Wikipedia:Penyelia bukanlah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini menceritakan apa yang dimaksudkan dengan bukan tanggungjawab atau tugasan penyelia Wikipedia. Anda mempunyai hak untuk mengetahui perkara yang tidak termasuk dalam tugasan penyelia di Wikipedia, bacalah dan fahami dengan teliti. Walau bagaimanapun perkara yang termaktub di sini masih mengikut apa yang dimaksudkan di Wikipedia:Penafian umum.

Penyelia tidak mempunyai "arahan seperti pihak berkuasa" seperti yang dibayangkan melalui imaginasi umum. Penyelia pada asasnya boleh untuk membuat dasar atau garis panduan di Wikipedia, berdasarkan nilai-nilai norma dan pertimbangan bersama antara semua Ahli Wikipedia. Lihat juga; Wikipedia:Sepersetujuan. Penyelia juga boleh menguatkuasakan undang-undang polisi dan garis panduan yang termaktub di Wikipedia dengan menggunakan hak dan alatan khas yang diberikan kepada mereka. Penyelia Wikipedia mestilah selalu mempunyai pandangan yang baik dan terbuka dan sedia menerima teguran dan cadangan serta nasihat daripada pengguna-pengguna yang lain dalam manifesto untuk menjadikan Wikipedia sebagai gedung ilmu yang mencetus revolusi melalui pendekatan ensiklopedia ilmiah yang bebas, neutral dan tulen. Penyelia Wikipedia juga harus memaparkan sikap mulia, tidak berat sebelah, berkarisma dalam membina nilai kerjasama dengan pengguna lain dan berkhidmat serta bekerja dengan komuniti dan masyarakat. Namun atas segala keistimewaan yang telah diberikan, Penyelia Wikipedia masih mempunyai batasan dalam urusannya yang berlaku sepanjang penglibatannya dalam Wikipedia. Ini bermakna Penyelia Wikipedia tidak boleh sama sekali bertindak sebagai "pengurus" kepada orang ramai yang terlibat dalam dunia perniagaan. Dalam erti kata lain, Penyelia Wikipedia tidak boleh berlagak arif dan bertindak seakan-akan mereka mengetahui semua perkara sama ada dalam bentuk aktif, pasif, realiti ataupun relatif. Penyelia Wikipedia adalah orang yang diberikan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang polisi dan garis panduan Wikipedia seperti yang telah dirangkakan dan mendapat persetujuan bersama dari komuniti Wikipedia itu.

Tambahan dari itu, penyelia Wikipedia bukanlah...

