Wikipedia:Menutup tulisan anda dengan kesimpulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesimpulan merupakan gagasan yang tercapai pada penghujung perbincangan. Dengan kata lain ia adalah buah hasil dalam suatu perbincangan.

Perbincangan yang berisi adalah perbincangan yang mencapai suatu kesimpulan. Sebaliknya, perbincangan yang tidak melahirkan suatu kesimpulan, ataupun tidak bertujuan melahirkan suatu kesimpulan, merupakan perbincangan yang kosong dan tidak berhasil. Sehunbungan itu, segala penulisan anda di wikipedia, sama ada di laman rencana ataupun laman perbualan haruslah menuju ke arah kesimpulan. Ini adalah kerana Wikipedia merupakan laman yang bersifat ilmiah dan bukan laman yang disediakan untuk perbualan ringan.

Anda dinasihati supaya membiasakan diri untuk menutup tulisan anda dengan kesimpulan. Tabiat ini menandakan anda menulis dengan bertujuan, yakni menulis untuk mencapai suatu kesimpulan.

Petua untuk membuat kesimpulan[sunting sumber]

Kesimpulan merupakan bahagian yang paling sukar dalam suatu penulisan. Tetapi ia akan menjadi lebih mudah sekiranya anda berpandukan petua di bawah:

  • Apabila anda menulis tentang suatu persoalan, maka kesimpulan yang harus anda mencapai ialah jawapan.
  • Apabila anda menulis tentang suatu masalah,(misalnya berbincang di kedai kopi), maka kesimpulan yang harus anda mencapai ialah suatu rancangan tindakan.
  • Apabila anda menulis tentang suatu pemerihalan, yakni perbincangan tentang suatu pengwujudan, maka kesimpulan yang anda harus mencapai ialah suatu generalisasi tehadap apa yang telah diperihalkan.

Pada kesimpulannya, kesimpulan yang akan dicapai dalam sessuatu penulisan adalah sangat bergantung kepada tujuan penulisan.