Wikipedia:Ulasan sebaya
|
Ulasan sebaya di Wikipedia Laman ini digunakan untuk mendapat ulasan sebaya (bahasa Inggeris:peer review) sebelum mencalonkan sesuatu rencana atau gambar pada ketiga-tiga ruangan Wikipedia:Rencana pilihan, Wikipedia:Gambar pilihan dan Wikipedia:Rencana gotong-royong. Sila kemukakan persoalan yang munasabah dan anda mengenal pasti yang mana pencalonan itu memang perlu diulas, seperti kemungkinan rencana/gambar yang bercanggah dengan syarat-syarat pemilihan atau sebagainya (tetapi tidak jelas), bagi mengelakkan pembaziran masa penyumbang lain. Selain daripada meletakkan rencana bersama dengan hujah ulasan anda di sini, anda juga dinasihatkan memaklumkan kepada komuniti di Kedai Kopi tentang ulasan anda supaya dapat mendapat maklum balas yang cepat dan terus-menerus. Berikan juga pautan terus dari sana ke ulasan anda di sini. Akan tetapi jangan membuat ulasan berkenaan di Kedai Kopi terus kerana laman ini memang disediakan untuk kemudahan membuat ulasan. Letakkan rencana yang ingin diulas di bahagian yang berpatutan di bawah. |
|
Isi kandungan
|
[sunting] Ulasan pencalonan rencana pilihan[sunting] Michael JacksonSaya teringin melihat rencana Michael Jackson diangkat menjadi rencana pilihan. Namun, ia memerlukan perapian dan pengemaskinian yang ketara bagi menjayakan visi itu. Rencana itu boleh dijadikan daya tarikan percuma WBM kepada pengunjung2 WBM. Rencana ini boleh mengupas dari segala aspek, sama ada meletakkan pautan rencana-rencana(boleh membikin rencana baru pada masa yang sama) berkaitan Michael Jackson dalam pelbagai cabang melalui bidang kesihatan, hiburan, tarian, nyanyian, persembahan pentas, kehidupan peribadinya, kejayaannya, sumbangannya, pencapaiannya, keluarganya, kontroversi, dan bermacam lagi. Rencana Michael Jackson boleh diolah bagi membentuk sub-rencana baru dan memberikan pengetahuan ilmiah kepada pengunjungnya dalam Bahasa Melayu. Harap ia diambil perhatian. Mungkin projek penghasilan rencana ini ke arah rencana pilihan harus dirangka. Rencana sedemikian mampu menarik ramai pengunjung Internet yang dahagakan kisah Michael Jackson di samping mempelajari ilmu pengetahuan yang turut terdapat dalam rencana itu seperti pengenalan ubat suntikan ke atas MJ, jenis tarian MJ, dan banyak lagi. Sekian. — Didie (bincang) 07:56, 18 Julai 2009 (UTC)
[sunting] Republik Rakyat Chinabagaimana dengan rencana ini? rencana ini panjang dan nampak dikarang dengan baik, namun ada banyak pautan merah mungkin kita boleh birukan sebelum bulan november--Adikhebat (bincang) 07:27, 9 Oktober 2009 (UTC)
[sunting] Cakera Blu-raySaya teringin rencana mengenai teknologi dijadikan rencana pilihan <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:36, 24 Disember 2009 (UTC) [sunting] Malaysia lwn The HeraldBiarpun baru sehari dua dibuat dan berbaur penuh kontroversi, saya rasa rencana berkenaan undang-undang ini amat berpotensi untuk dijadikan rencana pilihan suatu hari kelak. – Fanatix (bincang) 16:25, 3 Januari 2010 (UTC)
[sunting] EvolusiSaya rasa rencana mengenai fenomena asas ini cukup berisi untuk menjadi rencana pilihan masa depan. Saya sedang berusaha untuk memastikan sebanyak boleh pautan merah menjadi biru sebelum akhir tahun. Pengguna lain dialu-alukan turut membantu memperkaya rencana ini dengan maklumat yang berujukan/membuka rencana baru melalui pautan merah. Fanatix (bincang) 14:07, 30 Mac 2010 (UTC) [sunting] Pengelasan iklim KöppenSaya rasa rencana mengenai sistem pengelasan iklim ini cukup berisi untuk menjadi rencana pilihan masa depan Saya sedang berusaha untuk memastikan sebanyak boleh pautan merah menjadi biru sebelum akhir tahun nanti. Pengguna lain dialu-alukan turut membantu memperkaya rencana ini dengan maklumat yang berujukan/membuka rencana baru melalui pautan merah. Fanatix (bincang) 14:07, 30 Mac 2010 (UTC) [sunting] Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa InggerisAntara isu-isu terhangat dan paling kontroversi sepanjang dasawarsa pertama alaf ketiga di Malaysia. Rencana ini wajar dipertimbangkan untuk dijadikan pilihan, cuma ada sedikit masalah keneutralan dan kekurangan gambar. Fanatix (bincang) 05:21, 20 April 2010 (UTC) [sunting] Piala Dunia FIFA 2010Kadang-kadang saya tak faham..kenapa anda tidak terikut-ikut dengan arus perdana...Saya mencalonkan Piala Dunia 2010...Waka..Waka! Che (bincang) 07:42, 30 Jun 2010 (UTC) [sunting] Ulasan pencalonan gambar pilihan[sunting] Ulasan pencalonan rencana gotong-royong[sunting] Kanak-kanak hijau WoolpitSalam. Saya rasa rencana ini layak untuk menjadi rencana pilihan pada masa hadapan. Cuma ia perlu sedikit pembiruan pada pautan dan perkembangan rencana (tinggal bahagian "penerangan sejarah" dan "legasi"). Jika sesiapa yang ingin membantu menterjemah boleh rujuk di laman berikut:
Sekian, terima kasih. - 26 Ramadan (Bincang) 02:40, 26 Mac 2013 (UTC)
[sunting] Ulasan rencana[sunting] Haji26 Ramadan telah meminta ulasan tentang rencana di Kedai Kopi. Perbincangan telah dipindahkan ke mari. Sila bantu dan berikan ulasan anda di sini. Terima kasih. Pautan berkaitan:
Transklusi perbincangan awal: Dua perkara:
Pada pendapat saya, beberapa perkara perlu ditambah utk jadi RP:
Hadis: Saya rasa rujukan hadis juga perlu diberikan dengan lengkap. Mungkin juga pautan bagi hadis-hadis dapat dinyatakan dengan penuh, contoh: "[... petikan hadis ... ] –Hadis riwayat Bukhari: Sahih Bukhari, Jilid 8, Buku 73, Nombor 97 ", dan tidak hanya "Hadis riwayat Bukhari" ataupun "dalam hadis Muslim terdapat ... ", noktah. Pangkalan data hadis:ms dalam pautan amat terbatas, saya tahu, jadi mungkin kita boleh berikan rujukan Inggeris. Ini mungkin perasaan peribadi, tapi saya amat sangsi akan "hadis" yang tak diiringi rujukan, yang banyak terjumpa dalam internet melainkan hosnya organisasi yang boleh dipercayai seperti JAKIM, UIAM, dll. Algazel (bincang) 06:17, 13 Januari 2013 (UTC) [sunting] Lihat juga |