tidak lagi memegang kerusi Parlimen/DUN dan/atau jabatan dalam kerajaan? Contohnya, Khir Toyo = bekas Mentri Besar Negeri Selangor, karena pemerintahan Negeri Selangor bukan lagi milik Barisan Nasional. Salam. Pancaragam 04:41, 9 Mac 2008 (UTC)

Juga jangan lupa kemaskinikan informasi di infobox

Boleh tetapi pastikan ia difahami walaupun ia didalam bahasa Indonesia. Kalau tak tahu cuba hubungi penyelia lain. Kalau anda tanya saya, saya tahu bahasa beberapa kerat jerk. Tapi saya akan cuba jika anda tanya saya. PuteraLuqman Tunku Andre 04:50, 9 Mac 2008 (UTC)

Untuk makluman semua, parti komponen antara PKR, PAS, dan DAP berjaya menawan/membentuk kerajaan negeri di Kedah(PAS-PKR), Pulau Pinang(DAP-PKR), Perak(DAP-PAS-PKR), Selangor(PAS-PKR/DAP-PKR), dan Kelantan(PAS) pada pilihan raya kali ini. Saya sebenarnya terkejut juga kerana saya sering dengar sebelum pilihan raya lagi bahawa Barisan Nasional bercakap besar iaitu pasti mendapat kemenangan besar. Lihatlah apa yang terjadi. BN - 137, PKR - 31, PAS - 23, DAP - 28. Ramai pemimpin tertinggi parti-parti Barisan Nasional tumpas ke tangan pihak lawan seperti Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Shahrizat Abdul Jalil, M. Kayveas, Aziz Ismail, Chew Mei Fun, Zainuddin Maidin, Tan Chai Hoe. Mengenai pengemaskinian rencana, akan dilakukan secara beransur-ansur. Semua keterangan mengenai pemimpin kerajaan negeri terbaru akan diambil daripada keputusan rasmi yang ditetapkan kerajaan pusat/negeri. Sekian. — Didie (bincang) 05:02, 9 Mac 2008 (UTC)

Nasib baik Pak Lah menang bahagian P41 Kepala Batas, itupun majoritinya semakin berkurangan. Penduduk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak dan semestinya Kelantan, habislah kamu kena lenyek dek DAP, PAS dan PKR. -- Tebu.an 05:31, 9 Mac 2008 (UTC)

Inilah yang dikatakan pemerintahan secara demokrasi yang mana mengikut suara rakyat. Mengapa penduduk Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, dan Kelantan nak dilenyekkan pulak. Jika itu kehendak penduduk di sana termasuk saya, rasanya tak boleh dihalang/digugat sekalipun apa-apa hasrat seorang pengundi yang berwarganegara. — Didie (bincang) 05:43, 9 Mac 2008 (UTC)

Memang Pak Lah patut menang, kalau kalah abislah kredibiliti dia. Ura-ura menjangkakan jika Anwar dibenarkan bertanding melawan beliau, pastilah Anwar yang menang. Yang peliknya, kenapa lak??? Nanti Pak Lah jawab sniri. Kenapa Tebuan cakap yang kami nak kena lenyek sedangkan kami lebih dilenyek ketika dibawah pemerintahan BN??> PuteraLuqman Tunku Andre 05:50, 9 Mac 2008 (UTC)
Nampaknya di sini pun dah berbaur politik. Sudahlah. Pilihanraya sudah tamat. Yang menang dan yang kalah dah diketahui. Rakyat pun dah menjalankan apa yang mereka mahu. Biarkan yang terpilih itu menjalankan tanggungjawab mereka atau akan dipersoalkan kelak oleh rakyat dan Tuhan. Kita di sini masih bertanggungjawab untuk kelancaran wikipedia kita (yang nampaknya makin ketinggalan dari segi kadar rencananya). Parti-parti komponen tu tak pernah kisahkan wiki pun. Ini tugas kita. Ini tanggungjawab kita. Ayuh! - Polar 07:56, 9 Mac 2008 (UTC)
saya sokong Polar. Sekarang masa untuk bekerja. 4-5 tahun lagi kita masuk gelanggang semula. cheguman 04:38, 10 Mac 2008 (UTC)
Saya pun mula-mula rasa macam Tebuan... tapi tak tentu lagi... izzudin 12:26, 10 Mac 2008 (UTC)

Tahniah kepada anda semua kerana berusaha keras mengemaskinikan maklumat bagi PRU ke-12 ini. Berikut ialah saranan saya:

Satu soalan: bukankah istilah yang biasa digunakan ialah "Pilihan Raya Umum ke-12", bukan "Pilihan Raya Umum 2008"? Apa kata putus?—Aviator, 10:15, 13 Mac 2008 (UTC)

