Wile E. Coyote dan Road Runner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wile E. Coyote dan Road Runner
Wile E Coyote.gif
Roadrunner.gif
Wile E. Coyote (atas) dan Road Runner (bawah)
Kemunculan pertama Fast and Furry-ous (16 September 1949)
Dicipta oleh Chuck Jones
Disuarakan oleh Wile E. Coyote:
senyap sehingga 1952, kemudian:
Mel Blanc (1952–1961, hanya dalam cerita pendek Wile E. dan Bugs Bunny),
Joe Alaskey (Tiny Toon Adventures),
Dee Bradley Baker (Duck Dodgers),
Maurice LaMarche (webtoon, Looney Tunes: Cartoon Conductor)
Daran Norris
(The Looney Tunes Show)
The Road Runner:
Paul Julian (1949–1995),
Dee Bradley Baker (1995–current),
Frank Welker (Who Framed Roger Rabbit, Tiny Toon Adventures, Looney Tunes: Acme Arsenal, The Looney Tunes Show)

Wile E. Coyote (dikenali hanya sebagai "Coyote") dan Road Runner merupakan pasangan watak kartun dari siri kartun Looney Tunes dan Merrie Melodies. Watak-watak ini dicipta oleh pengarah animasi Chuck Jones pada tahun 1948 untuk Warner Bros., sementara templat pengembaraan mereka adalah hasil kerja penulis Michael Maltese.

Dalam setiap episod, Coyote banyak bergantung kepada pendekatan yang keterlaluan tetapi teliti (selalunya banyak menggunakan senjata, bahan letupan serta perangkap) dan bukannya pancainderanya untuk menangkap mangsanya itu. Premis utama siri kartun yang melibatkan mereka ialah "senjata makan tuan", di mana senjata yang digunakan sering kali gagal dalam keadaan yang memalukan.

Walaupun Coyote secara amnya senyap dalam kebanyakan kartun pendek Coyote-Road Runner, dia ada kalanya bercakap dengan loghat peringkat tinggi, dengan memperkenalkan dirinya sebagai "Wile E. Coyote - super genius", suaranya dilakonkan oleh Mel Blanc.[1] Road Runner hanya mengeluarkan bunyi "Beep, Beep" (sebenarnya lebih kepada "Meep, Meep"), serta bunyi menjelir lidah. Bunyi "Beep, Beep" tersebut dilakonkan oleh Paul Julian.[2]

Setakat ini, sebanyak 48 episod kartun yang dihasilkan dengan menampilkan kedua-dua watak tersebut (termasuk tiga kartun CGI pendek); kebanyakannya dihasilkan oleh Chuck Jones.

Ciptaan[sunting | sunting sumber]

Jones mereka watak Coyote berasaskan buku Mark Twain berjudul Roughing It,[3]. Jones berkata dia mencipta kartun Coyote-Road Runner sebagai parodi kepada kartun "kucing dan tikus" tradisional seperti Tom and Jerry, yang, ironinya, Jones sendiri turut menjadi pengarahnya lama kemudian.[4]

Nama "Wile E." Coyote sememangnya permainan kata bagi perkataan Inggeris "wily" yang bermaksud "licik". Huruf "E" dikatakan kependekan kepada Ethelbert dalam satu itu buku komik Looney Tunes; tetapi satu isu sahaja, di mana penulisnya tidak berniat untuk mencipta nama tengahnya.[5] Nama keluarga Coyote disebut dengan "e" panjang (/kaɪˈoʊtiː/ ky-OH-tee), tetapi dalam satu kartun pendek, To Hare Is Human, Wile menyebutnya dengan diftong (/kaɪˈoʊteɪ/ ky-OH-tay). Lembaran model terawal bagi watak tersebut sebelum penampilan sulung rasminya (dalam Fast and Furry-ous) memperkenalkan dirinya sebagai "Don Coyote", permainan nama Don Quixote.[6]

Senarai kartun[sunting | sunting sumber]

Siri ini mengandungi 48 kartun pendek (kebanyakannya sekitar 6–7 minit termasuk tiga "kartun tiga minit, tiga dimensi dalam format skrin lebar"[7]), tiga webtoon (2–3 minit), satu kartun khas setengah jam (26 minit), serta satu filem panjang yang menggabungkan aksi nyata dan animasi (91 minit).

