Wikipedia:Manual gaya penulisan/Tajuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Di sini adalah garis panduan untuk penyampaian tajuk bagi perkara-perkara yang dirujuk dalam rencana Wikipedia. Bagi garis panduan yang berkaitan dengan penamaan rencana Wikipedia, sila lihat Wikipedia: Cara pemilihan nama.

Huruf condong[sunting sumber]

Huruf condong harus digunakan untuk tajuk yang berkaitan dengan:

  • Bakteria, sewaktu dinamakan sebagai spesies genus, umpamanya Bacillus subtilis dan Escherichia coli
  • Buku
  • Komik dan komik web
  • Permainan komputer dan video
  • Perbicaraan
  • Filem
  • Puisi panjang/puisi agung
  • Album muzik
  • Nama kereta api penumpang
  • Karya orkestra
  • Terbitan berkala (surat khabar, jurnal, dan majalah)
  • Drama
  • Kapal
  • Siri televisyen
  • Karya seni tampak

Singkatan untuk perkataan di atas harus ditulis dengan huruf condong. Jika tajuk merupakan pautan, anda harus meletakkan markap condong diluar tanda kurung. Bagaimanapun, sila lihat contoh Titanic di bawah untuk kes khas.

Contoh[sunting sumber]

Tanda petikan[sunting sumber]

Huruf condong biasanya digunakan untuk tajuk karya yang lebih panjang. Tajuk untuk karya yang pendek seperti berikut harus dikurungkan dengan tanda petikan ganda:

  • Rencana, karangan ataupun kertas kerja
  • Bab untuk karya yang lebih panjang
  • Episod untuk siri televisyen
  • Puisi pendek
  • Cerpen
  • Lagu
  • Patung

Contoh[sunting sumber]

Pengecualian[sunting sumber]

Terdapat beberapa kes yang mana tajuk harus tidak mempunyai huruf condong atau tanda petikan:

  • Kitab
  • Dokumen undang-undang ataupun perlembagaan
  • Permainan tradisional

Tanda baca[sunting sumber]

Baik tajuk mempunyai huruf condong ataupun tanda petikan, tanda baca (seperti koma) harus diletakkan di luar markap, seperti yang ditunjukkan oleh senarai-senarai di atas — koma bukanlah sebahagian tajuk. (Nama buku bukannya Huckleberry Finn,.)