Wikipedia:Logo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kesemua logo dengan cap dagang atau pemegang hak cipta (pemilik), hak cipta atau/dan nama-nama domain yang digunakan atau dihasilkan semula, adalah dengan ini termaktub sepenuhnya dibawah lesen atau kebenaran dari empunyanya atau pemegang amanahnya yang berkenaan. Mengikut panduan ini, kebenaran dari pemilik, empunya atau pemegang amanah logo tidak perlu diminta sebelum menggunakan logo mereka, selagi penggunaannya tertakluk di bawah Wikipedia:Kegunaan wajar. Ini juga tidak memberi tanggapan bahawa perkara berkenaan logo tersebut bersekutu atau menyokong Wikipedia atau rencana yang menyebabkan logo itu diletakkan dan dipaparkan walaupun sudah diolah tara, ini tidak memberikan sebab munasabah untuk pemiliknya membuat aduan.

Logo amat berguna untuk membantu mengesahkan yang suatu rencana adalah mengenai benda (syarikat, pertubuhan, barang atau peristiwa) yang memiliki logo itu dan menunjukkan bagaimana pemilik benda itu hendak dilihat. Bagaimanapun, kaitan rapat antara suatu logo dengan tanda dagangan atau pemegang hak cipta (pemilik) menjadikan penggunaannya suautu topik sensitif, jadi sikap berhati-hati amat digalakkan.

Alasan pemuatan suatu logo dalam ensiklopedia adalah serupa dengan rasional memasukkan potret pelakon terkenal, sebagai contoh. Amat sukar untuk menerangkan menggunakan perkataan maklumat yang disampaikan oleh potret tersebut, namun ramai pengguna merasakan yang potret itu sangat bermanfaat. Oleh itu, logo boleh dianggap sebagai suatu potret benda. Namun, berbeza dengan orang, yang sangat mungkin untuk diambil gambar fotonya secara bebas, logo umumnya dilindungi oleh hak cipta dan/atau tanda dagangan. Laman ini membantu memastikan penggunaan logo di Wikipedia akur dengan panduan kandungan tidak bebas Wikipedia

Undang-undang dan panduan berikut boleh membantu memastikan pematuhan tanda dagangan dan hak cipta:

Garis panduan[sunting | sunting sumber]

  • Logo harus dianggap mempunyai tanda dagangan atau berhak cipta.
  • Elakkan menggunakan logo dalam apa-apa cara yang memberikan tanggapan bahawa tujuan ia dimasukkan ke dalam rencana adalah untuk mempromosikan sesuatu. Umumnya, logo cuma patut digunakan sekiranya logo itu agak biasa dilihat (atau jika logo itu sendiri yang menarik minat kerana reka bentuk atau keseniannya).
  • Logo sepatutnya tidak digunakan dalam konteks yang jika dilihat secara keseluruhan berbentuk negatif. Namun jika logo itu digunakan dalam rencana yang menerangkan logo itu, atau gaya tampak pencipta atau sejarahnya, ia tidak mengapa. Dalam rencana, logo sebenar/terkini sepatutnya diletakkan berdekatan dengan perenggan pengenalan, berhampiran dengan teks yang deskriptif dan neutral. Logo boleh dicam dengan mudah, jadi dengan meletaknya di bahagian atas rencana, ia menjalankan fungsinya membantu pembaca mengenalpasti mereka sampai ke rencana yang tepat.
  • Logo yang sudah cacat dan parodi logo cuma boleh digunakan dengan berhati-hati dan tidak patut ditonjolkan berlebih-lebih. Contohnya, parodi logo mungkin boleh digunakan dalam rencana mengenai tapak atau kempen parodi, di bawah lesen kegunaan wajar dan dengan batas-batas tertentu.
  • Apabila memuat naik logo berhakcipta, sama ada yang terkini atau yang lama, letakkan pesanan templat {{Logo}} dalam penerangan imej itu:
Copyrighted Ini merupakan sebuah logo yang mempunyai hak milik dan/atau hak cipta. Adalah dipercayai bahawa imej logo berleraian rendah boleh digunakan di Wikipedia untuk menerangkan badan, pasukan atau syarikat berkenaan atas alasan kegunaan wajar tertakluk kepada undang-undang hak cipta Amerika Syarikat.

Penggunaan logo tersebut tidak bermakna organisasi tersebut menyokong Wikipedia atau Yayasan Wikimedia, dan tidak juga bermakna Wikipedia atau Yayasan Wikimedia menyokong organisasi tersebut. Lihat Wikipedia:Logo dan Wikipedia:Hak cipta.

  • Logo berhakcipta, seperti semua media tidak bebas, memerlukan rasional penggunaan berasingan dalam laman penerangan imej setiap kali digunakan dalam rencana. Templat {{logo fur}} boleh membantu penyunting membina rasional.
  • Usaha munasabah perlu dilakukan untuk memastikan yang logo tersebut adalah tepat dan kelihatan berkualiti. Akal budi mengatakan yang logo yang ditonjolkan di tapak web pemiliknya sepatutnya OK digunakan, kerana ia melambangkan kehendak bagaimana mereka hendak mempamerkan logo itu pada kaca komputer dengan peleraian skrin tipikal. Elakkan menukar saiz logo—cuba cari yang sesuai. Jangan gunakan logo yang ditukar saiz sekiranya ia tidak kelihatan elok.
  • Resolusi yang terlalu tinggi pada logo berhakcipta hendaklah dielakkan, kerana ia lebih susah dikategorikan sebagai kegunaan wajar. Untuk format SVG, versi logo yang mengandungi perincian yang lebih berbanding yang diperlukan untuk dipaparkan pada resolusi yang dikehendaki hendaklah dielakkan.
  • Biasanya, hanya logo semasa perlu dipaparkan. Jika logo lama digunakan, ia hendaklah dinyatakan dalam kapsyen.
  • Perhatian lebih hendaklah diberikan apabila menggunakan logo ensiklopedia atau karya rujukan lain dalam rencana Wikipedia. Walaupun ia mungkin tidak melanggar hak cipta, ia boleh menimbulkan isu tanda dagangan.
  • Kebenaran pemilik logo tidak perlu diminta sebelum menggunakan logo mereka, selagi penggunaannya tertakluk di bawah kegunaan wajar, tidak memberi tanggapan yang logo tersebut bersekutu atau menyokong Wikipedia atau rencana yang logo itu diletakkan, dan tidak memberikan sebab munasabah untuk pemiliknya membuat aduan. Tujuan panduan khusus di atas adalah untuk memenuhi syarat ini.
  • Jika berlaku keadaan pemilik membantah penggunaan logonya, tindakan yang disyorkan ialah untuk pemilik sendiri yang mengeluarkan logo tersebut, selepas memperkenalkan diri dan memberikan sebabnya di laman perbincangan rencana yang berkenaan.
  • Sekiranya berlaku pertikaian, beban membukti terletak pada pihak yang ingin memasukkan logo. Ini tidaklah bermakna yang seorang pengguna boleh memveto sepersetujuan mengenai penggunaan logo tersebut, melainkan orang itu merupakan pemilik logo.
  • Sekiranya mana-mana logo dikeluarkan disebabkan bantahan pemiliknya, jangan cuba untuk memasukkannya kembali (kecuali mungkin dalam kes luar biasa, dan cuma selepas perbincangan terperinci). Peruntukan panduan ini adalah untuk penggunaan biasa menurut akal budi dan bukan untuk kes luar biasa.
  • Logo yang mengandungi slogan seeloknya digantikan dengan logo tanpa slogan.