Wikipedia:WikiPari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan pintas:

Wiki pari (WikiPari, bahasa Inggeris: WikiFairy), atau Wiki pari-pari ialah seorang editor wiki yang mengindahkan Wikipedia dengan menyusun semula rencana-rencana yang semak, dengan meningkatkan kualiti gaya, atau menambah warna dan grafik. Sesetengah WikiPari mencipta rencana baru atau memberi kesan kepada kandungan substantif di dalam rencana yang mereka sunting; yang lain pula gemar mencantikkan rencana yang lain dengan membuang nota-nota atau rujukan yang memeningkan kepala, selain daripada menstandardkan format, atau dengan menyusun imej-imej mengikut imbangan rencana. Objektif mereka adalah untuk keharmonian dan keseronokan visual rencana-rencana tersebut.

Gambaran terakhir yang masih ada menunjukkan seorang WikiPari.

WikiPari dianggap secara asasnya sebagai makhluk yang peramah, berbanding WikiSihir yang kadang-kadang lebih suka bersendirian.

Bagaimana hendak mengenalpasti WikiPari[sunting | sunting sumber]

Senarai Wikipedian yang menganggap diri mereka sebagai WikiPari terletak di sini.

Jika anda anggap diri anda sebagai seorang WikiPari, dan ingin menunjuk-nunjuk, anda boleh menambah salah satu daripada kotak pengguna berikut   {{Pengguna Wikipedia/WikiPari}}   atau   {{Pengguna WikiPari}}   di laman pengguna anda untuk mengiklankan kualiti-kualiti WikiPari.

Jika anda tidak meminati kotak pengguna, dan lebih rela menggunakan kaedah lain untuk memaparkan kualiti WikiPari anda, anda boleh menyenaraikan laman pengguna anda dalam kategori WikiPari dengan meletakkan teg yang berikut di hujung laman anda: [[Kategori:Ahli WikiPari dan Wikipedia|{{subst:PAGENAME}}]].

Cara lain untuk seorang WikiPari mengenalpasti dirinya adalah dengan memaparkan makhluk pari-pari di bahagian puncak laman di sebelah nama pengguna. Kod yang berikut akan menghasilkan pari-pari kecil di atas laman pengguna anda {{Wikipedia:WikiPari/topicon}}. Untuk menggunakan parameter opsyenal, posisi mendatar dan menegak templat ini masing-masing ialah (30, 8).

.