Bagi pendapat saya, istilah "Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12" lebih sesuai digunakan kerana ia menunjukkan pilihan raya di Malaysia telah diadakan buat kali ke-12. Berbanding istilah "Pilihan Raya Umum Malaysia 2008" yang lebih menekankan pilihan raya yang diadakan secara tahunan pulak. — Didie (bincang) 11:03, 13 Mac 2008 (UTC)
Setuju dengan pendapat menggunakan istilah "Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12". Yosri 12:29, 13 Mac 2008 (UTC)

Banyak rencana menganai pilihan raya sebelum ini menggunakan tahun juga. Jadi kena ubahlah juga tajuk rencana-rencana itu.—Aviator, 13:15, 13 Mac 2008 (UTC)

Sepatutnya tidak menjadi suatu isu sama ada tahun atau kali, asalkan mereka konsisten. Pancaragam 16:08, 13 Mac 2008 (UTC)

Betawiki: better support for your language in MediaWiki

Dear community. I am writing to you to promote a special wiki called Betawiki. This wiki facilitates the localisation (l10n) of the MediaWiki interface. You may have changed many messages here to use your language in the interface, but if you would log in to for example the Japanese language Wiktionary, you would not be able to use the interface as well translated as here. In fact, of 1,736 messages in the core of MediaWiki, 97.35% of the messages have been translated. Betawiki also supports the translation of messages for 126 extensions, with 2,174 messages. Many of them are used in WMF projects and they are vital for understanding the wiki. Currently 3.59% of the WMF extension messages have been translated. Translators for over 100 languages contribute their work to MediaWiki this way every month.

If you wish to contribute to better support of your language in MediaWiki, as well as for many MediaWiki extensions, please visit Betawiki, create an account and request translator privileges. You can see the current status of localisation of your language on MediaWiki.org and do not forget to get in touch with others that may already be working on your language on Betawiki.

If you have any further questions, please let me know on my talk page on Betawiki. We will try and assist you as much as possible, for example by importing all messages from a local wiki for you to start with, if you so desire.

You can also find us on the Freenode IRC network in the channel #mediawiki-i18n where we will be happy to help you get started.

Thank you very much for your attention and I do hope to see some of you on Betawiki soon! Thanks, GerardM@Betawiki

  • Yeah, and we received this message for like a couple of times before. Thank you very much.—Aviator, 11:30, 9 Mac 2008 (UTC)
Well, do appreciate that there are requests out for two new projects in the Malay language. Localisation is a prerequisite before any such request is considered. It is exactly because we want you to promote your language, your culture that we urge you to do the localisation. GerardM 07:55, 12 Mac 2008 (UTC)

Templat:Infobox_Politician

Boleh tak sesiapa bantu menterjemahkan templat-templat tersebut. Saya keliru bagaimana ingin mengatasinya. Apapun, bantuan sekalian amat saya hargai. — Didie (bincang) 07:35, 10 Mac 2008 (UTC)

Saya dah terjemah yg penting2. Penat, panjang betul. ...Aurora... 14:25, 10 Mac 2008 (UTC)

Terima kasih, Aurora, berhubung bantuan menterjemahkannya. — Didie (bincang) 06:34, 11 Mac 2008 (UTC)

Untuk terjemahan mudah tapi agak baik juga, boleh gunakan Citcat.com. Kemudian betulkan tatabahasanya di sana sini. Malekhanif 14:30, 12 Mac 2008 (UTC)

Saya pun selalu guna citcat gak. Bley terjemah maksimum 100 perkataan tapi kena pastikan grammar dia betul. Kadang-kadang ayat pun x sesuai. Sapa sini tau alamat kamus thesaurus English online and free? PuteraLuqman Tunku Andre 15:55, 12 Mac 2008 (UTC)

Wikisaurus? ...Aurora... 15:57, 12 Mac 2008 (UTC)

Kerajaan Campuran Pulau Pinang 2008

Artikel ini berat sebelah. Ingin saya membawa perhatian bahawa rujukan yang dibekalkan bagi artikel ini semuanya dari Bernama, agensi akhbar kerajaan Persekutuan Barisan Nasional di Malaysia. Suka atau tidak, ia memang suatu hakikat bahawa media utama semuanya dikawal oleh kerajaan Persekutuan yang baru-baru ini kalah teruk bagi sekian lama ia memerintah. Justeru, impartialiti mereka memang didebatkan. Salam. Pancaragam 16:23, 13 Mac 2008 (UTC)

