Wikipedia:Permohonan memadam laman/Mohd Nizar Najib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana Mohd Nizar Najib dipohon untuk dipadamkan kerana ia rencana orang kurang penting, walaupun dirujuk sebagai anak kepada orang yang sangat penting. — Didie (bincang) 16:56, 21 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Untuk memberi komen dan hujah, sila nyatakan di laman perbincangannya.

Pendapat[sunting sumber]

Hapuskan rencana[sunting sumber]

  1. Hapus Memang bapanya no.2 man di Malaysia, tapi dia sendiri tak terkenal langsung --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:12, 21 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  2. Hapus Kalaulah dia notorious dan buat kecoh macam KJ Beruk, maka bolehlah kita segera letak entrinya di sini. Salam. Pancaragam (bincang) 18:03, 21 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  3. Hapus Sebab yang sama dalam laman perbincangan. Tiada penambahan, dll. - Pp.Mm.Cc. 18:23, 21 Oktober 2008 (UTC)[balas]
    Hapus Sokong penghapusan. Komentar lanjut sila rujuk pembicaraan artikel. 158.143.153.244 23:12, 21 Oktober 2008 (UTC)Pengguna tidak berdaftar niduzzi 12:41, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  4. Hapus Kurang kelayakan. kurkur 00:04, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  5. Hapus Dia tak terkenal langsung sebagaimana bapanya dan dia tak pegang mana-mana jawatan penting pun tak kira dalam Umno ataupun dalam kerajaan. - Hezery99 (bincang) 02:35, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  6. Hapussetuju dengan Hezery99--Adikhebat (bincang) 02:56, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  7. Hapus setuju dengan semua pandangan pengundi di atas. Artikel di wiki mestilah sesuatu yang membawa manfaat/teladan kepada komuniti dan bukannya tempat untuk mencipta bibliografi orang persendirian.Zamwan (bincang) 14:56, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  8. Hapus Bila terkenal baru cipta. ...Aurora... (bincang) 14:42, 23 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Kekalkan rencana[sunting sumber]

