Wikipedia:Manual gaya penulisan/Laman nyahkekaburan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garis Panduan Gaya
Manual Gaya Penulisan Utama
Manual-manual tambahan
Bagaimana menyunting halaman
Garis panduan reka letak
Penulisan yang lebih baik
Unsur-unsur dasar
Tajuk rencana
Tajuk bahagian
Bahagian
Pautan
Imej: Tajuk
Imej: Tutorial
Kategori
Menyebut sumber-sumber
Unsur-unsur khas
Istilah teknikal dan takrif
Menerangkan jargon
Matematik: Simbol
Nama benda dan perkara
Nama khas
Nota kaki
Pengelasan orang
Perintah kendali: Contoh
Senarai
Tanda niaga
Tanda sengkang
Tarikh dan nombor
Gaya untuk halaman istimewa
Biografi
Halaman nyahkekaburan

Halaman nyahkekaburan adalah sama dengan alihan dan merupakan halaman nyahrencana dalam ruang nama rencana. Tujuannya adalah untuk membenarkan para pengguna memilih beberapa rencana Wikipedia, lazimnya sewaktu mereka mencari melalui perkataan yang kabur.

Garis panduan gaya ini bertujuan untuk menjadikan proses lebih efisien dengan memberikan halaman-halaman nyahkekaburan rupa yang tekal serta mengelakkan maklumat yang mengalih perhatian, umpamanya pautan yang tidak berkenaan (baik pautan dalaman ataupun pautan luar).

Panduan ini berkenaan dengan halaman-halaman yang mempunyai kandungan nyahkekaburan, baik tajuk halaman mengandungi perkataan "nyahkekaburan" atau tidak. Panduan ini tidak berkaitan dengan rencana-rencana topik utama yang mengandungi nota "lihat juga" atau sebagainya.


Ayat pertama[sunting | sunting sumber]

Serupa dengan rencana biasa, tajuk halaman harus dicetak dalam huruf tebal (bukan huruf condong). Ia harus bermula dengan frasa yang berakhir dengan tanda titik bertindih dan memperkenalkan senarai berbulet:

XYZ boleh merujuk kepada:

Jarak waktu boleh membawa makna:

Muhamad Ali merupakan nama:

ABC boleh merupakan:

Tajuk-tajuk untuk buku dan filem perlu dicetak dalam huruf condong tebal mematuhi Wikipedia:Manual gaya penulisan (tajuk).

Masukan-masukan[sunting | sunting sumber]

Sentiasalah ingat bahawa tujuan utama bagi halaman nyahkekaburan adalah untuk membantu pengguna mencari maklumat dengan pantas dan mudah. Halaman-halaman ini bukan untuk pemeriksaan teliti, tetapi hanya untuk membantu pengguna melayar ke rencana tertentu.

  • Mulakan setiap masukan dengan bulet (yakni, asterisk dalam markap wiki) serta huruf besar. Hanya kemasukan-kemasukan yang berpaut, bukan ayat-ayat pimpin, harus mempunyai tanda bulet.
  • Cuba pautkan kepada halaman nyahkekaburan dengan perkataan pertama dalam ayat, seperti berikut:
    • Gol (bola sepak), benda di setiap hujung padang bola sepak;
    • bukan: Dalam bola sepak, gol merupakan benda di setiap hujung pada bola sepak.
  • Tidak perlunya menegaskan pautan dengan huruf tebal atau huruf condong, kecuali tajuk (seperti untuk buku dan filem) yang mungkin harus menggunakan huruf condong sepadan dengan Wikipedia: Manual gaya penulisan (tajuk).
  • Berbeza dengan halaman rencana yang biasa, jangan memautkan perkataan lain dalam ayat, kecuali ia adalah penting untuk membantu pembaca untuk menentukan di mana mereka akan mendapat maklumat. Contohnya:
  • Pautan merah (pautan ke rencana yang belum dicipta) boleh dimasukkan hanya jika anda yakin bahawa sebuah rencana bergaya ensiklopedia boleh ditulis.
  • Jangan masukkan takrif kamus (sila lihat di bawah) untuk cara memasukkan pautan Wikitionary.
  • Masukan-masukan biasanya harus merupakan frasa. Jika masukan merupakan ayat penuh, jangan masukkan koma atau tanda titik pada akhir ayat.

