Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Alistair untuk sysop 16 Jun 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Alistair (Perbualan · Sumbangan · Statistik)

Dengan ini saya kemukakan permohonan untuk menjadi penyelia untuk dikaji dan dibuat pertimbangan sewajarnya. Saya telah cuba memenuhi kesemua syarat. Silalah lantik jika tiada apa-apa keberatan dan pada masa yang difikirkan sesuai. — Alistair 阿力斯特伊儿 04:50, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]

Sokongan[sunting sumber]

  • Disebabkan tiadanya jawapan daripada Yosri tentang soalan saya terhadap kemudahan penyelia sejak 1 Jun 2006, saya telah menyerahkan kemudahan itu kepada Wikimedia[1] tadi. Bagaimanapun, saya masih akan membantu dengan apa-apa sahaja yang dapat tanpa kemudahan itu.

Saya berasa masa ini adalah paling sesuai kerana terdapat beberapa permohonan yang baru, sedangkan saya yang memang keberatan nak menanggung sebarang tanggungjawab. Dengan ini, saya juga "memberanikan diri" untuk mengesyorkan Alistair sebagai penyelia. Adakah saya akan membuat kesilapan buat kali kedua, saya memang tidak akan tahu. Ia seolah-olah menanyakan saya, "Adakah burung dalam gengaman saya ini hidup atau mati? Kesemua tergantung kepada orang yang menggenggam burung.

Bagaimanapun, saya memang berharap bahawa Alistair akan merupakan satu keputusan yang paling baik, supaya dapat memadamkan rekod pengesyoran saya yang begitu buruk, hehehe. — PM Poon 22:39, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

  • Saya menyokong pengesyoran PM Poon untuk menaikkan Alistair sebagai penyelia memandangkan keaktifannya diketahui semua terutama di kalangan penyelia sendiri. Dia juga banyak membantu mengemaskini, memperbaiki, menaiktaraf dan menambah beberapa rencana dan rajin memberikan pendapat untuk mengembangkan wiki Melayu dengan baik. Dia sesuai untuk dijadikan salah seorang penyelia. — Polar 01:39, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]
Pengguna "Alistair " sekarang adalah sysop Yosri 10:24, 19 Jun 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih. Ia merupakan satu penghormatan buat saya. Saya berjanji akan memegang amanah ini dan menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berwibawa. Alistair 阿力斯特伊儿 16:10, 19 Jun 2006 (UTC)[balas]