Saya fikir jika beberapa perkataan diubah ia akan menjadi rencana yang lebih adil. Apa maksud saudara Pancaragam "...kerajaan Persekutuan yang baru-baru ini kalah teruk bagi sekian lama ia memerintah"? Kalau tak silap saya, BN menang dalam pilihanraya umum kali ini dengan mendapat 140 kerusi (di peringkat kerajaan persekutuan). Mereka cuma gagal memperolehi majoriti dua pertiga iaitu daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. (2/3 = 148).
Saya nasihatkan saudara Pancaragam, sila beri komen tentang wikipedia dan artikalnya sahaja. Anda tidak berhak menghakimi senario politik negara kami. Dalam hal ini kita perlu memahami sensitiviti sesama jiran.cheguman 05:28, 18 Mac 2008 (UTC)

Terima kasih, Cheguman. Gue memang faham. Suka gue jelaskan di sini bahawa kekalahan tersebut merujuk kepada (1) kegagalan BN mempertahankan mayoritas dua pertiga karena mayoritas itu tidak pernah gagal dicapai selain dalam PRU Malaysia 1969 dan (2) kadar mayoritas yang paling rendah dalam sejarah PRU Malaysia. Salam. Pancaragam 18:33, 18 Mac 2008 (UTC)

Perkataan bahasa Inggeris yang tidak diterjemah

Saya ingin menyatakan di sini bahawa apabila sebuah rencana yang belum dicipta disunting, perkataan "create" muncul dan bukannya "cipta".

Saya harap para penyelia dapat mengenalpasti dan membetulkan masalah ini. Sekian. - pmc 02:22, 15 Mac 2008 (UTC)

Siap. ...Aurora... 07:51, 15 Mac 2008 (UTC)

Ahh... pantas berkhidmat. Terima kasih. pmc 09:59, 16 Mac 2008 (UTC)

Perbincangan:Dasar Ekonomi Baru

Bagi yang bersetuju/tidak bersetuju agar DEB dihapuskan, sila ikuti Perbincangan:Dasar Ekonomi Baru yang saya mulakan. Terima kasih. cheguman 06:41, 18 Mac 2008 (UTC)

maaf, mungkin pernyataan saya di atas telah mengelirukan rakan-rakan pengguna. Maksud saya bukan untuk menghapuskan rencana DEB. Maksud saya ialah untuk menarik perhatian agar pihak-pihak yang memandang sinis terhadap DEB (yang sebenarnya telahpun tamat) agar menginsafi kepentingan DEB dalam mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Justeru meskipun DEB telah tamat, sebarang usaha untuk membantu kaum Melayu/bumiputra perlulah diteruskan dan tidak dipandang sinis. cheguman 14:53, 19 Mac 2008 (UTC)

Tan Lian Hoe

Bapak Malekhanif,

Gue rujuk kepada quote berikut:-

Beliau dianugerahkan oleh UMNO Perak kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan parlimen Gerik

Apakah bapak berhasrat mencaci ibu Tan Lian Hoe dengan perkataan "dianugerahkan" itu? Apakah ibu Tan Lian Hoe hamba kepada UMNO Perak sehinggakan bapak perlu gunakan perkataan itu? Setahu gue, anugerah lebih sesuai kalau sesuatu diterima daripada ilahi/pemerintah termashur. Salam. Pancaragam 17:27, 18 Mac 2008 (UTC)

Tolong jangan cakap secara terbuka di sini, cakaplah dlm talk page dia. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:54, 18 Mac 2008 (UTC)

Be cool. Semua boleh dibincang dengan baik. 60.50.236.226 11:43, 19 Mac 2008 (UTC)

Sekali lagi saya ingatkan, saudara Pancaragam yang tidak tahu hujung pangkal sejarah dan politik Malaysia dipersilakan untuk beredar daripada memberi komen tentang politik negara orang. cheguman 15:36, 19 Mac 2008 (UTC)

Orang Indonesia mmg suka pasal politik Malaysia lah... Banyak juga buku pasal politik Malaysia yang orang Indonesia tulis. Glemer jugak kiter... wawawa izzudin 15:59, 19 Mac 2008 (UTC)

Cheguman, tolong berhati-hati ketika bercakap. Pancaragam cuma mempersoalkan penggunaan perkataan yang dianggap berat sebelah. Saya berharap tiada sesiapa menghalau sesiapa daripada apa-apa lagi. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:30, 19 Mac 2008 (UTC)