# Tarikh siaran Judul Panjang Penghargaan Nama Latin palsu
Cerita/Penulisan Arahan Untuk Road Runner Untuk Coyote
1 17 September 1949 Fast and Furry-ous 6:55 Michael Maltese Charles M. Jones Acceleratii incredibus Carnivorous vulgaris
2 24 Mei 1952 Beep, Beep 6:45 Michael Maltese Charles M. Jones Accelerati incredibilus Carnivorous vulgaris
3 23 Ogos 1952 Going! Going! Gosh! 6:25 Michael Maltese Charles M. Jones Acceleratti incredibilis Carnivorous vulgaris
4 19 September 1953 Zipping Along 6:55 Michael Maltese Charles M. Jones Velocitus tremenjus Road-Runnerus digestus
5 14 Ogos 1954 Stop! Look! And Hasten! 7:00 Michael Maltese Charles M. Jones Hot-roddicus supersonicus Eatibus anythingus
6 30 April 1955 Ready, Set, Zoom! 6:55 Michael Maltese Charles M. Jones Speedipus rex Famishus-famishus
7 10 Disember 1955 Guided Muscle 6:40 Michael Maltese Charles M. Jones Velocitus delectiblus Eatibus almost anythingus
8 5 Mei 1956 Gee Whiz-z-z-z-z-z-z 6:35 Michael Maltese Charles M. Jones Delicius-delicius Eatius birdius
9 10 November 1956 There They Go-Go-Go! 6:35 Michael Maltese Chuck Jones Dig-outius tid-bittius Famishius fantasticus
10 26 Januari 1957 Scrambled Aches 6:50 Michael Maltese Chuck Jones Tastyus supersonicus Eternalii famishiis
11 14 September 1957 Zoom and Bored 6:15 Michael Maltese Chuck Jones Birdibus zippibus Famishus vulgarus
12 12 April 1958 Whoa, Be-Gone! 6:10 Michael Maltese Chuck Jones Birdius high-ballius Famishius vulgaris ingeniusi
13 11 Oktober 1958 Hook, Line and Stinker 5:55 Michael Maltese Chuck Jones Burnius-roadibus Famishius-famishius
14 6 Disember 1958 Hip Hip-Hurry! 6:00 Michael Maltese Chuck Jones Digoutius-unbelieveablii Eatius-slobbius
15 9 Mei 1959 Hot-Rod and Reel! 6:25 Michael Maltese Chuck Jones Super-sonicus-tastius Famishius-famishius
16 10 Oktober 1959 Wild About Hurry 6:45 Michael Maltese Chuck Jones Batoutahelius Hardheadipus oedipus
17 9 Januari 1960 Fastest with the Mostest 7:20 Tiada Chuck Jones Velocitus incalculii Carnivorous slobbius
18 8 Oktober 1960 Hopalong Casualty 6:05 Chuck Jones Chuck Jones Speedipus-rex Hard-headipus ravenus
19 21 Januari 1961 Zip 'N Snort 5:50 Chuck Jones Chuck Jones Digoutius-hot-rodis Evereadii eatibus
20 3 Jun 1961 Lickety-Splat 6:20 Chuck Jones Chuck Jones,
Abe Levitow
Fastius tasty-us Apetitius giganticus
21 11 November 1961 Beep Prepared 6:00 John Dunn,
Chuck Jones
Chuck Jones,
Maurice Noble
Tid-bittius velocitus Hungrii flea-bagius
Filem 2 Jun 1962 Adventures of the Road-Runner 26:00 John Dunn,
Chuck Jones,
Michael Maltese
Chuck Jones Super-Sonnicus Idioticus Desertous-operativus Idioticus
22 30 Jun 1962 Zoom at the Top 6:30 Chuck Jones Chuck Jones,
Maurice Noble
Disappearialis quickius Overconfidentii vulgaris
23 28 Disember 1963 To Beep or Not to Beep* 6:35 John Dunn,
Chuck Jones
Chuck Jones,
Maurice Noble
Tiada Tiada
24 6 Jun 1964 War and Pieces 6:40 John Dunn Chuck Jones,
Maurice Noble
Burn-em upus asphaltus Caninus nervous rex
25 1 Januari 1965 Zip Zip Hooray!* 6:15 John Dunn Chuck Jones Super-sonnicus idioticus Tiada
26 1 Februari 1965 Road Runner a Go-Go* 6:05 John Dunn Chuck Jones Tiada Tiada
27 27 Februari 1965 The Wild Chase 6:30 Tiada Friz Freleng,
Hawley Pratt
Tiada Tiada
28 31 Julai 1965 Rushing Roulette 6:20 David Detiege Robert McKimson Tiada Tiada
29 21 Ogos 1965 Run, Run, Sweet Road Runner 6:00 Rudy Larriva Rudy Larriva Tiada Tiada
30 18 September 1965 Tired and Feathered 6:20 Rudy Larriva Rudy Larriva Tiada Tiada
31 9 Oktober 1965 Boulder Wham! 6:30 Len Janson Rudy Larriva Tiada Tiada
32 30 Oktober 1965 Just Plane Beep 6:45 Don Jurwich Rudy Larriva Tiada Tiada
33 13 November 1965 Hairied and Hurried 6:45 Nick Bennion Rudy Larriva Tiada Tiada
34 11 Disember 1965 Highway Runnery 6:45 Al Bertino Rudy Larriva Tiada Tiada
35 25 Disember 1965 Chaser on the Rocks 6:45 Tom Dagenais Rudy Larriva Tiada Tiada
36 8 Januari 1966 Shot and Bothered 6:30 Nick Bennion Rudy Larriva Tiada Tiada
37 29 Januari 1966 Out and Out Rout 6:00 Dale Hale Rudy Larriva Tiada Tiada
38 19 Februari 1966 The Solid Tin Coyote 6:15 Don Jurwich Rudy Larriva Tiada Tiada
39 12 Mac 1966 Clippety Clobbered 6:15 Tom Dagenais Rudy Larriva Tiada Tiada
40 5 November 1966 Sugar and Spies 6:20 Tom Dagenais Robert McKimson Tiada Tiada
41 27 November 1979 Freeze Frame 6:05 Chuck Jones
(no on-screen credits)
Chuck Jones
(no on-screen credits)
Semper food-ellus Grotesques appetitus
42 21 Mei 1980 Soup or Sonic 9:10 Chuck Jones Chuck Jones,
Phil Monroe
Ultra-sonicus ad infinitum Nemesis ridiculii
43 21 Disember 1994 Chariots of Fur** 7:00 Chuck Jones Chuck Jones Boulevardius-burnupius Dogius ignoramii
44 30 Disember 2000 Little Go Beep 7:55 Kathleen Helppie-Shipley,
Earl Kress
Spike Brandt Morselus babyfatius tastius Poor schnookius
45 1 November 2003 The Whizzard of Ow 7:00 Chris Kelly Bret Haaland Geococcyx californianus**** Canis latrans****
Filem 14 November 2003 Looney Tunes: Back in Action 91:00 Larry Doyle Joe Dante Tiada Desertus operatus idioticus
46 30 Julai 2010 Coyote Falls** 2:59 Tom Sheppard[8] Matthew O'Callaghan Tiada Tiada
47 24 September 2010 Fur of Flying** 3:03[9] Tom Sheppard Matthew O'Callaghan[9] Tiada Tiada
48 17 Disember 2010 Rabid Rider** 3:53 Tom Sheppard Matthew O'Callaghan Tiada Tiada