Umpamanya:

Bulan boleh membawa maksud:

Jenis-jenis masukan tertentu[sunting | sunting sumber]

Orang[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Senarai orang mengikut nama

Untuk orang, masukkan tahun kelahiran dan kematian, jika diketahui, serta huraian yang mencukupi untuk membezakannya dengan orang lain yang mempunyai nama yang sama. Perhatikan kelaziman tarikh kelahiran dan kematian: lihat Tarikh kelahiran dan kematian.

John Smith adalah nama:

Tempat[sunting | sunting sumber]

Untuk tempat, hanya tajuk halaman rencana diperlu.

Jacksonville boleh merujuk kepada:

Jika nama negara dianggap perlu ditulis selepas pautan, jangan pautkan nama negara.

Kimberley merupakan nama:

Kapal[sunting | sunting sumber]

Sinonim[sunting | sunting sumber]

Jika pautan mengaitkan sinonim, gunakan tajuk halaman rencananya sahaja:

Camca sup boleh merujuk kepada:

Notasi perkaitan URL[sunting | sunting sumber]

Jika perkara yang dihuraikan merupakan sebahagian halaman lain, pautkan kepada bahagian yang berkenaan melalui #notasi perkaitan URL) dan sembunyikannya sebagai puatan paip (sila lihat "syiling" di bawah untuk contoh). Pada kes tersebut, baris tidak perlu bermula dengan pautan, akan tetapi ia harus menjadi pautan wiki yang tunggal.

Ekor boleh merujuk kepada:

Hanya menggunakan ciri ini jika perkara yang dihuraikan benar-benar muncul dalam halaman yang dipaut. Oleh sebab itu, jangan tulis:

  • Suis buka-tutup ialah alat untuk memasang set televisyen

jika rencana televisyen tidak mengatakannya.

Bahasa asing[sunting | sunting sumber]

Bagi istilah bahasa asing, pastikan bahawa rencana itu wujud ataupun boleh ditulis untuk perkataan ataupun frasa tersebut. Lazimnya, ini bermakna bahawa istilah tersebut telah dipergunakan dalam Bahasa Melayu ataupun oleh pakar-pakar.

Atom boleh merujuk kepada:

Jangan tambah ayat-ayat bagi perkataan atau frasa yang dieja serupa dengan istilah dalam Bahasa Melayu. Contohnya, elakkan:

  • Atom, perkataan bahasa Greek untuk unit terkecil daripada unsur kimia yang boleh terlibat dalam sesuatu perubahan kimia

Pemaipan[sunting | sunting sumber]

Pemaipan bermaksud menyembunyikan tajuk benar rencana yang dipaut dengan menggantikannya dengan teks yang lain, lazimnya untuk mengelakkan kegunaan tanda kurung.

Jangan memaipkan nama pautan ke rencana yang disenaraikan; contohnya, Momen (fizik). Dalam kebanyakan kes, ini diperlu oleh pengguna untuk membezakan rencana.

Pengecualian:

  1. Paipkanlah jika anda ingin berpaut ke tempat perkaitan dalam halaman sasaran.
  2. Paipkanlah jika tajuk rencana berbeza daripada yang apa sewajarnya disebabkan had teknikal {{tl|Tajuksalah}}; umpamanya, USS Adder (SS-3) atau LATEX.

Jika sebuah perkataan dalam tajuk dipaut (kejadian luar biasa), anda boleh menggunakan paip dalam pautan tersebut.

