Wikipedia:Tutorial/Pautan Wikipedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari



Pengenalan   Menyunting   Memformat   Pautan Wikipedia   Memetik sumber   Laman perbincangan   Peringatan   Pendaftaran   Tamat    

Seperti laman web lain, pautan adalah penting dalam rencana Wikipedia.

Pautan dalaman

Satu perkara lumrah dalam Wikipedia ialah memautkan suatu rencana dengan rencana yang lain (dipanggil pautan dalaman). Pautan ini membolehkan pembaca mendapatkan maklumat berkaitan semasa membaca rencana tersebut.

Bila memaut

Jika anda merasakan pautan itu memberi banyak kebaikan kepada pembaca, anda sebaik-baiknya membuat pautan tersebut. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya tidak membuat lebih daripada satu pautan untuk perkataan yang sama dalam rencana yang sama. Maksudnya, jika pautan perkataan tersebut sudah wujud di awal rencana, anda tidak perlu membuat pautan untuknya lagi.

Bagaimana memaut

Apabila anda ingin meletakkan pautan kepada laman lain, anda perlu meletakkannya dalam dua kurungan petak seperti berikut:-

[[Bahasa Melayu]]

Jika perkataan yang dipautkan itu mempunyai bentuk yang berbeza dengan tajuk rencana yang ingin dipautkan, anda boleh menggunakan tanda pembahagi "|". Katakan anda ingin memautkan "tatabahasa" kepada Bahasa Melayu, anda boleh menggunakan cara berikut.

[[Bahasa Melayu|tatabahasa]]

Kategori

Anda juga boleh mengaitkan beberapa rencana berkaitan dengan menggunakan kategori. Cuma taip [[Kategori:A]], gantikan A dengan kategori yang diingini.

Untuk memaut kepada kategori, letakkan kolon (:) di hadapan seperti ini:

[[:Kategori:Astronomi]]

Pastikan anda menggunakan kategori yang betul supaya rencana anda mudah dicari orang lain. Cara terbaik adalah dengan melihat rencana berkaitan, contohnya jika anda menulis mengenai tebuan, anda mungkin mahu melihat kategori yang digunakan untuk lebah.

Tapak berkaitan

Wikipedia ialah untuk rencana yang berbentuk ensiklopedia. Mana-mana rencana yang hanya memberi maksud perkataan atau frasa pendek perlu dimasukkan ke dalam Wiktionary.

Sumber teks asli pula perlu disumbangkan kepada Wikisource. Untuk senarai laman yang berkaitan, sila lihat Senarai projek Wikipedia

Pautan ke tapak berkaitan

Katakan ada perkataan yang jarang digunakan dalam rencana anda. Untuk menerangkan perkataan tersebut, anda boleh gunakan Wiktionary. Untuk memautkan sesuatu perkataan kepada Wikitionary Inggeris, gunakan imbuhan awal Wikipedia. Contohnya, [[wiktionary:rumah]] akan memaut pada definisi "rumah" dalam Wiktionary. Dalam rencana anda, ia akan kelihatan seperti ini; wiktionary:rumah. Anda juga boleh menyorok ''wiktionary:'' dengan menulis [[wiktionary:rumah|rumah]] yang hanya akan memperlihatkan rumah.

Untuk memautkan sesuatu perkataan kepada wiktionary Melayu pula, gunakan [[wikt:rumah]] atau [[wikt:rumah|rumah]].

Pautan ke versi bahasa lain

Ini adalah Wikipedia Bahasa Melayu, terdapat banyak versi bahasa lain. Setiap bahasa mempunyai pelayannya sendiri. Ini bagi mengelakkan dua rencana yang mempunyai tajuk yang sama tetapi berlainan bahasa wujud dalam pelayan yang sama. Untuk memautkan Wikipedia Melayu kepada Wikipedia Inggeris mengenai Mahathir Mohamad, anda perlu menaip seperti berikut. [[:en:Mahathir bin Mohamad]]. Ia akan kelihatan sebagai en:Mahathir bin Mohamad

Cara yang sama digunakan untuk memautkan rencana mengenai Mahathir Mohamad daripada Wikipedia Inggeris ke Wikipedia Melayu. Cuma gantikan kod "en" dengan "ms".

Laman Meta

Meta-Wikipedia bertindak sebagai pelayan pusat yang mengawasi pembangunan semua laman wiki. Meta dan Wikipedia boleh dihubungkan seperti berikut.

  • Seseorang boleh memautkan Wikipedia kepada Meta dengan menaip [[m:Wikimedia News]] (m:Wikimedia News)
  • Seseorang boleh memautbalik kepada Wikipedia Melayu daripada Meta dengan menaip [[w:ms:Mahathir bin Mohamad]]. Untuk bahasa Inggeris pula, gunakan bentuk sebegini. [[w:Mahathir bin Mohamad]]

Mari mencuba di kotak pasir

Pautan luar

Pautan luar (laman asing) perlu diletakkan di bawah tajuk "Pautan luar" pada hujung rencana.

Cara paling mudah untuk menghasilkan pautan luar ialah dengan meletakkan alamat penuh laman tersebut. Contohnya, jika kita ingin membuat pautan pada Google, yang kita perlukan hanyalah

http://www.google.com/

Wiki akan melayan teks tersebut sebagai pautan secara automatik. Bentuk ini tidak digalakkan kerana ia tidak memberitahu pembaca apakah laman itu.

Untuk menghasilkan pautan luar yang kelihatan lebih menarik, anda perlu menggunakan satu kurungan petak pada kedua-dua hujung alamat laman tersebut. Misalnya, untuk membuat pautan pada Google, anda perlu menaip seperti berikut, [http://www.google.com]. Ia akan mempamerkan pautan tersebut sebagai nombor di dalam kurungan seperti ini [1]. Bentuk ini biasa digunakan untuk menyebut sumber dalam rencana.

Jika anda ingin pautan itu mempunyai teks tertentu, anda perlu mengasingkan tajuk dan alamat laman dengan ruang kosong. Contohnya:

[http://www.google.com/ Carian Google]

Ia akan kelihatan seperti ini, Carian Google. Bentuk ini paling digalakkan.

Perhatian: Penggunaan sesetengah huruf seperti "|" akan menyebabkan alamat pautan tersebut rosak. HTML membolehkan huruf istimewa seperti itu digunakan, tetapi dalam bentuk ASCII, misalnya untuk tanda dollar,$ anda gunakan %24


Cuba membuat pautan di Kotak pasir
Teruskan tutorial dengan Memetik sumber