* Sebahagian filem animasi Adventures of the Road-Runner

** Kartun ini turut ditayangkan bersama-sama filem yang diiringinya. Chariots of Fur mengiringi Richie Rich, Coyote Falls mengiringi Cats & Dogs: The Revenge of Kitty Galore,[7] Fur of Flying mengiringi Legend of the Guardians: The Owls of Ga'Hoole,[10] dan Rabid Rider mengiringi Yogi Bear.[10]

**** Nama Latin sebenar bagi Greater Roadrunner dan Coyote

Perbadanan Acme[sunting | sunting sumber]

Wile E. Coyote seringkali memperoleh peralatan dan peranti yang kompleks daripada syarikat pesanan pos rekaan bernama Perbadanan Acme untuk menangkap Road Runner. Namun, peralatan tersebut sering sahaja gagal dan memakan dirinya balik. Persoalan sama ada peralatan tersebut gagal disebabkan kegagalan pengendalinya ataupun disebabkan kegagalan peralatan tersebut sendiri masih lagi menjadi tanda tanya. Coyote sering kali terbakar sehingga rentung, dihempap sehingga penyek, serta jatuh ke dalam gaung (sesetengah kartun menggabungkan ketiga-tiganya). Ada kalanya produk Acme memang boleh berfungsi dengan baik, tetapi dalam keadaan yang boleh memakan diri Coyote sendiri (senjata makan tuan).

Bagaimana Coyote mendapat wang untuk membeli produk-produk tersebut tidak dijelaskan sehinggalah dalam filem tahun 2003 berjudul Looney Tunes: Back in Action, di mana Coyote dipaparkan sebagai seorang pekerja Acme. Dalam satu episod Tiny Toon Adventures, Wile E. mengatakan protegenya Calamity Coyote memiliki akaun kad kredit Acme tanpa had, yang berkemungkinan boleh jadi salah satu penerangan yang munasabah. Wile E. menjadi "penguji beta" (atau sebenarnya "tikus makmal") Acme turut menjadi salah satu penerangan munasabah. Wile E. turut menggunakan peralatan perang seperti meriam, pelancar roket, bom tangan dan benet yang "umum", bukan produk Acme. Dalam satu iklan komersial Cartoon Network yang mempromosikan Looney Tunes, mereka bertanya kepana Coyote kenapa dia tetap membeli produk Perbadanan Acme walaupun kesemuanya memakan dirinya balik, Coyote menjawab dengan menggunakan papan tanda kayu (setelah satu lagi produk meletup pada mukanya buat kesekian kalinya): "Barisan Kredit yang Baik."