saya tak halau dia dari wikipedia atau dari topik ini, tapi seseorang itu harus sedar bahawa apabila beliau masuk campur urusan dalaman orang lain, maka bersedialah untuk menerima sebarang tindak balas. Pancaragam mempertikaikan istilah dianugerahkan tetapi beliau menggunakan ayat hamba kepada UMNO Perak. Bukankah itu memperlihatkan satu usaha untuk mempengaruhi (bias)? Apa alasan Pancaragam menulis ayat tersebut? Jika anda beranggapan anda berhak untuk campur tangan maka anda perlu bersedia untuk diserang. Oleh itu saudara Edmundwoods tidak perlu menyalahkan saya menegur Pancaragam. Harap anda faham yang tersurat, yang tersirat dan yang hakikat. cheguman 04:01, 20 Mac 2008 (UTC)
Edmundwoods, terima kasih atas pesanan anda. Saya berharap agar kita semua tidak bergaduh antara satu sama lain karena tidak bersetuju dengan pendapat orang lain. Dengan adanya edit Edmundwoods yang terkini bagi artikel tersebut, saya tidak rasa perlu kita berdebat atas isu ini lagi. Salam. Pancaragam 05:37, 20 Mac 2008 (UTC)
Oklah Pancaragam. Saya mintak maaf kerana terlanjur bicara. Lain kali kita bergaduh lagi, ok? ...atas isu lain pulak. cheguman 15:07, 20 Mac 2008 (UTC)

Penambahan bilangan penyelia

Nampaknya ms.wikipedia memerlukan bilangan penyelia yang lebih banyak bagi memastikan sistem pentadbiran ms.wiki lebih efisen, sistematik, dan cekap. Saya harap pengguna-pengguna yang merasakan dirinya berkelayakan menjadi penyelia, pohonlah permohonan ke laman Wikipedia:Penyelia/Permohonan#Penyelia. Akan tetapi, calon haruslah membaca polisi pentadbiran terlebih dahulu iaitu Wikipedia:Penyelia/Polisi#Sysop untuk mengetahui syarat menjadi penyelia Wikipedia. Harapan saya semoga ms.wikipedia mempunyai lebih ramai penyelia yang berkaliber, aktif, dan tekad menyumbang di Wikipedia. Selain itu, saya mengharapkan penyelia sedia ada memberikan sokongan dan galakan kepada calon/bakal penyelia baru nanti ye, sekurang-kurangnya calon lebih berkeyakinan untuk menerima dorongan menggalas tanggungjawab sebagai penyelia nanti. Sekian. — Didie (bincang) 05:58, 20 Mac 2008 (UTC)

Mungkin kerana polisinya terlalu ketat. PuteraLuqman Tunku Andre 13:18, 20 Mac 2008 (UTC)
Iye ke kekurangan penyelia? OK je saya tengok.. izzudin 13:35, 20 Mac 2008 (UTC)
Ada krisis ke? ...Aurora... 14:14, 20 Mac 2008 (UTC)

Polisi ketat? Saya tak rasa ia satu bebanan untuk calon penyelia. Lagipun, polisi ini untuk menjamin calon penyelia yang diwujudkan sememangnya terbukti berkelayakan. Satu lagi, saya perhati segelintir penyelia sedia ada masih tidak mengaktifkan fungsi e-mel pengguna pada tatarajah masing-masing dan memperbolehkan pengguna lain mengirim e-mel kepadanya. Rasa-rasanya, ia suatu kemestian kepada setiap penyelia dan sepatutnya penyelia mematuhi polisi pentadbiran berkenaan. Jika ada penyelia yang mana sekarang ini masih belum mempunyai mana-mana e-mel sendiri pada Yahoo, Gmail, Hotmail, atau lain-lain, saya nasihatkan supaya daftarkanlah diri anda di sana ye. Maafkan saya jika ada yang tersinggung dengan pernyataan saya ye. — Didie (bincang) 13:50, 20 Mac 2008 (UTC)

Saya bagi contoh seperti Kelly Ho, dia berkelayakan(walaupun saya bantah,hehe). Mengikut keputusan dia mendapat undian majoriti. Pada minggu pngundia berlangsung, dia cuba mengaktifkan dirinya di tempat2 komuniti. PuteraLuqman Tunku Andre 13:56, 20 Mac 2008 (UTC)

Ya betul kata anda. Jika diikutkan jumlah sokongan lebih memihak kepada Kelly Ho berbanding peratusan sokongan. Apapun, syarat yang dikenakan iaitu perlantikan penyelia hanya boleh dijalankan jika mencapai 70%(2/3). Mungkin ketika pengundian itu, penilaian setiap pengundi berbeza-beza hingga menyebabkan berlakunya masalah berkenaan. Saya syorkan jika seorang calon penyelia memperoleh jumlah sokongan yang lebih tinggi berbanding jumlah bantahan-berkecuali tetapi tidak mendapat peratusan sokongan yang ditetapkan iaitu 70% pada tarikh tamat pengundian. Maka, laman pengundian dilanjutkan ke tempoh 1 minggu selepas tarikh tamat pengundian. Jika jumlah sokongan/peratusan sokongan seseorang calon lebih rendah berbanding jumlah bantahan-berkecuali pada tarikh tamat pengundian. Rasa-rasanya, tak perlulah dilanjutkan lagi. — Didie (bincang) 14:20, 20 Mac 2008 (UTC)

