Wikipedia:Pembongkaran plot harus disertai amaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Plot merujuk kepada jalan cerita yang terdapat dalam sesuatu karya naratif, termasuklah cerpen, novel, komik, filem, drama dan sebaginya. Pembongkaran plot pula merujuk kepada pendedahan jalan cerita yang berlaku di luar konteks karya naratif itu sendiri.

Pembongkaran plot adalah sesuatu yang menjejaskan penghayatan karya naratif. Ini adalah pembaca mungkin akan hilang dorongan untuk menerusi karya naratif sekirannya telah mengetahui pengakhirannya.

Cara memasukkan amaran pembongkaran plot[sunting | sunting sumber]

Amran pembongkaran plot boleh dimasukkan di atas rencana. Amaran ini telah disediakan dalam bentuk templat, yakni:

{{Spoiler}}

yang akan menghasilkan:

Templat yang dicadangkan[sunting | sunting sumber]

Satu cara yang piawai untuk memberikan amaran kepada para pembaca ialah melalui pemasukan {{perusuh}} sebelum teks pendedahan. Ini akan berkembang menjadi:

Jika anda ingin menentukan sifat perusuh saspens (khususnya jika ia tidak nyata daripada tajuk rencana atau bahagian), anda boleh menggunakan {{perusuh-mengenai}} sebelum teks pendedahan. {{perusuh-mengenai|(unsur tertentu)}} berkembang menjadi:

[Gantikanlah (unsur tertentu) dengan rangkai kata yang sesuai.] Templat ini juga boleh digunakan untuk menentukan bahawa perusuh saspens akan menjejaskan karya berbilang kerana rangkai kata boleh merupakan senarai atau huraian karya berbilang yang akan dijejaskan oleh rencana tersebut.

Jika rencana mengandungi perusuh saspens yang melibatkan bukan sahaja perkara dalam rencana tetapi juga perkara-perkara yang lain, anda boleh menggunakan {{perusuh-lain}} sebelum teks pendedahan. {{perusuh-lain|(perkara lain)}} akan menjadi:

[Teks yang dipaparkan di atas sebagai Pembongkaran plot harus disertai amaran merupakan tajuk rencana. Gantikanlah (perkara lain) dengan rangkai kata yang sesuai.]

Berbeza dengan templat {{perusuh-mengenai}}, {{perusuh-lain}} menekankan perbezaan antara perkara dalam rencana dengan perkara lain yang mungkin akan terjejas, dan harus digunakan hanya dalam keadaan yang sesuai.

Perhatikan bahawa sesebahagian penyunting menggalakan penggunaan {{perusuh-mengenai}} berbanding {{perusuh}}, khususnya jika anda tidak pasti teg yang mana adalah lebih baik. {{perusuh-mengenai}} boleh digunakan dalam semua keadaan yang merangkumi keadaan untuk penggunaan {{perusuh-lain}} (walaupun kesannya tidak serupa baik), tetapi kebalikannya tidak benar. Oleh sebab itu, adalah baik jika anda menggunakan sahaja {{perusuh-mengenai}} jika anda tidak pasti.

Jika rencana mengandungi perusuh saspens yang melibatkan perkara yang tidak diliputi oleh templat di atas, anda boleh menggunakan {{perusuh-kosong}} sebelum teks pendedahan. {{perusuh-kosong|(perkara)}} berkembang menjadi:

[Gantikanlah (perkara) dengan rangkai kata yang piawai.]

Jika kesemua templat di atas tidak sesuai untuk rencana anda, anda boleh menciptakan reka bentuk amaran sendiri. Adalah disyorkan bahawa anda menciptakannya secara manual (bukan dalam bentuk templat), kecuali anda menganggapi bahawa amaran perusuh saspens anda yang baru ini boleh digunakan secara meluas untuk pelbagai perkara. Jika dianggap bahawa templat anda yang baru adalah duplikasi templat yang sedia ada, atau penggunaannya terlalu terhad, templat anda mungkin akan dicalonkan untuk dihapuskan.

Jikah hanya sebahagian rencana anda merupakan perusuh saspens, masukkanlah {{perusuhtamat}} untuk menandakan tamatnya bahan-bahan perusuh saspens supaya pembaca boleh melangkau bahan perusuh saspens dan meneruskan pembacaan bahagian yang berikutan. Templat itu berkembangn menjadi:

Templat khusus[sunting | sunting sumber]

Templat perusuh saspens yang berikut adalah untuk penggunaan khusus.

Rahsia silap mata[sunting | sunting sumber]

{{perusuh-silapmata}}

Jawapan teka-teki[sunting | sunting sumber]

Untuk teka-teki dan masalah yang serupa, anda harus memasukkan {{jawapan}} sebelum penyelesaiannya. Ini akan berkembang menjadi:

Alternatif yang tidak dapat diterima[sunting | sunting sumber]

Di dalam pelbagai forum perbincangan internet, satu kelaziman yang amat meluas ialah penggunaan garis kosong untuk menghilangkan teks yang merupakan perusuh saspens daripada pandangan pembaca sehingga pembaca menatal ke halaman yang berikut. Jelasnya, cara ini tidak sesuai untuk ensiklopedia serba guna.

Dalam rangkaian komputer Usenet, satu kaedah yang popular untuk menyembunyikan perusuh saspens merupakan penyulitan ROT13. Ini juga tidak dapat diterima dalam ensiklopedia serba guna.

Satu kaedah yang lazim digunakan untuk menyembunyikan teks perusuh saspens daripada pembaca ialah penggunaan warna teks yang sama dengan latar belakang halaman. Ini akan menyebabkan teks tidak dapat dibaca sehingga pengguna menandai teks tersebut dalam pemilihan mereka. Menyembunyikan teks melalui cara ini tidak dapat diterima kerana ia memerlukan penjelasan kepada para pembaca yang tidak biasa dengan amalan ini, dan juga kerana ia mungkin tidak sepadan dengan peranti ketercapaian komputer seperti pembaca skrin. Sebilangan pelayar web juga menandai teks dengan membalikkan warna teks dan latar belakang. Untuk teks yang putih pada latar belakang yang putih, penandaan akan menghasilkan teks hitam pada latar belakang yang hitam juga.