Wikipedia:Meja bantuan/Adakah anda di tempat yang betul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Adakah saya di tempat yang betul?[sunting sumber]

Anda baru sahaja hendak mebuka topik baharu di Meja bantuan Wikipedia, sebuah halaman dikendalikan oleh penyunting sukarelawan untuk membantu ahli baru dan lama menggunakan Wikipedia Bahasa Melayu. Pertama dan terpenting, jika soalan anda itu umum tidak berkaitan dengan Wikipedia, anda mungkin ingin melawat Meja rujukan Wikipedia, iaitu tempat sesuai mengajukan soalan ilmiah.

Di manakah mungkin saya perlu berada?[sunting sumber]

Jika anda ingin mengajukan soalan berkenaan.... Kamu mungkin sebenarnya ingin ajukannya di sini...
...bantuan suntingan Anda mungkin ingin melihat FAQ dahulu - terdapat soalan-soalan lazim telah dijawab di sana.
...maklumat berkenaan topik khusus Lihat Meja rujukan kami.
...nasihat berkaitan rencana baharu anda tulis Cuba tanya di Meja bantuan penyumbang baharu.
...pertolongan berkaitan isu-isu hak cipta Untuk teks, sila ajukan di Perbincangan Wikipedia:Hak cipta. Untuk imej, ajukan di Wikipedia:Soalan hakcipta media.
...pertolongan berkenaan pertikaian isi Ikuti langkah-langkah yang telah digariskan dalam Wikipedia:Penyelesaian pertikaian.
...pertolongan berkenaan vandalisme (laku musnah) Vandalisme atau laku musnah boleh di dibalikkan dan pemberian amaran terhadap pengguna tersebut seperti yang diterangkan di Wikipedia:Laku musnah. Kekerapan laku musnah bolehlah dilaporkan di perbincangan laku musnah.
...memohon lindungan halaman Failkan satu permintaan di permohonan melindungi halaman. Ia juga boleh digunakan bagi meminta menyunting halaman yang dilindungi.
...isu-isu lain yang memerlukan perhatian daripada penyelia Mulakan topik baru perbincangan di Kedai Kopi WBM.
...perubatan, undang-undang, atau nasihat-nasihat profesional yang lain Sila jangan tanya di sini. Wikipedia tidak boleh tawar nasihat perubatan, perundangan, mahupun nasihat profesional yang lain, dan tidak bertanggungjawab dalam kesasihan isi-isi kami. Kami hanyalah sebuah ensiklopedia!
...menghalang pembacaan maklumat-maklumat tegahan Wikipedia tidak tertapis, dan dalam usaha kami menyediakan maklumat-maklumat dengan prespektif yang lebih luas, kami mungkin meliputi bahan-bahan berpotensi bersifat buruk. Di Wikipedia, anda perlulah menilainya sendiri. Terdapat beberapa perihal pembuangan halaman yang ingin anda ketahui dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut.
...pertolongan berkenaan produk yang anda miliki Sila hubungi bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat produk yang anda beli, jika anda ada masalah berkenaan produk mereka. Kami mungkin mempunyai rencana berkenaan syarikat atau produk tersebut, namun kami tiada kaitan dengan mereka dalam segi apapun.
...pertolongan berkenaan MediaWiki, sebuah perisian yang menjalankan Wikipedia Jika soalan anda tidak berkaitan langsung dengan Wikipedia, cuba ajukan di meja sokongan MediaWiki, atau #mediawiki IRC atau senarai surat-menyurat mediawiki-l.

Ya! Saya berada pada tempat yang betul![sunting sumber]

Bagus! Jadi ajukan soalan kamu itu pada Meja bantuan Wikipedia. Jangan lupa untuk kembali melihat maklumbalas pertanyaan kamu!

(Perhatian, di sini bukanlah tempat mengajukan soalan. Hanya "Meja Bantuan" Wikipedia akan menerima dan memberi maklumbalas atas soalan-soalan anda itu. Maka sila kembali ke Meja bantuan, sunting halaman tersebut (atau yang ini), ajukan soalan kamu di situ, dan tekan “Simpan”. Terima kasih!)