Pautan ke topik utama[sunting | sunting sumber]

Jika sebuah halaman mengandungi perkataan "(nyahkekaburan)" dalam tajuknya, pengguna jarang akan mencapainya dengan tidak sengaja. Mereka akan mencapainya melalui pautan dari rencana utama, melalui pencarian, ataupun dengan menaip URLnya secara langsung.

Pautan di rencana utama harus seperti ikut:

Untuk kegunaan lain, sila lihat Bintang (nyahkekaburan).

Oleh sebab amat jarang bahawa mereka akan mencari takrif yang terkenal, ia tidak patut dicampurkan dengan pautan yang lain. Adalah disyorkan bahawa pautan diletak kembali ke bahagian atas topik utama, seperti berikut:

Bintang ialah salah satu cakerawala yang mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam.

Bintang juga bermakna:

Susunan masukan[sunting | sunting sumber]

Dalam kebanyakan kes, susunlah butiran mengikut kekerapan penggunaannya, yakni letakkan maksud yang sering diguna di atas dan yang jarang diguna di bawah. Susanan yang disyorkan adalah:

  1. Rencana dengan penjernih dalam tanda kurung (bulan (pokok))
  2. Rencana dengan mempunyai tajuk halaman nyahkekaburan sebagai sebahagian tajuknya (Papan kekunci komputer sebagai salah satu masukan halaman nyahkekaburan dalam rencana Papan kekunci)
  3. Sinonim
  4. Rencana panjang yang tajuk halaman nyahkekaburan sebagai tajuk bahagian (Seni Zaman Pertengahan dari halaman nyahkekaburan Fresco)

Untuk tempat ataupun orang, penggunan susunan mengikut abjad atau kronologi adalah lebih sesuai — tetapi hanya bagi rencana yang serupa umum. Sentiasa letakkan maksud-maksud yang terkenal di atas. Kecuali senarai terlalu pendek, pisahkanlah rencana dari kategori (1) dan (2) daripada rencana dari kategori (3) dan (4) dengan menggunakan frasa "boleh merupakan" seperti berikut:

XYZ boleh merujuk kepada:

XYZ juga merujuk kepada:

Senarai panjang[sunting | sunting sumber]

Jika terdapat banyak masukan, senarai boleh dibahagikan mengikut bidang perkara, seperti berikut:

PQR boleh merujuk kepada:

Dalam bidang sains:

Dalam bidang muzik sedunia:

  • #PQRS (Qatar), sejenis alat muzik yang mempunyai tujuh tali
  • #PQRS (Peru), sejenis alat tiup yang hampir-hampir serupa dengan auraro

Jika senarai terlampau panjang (melebihi tiga puluh masukan), anda boleh menggunakan tajuk bahagian sebagai ganti ataupun tambahan, seperti dalam halaman John Taylor di Wikipedia bahasa Inggeris. Untuk memendekkan halaman, sembunyikanlah jadual kandungan melalui __NOTOC__ pada bahagian atas halaman ataupun gunakanlah {{TOCright}} untuk meletakkan jadual pada sebelah kanan halaman.

Bahagian "Lihat juga"[sunting | sunting sumber]

Anda boleh masukkan istilah yang serupa tetapi kabur, mengandungi ejaan salah dan sebagainya. Bagaimanapun, jangan gunakannya untuk kegunaan kata-kata tajuk utama yang sah.

Notis nyahkekaburan[sunting | sunting sumber]

Letakkan templat nyahkekaburan pada bahagian bawah rencana. Templat ini memaparkan pesanan berikut (sejak Januari 2006) serta memasukkan secara automatik pada halaman tersebut:

Peraturan penyimpangan[sunting | sunting sumber]

Setiap cadangan mengenai gaya akan terdapatnya beberapa halaman yang mempunyai alasan yang munasabah untuk membuat penyimpangan. Garis panduan ini bertujuan untuk memeliharakan ketekalan, akan tetapi kebergunaan diutamakan. Oleh sebab itu, menghiraukan sahaja garis panduan jika anda mempunyai alasan yang munasabah.