Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)/Arkib/2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kedua-dua rencana menggunakan gambar dan kotak maklumat yang sangat sama,

Adakah kedua-dua rencana merujuk perkara yang sama sama?? Kalau sama bolehlah digabungkan. —Adikhebat (Bual) 12:58, 14 Januari 2012 (UTC)[balas]

Menurut jabatan pertanian sama http://pertanianmjg.perak.gov.my/pdf/bh-gantiserangga.pdf Yosri (bincang) 13:14, 14 Januari 2012 (UTC)[balas]

Perletakan penyata rentang Maulidur Rasul[sunting sumber]

Sukacita merujuk kepada perkara diatas, saya telah membuat templat baharu berkaitan dengan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul di WBM. Untuk pengetahuan, tulisan ucapan adalah dibuat dalam tulisan Jawi. Draf siap telah dibangunkan dan sedang dipamerkan untuk 1 hari sepanjang 5/2/2012, seperti berikut, sila lihat di :Templat:Maulidur Rasul. Sekian terima kasih.--Smim90 (bincang) 00:37, 5 Februari 2012 (UTC)[balas]

Kempen menghadapi laku musnah di Wikipedia[sunting sumber]

Assalamualaikum dan salam sejahtera, tergerak hati saya untuk melakukan sesuatu memandangkan trend laku musnah kebudak-budakkan dan laku musnah licik sudah mula membadai laman ilmuan yang kita sayangi ini. Berikutan peningkatan gejala laku musnah penulisan di Wikipedia ini, ada baiknya jika kita usahakan suatu cara bagi mendidik pelaku musnah supaya berhenti daripada melakukan perkara yang tak berfaedah dan merugikan itu. Dalam pada itu setiap ahli Wikipedia tak kira penyumbang mahupun pentadbir dapat menumpukan hal yang lebih baik untuk memajukan penulisan disini dengan memasukkan sumber yang relevan, terpercaya dan bebas. Disini saya telah membina templat, rujuk: Templat:Usah vandal/contoh yang mempunyai mesej didikan dengan harapan supaya perbuatan laku musnah dapat diminimumkan. Adalah baik kalu kita dapat letakkan templat berkenaan menggunakan MediaWiki:Sitenotice untuk 1 minggu, sebagai usaha cubaan bersama dalam membanteras gejala laku musnah di WBM. Minta sidang berikan pandangan bagi penambah baikkan kempen, dan harap bersetuju dngan usaha murni ini. Sekian terima kasih.--Smim90 (bincang) 14:29, 18 Februari 2012 (UTC)[balas]

Saya setuju tapi seperti terlalu banyak maklumat dalam satu banner. Apa kata kurangkan kepada lebih ringkas? i wong (bincang) 14:44, 18 Februari 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih, ada lagi pandangan lain?, lagi banyak pandangan lebih banyak penambahbaikkan.--Smim90 (bincang) 05:41, 19 Februari 2012 (UTC)[balas]
Saya juga rasa ia agak panjang. ...Aurora... (b) 14:52, 20 Februari 2012 (UTC)[balas]
Sekiranya yg melaku musnah itu pengguna IP, maka letakkan nasihat itu untuk pengguna IP sahaja sudah cukup rasanya. ...Aurora... (b) 14:52, 20 Februari 2012 (UTC)[balas]
Lagipun boleh lihat yang merosakkan kebanyakkannya ialah pengguna tak berdaftar dan kurang sekali pengguna berdaftar. i wong (bincang) 17:09, 20 Februari 2012 (UTC)[balas]
Saya rasa mungkin boleh jika dibuat dua ayat dalam satu paparan untuk kurangkan bilangan paparan tetapi masih dapat sampaikan semua mesej tersebut

Membaca pantas[sunting sumber]

Saya ingin menterjemahkan rencana en:Speed reading ke bahasa Melayu tetapi kurang arif dalam terjemahan istilah ini. Antara yang saya cadangkan ialah:

  1. Pembacaan pantas
  2. Bacaan pantas
  3. Membaca cepat (seperti Wikipedia Indonesia lakukan)

Ada cadangan lain yang boleh dikemukakan? i wong (bincang) 14:27, 26 Februari 2012 (UTC)[balas]

Nampaknya anda dah temui jawapannya (baca pantas). Baguslah. ...Aurora... (b) 15:16, 26 Februari 2012 (UTC)[balas]
Yup. Saya lihat rapid reading == speed reading. Rasanya tak perlu dipanjangkan lagi hal ini. i wong (bincang) 16:08, 26 Februari 2012 (UTC)[balas]

