Wikipedia:Meta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Meta

Meta, atau Meta-Wiki Wikimedia, di meta.wikimedia.org, merupakan sebuah tapak web berasaskan wiki yang merupakan projek penyelarasan wiki Yayasan Wikimedia.

Pertama kali dicipta sebagai Meta-Wikipedia pada November 2001, kini ia memainkan peranan sebagai berikut:

  1. Perbincangan dan perumusan projek Wikimedia, termasuk Wikipedia, dan khususnya perbincangan dasar.
  2. Sebuah forum untuk esei peribadi yang tidak semestinya NPOV
  3. Sebuah tempat untuk menganjurkan dan menyiapkan isi, membincangkan masalah penyelarasan antara bahasa (kini ke Wikidata).
  4. Sebuah tempat untuk menyelaraskan proses perkembangan.
  5. Sebuah tapak bantuan dalam menggunakan perisian MediaWiki.
  6. Suatu tempat penyelarasan anti-spam dan anti-vandalisme baki wiki kecil.

Meta kini ini menjadi salah satu tempat perbincangan bagi anggota Wiki, lainnya adalah senarai mel, saluran IRC, dan laman perbincangan rencana dan pengguna yang berkenaan.

Pada awalnya ia menumpukan kepada Wikipedia versi bahasa Inggeris, Meta telah, sejak menaiktaraf ke perisian khas MediaWiki, menjadi forum perbincangan pelbagai bahasa yang digunakan oleh seluruh komuniti bahasa Wikimedia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]