Undi berkecuali

Sebenarnya, saya rasa undi berkecuali sepatutnya tidak dikira, kerana jika dikira ia seolah2 'berpihak' kepada 'tidak setuju'. Lihatlah, walaupun lebih ramai orang setuju berbanding tidak, peratusan Kelly cuma 42 %. ...Aurora... 14:38, 20 Mac 2008 (UTC)
apa kata, berkecuali dianggap bersetuju, boleh tak? (macam anak dara dulu-dulu bila ditanya untuk dipinang...) cheguman 15:03, 20 Mac 2008 (UTC)
Sumpah saya langsung tak setuju, berkecuali ini menunjukkan dia mengundi tetapi dia neutral. PuteraLuqman Tunku Andre 16:24, 20 Mac 2008 (UTC)

Saya rasa undi "berkecuali" patut dimansuhkan terus di laman pengundian. Jika ada pengundi yang atas pagar, sila beri komen saje. Ini kerana "berkecuali" tidak menunjukkan pengundi itu membuat keputusan sama ada A atau B. Sebab pengundi itu perlu memberi komen(undi berkecuali) supaya si calon pula dapat memberikan petunjuk(menerusi keaktifan, sumbangan, dan sebagainya) kepada si pengundi untuk memilih A atau B. Maka, yang patut dikekalkan ialah undi setuju dan bantah selepas ini. — Didie (bincang) 02:32, 21 Mac 2008 (UTC)

Undi berkecuali boleh dikekalkan, tetapi akan boleh dianggap undi rosak. Yosri 02:39, 21 Mac 2008 (UTC)

Undi rosak. Maksudnya tetap ada dalam laman pengundian tetapi tidak dikira dalam peratusan. Begitu? — Didie (bincang) 02:58, 21 Mac 2008 (UTC)

Pasal aper lak undi rosak, bagi saya undi rosak ialah undi yang dibuat oleh pengguna siluman, tak berdaftar, kurang dari 10 suntingan dan dll. PuteraLuqman Tunku Andre 04:39, 21 Mac 2008 (UTC)

Syarat menjadi pengundi yang sah; berdaftar selama seminggu, mempunyai 15 suntingan sebelum pengundian bermula, dan bukan pengguna boneka. Harap ambil perhatian. — Didie (bincang) 16:31, 21 Mac 2008 (UTC)

Undi berkecuali cuma bermaksud bahawa pengundi itu tidak tahu sama ada nak sokong atau tidak, atau dia rasa tidak ada apa-apa walaupun diluluskan atau tidak. Jadi undian berkecuali tidak harus dikira dalam peratus undian, semasa mengira peratus sokongan. Kalau nak kira peratus sokongan, tambah saja undian sokongan dan undian bantahan sebagai jumlah undian, ketepikan yg berkecuali. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:14, 22 Mac 2008 (UTC)
Undi berkecuali boleh dianggap undi rosak kerana ia boleh dianggap sebagai pengguna itu menyatakan dia telah mengetahui mengenai undian tersebut, tetapi tidak mahu terbabit. Yosri 01:11, 24 Mac 2008 (UTC)
Beza undi berkecuali dengan tidak mengundi ialah undi berkecuali berguna dalam mencukupkan kuorum. ...Aurora... 13:12, 24 Mac 2008 (UTC)

Bantuan bagi download koleksi dokumen Bahasa Melayu

Salam,

Saya ingin mendapatkan koleksi dokumen Bahasa <elayu untuk tujuan kajian. Saya telah melayari laman http://download.wikipedia.org untuk tujuan tersebut. Saya cuba download melalui option Static HTML Dump. Namun saya tidak berjaya download dokumen bahasa melayu bagi 2008. Saya cuma berjaya download koleksi dokumen daripada folder november_2006. namun dalam dokumen tersebut tiada image dipaparkan. Sekiranya ada sesiapa yang boleh membantu saya memberikan panduan bagaimana untuk download dokumen-dokumen Bahasa Melayu yang terdapat di wikipedia ini, bantuan anda amat saya harapkan.Juga diharap dapat memberi panduan untuk download daripada Database XML dan SQL dumps untuk dokumen-dokumen Bahasa Melayu. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.131.181.251.66 02:24, 24 Mac 2008 (UTC)

Boleh pekenalkan diri dengan mendaftar di laman ini ..Che 09:42, 24 Mac 2008 (UTC)

Static HTML Dump barangkali telah dihentikan. Saya tak tahu apa sebabnya. Anda boleh tanya komuniti Wikimedia kalau nak minta penjelasan lanjut.