Mengawal kadar laku musnah di WBM[sunting sumber]

Apa yang saya perhatikan laku musnah di WBM setiap hari muncul dengan peningkatan semasa hari bekerja. Orang yang melakukan laku musnah untuk penciptaan rencana baru seperti contengan dan tulisan merapu hampir semua menggunakan alamat IP sebagai samaran. Dengan ini saya cadangkan mengehadkan penciptaan rencana baru terhad kepada pengguna berdaftar sahaja manakala penyuntingan boleh kepada pengguna IP. Jadi diharapkan dengan cadangan ini dapat mengurangkan laku musnah oleh pengguna IP. i wong (bincang) 11:03, 7 Mac 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih atas keperihatianan anda tetang isu laku musnah, bagi pandangan saya mengawal laku musnah sebenarnya agak susah kerana polisi Wikipedia adalah terbuuka untuk sapa-sapa menyunting, kami diperingkat penyelia hanya mempunyai kewibawaan untuk menyekat jika IP itu ternyata laku musnah. Namun begitu mungkin penyelia lain ada cadangan tertentu.--Smim90 (bincang) 16:31, 7 Mac 2012 (UTC)[balas]
Buat masa ini saya rasa masih dalam keadaan terkawal, dan IP yang membuat vandal, selalunya disekat apabila kali kedua menconteng. Mungkin boleh disemak kembali sekiranya contengan terus meningkat. Ini agar tidak menjauhkan orang dari menyumbang. Yosri (bincang) 04:29, 8 Mac 2012 (UTC)[balas]
Saya mengerti dasar wikipedia iaitu semua orang boleh menyumbang cuma apa yang saya dapati pengguna IP lah selalunya membuat rencana tak bermaklumat. Cuma cadangan sahaja. i wong 05:06, 8 Mac 2012 (UTC)
Memang begitu cara orang hendak membuat salah, tidak akan menunjukkan identitinya. IP yang saya guna juga kini telah disekat atas masalah penyalahgunaan tetapi tidak mengapa kerana saya boleh menyunting dengan login. Jika kita sentiasa bekerjasama, saya pasti masalah ini akan menyusut jua akhirnya. Yang penting kita sendiri jangan mengalah. baguznet 05:34, 8 Mac 2012 (UTC)

Saya baru perasan yang en.wiki telah menyekat penciptaan artikel baru oleh pengguna IP iaitu apabila saya tak login akaun: The page "Volunteer oil palm seedling" does not exist. You can ask for it to be created, but consider checking the search results below to see whether the topic is already covered. For search help, please visit Help:Searching. - Mungkin sudah tiba masanya ms.wiki pun bertindak sedemikian?

Yosri (bincang) 22:37, 30 Mac 2012 (UTC)[balas]
Apa salahnya, lagipun pendaftaran tidaklah susah sangat, kan? Kalau penyumbang-penyumbang baru ni terbuat kesilapan, jadi senang untuk diberi peringatan atau teguran. Alamat IP menyukarkan penyampaian pesanan sebegini. — عبد الله (Pesanan?) 03:36, 25 April 2012 (UTC)[balas]

bushmeat hunting[sunting sumber]

Apakah terjemahan bushmeat hunting dalam bahasa Melayu? Terima kasih. Naval Scene (bincang) 12:02, 13 Mac 2012 (UTC)[balas]

Maksud sebenarnya adalah memburu haiwan liar sebagai makanan. Cadangan "pemburuan daging liar" / "pemburuan daging haiwan liar" /"pemburuan haiwan liar sebagai makanan". Secara harafiah pula "Pemburuan daging rimba". Saya cenderung yang pertama atau terakhir. 175.137.15.50 12:45, 13 Mac 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih, saya akan menggunakan cadangan pertama. Salam, Naval Scene (bincang) 09:01, 14 Mac 2012 (UTC)[balas]

Perkembangan bahasa Melayu[sunting sumber]

Saya ingin mewar-warkan dua berita berkenaan perkembangan bahasa Melayu, iaitu:-

Moga moga kita boleh tingkatkan lagi penyediaan bahan bermutu dalam bahasa Melayu. Yosri (bincang) 07:52, 14 Mac 2012 (UTC)[balas]