  • menentukan apa yang orang lihat. Penyelia Wikipedia hanya boleh menghapuskan rencana atau halaman dalam sesuatu versi Wikipedia yang dijawatnya sebagai penyelia dengan syarat rencana atau halaman tersebut pada keadaannya telah mendapat persetujuan komuniti untuk dihapuskan: berdasarkan keputusan masyarakat. Namun begitu atas dasar Wikipedia yang tertentu, penyelia boleh membuat pemadaman laman segera jika mempunyai asbab yang mengizinkan mereka berbuat demikian. Penyelia Wikipedia adalah golongan pengimplimentasi-mereka tidak menentukan polisi sesuka hati. Seperti suatu kebiasaan penyelia Wikipedia melaksanakan sistem suntingan piawai dan menggunakan kuasa yang diberi pada mereka untuk menyekat mana-mana akaun / alamat IP pengguna yang melakukan laku musnah atau kesalahan kerosakan Wikipedia yang ketara dan berulang. Mereka juga dapat melindungi laman dari dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggugjawab atau mendapati terdapat laku musnah berulang yang ketara pada sesuatu laman tersebut. Namun semua ini dilalui selepas mengambil segala pertimbangan sebagai seorang penyelia Wikipedia yang waras ataupun setelah mendapat persetujuan bersama atas hasil perbincangan dengan komuniti Wikipedia yang lain (dalam apa yang ternyata penyelia Wikipedia tidak menemukan apa-apa keistimewaan bagi mereka untuk membuat tindakan secara bersendirian).
  • perlu mengetahui "segala-galanya tentang pekerjaan". Ternyata bagi menjaga reputasi dan kredibiliti Wikipedia sebagai sumber ilmu yang boleh dipercayai dan boleh diharap. Sudah tentu penyelia Wikipedia malah ahli Wikipedia sendiri perlu dahagakan ilmu dan mempunyai stok bekalan ilmu yang optimum. Ini penting supaya pengaplikasian dalam segala tindakan dan tindak tanduk di Wikipedia dapat dilakukan dengan baik, adil, neutral, jujur dan tuntas. Tidak ada orang atau makhluk yang akal sempurna atau "nobody is perfect", mustahil sebagai manusia biasa dan makhluk ciptaan Tuhan dapat bertahan dari membuat kesalahan. Penyelia Wikipedia hanya menguruskan beberapa hal yang tidak boleh pihak Wikipedia memberikan kepada sebarangan pihak terutamanya pengguna baru. Walaupun seseorang penyelia Wikipedia itu sudah boleh dianggap senior, atau kanan atau lebih tinggi lagi, dia tidak semestinya tahu segala-galanya tentang kerjanya. Jika anda anggap pakar atau profesional sebagai golongan benar-benar pakar, maka fikir sekali lagi.
  • mempunyai tugas-tugas tetap, spesifik dan berkewajipan. Penyelia boleh dianggap sebagai pihak yang mendapat kepercayaan dari komuniti Wikipedia untuk menjalankan tugas dengan apa keistimewaan yang diberikan pada mereka. Katakan jika seseorang penyelia itu menghilang atau bercuti untuk tempoh maksimum 6 bulan setahun (menurut Wikipedia:Penyelia/Polisi) dari membuat sebarang suntingan dan tugas kepenyeliaan di Wikipedia, apabila ia kembali semula, tidak semestinya seseorang penyelia itu patut memikul kesan dari amanah yang telah dia tinggalkan tatkala ia bercuti. Ini kerana tugas kepenyeliaannya mungkin telah dirombak atau diubah oleh pihak kedua atau ketiga dan seterusnya tanpa pengetahuan darinya. Atau mungkin kerana ia telah dilucutkan dari jawatan yang disandang ketika ia masih bercuti atau menghilang. Perlu dijelaskan tiada tanggungjawab dipikul oleh mana-mana penyelia melainkan selagi ia bertindak seperti mana ia masih dalam tempoh perkhidmatan dan tiada memo rasmi yang dikeluarkan darinya kepada pihak Wikipedia yang menunjukkan ia bercuti atau berhenti.
  • seseorang yang kebal undang-undang, penyelia Wikipedia masih tetap dikira Ahli Wikipedia dan ia masih tidak kebal undang-undang, sebarang undang-undang yang termaktub dalam set dasar dan panduan Wikipedia mesti terus diikuti seperti mana-mana pengguna biasa tanpa kekurangan sedikitpun melainkan penyelia Wikipedia hanya diberi penambahan peralatan istimewa. Namun seperti kebiasaannya penyelia Wikipedia tidak boleh dipersalahkan sama seperti pengguna-pengguna Wikipedia yang lain seperti apa yang digariskan dalam Wikipedia:Penafian umum. Penyelia Wikipedia haruslah dihormati (walaupun anda tidak wajib untuk mengikuti segala kata-kata dan saranannya). Apa yang anda perlu turuti adalah Wikipedia:Dasar dan garis panduan. Penyelia Wikipedia tidak boleh sewenang-wenangnya menyekat akaun/alamat IP pengguna tanpa sebab munasabah, serta tidak boleh mengambil tindakan tersebut bagi mengelak dari mendengar pandangan pihak lain.

Suatu bentuk anggapan piawai diperlukan, namun masih ramai pihak yang tidak memahami apa sebenarnya penyelia Wikipedia lakukan. Apa yang perlu anda tahu adalah, rata-rata penyelia Wikipedia ialah:

  1. pengguna yang dipilih oleh komuniti Wikipedia atas pengalaman dan kepercayaan melakukan tugas mentadbir.
  2. pengguna di mana memiliki bentuk tingkah laku piawai yang baik dan konsisten dalam pekerjaan berkaitan penyuntingan di Wikipedia.
  3. pengguna di mana dibenarkan bertindak sebagai pelindung kepada peralatan atas sebab pragmatik dari disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di mana kebarangkalian pihak tak bertanggungjawab itu merosakkan pengisian dan sasaran projek sebagai apa yang dicita-citakan.
  4. pengguna di mana dipercayai boleh mengendalikan peralatan yang dibekalkan dalam lingkungan piawai yang telah komuniti tetapkan dan tidak untuk tujuan yang lain seperti mengeksploitasi dan lain-lain perkara yang menyebabkan kecacatan yang tidak membantu projek ini kearah yang lebih baik seperti yang diwar-warkan oleh dasar polisi dan garis panduan Wikipedia.

Lihat juga[sunting sumber]