Wikipedia:Transklusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan pintas:

Transklusi secara umum adalah merangkumkan atau memasukkan kandungan sesuatu dokumen ke dalam dokumen lain melalui rujukan. Dalam konteks ahli Wikipedia pula, ia adalah penggunaan kefungsian templat MediaWiki untuk merangkumkan kandungan yang sama di dalam pelbagai dokumen tanpa perlu menyunting dokumen-dokumen tersebut secara berasingan.

Bagaimana transklusi bekerja[sunting | sunting sumber]

Transclusion-simple.png

Untuk transklusi apa jua laman sumber (diantara mana-mana projek MediaWiki, contohnya en:Wikipedia) di antara halaman sasaran yang lain, masukkan kod berikut:

{{SOMEPAGE}}

Apabila laman sasaran A yang menganduni kod ini dipersembahkan, enjin akan menyertakan di situ bukan kod itu, tetapi keseluruhan isi halaman sumber B, SOMEPAGE.

Transclusion-multiple-foo.png
Transclusion-multiple-twit.png

Sebagai contoh, anda mahukan pesanan selamat datang diletakkan di setiap laman perbincangan pengguna baru. Transklusi akan membuat satu pautan "langsung" antara laman templat dengan laman sasaran, yakni laman yang pesanan tersebut ingin dipaparkan. Apabila templat tadi disunting, kesemua laman sasaran tadi akan turut tersunting.

Lagi satu contoh, anda mahu mencipta sebuat laman (templat) yang kandungannya alamat mel anda dan menyertakan templat tersebut bukan sahaja di laman anda, tetapi di semua laman rakan-rakan anda juga. Jika anda pindahkan televisyen dan sofa anda ke kediaman lain, anda pun mengubah templat alamat anda, lalu secara automatik, maklumat baru itu akan muncul di laman rakan-rakan anda.

Contoh[sunting | sunting sumber]

Laman ini sendiri menggunakan transklusi templat. Bahagian yang bertajuk "Bagaimana transklusi bekerja" di atas sebenarnya ditransklusikan daripada dokumen Wikipedia:Transklusi/Bagaimana_Transklusi_Bekerja. Bahagian itu dirangkumkan secara rujukan dengan menggunakan penanda MediaWiki {{Wikipedia:Transklusi/Bagaimana_Transklusi_Bekerja}} untuk merangkumkannya.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Ted Nelson dianggap sebagai orang yang pertama menggunakan istilah "transclusion" (istilah bahasa Inggerisnya). Transklusi pula adalah perbendaharaan kata bagi istilah tersebut.

Laman-laman berkaitan transklusi MediaWiki[sunting | sunting sumber]

Templat[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]