Wikipedia:Pemeriksa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pentadbiran
Polisi
Tanggungjawab
Birokrat
Pemeriksa
Permohonan
Pengundian
Senarai penyelia
Log hak pengguna

Pemeriksa (Bahasa Inggeris: CheckUser) merupakan status seorang pengguna yang dapat memeriksa alamat IP mana-mana pengguna berdaftar, ataupun nama pengguna mana-mana alamat IP. Hal ini berguna dalam mengenalpasti pengguna boneka (sockpuppet). Tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan pengguna tersebut mengundi/memberi suara lebih dari sekali dan juga melawan laku musnah.

Polisi privasi Wikimedia menyatakan bahawa identiti pengguna adalah sulit dan rahsia, oleh itu penggunaan alat ini sewenang-wenangnya adalah dilarang. Lagipun, akaun boneka/kedua tidaklah dilarang (pengguna Wikipedia boleh menggunakan seberapa banyak akaun yang dia mahu). Yang dilarang adalah penyalahgunaan, terutamanya mengundi lebih dari sekali.

Syarat-syarat menjadi Pemeriksa

Wikipedia bahasa Melayu belum memiliki Pemeriksa sendiri. Oleh itu, sebarang permintaan Pemeriksa hendaklah ditujukan ke Meta-Wiki.

Wikipedia Bahasa Melayu

Meta-Wiki

  1. Minimum 2 CheckUser pada setiap masa.
  2. Minimum dipersetujui 25-30 pengguna.
  3. Minimum dipersetujui 70%-80% pengguna.
  4. Berumur 18 tahun ke atas


Lihat juga