Wikipedia:Pertikaian NPOV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana yang telah dipautkan ke laman ini merupakan subjek pertikaian NPOV (NPOV merupakan kependekan neutral point of view, atau "pandangan berkecuali"). Ini bermakna mengikut pandangan orang yang meletakkan templat tersebut, rencana tersebut tidak mematuhi Wikipedia:Pandangan berkecuali.

Penjelasan mengapa templat NPOV tersebut diletakkan harus diberikan di laman perbualan, dan dengan jelas menyatakan isu yang dipertikaikan. Polisi yang berkait ialah Wikipedia:Pandangan berkecuali, Wikipedia:Ketentusahan, Wikipedia:Tiada penyelidikan asli dan Wikipedia:Biografi orang yang masih hidup. Perletakan templat tanpa sebab yang jelas tidak dibenarkan. Gunakan templat sebagai jalan terakhir.

Lihat pautan ke laman ini untuk senarai rencana yang dipertikaikan keneutralannnya.