Wilayah Antartika British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wilayah Antartika British (British Antarctic Territory, BAT) ialah satu sektor Antartika yang dituntut oleh United Kingdom sebagai salah satu daripada 14 Wilayah Luar Negeri British. Ia merangkumi kawasan selatan dari latitud 60°S dan di antara longitud 20°B dan 80°B, membentuk bentuk taji yang menjangkau dari Kutub Selatan dan bertindih dengan kawasan tuntutan Antartika Argentina (Argentine Antartctica) dan Chile (Wilayah Antártica Chilena).

Wilayah ini telah diasaskan pada 3 Mac 1962, walaupun tuntutan UK ke atas kawasan ini telah bermula sejak Paten Letters pada 1908 dan 1917. Kawasan yang kini dirangkumi oleh Wilayah ini termasuklah tiga kawasan yang, sebelum 1962, telah ditadbir oleh British sebagai tanggungan-tanggungan yang berbeza Kepulauan Falkland: Tanah Graham, Kepulauan Orkney Selatan dan Kepulauan Shetland Selatan. Sejak Perjanjian Antartica dikuatkuasakan pada 1961, yang Artikel 1 perjanjian ini menyatakan "perjanjian ini tidak mengiktiraf, mempertikai, atau membina tuntutan kedaulatan kawasan; tidak ada tuntutan baru boleh dikenakan selama mana perjanjian ini berkuatkuasa", kebanyakan negara tidak mengiktiraf tuntutan kawasan di Antartika. United Kingdom telah memperakui perjanjian ini.

Pada 2012, bahagian selatan wilayah ini telah dinamakan Tanah Ratu Elizabeth bersempena Ratu Elizabeth II.

Wilayah ini didiami oleh staf stesen-stesen kajian dan sokongan yang dikendalikan oleh Tinjauan Antartika British dan organisasi-organisasi lain, dan stesen-stesen Argentina, Chile dan negara-negara lain. Tidak ada penduduk asli kawasan ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

United Kingdom telah memiliki kehadiran yang berterusan di Atlantik Selatan jauh sejak 1833 apabila ia menuntut semula kedaulatan ke atas Kepulauan Falkland. Pada 1908, UK meluaskan tuntutan wilayahnya dengan mengisytiharkan kedaulatan ke atas "Georgia Selatan, kepulauan Orkney Selatan, kepulauan Shetland Selatan, Kepulauan Sandwich dan Tanah Graham yang terletak di Lautan Atlantik Selatan dan di benua Antartika di selatan selarian latitud selatan ke-50 (50°B), dan terletak di antara longitud barat darjah ke-20 (20°B) dan darjah ke-80 (80°B)". Kesemua wilayah ini ditadbir sebagai Tanggungan Kepulauan Falkland dari Stanley oleh Gabenor Kepulauan Falkland.

Pada 1917, pengisytiharan tuntutan itu telah diubah, antaranya adalah untuk tanpa kekeliruan memasukkan semua kawasan dalam sektor yang menjangkau sehingga ke Kutub Selatan (oleh itu merangkumi semua Wilayah Antartika British masa kini). Tuntutan baru ini meliputi "semua pulau, wilayah dan sebagainya di antara longitud barat darjah ke-20 hingga ke longitud barat darjah ke-50 (50°B) yang terletak selatan dari selarian latitud selatan ke-50, dan semua pulau, kawasan dan sebagainya di antara darjah longitud barat ke-50 dan darjah longitud barat ke-80 yang terletak selatan dari selarian latitud selatan ke-58 (58°S)".

Pada tahun 1943, ketika Perang Dunia Kedua memuncak, UK telah menjalankan operasi tentera yang dikenali sebagai Operasi Tabarin untuk menyediakan maklumat intipan dan meteorologi di Lautan Atlantik Selatan. Projek "sulit" waktu perang ini telah menjadi Tinjauan Tanggungan Kepulauan Falkland orang awam dan kemudiannya Tinjauan Antartika British (BAS). BAS bertanggungjawab ke atas kebanyakan kajian saintifik United Kingdom di Antartika. Pada lewat tahun 1950-an, Perjanjian Antartika telah dirunding untuk menyahtenterakan kawasan itu dan mengekalkan Antartika – ditakrifkan sebagai semua dataran dan pelantar ais selatan dari latitud 60°S – untuk tujuan kajian secara aman. Perjanjian ini telah dipersetujui pada 1961.