Bantuan:Mencari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikipedia:Mencari)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kotak carian terletak di kiri pelayar web anda

Untuk mencari di Wikipedia:

  • Lihat di sebelah kiri pelayar web anda, terdapat satu kotak yang berlabel cari, dan diikuti dengan butang Pergi dan Cari. Taip sahaja apa yang anda ingin cari ke dalam "kotak carian" dan tekan kekunci Enter. Atau klik Pergi / Cari.
  • Jika tiada di situ, lihat di bahagian atas kanan, akan terdapat satu kotak yang berlabel Cari. Taip sahaja apa yang anda ingin cari ke dalam "kotak carian" tersebut dan tekan kekunci Enter. Atau klik ikon carian dalam kotak itu.

Enjin Carian Luar[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak enjin gelintar yang boleh mencari dalam laman web tertentu sahaja, termasuk Wikipedia. Biasanya carian tersebut adalah berdasarkan teks yang ditunjuk di dalam perlayar web, jadi markup wiki tidak menjadi masalah.

Secara amnya, pencarian yang menggunakan enjin carian/gelintar luar adalah lebih pantas daripada carian Wikipedia. Walau bagaimanapun, oleh kerana cache enjin gelintar bergantung kepada bila sesuatu laman web diindeks, halaman yang baru dicipta tidak akan terpapar. Ini juga bermakna cache enjin tersebut mungkin tidak dapat memaparkan versi terkini sesuatu halaman. Seperkara lagi, apabila menggunakan carian luar, rencana yang dikehendaki (sekiranya ada) jarang berada di tempat teratas, sebaliknya berada lebih bawah daripada rencana-rencana lain yang turut memuatkan perkataan yang dicari. Ini adalah disebabkan oleh teknik pencarian optimum enjin carian tersebut.

Persoalan-persoalan ini mungkin boleh diatasi dengan menggunakan beberapa enjin carian kerana setiap enjin gelintar memproses Wikipedia dengan cara yang berbeza:

  • Yahoo! memasukkan Wikipedia sebagai satu kandungan tetap dan mengemaskini datanya (Yahoo!) secara berkala.
  • Clusty memuaturun data/kandungan Wikipedia dan memprosesnya secara berkala, kemudian mencipta abstrak secara automatik dan thumbnail gambar. Clusty juga menguraikan alihan (redirect), penghilang kekaburan (disambiguation) dan kategori.

Google[sunting | sunting sumber]

Dengan menggunakan pautan-pautan di bawah, anda boleh menggunakan enjin gelintar Google untuk mencari di dalam Wikipedia - sama ada dalam semua bahasa, ataupun cuma Wikipedia Bahasa Melayu.

Jika anda selalu mencari menggunakan Google, anda mungkin mahu memasang Google Toolbar. Dengan menggunakan butang "Search current site" anda boleh mencari di dalam Wikipedia ini dengan pantas. Google Toolbar yang rasmi hanyalah untuk kegunaan Internet Explorer pada Windows, namun terdapat juga versi tidak rasmi untuk pelayar web Mozilla (http://googlebar.mozdev.org/) yang merupakan sumber terbuka dan boleh berfungsi pada mana-mana system pengoperasian yang boleh dipasang perisian Mozilla, sama ada Windows, Linux atau Mac OS X.

Yahoo![sunting | sunting sumber]

Dengan menggunakan pautan-pautan di bawah, anda boleh menggunakan enjin gelintar Yahoo! untuk mencari di dalam Wikipedia - dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain, namun tidak bahasa Melayu.

Jika anda selalu mencari menggunakan Yahoo!, anda mungkin mahu memasang Yahoo! Companion Toolbar. Dengan menggunakan butang "Search Only the Current Site" anda boleh mencari di dalam Wikipedia ini dengan pantas. Seperti Google, Yahoo! Companion Toolbar yang rasmi hanyalah untuk kegunaan Internet Explorer pada Windows.

Clusty[sunting | sunting sumber]

Dengan menggunakan pautan-pautan di bawah, anda boleh menggunakan enjin gelintar Clusty untuk mencari di dalam Wikipedia Bahasa Inggeris sahaja.

Jika anda selalu mencari menggunakan Clusty, anda mungkin mahu memasang Clusty Toolbar (versi beta). Dengan menggunakan butang "Encyclopedia search source" anda boleh mencari di dalam Wikipedia Bahasa Inggeris dengan pantas. Istimewanya Clusty ialah selain daripada untuk Internet Explorer pada Windows, Clusty Toolbar juga boleh didapati untuk Mozilla Firefox (versi beta).

Carian Wikipedia[sunting | sunting sumber]

Carian dalaman Wikipedia (melalui kotak carian di sebelah kiri setiap halaman) mungkin tidak boleh digunakan ketika waktu puncak atau ketika pelayan (server) sibuk (mungkin beberapa jam). Namun demikian, di bawah ini ada beberapa petunjuk untuk menolong anda mencari dengan lebih berkesan.

Lihat juga Bantuan:Keutamaan saya dan Wikipedia:Butang pergi.

Jika anda tidak berjumpa halaman yang dikehendaki[sunting | sunting sumber]

Jika anda tidak berjumpa dengan halaman yang dikehendaki, mungkin anda boleh memulakan laman baru, kerana semua orang boleh menyunting Wikipedia bila-bila masa. Ataupun mungkin anda boleh menambahkan pencarian anda pada halaman rencana dipohon. Ataupun jika anda mempunyai soalan yang ingin ditanya, anda boleh mengutarakannya di meja rujukan atau kedai kopi.