  1. Simpan Tokoh dikenali, juga anak kepada tokoh sangat dikenali, juga beberapa kali mendapat liputan akhbar. niduzzi 17:07, 21 Oktober 2008 (UTC)[balas]
    Dikenali ≠ terkenal. 158.143.153.244 19:53, 21 Oktober 2008 (UTC)[balas]
    Dikenali ramai* niduzzi 12:38, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  2. Simpan Rencana yang berguna untuk lebih mengenali TPM dan bakal PM. Berpotensi untuk dikembangkan pada masa depan. Kamalzack (bincang) 01:34, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
    Anak TPM / bakal PM tak bermakna akan jadi TPM / PM (kecualilah kalau ada unsur nepotisme macam si Khairy Jamaluddin a.k.a. Beruk Negara tu). - Hezery99 (bincang) 12:52, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  3. Simpan Adakah sesuatu rencana biografi seseorang itu dicipta berdasarkan kontroversi, skandal, dan masalah peribadinya sahaja. Ia juga merupakan satu pilihan penting tetapi di Wikipedia; gaya penulisan, mutu, dan berunsur ilmiah juga adalah ciri-ciri penting untuk dipilih. Kekadang saya ada terlihat sesebuah rencana biografi mengenai orang kenamaan secara rawak tetapi kelihatannya ia hanya menunjukkan alamat pejabatnya sahaja tanpa teks ilmiah. — Didie (bincang) 01:59, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
    Dengan statusnya sekarang, rasa-rasanya adakah akan ada orang melakukan kajian tentangnya? Pendapat saya, tidak. Biografi adalah untuk mereka yang dikenali dan layak dikenali, setakat ini saya tidak tahu apa yang membolehkan beliau layak dikenali selain sebagai anak seorang timbalan menteri. Apa sumbangan beliau? Banyak lagi orang yang lebih berjasa daripada beliau, namun beliau dapat rencana untuk diri sendiri semata-mata kerana beliau anak timbalan menteri. Biarlah beliau dikenali atas usaha beliau sendiri bukan atas nama ibu bapanya. kurkur 14:02, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
    Apa saja alasan yang membuatkannya dikenali tak penting. Jika seseorang itu dikenali (mendapat liputan akhbar segala bagai) maka layaklah dia direncanakan di sini. niduzzi 14:07, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
    Saya tidak bercakap tentang dikenali atau tidak, saya bercakap tentang layak dikenali atau tidak. Apa yang boleh kita persembahkan kepada pembaca di dalam rencana tersebut supaya ia tidak membuang masa mereka. Saya telah membaca sedikit sumber dalam rencana tersebut. Ia lebih kepada pengenalan kepada seseorang individu. kurkur 15:04, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
    Apa ni? Layak dikenali? Semua orang layak dikenali. Jika seseorang tokoh itu dah dapat liputan akhbar mengenai tokoh itu secara am, maka layaklah dia direncanakan. Setiap rencana juga mungkin membuang masa pembaca atau mungkin tidak. Mereka yang tak kisah pasal politik di Malaysia misalnya akan mendapati rencana itu hanya membuang masa untuk dibaca, sebaliknya mereka yang ingin tahu mengenai politik, TPM dan apa2 yang berkaitan tidak akan mendapati rencana itu hanya membuang masa. niduzzi 17:01, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
    Kalau nak dikira dalam arena antarabangsa tu memanglah tidak dikenali. Tapi dalam kalangan orang Melayu mestilah dikenali. Dia kan berketurunan pemimpin, waris Najib dan Razak. Banyak lagi rencana tentang tokoh yang lebih 'obscure' di sini, tapi tak diambil endah pun. Sebab itu saya fikir permohonan padam ini didorong oleh perasaan benci, _nasionalis bawah tempurung_. Wiki kita ini pun dah la kekeringan rencana, hanya 1.15% daripada jumlah rencana di WpEn. Kalau asyik bersikap hapus sana, hapus sini, akhir sekali bila kita nak berkembang? Maklumat sedikit tak menjadi alasan. Letakkan {{tunas}} dan harapkan siapa-siapa yang berupaya mengembangkannya. Ni tidak. Harapkan pagar, pagar makan padi. Akhir sekali, Wikipedia disabotaj sedikit demi sedikit oleh pengguna asing yang cakap Melayu tunggang-langgang dan sumbangannya entah mana sangat (bukan menuduh siapa-siapa).—Aviator, 23:29, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
    Gue rasa kuantiti penting, namun kualiti lagi penting. Jikalau kita mau kembangkan nomor artikel, ada banyak yang bisa kita tulis. Contohnya, bagi mereka yang minat politik, kita memang banyak kekurangan artikel pemerintah-pemerintah dan politisi Amerika dan Britania Ray, jadi bolehlah tulis topik-topik tersebut. Pancaragam (bincang) 23:48, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  4. Simpan Setuju dengan Didie. Tingkatkan Wikipedia sebagai gedung ilmu.—Aviator, 03:55, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  5. Simpan Kebiasaan politik di Malaysia malah Asia Tenggara, ada kecenderungan 'pewarisan' secara tidak langsung dari satu generasi ke satu generasi. Politik suku-sakat di Malaysia amat jelas sekali. Keluarga Tun Razak dari keluarga bangsawan ada hubungan erat dengan keluarga Dato Onn dan Tun Hussein Onn. Lee Hsien Loong merupakan anak Lee Kuan Yew. Di Thailand - Thaksin ada hubungan dengan iateri dan iparnya Perdana Menteri Thailand sekarang . Mukhriz anak Tun Dr Mahathir. Jazlan anak Mohamad Rahmat. Banyak lagi, tak tersenaraikan. Dalam MCA , Gerakan , PKR dan DAP pun ada. Inilah punca politik suku-sakat di Malaysia, suka atau tidak , rakyat seolah-olah tidak ada pilihan kerana ada penaja - wang ,connection dan berkelulusan tinggi. Malekhanif (bincang) 12:38, 23 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  6. Simpan'-Popular haper dier nih, nak tggu dya wut sesuatu yg dluar dugaan ker baru nak cipta??? PuteraLuqman Tunku Andre 08:25, 24 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  7. Simpan Ekau ni tak hormat Tun Razak langsung. Sape cipte Felda? Dan ekau takhormat anak-pinak diapun, dan tak hormat pulalah bapa dia seorang bakal Perdana Menteri (kepale hotak ekau), Najib ibni Razak. ...Muhraz... (bincang) 14:11, 24 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  8. Simpan Saya rasa anda obses dengan pembuangan artikel...sudah jelas lagi bersuluh...sekiranya ada sumber yang boleh dipercayai...saya rasa tidak salah untuk kita menambahbaik segala artikel yang ada..kita sebenarnya kekurangan artikel...selagi ia selari dan tidak memberi maklumat yang salah maka saya berpendapat ianya diteruskan..Che (bincang) 16:14, 28 Oktober 2008 (UTC)[balas]
  • Pengundian ini akan ditutup pada 4 November 2008 (dua minggu).
  • Jika anda ingin membincangkan/memperdebatkan/memberikan komen mengenai isu penghapusan rencana "Mohd Nizar Najib", bincangkan isu berkenaan di laman perbincangan.

Keputusan[sunting sumber]

Secara keseluruhannya, terdapat 16 pengundi yang mengundinya. 8 pengundi menyarankan agar rencana Mohd Nizar Najib dihapuskan manakala 8 pengundi bertindak untuk menyokong pengekalan rencana Mohd Nizar Najib. Memandangkan undian menyokong tidak dapat mengatasi undian membantah. Maka, rencana berkenaan akan terus dikekalkan. Keputusan adalah muktamad. Sekian. — Didie (bincang) 13:13, 6 November 2008 (UTC)[balas]