Antara cadangan saya ialah mengemaskini tutorial cara menyumbang di WBM. i wong (bincang) 11:59, 24 Mac 2012 (UTC)[balas]
Sokong. Boleh lihat http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Bagaimana_memulakan_laman_baru Yosri (bincang) 12:16, 24 Mac 2012 (UTC)[balas]

Fungsi Rating[sunting sumber]

Saya lihat tapak wiki Inggeris mempunyai fungsi rating untuk pengguna rating sesebuah rencana di wiki. Bagaimana pula dengan WBM? i wong (bincang) 02:18, 27 Mac 2012 (UTC)[balas]

Maksud anda seperti File:Aft phase 2.jpg? Itu en:Wikipedia:Article Feedback Tool, satu projek perintis Yayasan Wikimedia. ...Aurora... (b) 09:29, 27 Mac 2012 (UTC)[balas]
Yup. Kalau begitu ia masih dalam percubaan lagi lah? i wong (bincang) 10:10, 27 Mac 2012 (UTC)[balas]
Begitulah kiranya. ...Aurora... (b) 08:19, 29 Mac 2012 (UTC)[balas]
Ciri itu tidak berapa sesuai di sini, kerana kita kekurangan pembaca. --Kurnia [ bual ] 09:50, 29 Mac 2012 (UTC)[balas]

Pengguna IP[sunting sumber]

Saya ingin memberi cadangan supaya dikemaskini notis untuk penyunting IP seperti yang tertera di laman wiki Inggeris. Notis sekarang tidak jelas seperti mana notis wiki Inggeris yang berlatar belakangkan warna kuning. Dengan ini diharapkan penyunting IP akan mula membaca sebelum menyunting. i wong (bincang) 06:44, 30 Mac 2012 (UTC)[balas]

Jika anda boleh tolong terjemah, saya boleh tolong letakkan. ...Aurora... (b) 14:16, 30 Mac 2012 (UTC)[balas]
Siap. ...Aurora... (b) 05:48, 31 Mac 2012 (UTC)[balas]

Bahagian soal dan jawab[sunting sumber]

Saya mencadangkan dicipta satu laman khas untuk sesi soal dan jawab untuk 'beginner' di WBM. Dalam laman tersebut akan terkandung soalan-soalan biasa beginner akan tanya untuk menyumbang di WBM seperti

Bagaimakah untuk saya letakkan gambar dalam laman wiki? Anda boleh rujuk sekian-sekian...
Saya ingin menyumbang tapi saya tak tahu untuk meletakkan rujukan? Anda boleh rujuk sekian-sekian...
dan lain-lain

Ia lebih kepada ringkasan panduan untuk beginner terus ke rencana tutorial yang patut mereka lihat dan fahami untuk menyumbang di WBM. -- i wong (bincang) 00:13, 3 April 2012 (UTC)[balas]

Anda mungkin berminat untuk mengemas kini bahagian Wikipedia:FAQ Yosri (bincang) 00:19, 3 April 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih kerana menunjukkan saya tempatnya. Insya-Allah akan masuk dalam projek wiki yang akan saya usahakan nanti. -- i wong (bincang) 01:26, 3 April 2012 (UTC)[balas]
Ada juga Wikipedia:Meja bantuan dan Wikipedia:Meja rujukan. ...Aurora... (b) 15:25, 3 April 2012 (UTC)[balas]

Ulangtahun Wikipedia bahasa Melayu ke-10[sunting sumber]

Assalamualaikum WBT dan Salam Wikipedia, saya tertarik merujuk kepada perkara diatas, bahawa kita semakin hampir dengan taggal 26 Oktober 2012, dimana genap 10 tahun pada tanggal itu, Wikipedia bahasa melayu oleh pentadbir Wikipedia BM pertama, Brion VIBBER. Jadi boleh dikatakan kita ada 4 bulan lagi sebelum tarikh itu, jadi apakah perancangan kita, saya mengharapkan kita boleh mengadakan sedikit idea baharu bagaimana untuk menambah kualiti dalam rencana dalam Wikipedia ini, ataupun kita boleh adakan suatu bentuk rapat umum atau apa sahaja idea. Kita sedar bahawa WBM sekarang telah memasuki suatu fasa yang sangat memberangsangkan, kita telah mengembangkan bilangan rencana, membaiki medan persembahan paparan, pelbagai idea dan pembaharuan kita sudah berjaya lakukan, malah ahli kita sudah ramai..banyak juga sumber luar yang memuji dan menggunapakai rencana kita.

