Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Didie untuk sysop 20 Mei 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Didie (Perbualan · Sumbangan · Statistik)

Saya ingin memohon permohonan untuk menjadi seorang penyelia. Harapan saya adalah memartabatkan Bahasa Melayu di persada dunia. Saya sanggup menjalankan tanggungjawab ini.Didie 13:16, 20 Mei 2006 (UTC)[balas]


Pengguna "Didie" sekarang adalah sysop Yosri 11:23, 2 Ogos 2006 (UTC)[balas]

Komen[sunting sumber]

Saya berasa bahawa seorang yang berminat menjadi penyelia harus diberikan peluang jika masih ada jawatan kosong. Bagaimanapun, selepas kejadian yang baru-baru ini mengenai seorang pengguna amat baru yang diberikan peluang menjadi penyelia tetapi tidak menghargai apa yang diperoleh dengan begitu senang, saya berpendapat bahawa peraturan yang memerlukan seorang pengguna menyertai Wikipedia bahasa Melayu sekurang-kurang tiga bulan harus dipatuhi. Memang peraturan itu mempunyai logik dirinya.

Walaupun begitu, saya berasa permohonan ini tidak patut ditolak tetapi hanya ditangguhkan sehingga pengguna ini mencapai keperluan itu semasa melihat prestasinya. — PM Poon 14:15, 20 Mei 2006 (UTC)[balas]

Sokongan[sunting sumber]

  • Setuju. Sudah 2 minggu saya tidak memasuki portal ini dan kini saya mendapati pengguna Didie memberikan sumbangan yang banyak. Permohonan pengguna ini patut dipertimbangkan apabila tiba waktunya memandangkan pengguna ini masih baru mengaktifkan dirinya di sini dan prestasinya perlu dipantau. Walau bagaimanapun, saya tidak menolak malah menyokong untuk Didie menjadi salah seorang daripada kalangan penyelia. — Polar 15:58, 20 Mei 2006 (UTC)[balas]
  • Setuju. Saya ingin menukar pendirian saya kepada menyokong permohonan penyumbang ini dengan penamatan had yang ditetapkan Yosri dahulukala. Lagipun saya rasa portal kita memang perlukan lebih ramai penyelia dan Didie telah menunjukkan kesungguhannya dalam memajukan Wikipedia Melayu ini. Alistair 阿力斯特伊儿 16:07, 19 Jun 2006 (UTC)[balas]

Bantahan[sunting sumber]