Wikipedia:Manual gaya penulisan/Biografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Tujuan Wikipedia:Manual gaya penulisan (atau panduan gaya) ialah untuk memberi garis panduan bagi memeliharakan ketekalan pandang dan teks. Pematuhannya oleh penulis-penulis, khususnya penulis baru, tidak diperlukan. Penyertaan anda diutamakan. Sila membuat apa sahaja yang anda berupaya dan tinggalkan kepada penyunting yang mahir untuk mengemaskinikan rencana anda.

Penyumbang-penyumbang baru diingatkan bahawa penulisan yang jelas, bermaklumat serta tidak berpihak adalah lebih mustahak daripada penyampaian dan penformatan.

Perenggan pendahuluan[sunting sumber]

Perenggan pendahuluan harus mengemukakan:

  1. Nama-(nama) dan gelaran-(gelaran), jika ada (sila lihat: Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana (nama dan gelaran))
  2. Tarikh kelahiran dan kematian, jika diketahui (sila lihat: Wikipedia:Manual gaya penulisan (tarikh dan nombor)#Tarikh kelahiran dan kematian)
  3. Kewarganegaraan
  4. Pencapaian mereka
  5. Mengapa pencapaian mereka dianggap penting.

Contoh:

Nama-nama[sunting sumber]

Sedangkan tajuk rencana harus merupakan nama orang yang sering dikenali, nama penuh orang tersebut harus diberikan dalam perenggan pimpin, jika diketahui. Banyak budaya mempunyai tradisi yang tidak menggunakan nama penuh dalam rujukan harian, tetapi rencana harus bermula dengan versi yang paling dikenali ramai. Umpamanya:

Dalam beberapa kes, orang itu telah menukarkan nama pada suatu masa selepas dilahir. Dalam kes-kes tersebut, nama asal harus diberikan juga:

Nama samaran dan nama umum[sunting sumber]

Bagi orang-orang yang lebih dikenali dengan nama samaran, nama asal mereka lazimnya ditulis dahulu pada permulaan rencana, diikuti rapat oleh nama samaran. Ikutlah amalan ini walaupun rencana tersebut dinamakan dengan nama samaran:

Sebagai ganti, nama asal boleh ditulis selepas nama samaran seperti berikut:

Biasanya, tiada keperluannya untuk menjelaskan mengapa tajuk rencana dan perenggan pimpin mempunyai nama yang berbeza. Untuk nama yang biasa disingkat dalam penggunaan harian, umpamanya "Johnny" sebagai "John":

"Johnny Reid "John" Edwards (lahir 10 Jun, 1953) ..."

adalah lebih baik daripada mengatakan:

Johnny Edwards dilahirkan dengan nama "Johnny Reid Edwards".

Ini adalah kerana ayat kedua memberi tanggapan bahawa Johnny telah menukarkan namanya.

Gelaran hormat[sunting sumber]

Kemasukan awalan dan gaya gelaran hormat telah menimbulkan kontroversi dalam Wikipedia. Sewaktu ini, dasar Wikipedia membezakan dua jenis penggunaan. Kebanyakan pengguna (tetapi bukan kesemuanya) menganggap bahawa cara yang berikut dapat diterima:

Disebabkan kontroversi yang utama dalam penggunaan gelaran raja dan paus, mulai daripada Ogos 2005, satu dasar baru telah dipersetujui selepas perbincangan meluas di Wikipedia bahasa Inggeris.

Gaya tidak akan digunakan lagi untuk memulakan rencana raja dan paus. Oleh sebab itu, rencana Paus Benedict XVI tidak lagi again bermula dengan "His Holiness Pope Benedict XVI . . . ". Sama juga dengan rencana Permaisuri Victoria yang tidak lagi akan bermula dengan "Her Majesty Queen Victoria . . ."
Sebagai ganti, sebuah kotak infobox akan digunakan. Kotak ini akan memberikan nama rasmi, nama pertuturan dan versi alternatif untuk ahli keluarga diraja atau paus (contoh: Templat:Infobox UKkingstyles).

Penggunaan nama yang berikutan[sunting sumber]

Selepas menyebutkan nama orang, orang tersebut boleh dirujukkan dengan nama keluarga sahaja. Umpamanya:

Fred Smith adalah seorang pelukis kubisme pada abad ke-15. Dia berpindah ke Genoa, di mana dia bertemu dengan John Doe. Smith kemudian mengatakan: "Blah, blah, blah...!"

Orang itu boleh dirujuk dengan penggunaan nama pertama dalam kes raja, umpamanya, "Putera John", "Puteri Jane", atau "Duke", "Earl" "Duchess", "Countess", "Tengku Mahkota", dan sebagainya. Begitu juga, jika seorang dianugerahkan, mereka boleh di rujuk sebagai "Sir Steven" (untuk Sir Steven Redgrave) atau "Dame Judi" (untuk Dame Judi Dench) - tetapi bukan "Sir Redgrave" atau "Dame Dench". Untuk orang yang lain, adalah lebih baik bagi merujuk kepada nama keluarganya sahaja dan bukan nama pertama, walaupun perbuatan tersebut tidak menimbulkan kontroversi. Kegunaan nama pertama memberi tanggapan bahawa penulis kenal orang yang ditulis secara rapat. Walaupun ini mungkin benar, ia tidak berkaitan ataupun relevan.

Kaum-kaum bangsawan boleh dirujuk dengan gelaran mereka jika panggilan itu merupakan cara yang biasa untuk merujukkan kepada mereka, umpamanya Robert Dudley, Earl Leicester Pertama boleh menjadi "Earl Leicester" ataupun "Leicester" sahaja dalam penyebutan kemudian. Sila berhati-hati supaya jangan memberikan gelaran terlalu cepat; umpamanya, gunakanlah "Robert Dudley" ataupun "Dudley" sehingga dia dianugerahkan pada 1563.

Untuk membezakan dengan adik-beradik ataupun saudara-mara lain yang terkenal, gunakanlah nama keluarga untuk merujukkan kepada orang yang ditulis, dan gunakanlah nama pertama ataupun nama penuh untuk merujukkan kepada orang yang lain.

Lihat juga[sunting sumber]