Sesungguhnya telah tiba masanya untuk kita menggerakkan pula setapak kaki kita lagi kehadapan, mungkin pelbagai kerjasama dan negosiasi antara badan-badan seperjuangan bahasa seperti DBP, Wikimedia Indonesia boleh kita rapatkan dan santuni. Saya yakin kita semua boleh lontarkan idea dan usaha yang telah/sedang dan akan kita lakukan untuk memastikan wadah ini terus hidup dan menguatkan lagi azam ahli-ahli kita (Wikipedian) untuk meneruskan usaha murni ini berterusan tanpa rasa jemu dan kecewa. Mudah-mudahan.--Smim90 (bincang) 13:18, 8 Julai 2012 (UTC)[balas]

p.s.: (bulan depan Ogos ialah bulan bahasa kebangsaan)

Cadangan perletakan templat sambutan bulan Ramadan al-Mubarak[sunting sumber]

Sukacita merujuk kepada perkara diatas, saya telah menyediakan templat berkaitan Ramadan Al-Mubarak di WBM. Untuk pengetahuan kalian, tulisan ucapan adalah dibuat dalam tulisan Rumi. Draf siap telah dibangunkan, seperti berikut, sila lihat di :Templat:Ramadan. Dijangka saya akan melakukan uji kaji perletakan templat menggunakan kaedah MediaWiki:Sitenotice pada keesokan hari, jam 10 pagi. Harap maklum, sila berikan komen atau cadangan penambah baikkan jika perlu. Jika tiada sebarang bantahan, templat akan terus dipaparkan selama 7 hari bermula dari 20 Julai 2012. Terima kasih.--Smim90 (bincang) 16:03, 19 Julai 2012 (UTC)[balas]

Setuju. Yosri (bincang) 00:03, 20 Julai 2012 (UTC)[balas]

Ulangtahun Wikipedia bahasa Melayu ke-10[sunting sumber]

Assalamualaikum WBT dan Salam Wikipedia, saya tertarik merujuk kepada perkara diatas, bahawa kita semakin hari semakin hampir dengan tanggal 26 Oktober 2012, dimana genap 10 tahun pada tanggal itu, Wikipedia Bahasa Melayu oleh pentadbir Wikipedia BM pertama, Brion VIBBER. Jadi boleh dikatakan kita ada 3 bulan lagi sebelum tarikh itu, jadi apakah perancangan kita, saya mengharapkan kita boleh mengadakan sedikit idea baharu bagaimana untuk menambah kualiti dalam rencana dalam Wikipedia ini, ataupun kita boleh adakan suatu bentuk rapat umum atau apa sahaja idea. Kita sedar bahawa WBM sekarang telah memasuki suatu fasa yang sangat memberangsangkan, kita telah mengembangkan bilangan rencana, membaiki medan persembahan paparan, pelbagai idea dan pembaharuan kita sudah berjaya lakukan, malah ahli kita sudah ramai..banyak juga sumber luar yang memuji dan menggunapakai rencana kita.

Sesungguhnya telah tiba masanya untuk kita menggerakkan pula setapak kaki kita lagi kehadapan, mungkin pelbagai kerjasama dan negosiasi antara badan-badan seperjuangan bahasa seperti DBP, Wikimedia Indonesia boleh kita rapati dan santuni. Saya yakin kita semua boleh lontarkan idea dan usaha yang telah/sedang dan akan kita lakukan untuk memastikan wadah ini terus hidup dan menguatkan lagi azam ahli-ahli kita (Wikipedian) untuk meneruskan usaha murni ini berterusan tanpa rasa jemu dan kecewa. Mudah-mudahan. Anda semua dijemput memberika apa-apa idea membina.--Smim90 (bincang) 23:23, 29 Julai 2012 (UTC)[balas]

