Wikipedia:WikiProjek Kualiti Rencana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo WikiProjek Kualiti Rencana

WikiProjek Kualiti Rencana ditubuhkan bertujuan untuk mengemaskinikan kualiti dan rencana-rencana dalam pangkalan data Wikipedia Bahasa Melayu. Perkembangan Wikipedia yang pesat, membawa kepada kebaikan dan keburukan. Antara keburukannya termasuklah kualiti sesebuah rencana tidak dapat dikawal. Oleh itu, projek ini diharapkan dapat membantu untuk memastikan semua rencana dalam Wikipedia berkualiti dan menepati ciri-ciri sesebuah ensiklopedia.

Antara ciri-ciri rencana yang berkualiti adalah seperti berikut:-

  • Mudah difahami oleh pembaca.
  • Bebas daripada sebarang kesalahan ejaan dan imbuhan.
  • Tiada kesalahan tatabahasa dan gaya penyusunan ayat dalam rencana.
  • Mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu. Disusun dan diurus mengikut sub-tajuk.
  • Sumber-sumber maklumat tepat dan padat serta bernas.
  • Isi-isi rencana disusun dengan baik.
  • Mengikut Wikipedia:Manual gaya penulisan.
  • Mempunyai nota kaki *
  • Menyebut sumber-sumber rujukan *

* Tertakluk kepada jenis rencana

Senarai di atas hanya merupakan contoh ciri-ciri rencana yang berkualiti.

Projek ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang termasuklah:-

  • Pemilihan rencana.
  • Penyemakan tatabahasa, imbuhan, gaya susunan ayat dan perkataan serta ejaan yang betul.
  • Pengemaskinian maklumat dalam rencana.
  • Pembahagian rencana kepada bahagian-bahagian tertentu.
  • Disemak semula.
  • Disahkan berkualiti.

Projek ini meliputi semua rencana dalam Wikipedia. Bukan semua rencana akan dikemaskinikan. Pengemaskinian akan dilakukan hanya untuk rencana yang terpilih sahaja. Sesebuah rencana mugkin akan mengambil masa kira-kira sebulan atau lebih untuk dikemaskinikan dan diiktiraf sebagai berkualiti.

Ahli-ahli yang terlibat dalam projek ini

Semua warga Wikipedia boleh melibatkan diri dalam projek ini. Pengguna baru diminta supaya membuka akaun baru sekiranya berminat untuk menyertai. Antara pengguna-pengguna yang terlibat dalam projek ini adalah seperti berikut:-

Turunkan tandatangan di bawah sekiranya anda berminat

Senarai templat berdaftar yang digunakan dalam projek ini

Singkatan Templat Kegunaan
{{penyelengaraan}}


Templat ini digunakan untuk menunjukkan sesebuah rencana itu masih dalam penyelengaraan di bawah projek ini.
{{Rencana Berkualiti}}
Rencana ini diiktiraf berkualiti. Rencana ini telah disemak melalui Wikipedia:WikiProjek Kualiti Rencana dan diiktiraf bermutu.

Anda boleh menggunakan rencana ini sebagai bahan rujukan yang boleh dipercayai. Tarikh penyemakan terakhir ialah 06/09/07.

Gunakan templat ini untuk mengiktiraf rencana tersebut setelah disemak dengan teliti oleh beberapa orang ahli. Jangan gunakan templat ini dengan sebarangan.

Permohonan rencana untuk disemak

Sekiranya anda ingin membuat permohonan supaya sesebuah rencana itu disemak oleh ahli-ahli kami, nyatakan permohonan anda di bawah. Bukan semua rencana yang telah dipohon akan disemak. Permohonan untuk rencana baru tidak akan dilayan.

Status penyemakkan rencana

1. Olahraga Masih sedang dikemaskinikan. ~-MSWiki 08:16, 28 September 2007 (UTC)[balas]

Perhatian!

Segala pertimbangan berkenaan dengan acara semakan rencana, penganugerahan status rencana berkualiti dan etika penyelenggaraan adalah tertakluk sepenuhnya kepada Sepersetujuan bersama, menurut apa yang digariskan dalam Dasar dan garis panduan Wikipedia.