Peraturan[sunting | sunting sumber]

Seperti siri kartun lain, Road Runner dan Coyote turut tertakluk kepada hukum fizik kartun. Contohnya, Road Runner berupaya melalui lukisan gua, sementara Coyote pula tidak boleh (kecuali kalau ada lubang yang boleh menyebabkannya terjatuh). Ada kalanya keadaan tersebut terbalik. Kadang-kadang, Coyote boleh terapung di atas udara untuk beberapa lama sehinggalah dia menyedari bahawa dia akan jatuh. Coyote boleh jatuh lebih laju daripada batu (atau meriam), sehingga dia dihempap oleh objec-objek tersebut.

Dalam Chuck Amuck: The Life and Times Of An Animated Cartoonist,[11] adalah didakwa bahawa Chuck Jones dan para pelulis di sebalik pembikinan kartun Road Runner dan Wile E. mematuhi peraturan yang mudah tetapi ketat:

  1. Road Runner tidak boleh membahayakan Coyote kecuali dengan berbunyi "beep, beep."
  2. Tiada daya luaran yang boleh membahayakan Coyote—hanya kegagalannya sendiri atau kegagalan produk Acme. Kereta api dan lori dikecualikan dari semasa ke semasa.
  3. Coyote boleh berhenti bila-bila sahaja—JIKA dia bukan fanatik. (Diulangi: "Seorang fanatik ialah seorang yang menggandakan usahanya semasa dia terlupa akan matlamatnya." —George Santayana).
  4. Tidak boleh ada dialog langsung kecuali bunyi "beep, beep" dan raungan kesakitan.
  5. Road Runner mesti sentiasa berada di atas jalan raya—tanpa sebab lain selain daripada hakikat bahawa dia seekor roadrunner.
  6. Kesemua tindakan mestilah terhad kepada persekitaran semula jadi kedua-dua watak tersebut—gurun barat daya Amerika Syarikat.
  7. Kesemua peralatan, senjata serta jentera mekanikal mestilah diperolehi daripada Perbadanan Acme.
  8. Kalau boleh, jadikan graviti musuh utama Coyote.
  9. Coyote lebih banyak dimalukan daripada dibahayakan oleh kegagalannya.
  10. Perasaan simpati penonton mestilah sentiasa berpihak kepada Coyote.
  11. Coyote tidak dibenarkan menangkap Road Runner.

Peraturan sebegini tidak selalunya diikuti, dan melalui satu temu bual[2] beberapa tahun selepas siri tersebut dimulakan, penulis Michael Maltese berkata dia langsung tidak pernah mendengar tentang "peraturan" tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Flint, Peter. "Mel Blanc, Who Provided Voices For 3,000 Cartoons, Is Dead at 81", The New York Times, July 11, 1989. Dicapai pada December 1, 2007. 
  2. 2.0 2.1 The interviews included in the DVD commentary were recorded by animation historian Michael Barrier for his book Hollywood Cartoons: American Animation in Its Golden Age.
  3. Collins, Glen (November 7, 1989). "Chuck Jones on Life and Daffy Duck". The New York Times. http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=950DE0DB1E3CF934A35752C1A96F948260. 
  4. Barrier, Michael (November 6, 2003). Hollywood Cartoons: American Animation in Its Golden Age. United States: Oxford University Press. m/s. 672. ISBN 978-0195167290. http://www.amazon.com/Hollywood-Cartoons-American-Animation-Golden/dp/0195167295. Capaian March 9, 2008. 
  5. "News from Me (column): "The Name Game" (Feb. 20, 2006), by Mark Evanier". Newsfromme.com. http://www.newsfromme.com/archives/2007_02_20.html#012965. Capaian 2010-04-10. 
  6. Costello, E.O.. "The Warner Brothers Cartoon Companion: Wile E. Coyote". http://www.i-foo.com/~eocostello/wbcc/eowbcc-w.html#wile_e_coyote. "The original model sheet for the character bears a label referring to the character as “Don Coyote”, in reference to Miguel Ceverantes’ Don Quixote." 
  7. 7.0 7.1 Looney Tunes exclusive clip: Coyote Falls
  8. Maltin, Leonard (September 27, 2010). "Welcome back, Wile E.". Leonard Maltin's Movie Crazy. http://blogs.indiewire.com/leonardmaltin/archives/welcome_back_wile_e/. 
  9. 9.0 9.1 UK certification document
  10. 10.0 10.1 News: Looney Tunes Shorts Attached to Upcoming Family Films
  11. Jones, Chuck (1999). Chuck Amuck: The Life and Times Of An Animated Cartoonist. Farrar, Straus and Giroux. ISBN 978-0374526207. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]