Pada masa kini sudah wujud hubungan baik antara kita dengan Wikipedia Indonesia, cuma wikipedia Indonesia memiliki ramai penyumbang, dan bukan semua ramah Malaysia (sebilangan kecil). Bagaimanapun ramai juga dari mereka yang membuat sumbangan rencana di sini. Saya juga sering meronda di sana, membetulkan pautan jika ada tersilap. Yosri (bincang) 02:05, 31 Julai 2012 (UTC)[balas]
Waalaikumsalam WBT. Antara apa yang saya terfikir ialah mengadakan database rujukan untuk hadis. Ini memudahkan untuk wikipediawan membuat 'citation' menggunakan hadis. -- i wong (bincang) 09:38, 3 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Saya rasa kurang setuju meletakkan pangkalan data hadis kerana sukar menjaga kesuciannya dari di cemar atau dimanipulasi. Tambahan sudah banyak laman pangkalan data hadis yang dibina oleh pihak berwajib seperti http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp Yosri (bincang) 10:51, 3 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Jika begitu, saya cadangkan mengemaskini cara terbaik untuk 'citation' hadis. Kerana saya lihat kebanyakannya dalam bentuk kurang profesional. Ini membolehkan orang mempertikai kredibiliti hadis yang di 'citation' kan di WBM, mengikut pandangan saya. -- i wong (bincang) 05:19, 4 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Bagaimana pula dengan projek dasar? Saya lihat Didie seperti tidak aktif dalam projek itu. -- i wong (bincang) 05:19, 4 Ogos 2012 (UTC)[balas]

? ? ? Anda boleh mengambil alih program tersebut. Setuju untuk kemas kini rujukan hadith. Anda boleh mula dari sekarang. Yosri (bincang) 05:56, 4 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Saya juga mencadangkan agar WBM boleh menambah skrip supaya apabila pergi ke no 'citation' akan keluar 'preview' rujukan seperti yang telah Wikipedia Inggeris lakukan. Ia memudahkan pengguna merujuk sumber rujukan. -- i wong (bincang) 10:26, 4 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Untuk petikan hadis, dah ada {{Hadith-usc}}. Kalau nak cipta templat serupa untuk rujukan BM pun boleh.
Projek dasar pula, baik anda hubungi terus penyelia masih aktif yg namanya ada dalam senarai di projekwiki tersebut. ...Aurora... (b) 10:29, 4 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Urgent Appeal to Support Internet Freedom (Internet Blackout Day)[sunting sumber]

Please support Internet Freedom in Malaysia & Internet Blackout Day 14th of August by blacking out/putting a banner/pop up in the Wikipedia page - just like what Wikipedia did for SOPA earlier this year. Refer to http://stop114a.wordpress.com/ for more information.

Anyone in WBM community support this campaign movement? If yes, Ive been create special banner that can put on the top site in our Main Page..anyone please feel free to check the banner image proposal here Templat:Bantah S 114A. If no objection, I intend to start put the banner tomorrow as soon as possible via MetaWiki:Sitenotice. Thank you..Your response are really appreciated. --Smim90 (bincang) 19:07, 13 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Setuju. Yosri (bincang) 22:52, 13 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950 di Malaysia. Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.

Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet dalam kata lain anda telah di hack oleh seorag hacker, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.

Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, malah Wikipedia sendiri, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan rencana yang ditulis oleh pihak lain.

Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.

Akta yang baru dipinda ini bukan sahaja berat sebelah malahan menyekat mana-mana pihak atau individu bebas untuk mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita dan menguntungkan pihak berkepentingan khusus sahaja.

Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi. Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.

Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama-sama Wikipedia mendesak Kerajaan Malaysia supaya menarik semula pindaan tersebut. Wikipedia juga telah memasang banner untuk tujuan ini..Terus berikan sokongan padu anda!!!--Smim90 (bincang) 02:21, 14 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Pindaan kepada Akta Keterangan 1950 juga dibuat tanpa perbincagan mendalam, tanpa konsultasi yang jitu, tanpa perdebatan yang memberangsangkan dan yang paling jelas tanpa perbincangan dengan rakyat Malaysia secara umumnya dan mengambil berat akan fakta-fakta utama apabila seksyen dikuatkuasakan.[1]--Smim90 (bincang) 03:56, 14 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Saya tertanya, apakah sumber utama untuk akta ini kerana di media massa Malaysia tiada kedengaran pun perkara ini. Boleh nyatakan sumber sahih berbanding websites yang belum tentu sahihnya? -- i wong (bincang) 00:49, 16 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Lihat dari laman parlimen http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2012/DR162012.pdf Yosri (bincang) 02:40, 16 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Lihat juga :-

Sebagai penyelia anda patut mengambil tahu hal ini. Anda boleh didakwa bagi sebarang komen oleh pengguna lain walaupun vandal. Jangan tunggu disuap, spoon feed. Yosri (bincang) 02:46, 16 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih atas pencerahan. -- i wong (bincang) 04:11, 16 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Cadangan perletakan templat ucapan Hari Raya Aidilfitri[sunting sumber]