Cara yang terbaik ialah tak payah download. Kalau anda ada mempunyai sambungan Internet yang berterusan, anda boleh meluncuri wiki ini pada bila-bila masa. Lagipun, wiki ini dikemaskinikan pada setiap hari. Oleh itu, anda tidak ketinggalan zaman. Namun begitu, kalau anda mempunyai sebab-sebab tertentu (kajian, analisis dll.) untuk mendownload semua data, anda boleh ikuti langkah-langkah ini:

  • Anda perlu install perisian MediaWiki di komputer sendiri. Untuk install MediaWiki, anda perlukan web server (Apache), MySQL dan PHP. Kalau anda menggunakan Linux, kemungkinan besar perisian-perisian ini telah pun ada dalam kompuer anda. Anda hanya perlu mendownload MediaWiki [1] dan ikuti arahan yang diberikan. Sebaliknya, kalau anda menggunakan Windows, anda perlu mendownload semua perisian-perisian yang saya sebut di atas. Cara paling mudah ialah download XAMPP [2], install, kemudian baru download MediaWiki. Semuanya boleh didapati secara percuma.
  • Setelah semua komponen dipasang, anda boleh muat turun XML dump. Cari yang bernama pages-article.xml. Dump terakhir ialah pada 19 Mac. Anda boleh download melalui pautan ini: http://download.wikimedia.org/mswiki/20080319/mswiki-20080319-pages-articles.xml.bz2.
  • Ekstrak fail itu. Dalam Linux, gunakan perintah bunzip2. Dalam Windows, anda boleh gunakan 7-zip [3].
  • Akhir sekali, dalam wiki anda itu, anda boleh gunakan fungsi Import. Di kotak search, taip Special:Import, klik Go. Klik Browse..., masukkan fail XML yang telah diekstrak itu, kemudian klik Upload. Proses import ini mengambil masa yang agak lama.

Buat masa ini, imej tidak boleh dimuat turun sekaligus. Anda perlu muat turun setiap satu secara manual.

Anda boleh rujuk m:data dumps (Inggeris) untuk panduan yang lebih menyeluruh.

Aviator, 12:12, 24 Mac 2008 (UTC)

Wah, lengkap betul Aviator. Tu yang saya respek tu. cheguman 08:45, 25 Mac 2008 (UTC)

Terima kasih Aviator atas panduan yang diberikan. Saya cuba mengikuti langkah-langkah dalam instalasi Mediawiki namun setakat ni saya masih belum berjaya menginstal perisian tersebut.Saya amat perlukan dokumen-dokumen Bahasa Melayu daripada laman Wikipedia ini kerana saya sedang memulakan kajian saya mengenai Malay-English Cross Language Link Discovery. Saya telah download dokumen daripada folder November_2006. Saya ingin dapatkan panduan bagaimana nak muat turun imej-imej tersebut? Dan adakah saya perlu pautkan kan secara manual dengan fail-fail yang telah di muat turun? (saya perlukan sekurang-kurang nya 10,000 dokumen!). Adakah XML dump yang dimuat turun juga tidak mengandungi imej seperti HTML dump? Diharap dapat membantu.131.181.251.66 00:42, 28 Mac 2008 (UTC)

Setahu saya memang imej tidak dapat dimuat turun sekaligus. ...Aurora... 14:39, 31 Mac 2008 (UTC)

Tidak perlu menterjemah bulat-bulat

Saya melihat banyak artikel yang mengambil bulat-bulat dari bahasa Inggeris yang panjang terutama dalam ruangan artikel yang perlu diterjumahkan. Ini termasuk artikel bagi bantuan wikipedia. Bagi saya tidak perlu diterjemahkan kesemuanya apa yang terkandung dalam Wikipedia bahasa Inggeris. Saya melihat Wikipedia versi Indonesia begitu ringkas dan padat serta mudah difahami. Kamalzack 03:52, 27 Mac 2008 (UTC)

Sebarang penyumbang yang ingin berbuat demikian dialu-alukan. Yosri 04:31, 27 Mac 2008 (UTC)
Pada pendapat saya, ianya bergantung kepada si-penterjemah itu sendiri. Memang amat bagus kalau dapat menulis rencana yang panjang samada terjemahan penuh atau menambahkan dengan fakta-fakta yang dicari sendiri (perlu letak rujukan). Tetapi tidak salah juga kalau nak tulis pendek. Namun pada pendapat saya, sekiranya terlalu pendek pun, tak bagus juga. Saya bersetuju dengan Yosri, ini semua bergantung kepada para penyumbang - Jay 09:35, 27 Mac 2008 (UTC)
Saya bersetuju dengan Yosri..biasanya kalau dilihat pada artikel bahasa inggeris..isinya sangat padat dan menarik...rugi kalau tidak diterjemah secara keseluruhannya..Che 09:48, 27 Mac 2008 (UTC)
Nak terjemah bulat-bulat boleh, yg tak boleh ialah salin seluruh rencana dan kemudian terjemah satu perenggan shj. ...Aurora... 14:56, 27 Mac 2008 (UTC)

