Wikipedia:Penamaan kategori
| Garis Panduan Gaya |
|---|
| Manual Gaya Penulisan Utama |
| Manual-manual tambahan |
| Bagaimana menyunting halaman |
| Garis panduan reka letak |
| Penulisan yang lebih baik |
| Unsur-unsur dasar |
| Tajuk rencana |
| Tajuk bahagian |
| Bahagian |
| Pautan |
| Imej: Tajuk |
| Imej: Tutorial |
| Kategori |
| Menyebut sumber-sumber |
| Unsur-unsur khas |
| Istilah teknikal dan takrif |
| Menerangkan jargon |
| Matematik: Simbol |
| Nama benda dan perkara |
| Nama khas |
| Nota kaki |
| Pengelasan orang |
| Perintah kendali: Contoh |
| Senarai |
| Tanda niaga |
| Tanda sengkang |
| Tarikh dan nombor |
| Gaya untuk halaman istimewa |
| Biografi |
| Halaman nyahkekaburan |
Inilah laman panduan pemberian nama kategori. Untuk panduan penamaan rencana, rujuk Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana.
Isi kandungan |
[sunting] Umum
- Demi konsistensi, nama kategori mesti dibuat dalam bentuk kata tunggal, bukan kata jamak. Contoh: [[Kategori:Negeri di Amerika Syarikat]] dan bukan [[Kategori:Negeri-negeri di Amerika Syarikat]].
- Jika rencana bernama negara, maka rencana itu dikategorikan dengan [[Kategori:Negara]]
- Jika tahun lahir dan mati seseorang diketahui, rencana itu dimasukkan ke dalam [[Kategori:Kelahiran xxxx]] dan [[Kategori:Kematian xxxx]]
[sunting] Kategori negara
[sunting] Penggolongan rencana mengikut negara
[sunting] Subjek statik (geografi, geopolitik)
Rencana berkenaan subjek geografi (termasuk ciri-ciri rupa bumi, geologi, flora dan fauna) dan geopolitik (negeri, wilayah, bandar dsb.) mesti digolongkan dalam kategori yang ada perkataan "di" di antara nama jenis subjek dan nama lokasinya. Cth:
- Sungai Rejang → [[Kategori:Sungai di Malaysia]]
- Wilayah Tochigi → [[Kategori:Wilayah di Jepun]]
Rencana kategori subbahagian juga dialu-alukan, khususnya bagi petempatan, dan binaan dan struktur:
- Menara Berkembar Petronas → [[Kategori:Binaan dan struktur di Kuala Lumpur]] → [[Kategori:Binaan dan struktur di Malaysia]]
Penggunaan kata sendi "di" ditekankan kerana subjek berkenaan hanya terdapat dalam lokasi itu. Adakalanya sesebuah bentuk bumi merentas lebih daripada satu negara atau wilayah, maka ia boleh dikategorikan secara berasingan mengikut negara-negara yang diliputinya. Cth: Sungai Mekong yang merentasi enam negara, iaitu China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam, digolongkan seperti berikut:
- → [[Kategori:Sungai di China]]
- → [[Kategori:Sungai di Kemboja]]
- → [[Kategori:Sungai di Laos]]
- → [[Kategori:Sungai di Myanmar]]
- → [[Kategori:Sungai di Thailand]]
- → [[Kategori:Sungai di Vietnam]]
[sunting] Subjek dinamik (tokoh, pertubuhan, bidang-bidang lain)
Rencana mengenai subjek yang bukan berkenaan dengan geografi, iaitu tokoh, pertubuhan, bidang dsb. mesti digolongkan dalam kategori yang namanya hanya terdiri daripada nama jenis subjek dan lokasinya, tanpa perkataan "di", kerana subjek-subjek sebegini tidak terikat dengan lokasi, sebaliknya ia boleh pergi ke mana sahaja ia berada; lokasi yang diberikan sekadar tempat asal atau bertapaknya subjek itu.
- Microsoft → [[Kategori:Syarikat Amerika Syarikat]]
- Mahathir bin Mohamad → [[Kategori:Perdana Menteri Malaysia]]
- Search → [[Kategori:Kumpulan rock Malaysia]]
[sunting] Pengkategorian kategori mengikut negara
Pokoknya, setiap kategori subjek mengikut negara harus digolongkan dalam satu kategori "mengikut negara". Cth:
- Kategori:Sungai di Malaysia → [[Kategori:Sungai mengikut negara]]
- Kategori:Syarikat Malaysia → [[Kategori:Syarikat mengikut negara]]
Kategori subjek geografi mengikut negara juga wajar digolongkan dalam kategori "di benua". Cth:
- Kategori:Sungai di Malaysia → [[Kategori:Sungai di Asia]]
Bagaimanapun, kategori Geografi keseluruhan sesebuah negara tiada perkataan "di" (cth: [[Kategori:Geografi Malaysia]]) atas sebab-sebab kelaziman.
Kategori tokoh atau kebudayaan mengikut negara harus digolongkan dalam satu kategori "mengikut bangsa" kerana subjek sedemikian tidak terikat kepada satu negara, bahkan tersebar ke seluruh dunia. Cth:
- Kategori:Kebudayaan Malaysia → [[Kategori:Kebudayaan mengikut bangsa]]
Untuk maklumat lanjut mengenai garis panduan pengkategorian rencana-rencana berkenaan negara, sila rujuk WikiProjek Negara.