Sukacita merujuk kepada perkara diatas, saya telah menyediakan templat berkaitan ucapan sambutan Hari Raya Aidilfitri di WBM. Untuk pengetahuan kalian, tulisan ucapan adalah dibuat dalam dwi-tulisan iaitu tulisan Rumi dan tulisan jawi. Draf siap telah dibangunkan, seperti berikut, sila lihat di :Templat:Aidilfitri. Dijangka saya akan melakukan uji kaji perletakan templat menggunakan kaedah MediaWiki:Sitenotice pada keesokan hari, pada pagi hari. Harap maklum, sila berikan komen atau cadangan penambah baikkan jika perlu. Jika tiada sebarang bantahan, templat akan terus dipaparkan selama 7 hari bermula dari 19 Ogos 2012. Sekian Terima kasih dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.--Smim90 (bincang) 17:04, 18 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Kenapa templat2 yg anda buat ini besar sangat? Logo templat2 ini tak sepatutnya lebih besar daripada logo Wikipedia di atas kiri setiap laman tu. ...Aurora... (b) 14:53, 20 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Sebenarnya saya cuba untuk mencari kelainan dalam reka bentuk banner, mungkin banner akan datang akan cuba mengecilkan banner2 ini pada saiz yang lebih sesuai..saya harap ada penyumbang lain yang boleh membantu..lagipun kita perlu sesuaikan reka bentuk banner dengan trend semasa yang saiz logonya lebih besar selain ruang sap yang lebih besar. Walau apapun terima kasih atas komen anda yang membina.--Smim90 (bincang) 15:04, 20 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Baju Melayu[sunting sumber]

Saya keliru mengenai istilah ini. Terdapat baju Melayu dan baju tradisional Melayu. Saya mencadangkan baju Melayu dan baju tradisional Melayu digabungkan bawah nama baju Melayu. Manakala baju kurung boleh dikembangkan artikelnya kepada baju kurung untuk wanita. Untuk sub-baju Melayu di bawah artikel baju kurung boleh dikembangkan pula bawah artikel baju Melayu itu sendiri. -- i wong (bincang) 06:34, 20 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Baju tradisional Melayu merangkumi semua jenis baju adat Melayu.Yosri (bincang) 07:15, 20 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Jika begitu pandangan tuan, saya mencadangkan perlulah diubah definasinya agar tidak mengelirukan pembaca kerana penerangan baju tradisional Melayu sama sahaja seperti definasi baju Melayu. -- i wong (bincang) 08:44, 20 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Sebenarnya saya hanya menjelaskan struktur rencana tersebut. Jika ada idea baru untuk menjadika ia lebih jelas adalah lebih baik, kerana pendapat baru mungkin dapat menjelaskan ia lagi. Timbulnya persoalan tersebut menunjukkan struktur masa kini masih kabur dan perlu ditambah baik. Yosri (bincang) 11:37, 20 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Pencarian sumber online tidak mudah untuk hal ini. Rujukan yang tuan letakkan di baju kurung pun boleh dipersoalkan nanti oleh pembaca lain. Insya-Allah jika saya terjumpa maklumat berkaitan perihal baju Melayu/kurung ini akan saya sertakan rujukannya. Buat masa ini saya hanya ingin membetulkan mana yang saya rasa boleh. -- i wong (bincang) 12:24, 20 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Saya dah cuba ubahsuai pengenalan rencana "baju tradisional Melayu". Harap kini lebih jelas. ...Aurora... (b) 14:55, 20 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih tuan Auorora.
Sebenarnya saya pernah lihat koleksi-koleksi baju tradisional Melayu di Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Melaka. Cuma ketika itu saya tidak pula tahu bahawa artikel WBM masih belum lengkap mengenai baju ini. Insya-Allah akan saya ambil gambar koleksi tersebut jika berkesempatan nanti. Semoga artikel baju tradisional Melayu terus berkembang menjadi antara yang boleh dipercayai dengan sumber-sumber rujukan yang sesuai. -- i wong (bincang) 01:49, 21 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Penggunaan Sdn Bhd atau Sdn. Bhd.[sunting sumber]

