Wikipedia:Melindungi privasi kanak-kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Langkah-langkah yang sewajarnya yang menghalang beberapa masalah yang berkaitan dengan interaksi antara kanak-kanak naif, pemangsa dewasa, dan operasi memberentas oleh penguatkuasa undang-undang adalah sesuai.

Semua pengguna, termasuk kanak-kanak, dibenarkan untuk menyunting tanpa nama tanpa menghantar maklumat identiti. Usaha yang wajar untuk mengelakkan kanak-kanak dari mendedahkan maklumat identiti peribadi adalah wajar.

Pengguna yang mengganggu Wikipedia dengan serius mungkin disekat. Pengguna yang mengenalpasti diri sebagai kanak-kanak, menonjolkan perwatakan berunsur seksual, dan mendedahkan maklumat peribadi seperti pautan kepada laman-laman web yang bertujuan untuk hubungan sosial adalah terbabit dengan perilaku yang mengganggu dan mungkin disekat. Ambil perhatian bahawa mereka yang mendakwa kanak-kanak mungkin ebenarnya orang dewasa yang menyamar sebagai anak-anak untuk pelbagai alasan.

Apabila seorang pengguna mengenal diri sebagai seorang kanak-kanak, terutamanya jika mereka memberikan maklumat peribadi, masalah ini sering menjadi bahan perbincangan di antara pentadbir. Kadang-kadang pengguna kurang matang dan akhirnya disekat kerana mengganggu. Jika mereka tidak mengganggu, maklumat peribadi boleh dihapuskan dan pengguna dinasihat seperti yang ditunjukkan di bawah ini.[1]

Tindak balas[sunting | sunting sumber]

Pengguna yang mengganggu Wikipedia dengan menyamar sebagai kanak-kanak, menonjolkan peribadi provokatif, dan mendedahkan maklumat peribadi mungkin disekat berasaskan setiap kes.

Pengguna yang kelihatannya sebagai kanak-kanak menyunting secara ikhlas yang mendedahkan maklumat peribadi perlu dimaklumkan potensi bahaya pendedahakn sebegitu. Mereka perlu dinasihatkan bahawa pendedahan maklumat peribadi adalah tidak baik dan berkemungkinannya merbahaya. Menghapuskan laman dan oversight mungkin digunakan dalam kes bersesuaian bagi menghapuskan maklumat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Protecting children's privacy - Requests for Arbitration". Wikipedia. 2006-12-5. Diperoleh pada 2008-06-30.