Saya lebih kepada membuat rencana sendiri. Rujuk pada buku atau tulis saja apa yang saya ingat. Kalau ada kesalahan, saya tiggalkan kepada pengguna lain perbetulkan. Haha. Tetapi, kadang-kadang perlu juga rujuk rencana pada English Wikipedia, untuk mendapatkan idea bagaimana hendak memulakan rencana (ayat pendahuluan). Dalam penterjemahan, ramai pengguna-pengguna yang cenderung menterjemah sesebuah rencana dengan mengikuti struktur ayat asal (yang di dalam BI). Hasilnya, ayat dalam BM-nya adalah berbunyi pelik. Adalah lebih baik kiranya kita baca dulu kandungan rencana tersebut kemudian barulah terjemahkannya, dengan struktur ayat kita sendiri tetapi maksudnya tidak lari dari maksud asal. — kurnia[binc|sumb] 18:59, 27 Mac 2008 (UTC)

Kedua-dua kaedah boleh digunakan, tetapi jangan mengitar rencana yang telah diterjemah. Guna rencana Inggeris yang belum diterjemah bagi mengelak pertindanan terjemahan dan merugikan usaha. Yosri 01:22, 28 Mac 2008 (UTC)

Saya juga rasa tidak perlu untuk menterjemah kesemuanya, ambil mana yang penting, kemudian cuba untuk memperkembangkan dengan situasi kefahaman org yg boleh bertutur dalam bahasa Malayu. Contoh kalau ttg penyiaran televisyen, Mungkin bg wiki ms boleh tambah mengenai penyiaran televisyen di Malaysia. Untuk penggunaan kata-kata istilah yang susah untuk diterjemah, boleh rujuk di karyanet. Namun macam saya kebanyakkan nota-nota kuliah kejuruteraan adalah di dalam bahasa Inggeris, namun bila diterjemah kepada Bahasa Melayu, ia jadik amat pelik.Sebab itu amat susah untuk saya menterjemah artikel2, jurnal2 kejuruteraan dalam BI itu. Lagi satu terdapat org yang ambik dan terjemah terus dari wiki en tetapi tak habiskan, bagi saya tak payah letak dulu bahagian yang belum terjemah, sebab nampak bercelaru sangat, pening. Kalau boleh kita pinjam la buku-buku kat perpustakaan masing2 dan lepas tu boleh ambik ilmu2 dari buku2 tu masukkan dalam wiki ms. Selamat menterjemah dengan berhemah Kurosagi7 04:20, 28 Mac 2008 (UTC)

Setuju, jangan tinggal saja artikel yang anda buat. Seperti contoh saya sedang menterjemahkan Bantahan Dataran Tiananmen 1989 yang begitu panjang. Tapi tak boleh salahkan mereka yang menterjemah mula-mula kerana wikipedia adalah satu yang terbuka. Sesapa saja boleh mulakan satu topik kemudian meninggalkannya untuk orang lain. Kamalzack 23:38, 28 Mac 2008 (UTC)

Sebelum saya terlupa, saya nak bagi pandangan saya. Seperti yang cakap tadi sebab pembelajaran sains, kejuruteraan, teknikal dan sebagainya kan dalam BI, jadi apabila nak mengistilahkan dalam bahasa Melayu amat susah, saya cadangkan apa bila buat terjemahan, letak sekali bahasa BI sekali. Contoh lihat penyerap mikrogelombang yang saya buat ni - bilik anekoik (anechoic chamber) dan sebagainya. Ape pendapat anda? Kurosagi7 04:47, 28 Mac 2008 (UTC)

Setuju! Tetapi hanya kali pertama, selepas itu tidak perlu dilakukan lagi dalam rencana yang sama. Yosri 04:50, 28 Mac 2008 (UTC)

Wikipedia:Rencana gotong-royong

Saya lihat kini laman projek rencana gotong royong tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan. Kenapa? Saya rasa ia perlu ada satu daya tarikan terbaru yang boleh membantu laman-laman rencana gotong-royong diusahakan. Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika pencalonan rencana pilihan yang tidak berjaya dipilih menjadi rencana pilihan dijadikan rencana gotong-royong. Ini untuk meningkatkan tahap kualiti rencana itu untuk mencapai mutu rencana pilihan. Apa pendapat sekalian? Akan tetapi, jika ada banyak pencalonan yang tidak berjaya pada satu-satu bulan itu. Ikuti contoh berikut;

Sekian. — Didie (bincang) 04:38, 29 Mac 2008 (UTC)