Saya keliru mengenai penggunaan singkat untuk syarikat sendirian berhad. Adakah Sdn Bhd (tanpa titik) atau Sdn. Bhd. (dengan titik di setiap hujung singkatan)? Saya lebih kepada penggunaan yang biasa iaitu dengan titik di setiap singkata, Sdn. Bhd. Apakah pendapat wikipediawan yang lain? -- i wong (bincang) 07:30, 21 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Mesti ada tanda titik kerana ejaan tersebut ialah singkatan. Lihat PRPM @ DBP. ...Aurora... (b) 06:15, 22 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Cadangan perletakan templat ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha[sunting sumber]

Sukacita merujuk kepada perkara diatas, saya telah menyediakan templat berkaitan Hari Raya Aidiladha di WBM. Untuk pengetahuan kalian, tulisan ucapan adalah dibuat dalam tulisan Rumi dan Jawi. Draf siap telah dibangunkan, seperti berikut, sila lihat di :Templat:Aidiladha. Kotak ucapan telah dikompakkan kepada saiz yag lebih padat bagi tujuan penjimatan ruang paparan dan untuk memastikan resolusi lebih menarik dan seragam. Dijangka saya akan melakukan uji kaji perletakan templat menggunakan kaedah MediaWiki:Sitenotice pada jam 12.00 tengah malam ini tanggal 25 Oktober 2012. Harap maklum, sila berikan komen atau cadangan penambah baikkan jika perlu. Jika tiada sebarang bantahan, templat akan terus dipaparkan selama 3 hari bermula dari 25 Oktober 2012. Terima kasih.--Smim90 (bincang) 12:52, 24 Oktober 2012 (UTC)[balas]

Setuju. Yosri (bincang) 13:53, 24 Oktober 2012 (UTC)[balas]

"Wikipedia:Rencana baik"[sunting sumber]

Salam. Merujuk kepada perkara tersebut, saya mencadangkan supaya diwujudkan "Wikipedia:Rencana baik" seperti yang terdapat di Wikipedia bahasa Korea dan Perancis. Harap perbincangan lanjut dapat diadakan. Sekian. - 26 Ramadan (Bincang) 12:00, 30 Oktober 2012 (UTC)[balas]

Wa'alaikum salam. Setuju. Kita boleh guna kriteria seperti yang digunakan di Wiki Inggeris. Masalahnya berkemungkinan penyaringan rencana akan membebankan admin yang sudahpun mempunyai banyak tugas. Mungkin satu mekanisme penyaringan dapat diwujudkan di sini. Salut Algazel (bincang) 00:11, 31 Oktober 2012 (UTC)[balas]
Saya juga setuju dengan pendapat saudara. Saya rasa mekanisme penyaringan yang baru juga cadangan yang baik. Mungkin mekanisme seperti undian sokongan daripada pengguna juga boleh digunakan. - 26 Ramadan (Bincang) 11:16, 31 Oktober 2012 (UTC)[balas]
Mungkin apa yang perlu diperjelaskan oleh penyunting kriteria rencana baik. Saya sampai sekarang masih keliru apakah definasi terbaik untuk rencana terbaik? Lagipun kekurangan editor yang sepenuh masa juga mungkin menjadi satu faktor utama ms.wikipedia kurang maju (pandangan peribadi). -- i wong (bincang) 13:39, 31 Oktober 2012 (UTC)[balas]
Bukan saya tak nak menyokong, tapi dah banyak projek yg terbengkalai di sini. Tak ada satupun Portal atau WikiProjek yg aktif. Boleh saya tahu siapa yg sanggup terlibat untuk jangka masa panjang? ...Aurora... (b) 03:33, 1 November 2012 (UTC)[balas]
Kata-kata daripada pengguna Izhamwong dan Aurora ada benarnya. Saya rasa mungkin cadangan yang saya kemukan ini tidak sesuai dengan keadaan Wikipedia bahasa Melayu sekarang. Harap suatu hari nanti cadangan ini mungkin jadi kenyataan. Insya Allah. - 26 Ramadan (Bincang) 01:14, 4 November 2012 (UTC)[balas]
Selalunya saya terjemah "Good article" sebagai "Rencana bagus" bukan "Rencana baik". --Kurnia [ bual ] 07:39, 29 November 2012 (UTC)[balas]
"Rencana bagus" lebih sesuai, tak? SpartacksCompatriot (bincang) 15:42, 21 Disember 2012 (UTC)[balas]

Rencana 150,000 akhir tahun 2012[sunting sumber]

