Wilhelm Ritter von Leeb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wilhelm Ritter von Leeb
Bundesarchiv Bild 183-L08126, Wilhelm Ritter von Leeb.jpg
Generalfeldmarschall Wilhelm Ritter von Leeb
Kesetiaan
Jumlah tahun berkhidmat 1895–1938; 1939–1942
Pangkat Fil Marsyal
Unit Artileri
Arahan Kumpulan Tentera Darat C, 1939-41
Kumpulan Tentera Darat Utara, 1941-42
Pertempuran
Anugerah

Wilhelm Josef Franz Ritter von Leeb (5 September 1876 – 29 April 1956) ialah seorang Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Jerman semasa Perang Dunia Kedua, pernah berkhidmat dengan tentera darat Bavaria dan Reichswehr. Adik bongsu beliau, Jeneral Emil Leeb juga berkhidmat dalam Perang Dunia II sebagai Ketua Pejabat Ordnans Tentera Darat Jerman.

Semasa bertugas dalam Perang Dunia I, beliau telah dianugerahkan Darjah Tentera Bavaria Max Joseph kerana menunjukkan keberanian luar biasa dan untuk itu Wilhelm Leeb diangkat menjadi bangsawan dengan menambah gelaran "Ritter von" pada namanya, tetapi Wilhelm Ritter von Leeb tidak boleh mewariskan gelaran ini kepada anak cucu-cicitnya.

Leeb bertugas sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat C yang mengawal Tembok Barat (Garis Maginot) serta kawasan sempadan Belgium dan Belanda pada tahun 1939, beliau juga terlibat dalam pertempuran Perancis pada tahun 1940 dan kemudian sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara dalam serangan keatas Kesatuan Soviet pada tahun 1941. Leeb dianggap pakar peperangan defensif dan dilihat terkeluar daripada kemampuannya apabila diberi mengarah Kumpulan-Kumpulan Panzer. Beliau melakukan yang terbaik di Perancis dan telah diganjarkan pangkat fil marsyal, akan tetapi beliau pasti akan dapat menawan bandar Leningrad jika Adolf Hitler tidak masuk campur.

Tidak seperti beberapa orang rakan sezamannya, beliau dilihat bersih dari sebarang skandal. Beliau muncul menjadi seorang perajurit berdedikasi serta berbakat sebagai pakar defensif namun tidak digunakan apabila ia sangat diperlukan. Kadangkala di Rusia beliau berlengah-lengah untuk membuat keputusan menyerang. Leeb adalah seorang yang kuat beragama dan tidak menyukai Parti Nazi. Selaku Kolonel Kehormat Rejimen 7 Artileri, beliau berhak memakai uniform rejimennya. Leeb adalah pemerintah pasukan-pasukan tentera darat yang membuat serangan pantas keatas Leningrad, hanya dihentikan tiba-tiba oleh Hitler dan gagal kerana kebuntuan musim sejuk. Beliau meminta untuk dilepaskan jawatan dan selepas Januari 1942 menghabiskan masa saki baki peperangan dengan persaraan. Leeb muncul sebagai seorang pegawai yang baik dan budiman, yang tidak berhak menerima hukuman penjara selama tiga tahun.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • David Glantz, "The Battle for Leningrad", 1941–1944, Lawrence, KS, 2002.
  • Kemp, Anthony (1990 reprint). German Commanders of World War II (#124 Men-At-Arms series). Osprey Pub., London. ISBN 0-85045-433-6.
  • Mitcham, Samuel (2003). Hitler's Commanders.
  • Pavlov, Dmitri V. Leningrad 1941: The Blockade. Translated by John Clinton Adams. Chicago: The University of Chicago Press, 1965.
Pegawai tentera
Didahului oleh
General der Infanterie Adolf Ritter von Ruith
Panglima Divisyen 7
1 Februari 1930 – 1 Oktober 1933
Diikuti oleh:
tiada
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Fedor von Bock
Panglima Heeresgruppe Nord
20 Jun 1941 – 17 Januari 1942
Diikuti oleh:
Generalfeldmarschall Georg von Kuchler