Rencana Senario Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 tidak patut menjadi rencana gotong royong kerana sifatnya adalah rencana politik dan sukar untuk bersikap adil dalam komentar. Kamalzack 13:36, 30 Mac 2008 (UTC)

Itulah cabarannya. Ia memerlukan kerjasama sesama komuniti bagi meneutralkan kandungan. Akan tetapi, kadangkala saya pun hairan mengapa kebanyakan pernyataan-pernyataan di dalamnya yang seakan-akan menyebelahi parti BN. Sewajarnya dineutralkan segera. Sekian — Didie (bincang) 14:10, 30 Mac 2008 (UTC)

Pada saya lebih elok menambah isi bagi topik seperti feudalisme dan sebagainya kerana ini adalah topik dasar yang tidak banyak berubah. Macam rencana Senario Pilihan Raya Umum sepatutnya ringkas sahaja kerana ia berubah (isu semasa). Kalau isu semasa ni ulas sikit2 sahaja lah kerana kebanyakan kita bukan orang politik. Kamalzack 15:50, 30 Mac 2008 (UTC)

Satu lagi, kenapa kebanyakan rencana biografi mengenai wakil rakyat/ahli politik di Malaysia tidak menepati piawaian Wikipedia:Manual_gaya_penulisan_(biografi). Kebanyakannya lebih memfokuskan kepada alamat pejabat wakil rakyat dan keputusan pilihan raya. Sekian. — Didie (bincang) 14:16, 30 Mac 2008 (UTC)

Bagus juga tidak ulas banyak-banyak nanti nampak macam berkempen pulak. Tokoh politik ni datang dan pergi. Lagi satu saya hairan kenapa bagi ahli politik walaupun yang bukanlah hebat sangat pun boleh mendapat tempat dalam wiki sedangkan orang lain seperti pengarah filem indie tidak pula?Kamalzack 15:54, 30 Mac 2008 (UTC)
Betul jugak tu, kalau boleh pentingkan la dulu menteri2 kabinet Pak Lah dulu la, tapi apa salahnya letak wakil-wakil rakyat tu. Tu la memang betul pun ade yang hanya letak alamat pejabat wakil rakyat sahaja, nampak cam wikipedia pulak. hehe 210.187.49.65 16:51, 30 Mac 2008 (UTC)

Pohon Bantuan

Entri bagi artikel Ahmad bin Said adalah seperti berikut:

Ahmad bin Said pernah menjadi Menteri Besar Perak dari 7 Mei 1964 hingga 18 Mac 1970. Beliau dilahirkan pada 1919.

Sekiranya betul terdapat MB Perak yang bernama Ahmad bin Said, macam mana bisa saya ciptakan suatu artikel bagi MB Terengganu sekarang yang mempunyai nama yang sama.

[4]

Salam. Pancaragam 17:50, 29 Mac 2008 (UTC)


Ciptalah halaman nyahkekaburan dan:

Anda juga boleh menggunakan cara yang lain untuk membezakan kedua-dua rencana ini. Janji judul berbeza, itu sahaja. — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:03, 29 Mac 2008 (UTC)

Hani Hamizah Nor Hashim

Para Penyelia,

Ingin gue cadangkan agar artikel ini dihapuskan.

Salam. Pancaragam 10:42, 30 Mac 2008 (UTC)

Yes check.svg Telah dihapus. — Didie (bincang) 11:06, 30 Mac 2008 (UTC)

Terima kasih. Pancaragam 11:07, 30 Mac 2008 (UTC)

Minta Bantuan Meletakkan Peta

Para penyelia, Saya ingin meletakkan peta buatan sendiri didalam Kampung Kesang Jaya, dan apa yang saya patut lakukan? --Kekacang 14:25, 31 Mac 2008 (UTC)

Muat naik fail tersebut. Kemudian taipkan [[Imej:namafail.png|thumb|penerangan gambar]] di rencana berkenan. ...Aurora... 14:39, 31 Mac 2008 (UTC)

Amaran Tidak Dibenarkan muncul, dimana tindakan ini hanya boleh dilakukan oleh pengguna dalam kumpulan Pengguna yang disahkan secara automatik, Penyelia.--Kekacang 15:12, 31 Mac 2008 (UTC)

Oh, rupanya anda baru mendaftar hari ini. Sebenarnya ada jumlah suntingan / tempoh pendaftaran minimum yang perlu anda capai sebelum boleh memuat naik imej. Tunggu dua tiga hari dan sunting dulu rencana, kemudian cuba lagi. ...Aurora... 15:21, 31 Mac 2008 (UTC)

Terima kasih--Kekacang 15:23, 31 Mac 2008 (UTC)

Selamat datang. cheguman 15:58, 31 Mac 2008 (UTC)