Salam, mari kita sama-sama berusaha untuk mencuba dapatkan sekurang-kurangnya 150,000 buah rencana pada 31 Disember 2012 ini.--Aplikasi (bincang) 20:02, 28 November 2012 (UTC)[balas]

Tahniah! WBM telah capai lebih daripada 150,000 rencana. Masa untuk meningkatkan kualiti rencana pula. -- i wong (bincang) 07:59, 15 Disember 2012 (UTC)[balas]

Cadangan: Etika Wikipedia Bahasa Melayu[sunting sumber]

Saya terfikir, apa kata kita cipta satu halaman menerangkan etika yang perlu ada semasa menyunting di Wikipedia BM khususnya? Mungkin sudah ada di Wikipedia Inggeris tetapi saya lihat ramai penyumbang baharu masih kurang memahami etikanya. Seperti tidak melakukan vandalisme, contengan maklumat palsu, tulisan tidak bermakna dan sebagainya. Mungkin boleh sertakan di dalam Halaman penyumbang baru? Kemudian cipta satu templat membawa ke laman etika untuk diletakkan di atas kotak suntingan buat penyumbang menulis kurang daripada 25 suntingan dan 1 minggu tempoh mendaftar. Uniku Putra (bincang) 00:46, 5 Disember 2012 (UTC)[balas]

Kita dah ada Wikipedia:Etika. ...Aurora... (b) 15:33, 5 Disember 2012 (UTC)[balas]

Wikipedia lisan[sunting sumber]

Saya tertarik dengan kehadiran Wikipedia lisan (Spoken Wikipedia) di Wiki:en dan beberapa wiki lain. Saya berminat kerana, pertama, ia selari dengan Inisiatif Ketercapaian Web Web Accessibility Initiative W3C yang membantu orang kurang upaya memanfaatkan WWW. Kedua, ia dapat membantu orang yang mahu mempelajari Bahasa Melayu mendengar pertuturan BM. Selain itu saya fikir ciri ini juga dapat menarik perhatian pengguna Web ke Wiki kita. Saya bercadang untuk mewujudkan beberapa fail bertutur/lisan di sini ("prototaip" di Dondang sayang) tetapi sebelum itu saya ingin mendapatkan pandangan tuan2/puan2 tentang hal ini.....ia bukan satu tugas ringan. Saya amat berbesar hati sekiranya para penyunting sekalian sudi memberikan pendapat di sini tak kira sama ada positif ataupun negatif. Terima kasih atas perhatian anda dan selamat tahun baharu—masihi :=). Salut. Algazel (bincang) 08:11, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]

Saya melihat ini satu idea menarik. Namun seperti persoalan yang sering penyelia Aurora nyatakan, adakah kita cukup tenaga sukarelawan untuk projek ini? -- i wong (bincang) 08:46, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]
Saya melihat ini dari segi pratikal. Jika menunggu sukarelawan cukup, tidak akan pernah cukup, sama seperti WBM selepas 10 tahun. Bagi saya jika mampu mencapai 500 rencana tahunan serdahana panjang, ia sudah boleh diterima. Sekitar 42 rencana sebulan. Atau 1.5 rencana sehari. Yosri (bincang) 09:10, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]
Oh ya. Apa kata mula dengan sebutan dahulu? Kemudian, jika sambutan memberansangkan, boleh bawa kepada bacaan lisan. -- i wong (bincang) 10:45, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]
Hehe i wong. Jangan padam semangat orang cepat sangat. Memandangkan ini projek yg tak melibatkan penyelenggaran, maka silakan. Seingat saya ada seorang dulu pernah buat rencana lisan, tapi dah tak aktif, bernama Pinangjawa. Mungkin Algazel boleh cuba hubunginya. ...Aurora... (b) 11:09, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]
@i wong, Ha ha sebutan mungkin tak persis sebutan Rahim Razali ataupun pembaca berita TV; yang pentingnya dapat difahami. @Aurora, saya tak perasan yang ada rencana lisan BM Pinangjawa di Wiki Commons dan ada rencana MS yang memiliki bendera. Siapa yang berminat boleh mendengar bacaannya dalam loghat Melayu Sarawak. Algazel (bincang) 13:49, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]
@Yosri, mungkin saya terlalu optimis, tapi 400-500 rencana sederhana panjang setahun bagi seluruh Wiki:ms boleh dicapai saya kira. Algazel (bincang) 13:49, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]
Maksud saya sebutan perkataan untuk tajuk rencana. -- i wong (bincang) 14:06, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]