Wikipedia:Terjemahan
Wikipedia merupakan satu projek pelbagai bahasa; jadi, rencana tentang sesuatu topik mungkin terdapat dalam banyak bahasa. Setiap satunya berada di wiki bahasa tersebut, dan dihubungkan dengan pautan antara bahasa (interwiki).
Adalah menjadi kebiasaan untuk Wikipedia kecil menterjemahkan rencana-rencana dari Wikipedia besar. Namun rencana tersebut tidaklah perlu merupakan terjemahan tepat rencana asal. Yang penting adalah rencana tersebut mengikut polisi dan gaya Wikipedia ini. Lihat m:Translation of the week jika anda berminat.
Jika anda berhasrat meletakkan rencana bahasa asing ke dalam Wikipedia ini, sila letakkan templat {{terjemah}} di atas rencana tersebut supaya mudah dikenal pasti. Nyatakan juga bahasa asal dan tajuk asal rencana yang hendak diterjemahkan itu pada akhir templat, cth. {{terjemah|en|Wikipedia:Translation}}. Templat tersebut akan kelihatan seperti ini:
| Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Wikipedia:Translation. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Sila ingat bahawa rencana yang tidak diterjemahkan boleh dihapuskan selepas beberapa lama. Jadi pastikan anda betul-betul hendak menterjemahkan rencana tersebut sebelum meletakkan kandungan bahasa asing dalam Wikipedia bahasa Melayu.
Jika anda berhasrat membantu menterjemahkan rencana sedia ada, senarai rencana tersebut boleh didapati di kategori di bawah ini.
Isi kandungan |
[sunting] Cara menterjemah
Menterjemahkan keseluruhan rencana bukanlah suatu kerja yang mudah. Tatabahasa dan gaya karangan setiap bahasa mungkin berbeza. Anda mungkin mahu membaca terjemahan anda sekali lagi setelah siap menterjemahkan rencana tersebut! Dan jangan lupa letakkan pautan antara bahasa.
Kerja penterjemahan memerlukan banyak usaha. Penterjemahan mesin pasti mendatangkan hasil yang bermutu teruk. Mengikut sepersetujuan Wikipedia, lebih baik tidak berbuat apa-apa daripada menjadikan hasil terjemahan mesin yang dibiarkan tak tersunting rapi sebagai rencana Wikipedia.
Disebabkan pelesenan Wikipedia memerlukan atribusi, sumber terjemahan wajar diberi penghargaan supaya tidak timbul pelanggaran hak cipta. Untuk berbuat demikian, adalah disaran supaya menaipkan atribusi dalam ringkasan suntingan atau membubuh {{Translated page}} pada laman perbincangan rencana. (Lihat juga Wikipedia:Menyalin dalam Wikipedia.)
Apabila menterjemah, ingatlah bahawa hasil terjemahan yang berguna bukan sekadar ketepatan menyampaikan maklumat asli. Misalnya, seorang pembaca berbahasa Melayu pasti mengenali Hang Tuah, tetapi mungkin sekali tidak kenal Zwarte Piet; bagi pembaca bahasa Belanda pula adalah sebaliknya juga. Begitu juga untuk penterjemahan teks-teks sains (rujuk EASE Guidelines for Authors and Translators of Scientific Articles). Untuk menambahkan pautan kepada hasil terjemahan anda dalam Kotak pengguna bahasa, ikuti arahan di laman Wikipedia:Pautan antara bahasa.
[sunting] Petua istimewa
Sekiranya anda berasa pening menterjemah rencana asal yang banyak sangat penggunaan kod-kod, templat-templat dan alat-alat seumpamanya dalam teks wikinya, anda disaran supaya memasang gajet wikEd dan Hotcat dalam tetapan keutamaan anda. wikEd merupakan alat penyuntingan laman wiki secara WYSIWYG (ala pemproses kata seperti Microsoft Word) yang menyatakan teks-teks berformat secara lebih jelas dengan menukar warna teks berkenaan, dilengkapi dengan fungsi penyorokan templat yang dipasang dengan menekan kekunci bertanda "R" di sudut kanan atas bar alatannya. HotCat pula adalah kemudahan menyunting pautan kategori di bawah laman pembacaan, supaya anda tidak perlu membuka laman penyuntingan semata-mata untuk membuat perubahan pada pautan kategori sahaja.
[sunting] Beberapa istilah yang kerap muncul
Berikut adalah beberapa istilah yang biasa ditemui di Wikipedia asing dan terjemahan yang dianjurkan dalam Bahasa Melayu.
[sunting] Wikipedia Inggeris
- Administrator — Penyelia
- Disambiguation — Nyahkekaburan
- External links — Pautan luar
- See also — Lihat juga
- Stub — Tunas
- Village Pump — Kedai Kopi
[sunting] Wikipedia Indonesia
- Bandar udara — Lapangan terbang
- Bisa — Boleh
- Negara bagian — Negeri
- Pangeran — Putera
- Pemilu — Pilihan raya
- Pranala luar — Pautan luar
- Satuan — Unit